assalamualaikum
hola hola! eceh!
ko kenapa farah? seakan jumpy semacam je ini malam? -bObo
eh. kenapa? salah ke bersuka ria berceria keria? keceriaan kan tips awet muda -fara-D
muda ke ko farah???? -bObO
erk! -fara-D
bengong! kompem aku da stat kebengongan. penangan kebosanan dok umah. nak menghuni lebih lama kat ukm tu, tak terdaya lak aku weh. internet takde, nak main internet paling2 pun kena g fac or cafe kan. ha, terdaya sangat la aku nak ke hulu ke hilir ngan desktop semata-mata nak berdalam-talian kan?
tengok wayang? ahahaha.... takkbleh takbleh! udah janji nak g nonton ngan si kecik ni weekend ni. cda!! jangan tak jadik lak weh!!!!!
lagipun... aku menarget citer Antoo Fighter yang bakal kua...err...27 november kot. nape aku target movie ni?
ntah
tiba-tiba je...amat tertarik ketika ada klip music OST Antoo Fighter ni kat tv brapa tah hari tuh. the music video was ...eh....no, i was attracted to the music. heheh. tp da lupa lagu apa. cam band baru.
naaah. apa-apalah.
oh no. my mood jumpy sudah jatuh kepada mood suram da.... sebab perot seakan-akan memboikot kegembiraan ku! ish perot ni.....
mari summarize kejadian dua tiga hari lepas jom? (bila fara-d mula menyebot summarize, jangan percaya sangat sebab boleh jadik gak ringkasan tersebut tidak berupa ringkasan yang ringkas melainkan yang lebih berjela.ceh!)
selasa. jam lebih kurang 3 petang
handset berbunyi.
"farah! aku ngan aai nak p ikea. nak ikot?"
aku yang sebenarnya baru terlelap sebab cuaca dingin hujan yang amat menikam tilam mendorong mataku berlayuan (adoi! rosak bahasa camni....)
"NAKKKKKKK!!!!!!"
"huh! mengglupo la tu! k. satni kitorang amek ko!"
dush! meloncat teros dari katil (sehingga kepala pun turut pusing-pusing sekejap sebab tindakan drastik sebegitu rupa) dan bersiap-siap.
dalam 4.15 camtu kot, aai pun sampai. yeeha! sampai-sampai, ikea, kami disambut oleh kejadian orang-orang (ada dua orang rasanya) yang diusung atas stretcher. mula sorang tu dibawa turun, ok. then tengok orang-orang tu naik semula dengan stretcher, kami mula beranggapan mungkin ada latihan kecemasan. ceh! (apa kaitan dengan summary ko ni farah????)
selepas berpoya-poya di ikea, (ainul borong lampu ngan periuk. aai borong periuk gak, ngan karipap ikea yg lazat dimakan panas2 tuh, aku plak borong...errr....karipap dan red indoor slippers yang lembut dan bersaiz proportion ngan aku=tak perlu memotong muncung selipar tu lagi. lalala.) kami gerak ke one utama pulak. memandangkan untuk mereka gerak pulang ke bandaar baru bangi jam 6.30 ketika itu amat la tak berbaloi, takot kang jenuh nak maghrib kat mana nnt. oh.kami pun ketika itu belum asar. ish ish.
di one utama, setelah solat asar dan setelah selesai merayap segenap pelosok new wing tu, kami bergegas skali lagi ke surau. on the way, ditahan la pula oleh dua orang guy ni. smartly dressed i must say, muka bley tahan. soh kami duduk sat and they promote ralph lauren nye minyak wangi apa tah. ok gak la the smell but not really my taste la. tapi melayankan gak encik-encik tu, sbb yang did the talking agak kacak jugek.da la duduk direct depan aku. berdebar jantung ku! kahkahkah!~ tolong sepak fara-d yg gataii ni oi! oi oi. ainul also thought the guy was hot lah! sbb tu dia pon sama duduk melayan itu mamat lah! mwahahaha! cara the guy bercakap seems very confident, and got this sort of slang or sumthing. luckily i managed to control myself from imitating his slang and the way he spoke. haha! lalala....
after solat tu, ketika berjalan pulang ke pangkal jalan (erk?), kami melalui satu atrium yg gegak gempita dek jeritan gadis2.
