salam semua.
good morning semua! sihat? ceria? i suka!! ^.^
aku bangun awal kan hari ni! yahoo!
ni da 10.30am ko leh kata awal??
oi! awal la aku bangun, membantu bonda membeli belah barang dapur dulu baru aku online lah!
(aha! perlu kah statement sebegitu rupa?)
oh. memandangkan aku nak mengelak dari menjadi seumpama 'siapa makan cili, dia terasa pedasnya' dek pernyataan seorang rakan dalam entrynya baru-baru ini, maka aku cuba sedaaya upaya menggunakan SATU bahasa sahaja dalam entry ini (CUBA ek cuba! erk. tapi dah bergood morning bagai? oh, tidak mengapalah.) oh, mengekori jejak langkah sahabat karibku ini juga ya, yang memperjuangkan bahasa jiwa bangsaa. ho yeah! (erk. kenapa mesti ada runut-runut bunyi ha aku ni?)
mari memulakan ... err... entry dalam bahasa melayu apa ye nurul? :D
hehe
baiklah. sudah-sudahlah merapu itu ye.
selasa 11nov2008. seawal jam 8.40am aku dah kua merayap ke kl sentral. gara-gara sorang encik ni lah, yang datang dari terengganu demi nak mencari barang-barang slr dia. dek kerana dia sampai jam 5 pagi dan tak tau nak buat apa, aku diheretnya suruh turut serta menganga taktau nak buat apa (faham-faham je la kedai-kedai kat kL mostly pun buka pada jam 10 kan).
eh. wat ringkasan je lah ye (jengjengjeng. bila fara-d sebut ringkasan, tak semestinya ringaksan yang ringkas ye. akan aku cuba buat ringkas yang betul-betul ringkas ye. hehe)
umah > kl sentral > ampang park > klcc (belajar bermain-main dengan slr jap. wuhu! bes. tapi masih terkial-kial) > ampang park semula > sogo (beberapa saaat je. hehe) > kompleks pertama > timesquare (beberapa saaaaaaat gak.hoho) > plaza pudu (dimana terdapa perselisihan faham dengan pemandu teksi yang ingat kami mahu ke pasar pudu. jap lagi aku citer) > timesquare (lunch dan merehat-rehatkan diri) > lowyatt > timesquare > rumah. fuh!
yeah! kan da ringkas tu. betul maaa....paling ringkas maaa.... sebab tu semua MEMANG betul kami jelajahi. masa last-last kat BTS tu, memang masing-masing kaki da nak tercabot. (lagi pulak kaki kanan aku yang gagah perkasa sekarang ni kan). sepanjang dari rumah sampai ke rumah kembali, kami bertiga (aku, encik dari terengganu bersama rakannya) memang berjalan ala-ala backpackers wo. sorang ngan backpack nye, sorang dengan deuters nye. haha! hambek ko....nak sangat kan segala mende alah tu kan. i maintain vogue okek! (alamak! dah terselit dah bahasa lain!! maaf....cuba kan cuba.... :P) dengan handbag yang disumbat d40x abah (gara-gara encik tuh gak la yang beria nak ajo aku guna slr tuh!) nasib la handbag bagak! kakaaka...
hanya ketika kami melewati timesquare aja kami berhenti duduk berehat-rehat sikit. masa lunch tu memang rehat betu-betul punya lah. dan yang akhir sekali singgah lagi timesquare tu memang duduk menganga di kerusi depan kedai Bonita. masing-masing kaki skru sudah longgar. haha! padan muka! duduk menganga sambil mengkomen orang lalu lalang serta mengkomen perihal kasut tinggi. kahkahkah.
yang masa nak pergi plaza pudu tu pulak, si pemandu teksi salah tangkap pertuturan kami kot. lawak gak. dengan pelat uncle teksi tu (chinese), pelat bahasa melayu dia la...
* uncle! mau pergi pudu plaza berapa?
-ooo...pudu pasar aa.... rm15 (sumpah mahal k! walaupon uncle tu macam ajar teknik camne nak elak kena tipu teksi driver, aku rasa, dia sendiri tipu kitorang. hampeh!!)
* (dek kerana tatau jalan takot sesat dengan terkial-kial usung macam-macam barang tu lagik) ok la uncle!
- (ketika membuka bonet untuk kami letak barang-barang yang bagak itu) mau beli sayur aaaa! banyak wo!(sambil sengih-sengih)
~ ha? (dan senyum busuk je sebab tak paham motif gurauan sayur uncle tu. ketika ini, kami tiga-tiga orang masih tak perasan perselisihan faham antara pihak kami dengan pihak uncle teksi sbb sebutan 'pudu pasar' dia bunyi macam "pudu paza". aduhai....)
