Tuesday, December 27, 2011

Habuk!

Assalamualaikum.

OH! No worries, i’m still alive. The desire to keep updating the blog isn’t! hahahaha.

Nampaknya, update on Day 3, 4 and 5 makin lemau di peram lah gamaknya. fuuh fuuh fuhhh!

Inilah padahnya kalau indulge sangat KDrama secara pukal tuh. Baru selesai The Greatest Love, sekarang terjebak Flower Boy Ramyun Shop plak. hooo!!

Sebelum aku merepek panjang lagik, this is me, Farah Diana signing off for tonight!

Wait! ok FINE! i’ll try my best to update on the trip as soon as i can…err….oops. as soon as i want to! kihkihkih! till then, cheers! ^^

Wednesday, December 21, 2011

Wordless Wednesday yang tak berapa nak wordless sgt.

.... But instead, less-words Wednesday kot:


"Ada aku kesah?
Seriously. Ada?"

Sekian.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, November 28, 2011

.... November to Remember (Day 2)

subuh @ Surfers Paradise12.11.2011
4.00am (Waktu Queensland) dah masuk waktu Subuh. jenguk balkoni. MasyaAllah. Subahanallah. Indahnya pemandangan. Tambah dengan soundtrack deru ombak. Tenang sangat, so refreshing..........and dozed off AGAIN! melampau punya mengantuk lah hai!! lepas snap snap sikit gambar Subuh at Surfers Paradise tuh dalam keadaan super mamai, memang sambung balik melayar bahtera ke alam mimpi. Aku suspect, jet-lagged. Dalam pada tu, 7am tuh akhirnya berjaya membangunkan diri secara tegar. tu pun dek kerana sinar matahari makin tajam menusuk melalui bukaan langsir bilik mengenai tepat ke mata. fuh!
So, siap siap packing barang mandi apa semua. seawal 8am tu, aku dah keluar mentawaf Surfers Paradise tu sekali lagik. Demi mengelak diri ini "hanyut" ketengah laut, sekali lagi aku mentahan diri daripada menjejak pasir pantai. tapi takat jenguk jenguk je pantai tuh. When the clock almost strike 10, cepat cepat aku uruskan check out, since Puan Nurul dah call bagitahu beliau dan keluarga dah on the way. Yahooooo.com.my!! dah lama tak jumpa beliau!!! and of course excited to meet the kids too!
Upon check out, the 200AUD yang dideposit dikembalikan. Ka-Ching! cewah!
Just in time i settled checking-out, Nurul and hubs arrived. We went straight to Dreamworld.
The entrance fee for Dreamworld (One Day Entry) was 79.99AUD (pre-purchased by Nurul's husband).
Tips: The tickets can be purchased online or on site pun ada. Ada macam macam jenis, One Day entry, Unlimited Entry, Family & Groups' purchase etc. Make your choice! I think, it's much easier if book online. Certain passes (tak silap aku lah) even cheaper bought online than at Front Gate (eg: Holiday World Pass). Nah Link to help you decide on which pass that suit you best.
13
Masuk masuk je terus terjah Motorace ride. Seorang diri since Nurul had to feed her babies. Fuh! Mak redah je nyahh! Serius terbaik!! Then dipaksa ride The Claw.
OMAK! tahu tak sepanjang hidup, menatang terbalik balik yg statik ni memang wa alergik der!
berpuluh kali terjah Sunway Lagoon tuh, tak pernah sekali pun aku berkeberanian naik SkyFlyer (kot) yg pusing statik tuh. tapi kat Dreamworld, disamping hakikat dipaksa oleh encik suami nurul itu
24
with my kesayangan
15
"Farah! pergi! kalau tak u tak boleh balik!"  -eleh farah, time ni kau sengih konon kannn. padahal dalam hati……
SEE! Ayat ugutan suruh aku naik thrill ride tuh. alang alang dari jauh, so, mak redah je nyahh! Bukti bergambar disnap oleh bestie kesayangan.
The Claw before
Before.
On the Claw copy
During.
after the Claw copy
After. FUHHH! Lega!!
25 
err...dan selit juga si comel ni juga ye. :D  16
but of all the thrill rides, i love Tower of Terror II. TERBAEK!!! (err... not that i rode on all rides though. missed out Cyclone, BuzzSaw, The Giant Drop) kenapa Tower of Terror II tuh terbaek?? u gotta feel it yourself! mwahahaha.
45
imagine, kau beratur untuk naik ride berkenaan, tapi kau tak nampak ride tersebut berfungsi macam mana. sementara beratur, ada soundtrack heartbeat berdebar debar. sumpah berdebar! aku dan nurul memang puas fikir dan sakit hati dengan bunyi beats tuh sebab bikin kami berdebar sakan. Puas jugak kami dok kejar jantung kami yang lari setempat time tu!but once kau turun dari ride tu, kau rasa puas! umpama baru pulih dari sembelit seminggu!*ok. sangat over perumpamaan*
oh. We had buffet lunch at Billabong Buffet Restaurant yang ada dalam Dreamworld tu. Certified halal. Jeng jeng! Bermulalah episode permulaan pemusnahan rutin diet aku!kahkahkah. Takpe, bukan selalu bercuti jejauh tempat orang camni. bedal je lahh! :P
Kos buffet tak ingat exact amount but roughly 25AUD lebih kurang. Oh! Diet kelaut, tapi aku kelangit ketujuh! hahaha! *overreacting sekali lagi ye cik farah!*
Dan di Dreamworld ni jugak kita boleh beramah mesra dengan artis artis ostolia tak lain tak bukan encik encik kangaroo! dan Koala. menurut kata husband nurul, only in Queensland we can cuddle koala, kalau negeri lain tak boleh kot. entah la.
Oleh kerana Kangaroo terkenal amat sinonim dengan boxing, apakehal aku pun terus set mind takut kat Kangaroo!nak usap pun kemaen tersipu sipu.
DSC_0871
sampai kena sound, "farah! buat malu je abah u vet!" =.=' kena lagik sedas! cis!
37
Tabik spring sama Medina sebab selamba je terjah haiwan haiwan kat situ.
Aku pulak berdebar tengok Medina riuh terjah haiwan haiwan kat situ.
tapi Koala aku sukaaaa! alololooooo. Sila rujuk gambar dibawah dan teka yang mana satu farah mana satu Koala T______T
40
oh. untuk posing seperti diatas, selain mempunyai wajah seiras dengan koala ada a few package photo. Plus, kasi je kamera kita kat dorang, they will snap for you using their camera AND ours. Sporting je, takde nak kedekut kedekut. Somehow, customer service mereka kat sana terbaik.
Nota: tak pun… kalau dah rasa malas nak pergi jauh jauh bergambar dengan koala kat Aussie sinun, datang je Petaling Jaya ni, “koala” yang baju hitam dalam gambar kat atas tuh ada je! =.=’
oh. Buffet yang amat kenyang. Sampai nak sambung naik rides pun berfikir sejenak dulu sebab totally bloated! *perut kenyang suka hati.*
Anyhow, kami tetap berhenti singgah for dinner @ Bonus Bros. Had Marinara Spaghetti. Oh sekali lagi terbang kelangit! seafood pulak tu, portion mega! *pengsan* Habiskan jugak,sebab sedap, walaupun masih agak agak kenyang lagik hasil ternakan lemak di Dreamworld earlier. HAHA.
70
Cool Bubba’s Wheels! *eceh! kalah la aunty Farah ngan Idris sebab kecik kecik dia dah ada kereta sendiri*
71
Creamy Sauce Marinara Spaghetti.
DSC_0974
Nurul: Nak tweet dinner with farah at Bonus Bros
Farah: ha! cun! cc kat @ellysuhaily sekalik k! *kakakak*
Selepas kenyang perut gendang gendut sesuka hati, kami pun bertolak ke rumah mereka yang sejauh dua jam perjalanan dari GoldCoast *terharu i. nangis seketika sambil soundtrack terharu berkumandang*
Oh! Seronok sangat sebab bersama teman rapat yang dah lama tak jumpa dan sembang. Precious moments. Bersama suami dan anak anak beliau yang comellll! Medina yang cheeky yang lincah dan lucu. and Idris yang cool habis! Aunty Farah tabik lah Idris, the Mr Cool Guy.
Sesampai di rumah mereka, bateri dah weak. KABOOM!! End of Day Two.
Koleksi Gambar:
26
Atas: anak dara hot (konon)
Bawah: Hot mama!
27
28
Excuse the gedik me! ^.^v

