Wednesday, September 23, 2009

ahli baru dalam handbag. cewah.

Alhamdulillah.
lain di target, lain yang dibeli.
tapi, yang dibeli tetap idaman hati, DAN masih dalam budget.
oh sukaaaaa.............
:D
maaf. macam sunggoh mengada-ngade show off bagai kan.... tapi can't help it. i just LOVE this little thing! eeee....comel!!







ada sesapa ada cadangan nak kasik nama apa kat hp mini 110 pink chic neh? hehehe....

Sunday, September 20, 2009

Salam Aidilfitri 2009

salam sejahtera. sari berita penting.

ceh. tajuk entry amat cliche. agak menyampahkan lah.
tapi takpe. kita tetap perlu meraikan hari kemenangan kita setelah sebulan kita berjuang.
maka,
selamat hari raya aidilfitri kepada semua. maaf zahir dan batin.

raya kali ini, sedikit sebanyak berbeza dengan tahun tahun lain.
raya kali ni, pertama kali keluarga menyaksikan sedikit drama kelolaan yours truly ini. ceh. sumpah annoying lah ratu drama neh. siapa? rujuk blog.

dan Alhamdulillah, raya kali ini berpeluang kasi mummy and abah duet raya. tak la banyak, memandangkan gaji pun ala kadar je kot, tapi ada la sedikit. tambah-tambah gaji pertama. ambil berkat sedikit, hulur sebahagian daripada gaji itu kepada mummy and abah. perasaan dia...entah. lega sangat. bukan la nak kata terbalas jasa mereka dengan huluran harta yang tak seberapa itu, tapi bagi aku, ia amat simbolik dalam memberitahu kepada mereka, "mummy, abah, both of you had successfully besarkan anakmu yang agak degil neh. and for that, thank u very much, and no words can describe how grateful i am to have u both as my dear parents.Alhamdulillah." syukur. moga terus terusan dimurahkan rezeki.
ish. makin menyampah kot fara-d neh. asyik nak create drama je. ceh ceh.
erk. walaupun konon kasik duet raya kat mummy and abah, kemudiannya, tanpa segan silu jugak menerima kembali huluran duet raya from mummy abah nana dan kaklin! hahaha! ^.^ keji betul!

drama seterusnya.
hehehe.
well, sorry, i just love drama reality ...hehehe...

raya kali ini turut berbeza jugak atas faktor pertama kali beraya tanpa si anak teruna tunggal rumah ini yang selalu bajet hensem dan glamer itu. seawal pagi, ketika kami sekeluarga sedang tak la berapa sibuk sangat bersiap untuk solat sunat aidilfitri, adinda kesayangan call. sumpah rindu! walaupun masa dia ada jenuh kami bertekak bergusti bersilat semua, tapi itu lah yang amat aku rindukan. (ceh. boleh email adik sendiri, taknak email.pastu sebok rindu bagai!) mummy put on loudspeaker kat phone dan kami ramai2 berbalas pantun. ok. tipu. bukan berbalas pantun, cuma sakat-menyakat, soal menyoal bertanya khabar segala. seronok! sangat seronok dengar suara beliau. ketika dia call tu, katanya masih dalam lebih kurang jam 12 malam. kat mana tah, afrika kot....tah negeri dia bunyi apa unta tah bunyi dia.... dalam dok borak tu, akhirnya kami menyakat mummy sebab dah bergenang. hehe. sumpah perangai sekor-sekor annoying, tapi saja je tu, kitorang takmau mummy nangis je. hehehe (last last, si kaki besar ni la jugak yang stat teresak2 dan membuat kak lin dia turut terjebak dalam drama airmata. ceh. air mata ni durjana betol! )

dan tahun ni, kebetulan tiga beradik perempuan ini beli jubah itam. dah terus secara tiba-tiba tema raya tahun ni adalah hitam. siap mummy pun sporting sarung jubah itam. ok. tema apply kepada ahli wanita je. sebab yang laki lain sket tona warna tema mereka. dua orang je pun. kan sorang dah p belayar. isk isk. maka, berposing sakanlah 4 wanita berjubah itam, serta dua jejaka berbaju melayu depan kamera. hehe. (gambar nanti nanti la upload. wa malas wo mau transfer. hehehe)eh. jubah itam belaka kami. macam berkabung pulak kan. haha. sampai kan sepupu aku si eleena dah konfius dah salam sapa dan sapa yang belum disalam ketika beliau datang beraya. "ha! tu la...sapa suruh semua SAMA!KONFIUS!!"