apo bondonyo lah hai...-hati ku berpk.
jejeng! rupanya ada fashion show from bebe (i guess lah...)
and at that moment, seorang model lelaki yang berseluar jeans tanpa tops sedang catwalk. (kucing? cat?miawwwww..... ) wow! hot la! six packs!!! jejeng! sepak lagi oi fara-d mata keranjang ni!! terus lupa aku dan ainul terhadap abang ralph lauren tadik. kahkahkah
enuff of guy talk farah! so not u!!!! cis!!
dah. beralih hari ke rabu pula.
ke OU sekalik lagik. dengan mummy pulak. did some shopping with mummy and had pizza hut. dah lama sangat tak makan berdua ngan mummy! aihhh..... sonok! (ye. bosan kan menjadi aku, dua hari berturut2 g OU....)
hey hey. ada orang tu pun g lagik ikea kan.... ainul dan aai (disertai ya pulak kali ni) lalalala
hari ini. ???? bangun paaagii.... gosok giiiigiiii, cuci muka dan mandiIii..... (nyanyi dengan nada lagu kanak-kanak itu ye! aku reti sampai situ je...tolong la sambung lirik nye!)
melayan pushing daisies season 2 yang hanya ada sampai episod 4 je (adian!! nak lagik!!1 da ep brapa da...haha! suke aku je weh....) diikuti menonton movie stardust pulak. petang pulak, harus la melayan tv3 sehingga sebelom start menulis entry ini. oh k. skang, nak nengok drama indon di astro prima pulak lah.
my oh my. how my life these few days are like ....duh...dull!! tolong tolong!!
speaking of tolong, layout blog aku ni cam tak ceria lah. tolong la sesapa ceriakan layout blog ni...bleh? haha...aku penah cuba menuka layout ni dengan bantuan tutorials bagai, tapi, being a fara-d yang agak sengal, haruslah cubaan tersebut jadik dugaan kan... lalala.. maleh sbenonye weh!! jengjejengjeng. encik RAJin....sila la la datang.....
my oh my. bajet aku senang lenang sangat ker?? special details bila nak wat mangkok? topical studies tu tak reti2 nak stat research ke ayon???
haihhhh.....itu lah dia..... the upside-down of farah diana's life. but no worries, i love my life and am grateful to live life the fullest. thank YOU, Allah the Almighty.
sekian. sinetron waiting! kakaakaka! salam sayang ye semua... da! take care, jangan menyengal seperti aku ye!daaa!
7 comments:
hallamak.. aku yg mentah2 menghina citer antoo fighter yg cam copycat ghostbusters tu pun terpana tgk trailer die la.. alamak, nak kn tgk la camni, ayoo..
weh..sem ni ko stay kat rumah ke?ko tak stay kat hostel?
adian
tu la ko...kadang2 memang la tiru,tapi tiru2 pun, jangan la sebulat-bulat tiru kan. begitu juga dalam design, tak salah tiru tapi kena ada reason peniruan tersebut serta logik akal dan relevennya ketiruanan itu. erk? apa aku merepek ni???
shamoo
tak saayang.... aku dokj hostel. tp di ujung2 sem ni, memandangkan sem ni aku takde paper, maka aku pulang ke rumah. lalala....
abang ralph lauren? dia dah kena kantoi ngan aku. nanti aku cite kat blog okek. HAHAHAHAHHAH. tak sangka korang jumpa si lelaki bodoh tu. HHAHHAHAHHA. aku blog nanti pasal tu okek.
ha?? KO yang mengkantoi kan?? wah wah! berita menarik! kakakaka!
hahahaha..abg ralph lauren tuh mmg aku ngan nurul sgt jahat dengki(especially nurul la)..
seb abg tuh nuka boleh tahan..
nurul,sila la wat blog psl abg ralph lauren tuh..hahaha..apesal aku panggil nurul plak?hahaha
sangat la summary kan?cess...hahaha
err,nnt nak bli umah area damansara,PJ..senang haku gi IKEA,OU the curve hari2..waaa,bajet la sgt..skalik kene dok jauh,padan muko
nk bli umah area pj damansara? mai la beli umah sebelah umah aku ni ha....
umah yg da lama gila kosong...sejak aku form 1 lagik! mwahahahaha
Post a Comment