29
wife: Sayang, jom berlakon kena tembak.
husband: tak mau lah! i nak act cool je!
bubba: ….zzzzz….. (see! Idris paling sempoi!! Winking smile )
49
LET ME OUTTT!!!
50
I'm already trapped here. Release me please! HELP!

51
Lovely couple with one of their adorable kid. Love all of u! mwah!

55
<3 Miss Cheeky Medina! <3

62
Battery dah fully used.

65
i heart GoldCoast. wanna go again, please?
63
erm. kalau rasa nak lempang muka yang bajet innocent ni, harap maaf ok. (sebab aku sendiri rasa nak lempang muka ni! haha) tatau kenapa posing gini. mungkin gara-gara ramai tengah pandang serta melawan panahan matahari barangkali!

OH! Almost forgot. Summary total cost. well, to be fair, nak kira total cost untuk hari kedua ni macam tak aci lah kan sebab menumpang serta atas belas ihsan sahabat yang ada disana. tapi disebabkan mood blogging wa hari ni semacam je sekarang ni, dengan rajin nya aku study tambang dan route bas untuk ke Dreamworld tu dari Surfers Paradise. Thanks to this efficient website, memang sangat membantu kita mengatur perjalanan. And trust me, the public transportation sangat efficient and boleh sampai almost semua tourist spot. Untuk ke Dreamworld, nah ni Journey Details dari TransLink tuh. Type je point terdekat yang kita boleh tunggu bas tu and the destination, they will calculate tambang and which bus to board where etc. seronok weh aku surf website dia, jadi sawan nak pergi macam macam tempat! Tambang? Sehala $6.90. so, Pergi Balik Should be $13.80 lah!

Kos Hari Kedua:
1. Dreamworld: 79.99AUD
2. Transportation: 13.80AUD
Total: 93.79AUD* and the deposit of 200AUD dapat balik setelah check-out, on condition, bilik tak jahanam! kekekeke
ok. Start Day 2 ni, perbelanjaan meals dan other essentials aku takkan highlight sebab itu terpulang kat individu. (lost track sebenarnya. hahhaaha). So, what i can share adalah kos utama (eg: entrance fee, transport etc)

Sunday, November 20, 2011

.... November to Remember (Day 1)

WARNING: since this post is drafted first before being uploaded, this entry might be super long with heavy loads of pics. It is advised to be read little by little to avoid the brain damage. haha!

Assalamualaikum.
Yeah. Finally I have the motivation to at least draft this straight into my dashboard rather than writing it down on paper and then misplace it and eventually forget about it. =.='

Hmm... Where should I start? I guess, I'm still on my vacation mood. Even the piles of works seemed to be slowing down these few days. kekeke! :P
Actually, the trip to Gold Coast, Australia was meant to be our; Aisyah and me, vacation besides paying our dear beloved friend, Puan Nurul and family, a visit. Sambil menyelam minum air lah kaedahnya ini. I was supposed to meet Aisyah at Gold Coast itself since she was supposed to be going to GC straight from Tasmania then. Unfortunately, some technicalities has occurred which then forbids Aisyah from joining the trip and there I was on my very first solo traveling. From Malaysia, to Gold Coast, with lots of Love. ecewah! sempat bermadah bagai kan.

Anyhow, how well we plan things to go for us, Allah is still the One who decides on the path. He decided that I was to be destined to be traveling alone to GC, and Alhamdulillah, by that, one of my wishlist, which is to travel alone, is now accomplished. It was such a precious experience, and i really thank Him for giving me such meaningful gift. :)

Let's cut the crap, and jump into the journal, shall we?

10.11.2011
9.40pm (Malaysian time). Departs from LCCT. Sent off by Mummy and Abah.
Feelings? Mixed.
Takot. Excited. Happy. Nervous. Nak nangis pun ada. Macam nak berpisah bertahun je ngan parents, padahal 6 hari je. sunggoh la dramatic. Tapi berjaya mengubah emosi feeling sedih bagai kepada yang positif. well, after all, I was the one who asked for it, no?
Nothing much on the plane. Just lucky enough to get the three seat all to my self. yay!

11.11.2o11
7.40am (Queensland time) Arrived Gold Coast Airport. Coolangatta.

Tips: Avoid bringing any kind of food for a smooth check-out. Bukan tak boleh bawak, certain things, you have to declare. Kalau tak bawak sebarang bentuk makanan, memang lebih laju nak check out. Alhamdulillah, proses check out dari airport Gold Coast tu amat smooth.