selain dari itu, raya sama saja seperti lain-lain raya. cuma itu la, kurang meriah sikit bagi aku sebab takde sessi sakat menyakat dengan adik laki aku yang sorang tu.
kalo anip ada, akan ada la sessi smack down nak suruh dia bangun solat subuh dan solat raya.
akan ada la sessi fotogediks yang lebih extreme di rumah kg tunku ni.
haihh.
tapi takpe.
moga moga si adik kesayangan sihat sihat belaka.
moga beliau sentiasa selamat dan diberkati selalu.
selamat beraya anep.
kot kot la beraya ngan sate gajah afrika atau rendang paus ke, kirim2 gambar juadah2 tu.,..teringin tengok rupa dia camne.
gambar je. makanannye tu takmo. taksanggup makan! huuu

sekian, sekali lagi, Selamat Hari Raya, Maaf zahir & batin.

Tuesday, September 15, 2009

get well soon

salam.

ok. aku beri pilihan.
nak entry gembira ke entry sedih?
kalau nak entry gembira, tunggu selepas ni lah. sebab ini hari sudah kepenatan lah.

kenapa mesti ada entry sedih?

biasaaaaa lah...fara-d kan suka drama sabun.

sadap! ok. serius ini entry sedih.

ok. sila betulkan muka anda. tolong jangan pasang muka senyum. warning ni!!

1. meeting siang tadi. aku dengan ...eh...silap penggunaan gaya bahasa.
saya dengan serendah diri yang mungkin, walaupun tinggi sumpah ada orang jeles, merendahkan diri jugak memohon maaf secara terbuka akan kesilapan saya dalam kelalaian saya melaksanakan tugas, walaupun sekecil menyebarkan maklumat, saya telah terlepas pandang. maaf kepada pihak2 yang terbabit, saya akan cuba perbaiki gaya kerja saya supaya lebih professional dan effisien. saya fikir saya mampu buat dengan sendiri tapi rupanya saya silap, saya perlu kongsi maklumat yang saya terima dari biro lain agar saya dan rakan2 sepasukan dapat bekerja bersama. oh. maaf sekali lagik atas ke-over-confident-an saya ini. (haish. abes rosak bahasa. jangan kena banned sudah ini blog.)
dan saya juga mohon maaf kepada seorang rakan kesayangan yang telah saya silap sampaikan maklumat siang tadi sehingga telah menyusahkan beliau yang sedang bekerja. sumpah guilty neh! maaaaaaf sangat2! tak bermaksud nak menyebabkan anda bersusah payah berkejar ke lokasi meeting.
dan selain maaf..... saya ....oh. kena ubah balik lenggok bahasa.
aku juga turut mahu komen tentang meeting tersebut....
komen aku...
hmmmm....hmmmm...hmmm...huhu.....hmmmm (bunyi kan dgn nahu dan intonasi yang berbeza ye rakan-rakan)

2. kisah sedih kedua, tak sempat ke jpa untuk menghantarkan salinan transkrip dan skrol untuk tujuan permohonan pengiktirafan khas secara berkumpulan. sebab ter-drag meeting dengan jarak masa yang agak lama.

3. kisah sedih tiga, oh. ramadhan dah nak sampai ke penghujungnya. tak puas lagi merasa nikmat berpuasa di bulan mulia neh. semoga diberi kesempatan usia untuk melalui ramadhan tahun hadapan, insyaAllah.