* , ~ member aku dan aku
- uncle teksi la.....
masa di timesquare jugak, ketika kami sedang menuruni escalator tu, ada seorang foreigner berlari turun dari escalator. aku macam, "hmm...apahal la... perlu ke lari? kejar apa la mamat ni ek..."
dan ketika kami sampai di lantai bawah tu, mamat foreigner tadi seperti di serbu lelaki-lelaki yang masing-masing dilengkapi walkie-talkie dan mamat foreigner tersebut seakan merayu dilepaskan. oh, semua orang ditempat kejadian semacam tercengang dan tertanya-tanya apa yang terjadi. memandangkan aku dan rakan-rakan sedang mahu bergerak pantas ke destinasi, kami hanya membuat spekulasi berdasarkan pemerhatian : mamat foreigner tu sedang menjalankan usaha mencurik sesuatu di tingkat atas, kemudian gerak-gerinya yang meragukan diperhatikan oleh pegawai keselamatan. oleh kerana mamat foreigner tersebut seakan perasan gerak-gerinya diperhatikan, maka dibatalkan niatnya dan cepat-cepat melarikan diri sebelum tertangkap. akan tetapi, pegawai-pegawai keselamatan tersebut bertindak pantas dan berjaya memberkas mamat foreigner tersebut. dan supaya orang ramai tak kecoh, pegawai-pegawai tersebut yang berpakaian kasual itu bertindak pantas mengawal situasi daripada menjadi tegang dengan membawa tertuduh pergi. (oh, diingatkan, itu adalah spekulasi kami...yang diceritakan secara konon best oleh aku. spekulasi aja. kisah sebenar, ntah la. tapi berdasarkan pemerhatian, itu adalah kemungkinan yang berlaku. huhu)
alamak! perutku sudah menyanyi la. oh. sudah jam 12 rupanya. patut pun. hampir 2 jam jugak ek aku menulis ni. baiklah. nak mula projek cuti sekolah ni. (sekolah as in suti semester AKU... bukan sekolah budak-budak tu. lalalala)
apa projek nya?
haha.
tengok lah nanti
tapi sekarang, sama ada nak mula projek tersebut atau mula mencari bahan untuk kajian topikal. detailings? tekad nak wat kat kolej je nanti. kat umah komputer slow (slow untuk kerja autocad dan grafik. untuk online Alhamdulillah ok. huhu)
baiklah. take care semua. eh. jaga diri ya semua, dan senyum selalu. MWAH!!! ^.^
p/s: ye...ini cubaan satu bahasa dalam satu entry. CUBAAN. maka, selitan-selitan perkataan bahasa lain tu, harap maaf la ek. hehehe. akan diperbaik lagi di masa akan datang ye. hoho
8 comments:
uwa..entry dlm satu bahase?menarek tu..truskan usaha anda wahai cik fara-D yg tomei..=)
FANTA* SANGAT!! hamboih sapa plak suh hang wat entry 1 bahasa plak ni. hahahaha... memandai2 je terasa pedas sendiri walaupun sedang memakan pisang. (erk, metafora agak xrelevan)
haha dah blaja camne gune slr, silalah mengupload hasil masterpiece anda di facebook secepat mungkin. atau photobucket anda yg dah lama xsentuh tu. hehe
shamoo
baiklah! berusaha!!! ;)
adianto
haha! sapa tah yg terasa pedas tuh. pisang? oh boleh jadi pedas jika di cicah dengan sos! kakaka
blaja je beb, mana praktikkan lagik. igt nak p praktikkan petang tu kat tasik titiwangsa kunun, skalik ujan la ptg tu. maka, masterpiece nan ado! kakakaa!
(malam tadik try2 lagik godek2 slr tu, tp hampeh. tak berbakat langsong!!cis!)
ha sekarang engkau tahu kan bukan senang mo tulis entry sepenuhnya melayu. sangat mencabar minda.
haha
hu! btol btol! sbb tu aku tekankan bahawa ini PERCUBAAN. adoi! aku tabik spring la pada ko nurul! jadik sifu aku weh! heheh!1
matilah...kalo ak pulak yg menulih dlm bahaso melayo...bahasa ak bukan main pasar pudu + bahasa lorong haji taib + pink triangle and up sket..bahasa universitas fefonens malingsia..hahahaha....eee..kejinyer korunk neyh...pegi sana tak ajak aku pownn.....motiffffff....nak jugak ak menjadi subjek fotografi cam ko...eyh tak pun dorang yg suh ko amik gambo dorang x?
apa yg menjadi subjek fotografi nye weh?? belajar subjek fotografi ado lah sket!
ko kan bekerjaya...aku jadik takot mau ajak ko! dia pon last minit btau nak trun kl, maaf ye nox! kalo tau ko berlenggang sawi bayam, aku ajak ko skalik...takdak lak menganga tak tentu arah. haha!
p/s: tiada sessi mengambil gambo dan diambil gambo ye...sessi teknik2 mengambil gambor, ye ada... ish. kalo ko ada pasti lagik best! wah!!
huyeay.
ko lantiklah aku jadik cekgu.
Post a Comment