Being blank, no idea what is the next move, i just simply "scan" the airport for a short while. and finally decided to take the Return Airport Transfers package by TRANSlink. errr...not quite sure how to explain this, but i bought the package just at the counter at the airport. the Gold Coast tourist shuttle. Cost me 35AUD for the Return Airport Transfers. They'll send you straight to your destination (in my case, it's the International Beach Resort) and 24-hours prior to your flight back, just leave them a call to book your return transfer,daripada mana jua anda
berada. if they'll guide you to the location u shall wait for the shuttle and worry not, they'll locate you to as near as possible to your accommodation you're checking out from.
Tips: get yourself a map. and the tourist magazines from the tourist booth (kat airport itself pun ada) for free. Selain amat bermanfaat untuk kau decide where to head to, it contains lots of vouchers bagai. and pretty useful for your walkabouts too!)

Arrived at the accommodation for the night, International Beach Resort at about 10.15am. Well, it was not even close to the check in time yet, but i was just trying my luck and Alhamdulillah, since my booked room was vacant, they let me in right away. Nurul's husband helped with the bookings, by the way. Cost of the Studio Room was 126AUD inclusive of taxes etc. They'll eventually will ask you for your credit card as a cagaran for the room bagai (erk. sorry, bab
booking2 cagar2 hotel ni aku first time buat. so amat naive. i believe you people is better than me on this. hehehehe) since i have no cc, i deposit 200AUD cash (which depends, receptionist tuh not supposed to take any cash but was again, my luck kot. Alhamdulillah).



pic: kononnya nak mark kat mana nak explore whatsoever.... konon....ku bilang lagi....konon........

So then, i went straight to my room and took a goooood rest then. yeah. so much for trying to plan where to head to, end up dozing off!! mana tidak, tengok laa....bilik menghadap laut. bunyi ombak menderu deru membuai perasaan. alkisah jet-lagged sama. la la land la aku deknon!
biar je pintu balkoni terbukak, memang masyukkk wa cakap lu. musim spring, angin sejuk sepoi bahasa tepi laut tu. oh. did i mention that the hotel was in Surfers Paradise? bilik aku memang menghadap laut, the best ever! tak perlu kipas, biar je angin laut tu menderu masuk. oh. terbang ke langit tinggi aku! ye, dan ada aku sebut tak bunyi ombak memang terapi sangat membahagiakan?


pic: view dari balkoni tempat penginapan. andaikata angin dan bunyi pun dapat capture dalam kamera, you'll definitely understand betapa tenangnya melayan perasaan sensorang....:P

at 12pm, finally forced myself up to get some food. went out sight seeing. and food hunting. within that 2 hours, memang dah boleh siap tawaf dah Surfers Paradise tuh. Berjalan sahaja. tak perlu bas bagai. Cuaca? Alhamdulillah ketika itu angin sedap je, dan cerah. ha kau! sedar-sedar berbelang nyahh! hahaha. but tak apa, janji puas. Takat kulit muka gelap, apa sangat lah der. But please dear, be careful not to overexpose to the sun sangat waktu2 tengahari cenggitu. tak elok, boleh jadi cancer.
Tips: Be sure to apply sunblock before setting off. and at Surfers Paradise, it's not that hard to find halal food. Biasanya, kedai makanan India or Kebab ada sijil Halal. seafood, tak sure, should be okay but since that was my first time traveling alone at a foreign country, i was being safe, just followed the tips given by Nurul.

Had Chicken Kebab (which costed about 8-10AUD). Mak aihh! portion dia serius bapak gajah! I guess, kalau belah dua atau tiga, satu kebab tuh boleh bikin makan seharian; breakfast, lunch, dinner. cukup. err....untuk aku lah. since dah conscious sangat sejak dua menjak ni tentang amount of food intake. kononnya! Tapi sebab kebulor sangat, dek breakfast pun telan air teh je bancuh ketika sampai di bilik hotel, sebijik kebab size gajah tuh sedar2 dah habis. sekian. haha
By 2pm, dah siap tawaf Surfers Paradise tu. Oh. did not start any shopping then. berpatah balik ke bilik untuk atur lebih teratur aktiviti siang hari itu.

Namun, dah ku bilang, bilikku menghadap laut dan cuaca musim spring sangat indah, dengan deruan ombak seakan muzik menyapa telinga, aku terbungkang sekali lagi, beralaskan bantal dan map depan hidung, beserta sebatang pen dan sehelai kertas yang kononnya menjadi medium perancangan. ceh.

About 5pm, finally, after battling with sleepy-head-mode dengan excited-jenjalan-mode, keluar dari bilik dan jalan tepi pantai. er. but not exactly TEPI, but tepi lagik. kat pedestrian walkway tepi pantai instead of kat pasir pantai tu. Alasan; pakai sport shoes. malas nak kotor2 masuk pasir bagai. aku ni dah la pantang jalan kat pasir pantai, sure gatal2 nak melata tepi gigi air. lagipun, jalan jalan petang tuh pun sekadar to kill off time sementara tunggu activiti Glow Worm Tour malam itu.





pic: lepak tepi jalan. eh. tepi pantai dikala menanti tour-guide tiba...

Tips: boleh sewa basikal. macam macam jenis basikal hado. aku tertarik dengan basikal yang jenis ala ala beca yg boleh dikayuh oleh 4 orang sekali tu. About the price for hire, am not quite sure though. but i guess, if i were to spent more time in Surfers Paradise, I would've considered hiring one then.




pics above: pedestrian-friendly. ample space to walk-around. jenjalan di Surfers Paradise. Kawasan clean. Selesa dan selamat berjalan jalan. i even saw people walking barefooted. confident amat. from what i observed, pemandu kat sini tahu hormat pejalan kaki. (dan pejalan kaki pun tahu maki pemandu kuang hajau! hahaha. di Malaysia tak kurang juga pemandu sopan yg reti hormat pejalan kaki especially at zebra crossings, but....hmm...maybe i haven't seen enough.....)

Cuaca di petang hari memang sangat sejuk (err...at least for me). mungkin sebab lokasi bersebelahan laut mungkin? i don't know. buat i just love the atmosphere. :)

At about 6.30pm, the tour i have booked...err....again, with the help of Nurul's husband, from Hinterland Tours came picked me up from my accommodation. Well, most of the day tours they offered start off as early as 7.45am. so, i end up going for the evening one (Tour 09: Evening Glow Worm Tour and Springbrook Observatory). The tour was of a small group, though. Only 7 of us (excluding the bus driver cum tourist guide) on board. The day tour cost me about 94AUD.