4. kemuncak kesedihan dihari yang bermula dengan indah. sejurus selepas selesai solat jemaah after iftar di studio tadi, dapat sms dari kakak ku, nana. ingat lagi di entry lepas aku ada menceritakan tentang sofea?

sofea's diagnosed as cancer neuroblastoma (saraf) stage 4.

ye. itu lah bunyi message dari nana. aku ulang dua tiga kali sms nana tu. how i wish i could be by nana's side and hug her. nana, please be strong ok sis. walaupun sofea hanyalah anak rakan nana, but i know she loves her sooo much. and im proud of my nana as her love kepada semua orang saaaangat mendalam, terutama budak2.
tergenang jugak airmata baca berita yang disampaikan nana.
ok. selain drama yang melibatkan penderitaan seorang ibu yang sangat dahsyat, atau tentang friendship yang sangat indah, kenyataan tentang penderitaan seorang anak kecil memang sangat meruntun hati aku.
hoi. jangan fikir aku sedang teresak-esak bawah tangga...tapi sedih itu memang amat.

maka, serendah-rendah diri ku ini lagi, aku memohon yang amat sangat kepada semua rakan, agar turut mendoakan sofea. doakanlah moga beliau yang tak kenal erti dunia ini lagi berpeluang merasa keindahan dunia ini. sekurang-kurangnya, ku pohon, agar si kecil itu diringankan seringan ringannya kesakitan kepedihan menderita sakit tersebut.
sofea dear, get well soon ok. auntie nana (and also auntie farah - though we've never met...)loves u sooo much and hopes the best for u. be strong ok dear!

Monday, September 14, 2009

subuh

salam.

entah apa mimpi tadi malam, seronok betul rasanya memasak. bukan masak apa, bubur je pun. dek geram tengok nasi semalam tak habis, dicampak2 segala apa yang available kedalam hotplate dan dimasak nasi menjadi bubur.
eh. macam peribahasa...nasi dah menjadi bubur...apakan daya....erk?
tapi ni bukan telah menjadi ye, memang sengaja nak menjadikan ia bubur.
BUBUR ok. bukan bobo.
dimasak dengan campakan bahan masakan yang boleh dimakan, bukan dicampak rakan serumah kedalamnya seperti yang dijangka oleh bai roti ini ye terima kasih.
dan wo...sedap pulak bubur itu. nyammm.... konon testing sedikit nak rasa camne bubur campak aku tu. eh? macam comel pulak kasi nama bubur campak.
fuh sedap! (haha. annoying nye perangai memuji masakan diri sendiri. masakan yang simple plak tuh. ceh! pergi kau dari sini farah! pergi! PERGI!)
tapi sungguhla....memasak itu fun. patut pun junior aku sorang neh rajin betul blog pasal aktiviti masak beliau ketika beliau cuti sem.
dan ye, here i would like to quote.....



memasak itu satu nikmat........................................................sekiranya kau reti memasak!
kahkahkah.

eh? perlu ketawakah disitu? ceh.
ye ye...aku ngaku aku tak reti masak tapi aku enjoy memasak.
tapi aku tak suka kiranya perlu masak dengan keadaan serba kekurangan.
ceh.
alasan lagi.


dah sudah merapu disitu.
mari masuk isu serius pulak.
*diiringi kokokan ayam "belaan" iman. ceh!*

semalam berym dengan kakak terchenta nuuuun jauh di petaling jaya (ceh. bila dijarakkan dengan masa perjalanan selama 2jam, ye, JAUH. walaupun hakikatnya jarak sebenarnya hanya sekangkang kingkong. err...kera kecik sangat, semacam tipu pulak kalau disebut sekangkang kera. )
dikhabarkan anak angkat beliau (ok. aku yang melabel anak tu anak angkat because she loves her very much, as much as she loves the adik and arwah abang that little girl. well, nana memang sangat suka budak2 pun. i, too, loves kids. but she loves kids SOOO much more than i do! see how a great mom she could be? *erk. sempat promote kakak sendiri kat sini. mari mari...ada sesapa nak kenal kakak shaye?hehehe...tumpang lalu ye nana....*)

eh. berbalik kepada cerita asal ye cik farah diana. kau sudah melencong ke simpang lain weh.