That night was a full moon, so, we managed to enjoy the sight of the moon through the telescope at the observatory. Subahanallah, indah ciptaan Allah.
and managed to see Jupiter too! weeehu! p/s: gambor time
tour tuh malas nak upload sebab skill amek gambor time malam wa sangat hampeh. heh heh heh.

Info: About the glow worm, unlike the fireflies who glow to attract mates, the glow worm glows to attract their food. The adult of the glow worm has no mouth, thus, can only live up to 10 days approximately only. The tour, if to describe, was much like star gazing, except that it was done in a sort of cave ke camne tah rupa dia. (it was too dark i couldn't recall whether it was underneath a rock or was actually a small cave whatsoever).


At about 11.53pm, i was safely back in the room and could not hold my eyes any longer.
Therefore, there goes my Day 1 in GC. (al-kisah, balik tu bergolek sambil pegang pen tulis journal perjalanan...lah konon! alih-alih, faham faham sahajalah, bagai orang mengantuk disorong bantal.... hihihi)

Kos Hari Pertama:
1. Airport transfer: 35AUD
2. Accommodation: 126AUD + 200AUD (Deposit)
3. Glow-Worm Day Tour: 94AUD
4. Meals: 16AUD
Total: 471AUD

Thursday, November 17, 2011

Teaser: ....remember the November

Assalamualaikum.
It has been awhile since i last updated, no?
well, life's great though. been wanting to update on lots of things but always end up blank upon facing the pc. *alasan*
But on this one, i'll try my best to update an entry...err...wait...might be a few, as soon as i can.
As for now, i'll just have you play the guessing game on what i'll be writing soon.



nyah! gedik sangat kau nak prelude teaser bagai kan! kahkahkah.
maaf lah kawan kawan, serius aku jet-lagged ni. or so i thought lah.
sejurus pulang, esoknya terus masuk opis. lepas tu sawan asyik mengantuk. disogok pula perkhabaran yang ku kira kurang enak.
tapi, tak apa... enak tak enak pun, we'll have to view things on the bright side. we are the ones who are in charge on our own happiness. nothing wrong being miserable or sad once in a while, because that's just how life is. so, make the best out of it.
sementara farah diana ini menyah-cas kan ion ion jet-lag kononnya ini, tenung lah gambar ni puas puas ye. kalau rasa menyampah sakan melihat perempuan dalam photo berkenaan, sila lah google image justin bieber atau selena gomez agar lebih sedap mata anda memandang. mwahaha!

till then, cheers! ^.^

Wednesday, October 19, 2011

Sharing is Caring?

Assalamualaikum.

I could wait to blog, but it bothers me a lot until I write it somewhere.

Lately, the world seems to be fed with lots of shocking news, to be specific, humanity. A LOT, ok!
Van runs over toddler.
A teenage mum slashed her newborn baby.
These two are a few of the latest sad stories.

Oh no, I'm not gonna evaluate more on those stories coz it's just too heartbreaking. To be observing how wild the world are now is just too....no word can imply the emotions. From my view, (here comes MY point for this entry) do we really need to spread the video or photos? It's not that I'm somewhat cold whatsoever. But, seriously? It is disturbing!
Ok ok fine. In some cases, it is acceptable, I guess. But by sharing the photo of the deceased baby, and later, comments of all sorts. Especially of those 'angry' comments deceiving the 'murderer', some said about anak haram lah, mak nye gila lah, jahatlah apa lah.
I myself felt super marah upon knowing that sort of news. But why not we look at another point of view, on why did such thing happen.
I understand the anger, lumrah manusia marah bila kekejaman macam tu terjadi.
Contoh, kes kelar baby tu.
Post gambar tu, lepas tu, nak takot sedih segala. Perlu ke? Itu satu hal, lepas tu, assume mak budak tu tak berhati perut. Gila. Setan.
Tak ke dah fitnah tu hoi?
Ada mungkin mak budak tu bertindak begitu sebab kena serang meroyan?
Ada mungkin tak that young mom have been facing hardship during that 9 months of pregnancy which leads her to lose her senses totally?
Ada mungkin kan?
Everything happens for and because of a reason.
Ye, tindakan ibu muda tu salah sama sekali. Tapi kita tak ada hak untuk prejudis.
Dan tuduh bukan bukan.
Dan sebar gambar2 berkaitan.
Itu dosa dia, Allah yg tentukan.
Mengaibkan orang termasuk dalam dosa jugak, bukan? Mahu jugak kita sama sama tambah dosa free? Pakej!

Entah la. Too see today's world is somewhat scary. Akhirat nanti macam mana agaknya?
Apa apa pun, ini hanya lah pandangan picisan aku. Jangan pulak nanti ada serang aku kata bukan2 pulak.
Sharing is caring, no?
Tak salah kan aku share pendapat sampingan aku?

Wallahualam.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, October 02, 2011

Busy Bee

Assalamulaikum.

Welcome, month of October.
Bye bye, duit gaji September! *sobs*

Ye. Banyak hal perlu disegerakan bulan ini. Dan tetiba aku ter"spent" jugak atas hal yg sepatutnya boleh postpone. Makanya? Bulan ni I have to declare bulan ikat perut.

Checklist:
- renew passport
- visa
- duit duit duit (be it kumpul-wise dan juga converting it)
- setel hal computer
- kerja freelance (katanya! Padahal tolong member bikin rendering je)
- study peta lokasi
- perancangan perjalanan.

Oh ye. Mesti pelik apahal semacam je checklist aku! Dah serupa planning lari kawen kat siam je pulak *imaginasi yang tak relevan*
Memandangkan dah tulis kat sini, lepas tu nak gedik-gedik berahsia bagaikannn!
Hmm. Apa dulik, gua tetap nak berahsia!!! Hahahahha

Keh keh keh.
Hanya mahu berjalan jalan aja. Ke mana? Nanti kalau rajin wa update entry trip berkenaan. Sekian. Sumpah busy!

Wasalam.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, September 29, 2011

Am still alive

Assalamualaikum.

Oh. Should I just dispose this blog?
Barely updated. Haha.
So many things to share yet remain silent. Hoh.

Still. Demam.
Semacam previous post.
Demam KDrama. Dan nampaknya makin maju dah terjebak Kpop pulok.
Oh. Tak tak. Bukan peminat Kpop Kdrama yang tegar.
Cuma gigih je.
Suka tgk makhluk Allah yang indah2 itu! Hehehhehehamboikaunyahhh!
Jangan tanya nama pelakon mana artis mana penyanyi mana yg aku dok sawan sangat, nama lagu nak suruh aku nyanyi lagu2 Korea tu pun confirm gagap tergeliat lidah aku nak sebut.