ok.
beliau mengkhabarkan anak angkat beliau sedang sakit, perlu dioperate ke camne tah. and keluar la cerita tentang time-time akhir arwah si abang itu.
oh. menitik jugak airmata ni (apart from being drama quee, aku MEMANG sangat tersentuh mendengar cerita tentang anak kecil itu.)
sebab anak tu masih kecil, petah berkata kata (menurut cerita nana la...)
manja...
dan sekarang dikhabarkan sakit. sedih oh.

ya Allah, sembuhkan lah anak kecil itu.
sekiranya ia angkara hamba Mu yang khianat sesama manusia, Kau patahkanlah 'buatan' mereka itu kerana sesungguhnya, kuasa yang paling hebat hanyalah kuasa Mu ya Allah. kasihanilah anak kecil itu yang baru sahaja mahu mengenal erti dunia.
berilah peluang pada anak kecil itu melihat susah senang menjadi khalifah Mu di muka bumi ini, ya Allah.
sungguh ya Allah, sembuhkan beliau ya Allah.
jangan lah diruntun hati ayah bonda beliau dengan derita si kecil itu, ya Allah.

disini, ku pohon rakan-rakan sekalian mendoakan kesejahteraan si comel sofea ye.
and to nana, insya Allah, kita sama-sama doa sofea kembali sihat dan ceria ye.
please dont be sad, it really hurts to see my dear sister sedih. no no no. dengan izin DIA. sofea will recover soon. insyaAllah.yang penting, doa dan usaha.
sofea, even auntie farah has never met you, please recover soon. by only listening to auntie nana's stories, i know u're one special kid. be strong dear. we all love u!!


ok. sudah berpinar mata ngadap skrin dalam gelap.


"tangisan itu teramat indah sekiranya ia mengalir tulus kerana DIA. subahanallah."

Thursday, September 10, 2009

adoi

salam.
adoih. da seminggu kot mood asyik swing macam taknak berhenti-henti.
ish.
susah jugak nak menjadi naga neh.

haaa...kan da kata nak jadik naga...
siap korang!
fire burning dah neh!!!!!

Tuesday, September 08, 2009

puasa dan sabar

salam. tak lama lagi nak raya dah kan.
ha...sekarang baru senonoh sikit kalau nak pasang lagu raya sampai telinga berdesing sekalipun.
bukan ketika saat berbuka hari pertama pun tak lepas lagik.
tapi takpe, itu hak orang lain. cuma aku je yang agak alergik terhadap lagu raya yang berkumandang SEBELUM 15 ramadhan. aci la kan 15 tu kan pertengahan ramadhan. just nice for the songs to be played over and over again.
ok semua, sila lah play kan lagu-lagu raya dalam playlist korang tu.
*selongkar playlist sendiri, entah kat mana aku sorok lagu raya ye....*

ok. sekarang waktu bekerja. tak patut kot aku menghadap si bobo neh. tapi, entah. i need some medium to let out kerak dalam hati neh.ceh ceh cehwah....

bulan ramadhan bulan mulia.
bulan di mana umat Islam diwajibkan berpuasa. menahan diri dari makan dan minum.
dan menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa. dan juga bulan dimana kita diseru agak menahan nafsu kita. marah pun tergolong dalam kategori nafsu kan?
ok. aku mengaku. aku kan bukan la baik sangat, tapi jarang kot nak tengok aku marah. heh. membebel selalu lah. tapi tak bermakna aku membebel tu aku marah. sebab kalau aku membebel, tu hobi. kahkahkah. kira bebelan tu kadang-kadang saja nak annoy orang. hehehe. but the intention is to warn lah, secara informal sebab aku tak suka mengarah-arah orang. cukup sekadar mengkasi task, dan secara kasarnya diterima sebagai satu task yang dikongsi bersama.
ok. lembut sangat ke approach aku dalam menghandle anak-anak buah aku?
aku masih ingat pesanan salah sorang sahabat baik aku beberapa ketika dahulu, "lepas ni farah, ko kene jadi keras sket"
haha. ye. aku tau kenapa beliau menyatakan ayat itu. aku cuba mengeraskan diri sedikit, tapi perlukah aku jadi macam nenek kebayan menjegil mata kat anak buah?
sedih oooo sedih. wahai anak-anak buah bawah team eden, ekau jangan la buek gini kek den oi. skali den jadi dinoso, ekau kato den zalim bagai lak. adoi lah.....