Dan sekarang, atas pengaruh dadah. FINE! Tak lawak, farah!
Atas pengaruh rakan sebaya yg tak la sebaya sangat yang muda setahun dua tapi jiwa tetap I yang paling muda ni, dah terjebak melayan Running Man pulak. Ok. So far 2 episod.
Layan variety show macam Running Man tuh bagi aku, tak boleh secara pukal. Nanti x pasal kena batuk kokol dek gelak tak henti. (Kakak aku dan mummy dah risau dah adik/anak no3 depa nih dah serupa tigasuku dah gelak sensorang kat atas! "Cam pontianak!", kata nana! Cis)

OMAKkKAU! *melatah sebaik henpong tercampak ke muka dikala sedang mentaip entry ini*
Ok lah, petanda suruh tidur segera sebelum muka lebam lebam dihempap henpong secara bersiri.
Sekian.
Selamat malam (pada yg membaca entry ini waktu malam) kehkehkeh!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, September 05, 2011

Demam

Assalamualaikum.
Apa khabar, kawan kawan?
Tak terlambat sangat kan nak ucap selamat hari raya kan? Apa apa salah silap terkasar bahasa tu, harap diampunkan lah ye.

Hari ni dah start kembali bertugas sebagai pekerja. Puas sudah cuti seminggu, nyah! Dalam seminggu bercuti tuh, selain beraya, cik penulis jatuh "demam"! Demam Kdrama!!
Kasihan betul! Ntah angin mana merasuk nak melayan drama Korea, ntah la.
Sebelum ni, malas nak layan sebab cik penulis ni tahu, kalau dia dah start melayan apa apa series, ia nya bersifat marathon. Melekat jadi potato couch! Huh.

Namun, akhirnya terlayan jugak! mula mula, Boys Over Flowers, lepas tu layan Secret Garden, then, Personal Taste dan terkini, Marry Me Mary (a.k.a Mary Stayed Out All Night). Semua series tersebut dikhatam dalam masa less than two weeks. Sehingga kan, terbawak2 layan youtube via mobile phone dek tak tersabar nk tengok the following episodes. Demam tak demam tuh??

Al kisah, siap termimpi ada mamat tinggi tegap sehensem hero Korea datang showroom ni (opis penulis). Nama dia pon ala ala Korea la pulak. Tapi Melayu, tapi macam Korean actor. Macam mana tu? Wa pon tatau nak describe cam mana sebab macam sewel semacam dah perangai penulis neh!

Sudahnya, semalam dan hari ni diserang kekurangan suara dek sakan dok gelak sensorang. Ingatkan tak ada sesiapa perasan, rupanya bunyi ketawa tuh berdentum sakan sampai mak penulis kat tingkat bawah rumah pun perasan. Terpelik pelik mak penulis apa jadah la anak dara dia sorang ni dok berdekah dekah kat atas sensorang.
Ampun mummy, bercinta dengan drama Korea anak mu sekarang ni, tu je termampu sebab calon pakwe tak bertemu lagi! Kakakaka!




Susah weh nak cari calon yang tinggi compatible dengan penulis! Hoh. Sekianokbye!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, August 04, 2011

Salam Ramadhan

Assalamualaikum.

Just quite recently, a friend buzzed me at ym,

Friend: wey! Apahal blog ko neh?
Friend: tetiap hari bukak blog kamu tapi kecewa je tau!
Friend: bersawang!


Haha. Yo. Konsepnya update setahun sekali gamaknya aku neh! Ada gak satu draft on rollerskating activity, tapi mai part nak selit masok gambaq, makk aihhh! Terus mengah! Chait!!

Sempena bulan Ramadhan ini, apa kata membebel yg relevan sket. Kurangkan yang sia sia [read: next entry alamat lepas raya le,farah diana membebel sokmo merepek!]

Just something to share, and also a reminder to myself,yg serba kekurangan ini;
Solat kita buat hari hari.
Puasa setahun sekali.
Ikut logik akal, yg hari hari tuh la secara langsung menjadi rutin kita, yang mana sepatutnya lebih mudah kita handle.
Dan puasa pula, on the other hand, menahan lapar dan dahaga, which means, meng-interfere rutin makan kita sehari hari. Bukan kah itu lebih tough?
Tapi, nampaknya, kita lebih mudah menunaikan puasa daripada melengkapkan ibadah solat wajib sehari lima waktu kita. Kenapa?
Dan lucu lagi, siap terkejar Terawikh sekian malam di bulan Ramadhan.
Hmm... Betapa jahilnya rasa diri ini.
Semoga Ramadhan kali ini dapat menjadi platform utk kita perbaik diri dari tak cukup tiang, kepada kukuh lengkap lima waktu (jgn nak bilang aku sibuk nak audition ustazah pilihan plak dgn entry ni. Cis! Aku hanya rasa I have to remind myself untuk lebih menjaga solat aku). Masa kita tak panjang kat muka bumi ni.
Takkan rosak imej cool kita kalau kita patuh jadual solat kita. Barulah cantik ibadah puasa kita tu, kan?

P/s: sebenarnya, takut dgn situasi zaman ini, yg mana most of the things seemed to go haywire. Yg terang terang larangan Allah, dicabar. Bila satu pihak berkuasa menegah, dikata kolot dan kejam. "Bukan dipinta aku jadi begini" bukanlah ayat pembela yang kukuh utk menegaKkan yang batil. Kau tak minta, yes, Allah yang kasi, ya mungkin. Tapi kenapa? Sebab itu ujian dari Dia. Benda simple, kita hamba, Dia Pencipta. Bukankah wajar kita patuh hukum Dia? And to compare those circumstances with something else of minor impact, is just unfair. Syaitan dah janji nak sesatkan anak anak Adam, apa cara sekalipun. Renung renungkan lah.
Salah silap kata dalam entry ni, mohon maaf tulus ikhlas dari aku. Aku pun hamba Dia yang masih mencari jalan pulang. Moga Allah permudahkan jalan, amin.

Salam Ramadhan uols! ^.^v
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, July 07, 2011

Transformers 3

Assalamualaikum.

Oh mak. Sudah bersawang sakan ini blog.
Keh keh keh (tetiap kali update blog pun mention blog ni bersawang. Nampak sangat update blog secara jarang jarang)

Oh. Semalam menonton Transformers.
Kalau anda mengharapkan review aku, harap maaf sayang, I tak reti nak review movie lah sayang. Hehe

Cuma tahu berangan. Kahkahkah.
What I like about the movie:

1. Sound effect. Bunyi bunyi tembakan dan golekan segala menatang Autobots dan Decepticons tuh semacam suatu composition runut bunyi yang mengingat kan aku terus kepada soundtrack mereka. Kalau dangar betul betul, tembakan yg ada dalam movie tuh ada satu ritma yang menarik.
Eceh. Mandai je aku kan. Well, at least, itu pendapat aku lah kan.