ok. sebab puasa, dan sebab memang aku secara normal nya perangai macam ini, aku TETAP sabar. but i beg, please dont test my patience.
ye. aku TAKDA design dah nak dipening kan.
ye. aku TAKDA subject dah nak kejar assignment.
ye. aku TAKDA perlu worry dah kena repeat subjek or tak perlu worry tak sempat print apa semua.
aku BOLEH buat semua kerja sukarela ni kan.
kank kannn??
but please, KAU dan AKU takada beza. we're in this together. TOGETHER. ini STUDENT event.
i can easily ditch my post and go practice somewhere else, earn a better living, at the comfort of my OWN home yang jaraknya hanya sekangkang kera tapi terpaksa aku tinggalkan sebab nak cut-off time on road, to spare more time on these works. ok. aku tak ungkit, sorry, mungkin ayat berbaur ungkit tapi sebenarnya aku kecewa. at the moment kecewa lah.
but dont worry, this farah will eventually recover herself into the cool mode soon.
but then again, please dont go over the limit. jangan sampai farah diam tak berkata, that means the limit has gone off. thank u, have a good life.


ceh. ayat penutup cam haram. berbaur warning tu.
tapi........
macam la bebudak tu baca kan?
oh my. kesabaran itu perlu.
mungkin aku patut cuba approach yang akan membuat orang benci gila kat aku.
maybe. MAYBE. tengoklah nanti. jangan salahkan aku kalau tiba-tiba aku jadi annoying sangat.
for the sake of the workshop. aku akan cuba jadi leader bagi external affairs yang sangat kejam. selamat bertahan ye anak-anak buah ku.... kita jumpa next meeting. *mode hantu raya*

Monday, September 07, 2009

sejak bila rumah sewaku ada bela ayam jantan??

oh. abaikan tajuk entry. sekadar memenuhi ruang saja.
sebab terdengar hanset housemate punya alarm. berbunyi ayam jantan berkokok.
rasanya, kalo ayam betul yang berkokok, dah tercabut tekak beliau menjerit nak suruh housemate ku ini bangun. (tumpang lalu ye cik iman...hehehe)
saja je aku taknak kejut kan housemate sorang ni, nak tengok dia dengar ke tak alarm dia tuh. tapi, apakan daya, dengan aku aku skalik pakat berkokok tepi housemate neh soh dia bangun. adoi....

malam tadi, berbuka bersama rakan-rakan kmk. fuh! seperti biasa, kalo bertemu dengan geng kmk, harus masing-masing dengan mulut puaka yang sorang-sorang takkan nak kalah punya. ok. jujur aku cakap sini, kalo geng paling bertanduk memang geng kmk. haha! but love u guys to bits lah! memang pasti pasti kalo berjumpa, tak sah la kalo tak laser-melaser serta bertekak dan melalak. haihh...bila nak insaf entah lah.
oh. ahli berbuka tadi terdiri daripada cda, mclong, fasya, la, faiz, faeez, mclong dan of coz la aku. tatau la ubat apa yang chef tarok dalam makanan or minuman masa berbuka tadi, tapi cda sangat hyper! sunggoh tak larat melihat kerenah si kecik itu.

ok lah. nak p kejut seisi rumah bersahur. sekian. (padahal housemates sume dah bangun pun. haha! alasan. nak pergi buat bangkit tubi ah, sekadar tahan diri dari tdo b4 subuh, takot tak bangun subuh lak...daaaa...)