2. Optimus Prime dan BumbleBee. Sampai sepanjang movie asyik confused, yang mana satu nak jadikan pilihan hati. HAHA. Leadership Optimus Prime yg sangat tenang dan cool buat hati I tertawan u! And how humble he is, bikin hati I cair. BumbleBee pulak, semacam seorang jejaka idaman Malaya serasa aku. Seorang kawan yang setia, yang sangat protective, dan sentiasa sedia menjadi perwira kepada Sam. Oh, bahagia aku kalau aku dapat jadi Sam! Dah ah hemsem (BumbleBee yg hensem, bukan Sam. Tapi kali ni, Sam makin kacak lah! Aww!)
P/s: sah dah boleh disabit sewel aku ni sebab dah jatuh cinta dengan alien! Fuh!

3. Watak jahat tak lah liat sangat nak mampos. Maksud aku, kalau kita tengok cerita lain, si jahat mesti susah gila nak dimatikan. Campak tembak tenyeh lempang terajang, puuuun mampu bangun lawan lagi. tak pun, ko belah si jahat tu, dia sihat balik dan multiple kepala dia bagai. Hoh. Nyampah je! Tapi TF ni, once ko attack point lemah dia, terus tumbang. Which means, hidup ni, selain Sang Pencipta, pasti akan mati. Besar mana pun kuasa dia, pasti akan tumbang, pasti akan ada pengakhiran. Maka nya, buat baik berpada pada buat jahat jangan sekali! (Erk. Ada kaitan tak?) ;P

4. Tadi sound effect, skang, soundtrack. Sama tak? Huaaahahaha.

Sekian. Nak sambung berangan dapat pakwe sehemsem Optimus Prime DAN BumbleBee (dah buntu nak decide yang mana satu,end up, I want both! Hahahahatamakgediknamamposkaufarah!!)

Adios! ;)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, June 03, 2011

Wishlist

Assalamualaikum.

There is a few things I am really looking forward to. Some dah accomplished (but rasa macam nak lagiiiii je), and the rest, am still finding time (and $$$) to be able to do so. So, apa list itu ya?

1. Rollerskate (checked. And superb past time! Suka, sbb berpeluh sakan in style! Haha)

2. Snorkeling (checked...errr..!ut tak proper lagi coz hari tu tak puas)

3. Diving. (Selepas berjaya snorkel dengan penuh keyakinan)

4. White water rafting

5. Explore gua (checked. Wang burmah time matriks dulu)

6. ATV.

7. Roadtrip. Preferably on cruiser motorbike or superbike. (Tapi tak pernah reti pun bawak motor, apatah lagi yang ber cc tinggi itu)

8. Cruise.

9. Build a family house. One should be enough. (Ada peluang, doa lah semoga diri ini kuat dan masih berkeupayaan dalam merekabentuh sebuah bangunan)

10. Mendirikan rumahtangga.









Erk. Yang no sepuluh tu semacam sungguh tiba tiba.tidak kena dengan konteks latar masa untuk entry ini, bukan? Dan juga mengundang pelempang kot. Tapi betul apa. Tak murni ke niat mahu membina masjid? Cuma jodoh itu rahsia Allah. Apa apa pun, aku percaya janji Dia. Sama ada di dunia atau diakhirat, terpulanglah. Allah knows best.

Ok. Esok cuti!!! (Ok fine. Korang yang tak keje sabtu jangan nak bising ok! I memang eksaited terlebih kalau hari sabtu tak payah kerja coz sabtu is my working day too. So, bersyukur bai sabtu cuti der!)
Yahooo. Happy weekend yawww!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, May 31, 2011

Saya Mahu Memulakan Bisnes Borong Vietnam!

Assalamualaikum.

Oh. Bersawang dah blog ni.

Alang-alang dah kekeringan idea, jom buat entry contest BBC & BBV 1st GiveAway ^.^v

Aku dah terlupa macam mana aku came across this GA, tapi, somehow, sangat menarik perhatian aku. Kenapa?

1. 1. Vietnam adalah salah satu dream destination aku.

2. Aku memang pernah pasang angan-angan nak ada bisnes sendiri, yang aku design sendiri.

3. 3. OF course lah the PRIZES! Hehehe

I love travelling. Only after dah habis study ni, dah ada kerja tetap ni baruuuulah ada peluang nak merasa merantau ke tempat orang. Masa tengah google maklumat untuk trip Mabul dulu tu, I came across this girl Terus follow her blog, sebab sangat suka her writing, and of course her stories especially on jalan –jalan!

Speaking of business, I have once dreamt to have my own clothing-line. Err…or atleast, a boutique. Hehe. Faktor fizikal AKU yang bikin aku tiap-tiap hari rasa NAK ada butik sendiri, khas untuk orang-orang macam AKU. Saiz tak payah cakap, kadang ada kadang tak. Fine fine! You may say, “pergi kuruskan badanlahh!” hep hep! Sebat kang! Cuba ketinggian KAU serupa tiang mcm aku, kau akan faham kenapa. I’ve seen lots of beautiful dresses I want, BUT, always end up baju itu SINGKAT *nangis tepi tempayan*.

Point 2 & 3 ni, saling berkait rapat. Disebabkan keinginan dalam point no 2 tu, GRAND PRIZE GA ni semacam tingtingting! Menyalakan mentol atas kepala ni. Satu peluang baik for me! Prizes GA ni, adalah satu platform untuk aku belajar skill baru. Kalau berdasarkan point no 2 (again), aku siap bising kat mak aku (SELALU BISING ok!hehehe) nak belajar menjahit sebab nak jahit baju sendiri dek kecewa belaka baju siap selaaaalu singkat *sambung nangis tepi tempayan*.

Eh sekejap! Ketiga-tiga point berkaitrapat lahhh, macam rantai makanan. Sebab melalui bacaan-bacaan di internet, aku sangat mahuuuuu ke Hoi An. Kasut pun boleh custom-made!!

Kesimpulannya, ketiga-tiga point ni diringkaskan kepada travel, art/design & business. Erk. Tetiba kan ada ART.

Peace!

Oh. Sebelum itu:

Entri saya layak untuk memenangi Trip Borong PERCUMA ke China dan Vietnam bersempena dengan BBC & BBV 1st GiveAway. Ketahui langkah-langkah Borong China dan Borong Vietnam dengan menyertai Kursus Usahawan Borong, Guangzhou 101 dan Saigon 101 oleh Tim Great Minds.

^.^v

Wednesday, May 18, 2011

Wordless Wednesday

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, May 08, 2011

Mabul oh Mabul.

Assalamualaikum.

huahahaha.

seperti biasa, kalau dah namanya farah diana yang memegang kamera, sehabis yakin lah gambar gambar yang ada itu diperam paling sekejap seminggu.
sebab tu aku malas bawak kamera.
lagi lagi yang bagak. fuh! dulu rasa besar kepala habis fun lah explore the camera functions setting apa semua, sekarang? tun tun tunnnnn!

baiklah.
memandangkan semalam tidur tidur dan tidur,
maka, hari ni semacam tetiba nak update blog.
specifically; on the mabul trip! wahlalalala!

yooo! otak dah karat kot. after two weeks baru nak cerita ye farah. dush dush!

*sekejap. browse gambar gambar percutian berkenaan ambik feel skejap*
wait. i did make a short note dalam BB aku. kwang kwang kwang.

ok.
to start with, i waited for Sham (Nurhidayah Shamsudin) at she decided to leave her car at my house and off we went to KLSentral that afternoon. met the rest (aida, shepa, kepah, & pia) at KLSentral, but terlepas the targeted erl train at 3. so, tunggulah kami sehingga 3.20pm camtu, which later on, mas pun join us from Putrajaya Sentral punya erl station.

terkedek kedek si tujuh gadis manis ni check in di LCCT. and went for makan sementara menunggu boarding. lapar part 1. *pffft! lapar pon ada part kannn!*

cut short. flight delayed a bit and we arrived approximately at ....err....told ya, otak dah karat!kahkahkah. *sah! kalau nak bikin travelogue aku neh memang confim FAIL! sobs*

a shuttlevan from Scubajeff menunggu kami si tujuh gadis manis *ecehhh* di airport tawau dan straight went to Semporna. sebelum ambil bag dan lalu imegresen apa semua, sempat berbalas pantun dengan Dr. Syamil yang bertugas di Tawau, dibantu assistant beliau, encik gomen azmir. fuuuuh! sesuka hati kau syamil nak suruh kami ke Tawau dulu baru gerak ke semporna lepas tu bising apahal g semporna terus. padahal, event dah setahun melekat kat facebook, hujung hujung kami dah nak berlepas baru hang bunyik soh dok tawau kan. selamat lah anda kena bebelans si farahdianabebelbobo nehhh!


*tengah membebel kat syamil on the phone. habis tetiba keluar loghat kelantan walaupun hakikatnya kelantan celup ajo!*


since Airport Tawau to Semporna take up to 2 hours la jugak, so instead of menziarah si Dr Syamil yg oncall itu, kami teruskan juga perjalanan ke Semporna. Before check-in di City Inn, kami singgah makan dulu. Lapar part 2! fuuuuh! sebat je apa yang ada, time tu pun dah agak lewat kan. terima sahajalah apa yang ada.
so, since masing masing penat macam dorang je yang jadi drebar van dan kapalterbang tuh, krohhhhhh je lah. dalam penat penat pun, sempat pillow talk sampai jam 3.30am.

tetiba.
setelah masing masing lenaaaa terdengar salah seorang on the phone. tuh diaaa.....dalam vacation pun answer calls from office. apa ke tak berdedikasi cik mas kita. heee *fyi, mas burung hantu, dia kerja malam. time org tido, dia berhempas pulas kerja ikut timing US.ciaaan mas.*

and the next morning, HUJAN!! T_________________T
maka, disamping sedikit kecelaruan perkiraan pakej dan bayaran bagai, dalam jam 11 jugak lah baru kami menaiki boat transfer dari jeti Semporna ke Pulau Mabul.
berikut merupakan cute facial expressions secara kronologi. read:captions.

1. smiiiiile! eceh. masing masing muka excited habis


2. masih overly ceria

3. ok. dah makin tunduk

4. and BAM!! kroooooooh! (sbb atas boat lama sangat. sejam. ok. agak lama kan)

hahaha. akan tetapi, setelah menghampiri pulau destinasi.... jeng jeng jeng!

ha kau! tersembul bijik mata tengok air laut cantekscomels! Subahanallah! kehkehkeh!

Baiklah. sebelum menyambung cerita, nah, sila hafal gambar ini dahulu:


ok. now boleh sambung. fyi, notis di atas ni di tampal di beberapa sudut chalet yang kami duduk itu. er. sepatutnya duduk. haha. more on that later.

so, by the time we reach the island, it was already noon. so, we took our lunch first. bilik yang ada pun baru satu sahaja. sebab the other two rooms masih occupied. well, belum jam 12PM lagik kan masa tu. fine fine fine.

we were (or at least, me, sebagai penyelaras program ngoh ngoh ngoh) a bit lost what should we do, who should we meet etc. my bad, komunikasi @ PR aku gred C doh! *sobs*

then, after bermesejan dengan agent bagai, sambil ambil giliran tukar pakaian di SATU bilik yang available itu, sambil berposing feeling habis fuh fuh fuh, boat man came and were ready to take us for our snorkeling trip.
well, this is my second time snorkeling. first was during the unplanned KK trip last deepavali hols with nana. but this time, di tengah laut. oh. excited dan nervous at the same time.
dan diselit kisah sedih AKU, bahawasanya aku tidak berdaya mengenjoykan diri snorkel dengan jaya nya disebab kan ini yang berpunca daripada ini.
sedih bukan.
but nevertheless, the others seem to enjoy the snorkel sessions. Alhamdulillah. and they get to meet PENYUUUUU!! *sobs. nangis setempayan frust sebab time depa kecoh penyu lalu depan dorang tu, i was stuck on the boat lagik. sobsssss*

selepas snorkeling, kami dibawa kembali ke chalet.
sila visualize kembali gambar tadi yang aku suruh HAFAL itu. lekas. kalau tak terbayang, sila scroll ke atas dan tonton kembali gambar tersebut dan view kembali perenggan selepas ini.

al kisah. kami masih berteduh di bawah satu bilik itu sahaja lagik. can u imagine, 8 of us (unfortunately, seorang tidak dapat join, terlepas flight katanya.), 7 girls and a guy, had to share the room. wait. A room. ONE room. so sad, bukan? nak kena take turns bersihkan diri di SATU bilik berkenaan.
well, bilik kami memang dah secure, THREE rooms. cuma at that moment, we had only ONE since the previous customer is not back from their scuba @ snorkel trip.
kenapa aku suruh hafal gambar tadi?
please be informed, by the time we finished snorkeling, it was already about 3pm. i repeat, THREE PM. and there were no signs any rooms was about to be given to us.
sabar lagik bah. sabar bha!
*i dont know, but in these kind of situations, i prefer to just keep quiet and wait and see. i prefer not to add in the oil to my already panas friends. i myself have started to feel guilty, because after all, i was the organizer.*
jam makin beranjak ke jam 4 lebih.
ding dong!
terus post status FB (nasib baik ada coverage dipulau mabul tuh)

"makin lama tunggu makin stress neh! berani mereka meragut masa emas kami! grrrr! ada jadi naga pulau mabul neh!"

means, my patience has hit the critical level. dan untuk tidak melakukan perkara bodoh, aku pun mengajak sham jenjalan explore kampung, sehelai sepinggang. dengan baju basah tak berapa kuyup tuh. whatever, janji hati tak panas sebab geng geng yang tak menurut pesanan notis yang aku suruh HAFAL tu dok kalut bersiap2 berkemas kemas. huh,. hegehhh!

well, baiklah, walaupun dalam ic aku tertera alamat KAMPUNG *****, tapi tak kampung pun kampung aku tuh. *perasan kampung girl tun tun tunnnn! pffft*
jadi, it was quite an experience seing how a real kampung life was. even a shortwhile, it was worth a thousand mile. tengok bebudak main guli, makcik makcik lepak sembang2 (petang kan....) senyum2 genyit2 mata sket kat the villagers, the babies. well, that was soothing enough
for me. tapi sekejap je. sebab dekat satu tiang tu, aku dan sham buat u-turn (yes. we actually pusing tiang tu untuk patah balik. cacats!)

sesampai di chalet, bebudak yang tinggal menyuarakan pendapat. actually, we booked our package with other chalet's punya agent, but somehow, it was a bit messed up and they replaced
our accommodation with the ones mentioned. since the chalet we liaised with was just a few blocks away, we decided to go straight to them and meet any personnel yang boleh help us out.
since semua dah sehati sejiwa seraga sebakul nak balik time TU jugak, since semua dah patah hati nak stay on the island, the Scubajeff people agreed to adjust our package into a daytrip
package. Alhamdulillah. *personally, i feel their service was ok la, cuma since ada sedikit miscommunication, AND because the irresponsible previous customer yang agak selfish to clear up their rooms (which should be ours but 12pm, by right) ON TIME, itu yang membuatkan kami tawar hati nak stay for the night. urghhht! makciks, i hate uols! *
NOW, do you get WHY i asked u to HAFAL the notice?
despite the repetitions of the NOTICE telling check out is 12PM per notice in a few corners of the lodging, they STILL clear up AFTER the stated time, up to FIVE PM baru kami bisa dapat bilik. no no no! they were the ones who should pay the late check outs, bukan kami kan. so, we insisted to be transfered back to Tawau then.

which after all, was not a bad idea at all. since Dr.Syamil is in Tawau, we decided to stay in Tawau. called a few hotels and settled with Heritage Hotel. a very nice hotel, by the way.
disebabkan syamil did not join us to the island (on call), so, HAHAHAHA *gelak jahat* kami paksa Dr. Syamil open table. kah kah kah. THANK U SYAMIL! ^.^v


thank you SYAMIL!



dua gambar di atas adalah the ahli geng MATAKEDADA* haha


syamil (dan dibantu pemandu satu lagi, azmir) brought us pusing pusing tawau. the BEST destination was........
































































































yes.
syamil's house. T_________T

haha, but anyhow,syamil brought us pusing tawau and tunjuk which place we could go for souvenir hunting the next day. sampai sampai hotel, masing masing flat, namun masih ada melayan movie tv tuh, but aku rasa aku dah gol awal malam tu. penat. siap ada yang terus pengsan tanpa menukar pakaian tidur.

the next day, went shopping at Pasar Gantung kat Tawau. but before we start souvenir hunting, masing masing menggelupor cari makanan dulu sebab kebulurandah nak tengahari baru nak cari makanan. lepas shopping dan makan at Pasar Gantung, syamil and azmir mengutip lah cik tujuh gadis manis ni jalan jalan lagik. plaza apa tah (shopping complex) dan kemudian ke Plaza Tanjung Tawau dan kemudian ke Indo Cafe, melayan Pisang Goreng Cheese dan Mango Sago. *ok. now is 2 am and terbayang those two dishes and terus jadi lapar. nangis*

selepas itu, kembali ke hotel to pick up our luggage, bid farewell to syamil and azmir (azmir flight pulang ke semenanjung was a day later than ours) and hopped into the shuttle van and off we went to the airport. agak awal juga kami tiba di airport. check in apa semua and bye bye Tawau. *sedih*
safely landed at about 12.30 am, aida's mum fetch aida, mas, sham and i, and pia's bf jemput pia, shepa and kepah back home. mas sham and i overnight at aida's and joined her little family gathering, and aida sent mas back to hers and the rest berkumpul kembali kat Mali's Corner nak layan nasi lemak and char kuey teow. TAPI, melayan dalam hujan yang AMAT lebat. haha.
nasi lemak air hujan satu kak! :P

lepas layan nasik lemak, sambung sembang kat Oldtown White Coffee Sri Rampai skejap, exchange gambar gambar dari kamera masing masing dan bid farewell. sambil itu, mengumpul idea untuk next year's trip, which insyaAllah, to the East Coast Malaysia. dan selepas itu, aida send me and sham to my house and we were all back to respected homes.

well, to conclude, even though the planned trip went a bit haywire, it was still a blast.
sebab apa?
sebab ada a cool bunch of people yang back up each other and turned the trip a super blast. i truly feel blessed with these angels. thank YOU, Allah.

personally, i thank all of YOU (aida, mas, sham, syamil, kepah, shepa, pia and azmir) for those beautiful moments sepanjang trip tersebut. really, one of my favorite so far.
in the end, it's not where u went, but who u went with.


the girls

and the guys.


*explanation MATAKEDADA: one of us tried to imitate the local act from Oh Yeah!, mata ke atas, tangan di dada" on our way to the LCCT, tapi, unfortunately, instead of mata KE ATAS, she mistakenly did MATA KE DADA and we had a great laugh out of it. therefore, MATAKEDADA terus lekat sepanjang trip and the phrase seem to be one special one for us, itu pasal la kami regard ourselves as GENG MATAKEDADA! haha.