Monday, August 31, 2009

omputeh ada mac. a.k.a apple, kita ada DURIAN. T-T

salam.
dengan hati berkobar pagi tadi....err...dari petang semalam sebenanrnya, dah berkobar-kobar nak pergi replace hardisk laptop 'kesayangan' agar lebih mudah pergerakan aku ketika berkerja.

ehem.
bekerja?
ehem.

(pelik pulak melabel diri sebagai bekerja. hakikatnya, masih bergantung harap dengan belas ehsan ayah bunda. oh. )

berbalik kepada misi pembaikan laptop.
berkobar ni. dengan visi keesokan hari bakal mengusung laptop milik SENDIRI, bukan lagi dipinjam dari rakan serumah atau junior yang lainnya.fuh. imaginasi bahawa esok hari bakal membawa laptop SENDIRI yang telah diperbaik, walaupun sebenarnya laptop tua itu telah uzur dimamah usia.

oh.
ok.
sungguh over ayat itu. maaf.

yang penting, laptop la kan. sebab laptop memudahkan pergerakan aku yang sememangnya tak reti dok diam. bukan type budak yang reti duduk diam2 kat satu station saja. tambahan di RUMAH. rumah asasnya untuk berehat dan berlibur sahaja. oh bukan untuk dibebankan dengan pekerjaan kantor, melainkan rumah anda adalah pejabat anda.

farah sudah jauh melalut. balik ke landasan please!

ok. setelah mengambil gedik di rumah beliau, langsung kami ke plaza lowyatt yang femes tu. perjalanan Alhamdulillah amat lancar.

taaaapi....

setiap kedai aku pergi, menggeleng sahaja kepala mereka bila ditanyakan ada atau tidak barang yang aku cari itu. sumpah susah carik hardisk utk laptop ftec ni. huh. mengenangn kesabaran yang perlu ditebalkan, lagi-lagi di bulan mulia ini, aku membatalkan niat untuk membuat ungun api ditengah-tengah atrium plaza tersebut tanda protes kerana tak menyediakan hardisk yang aku cari.

ok. nada drama dah bermula disitu....

maka, dengan hampa, meneruskan perjalanan hari dengan menyinggah di kedai kamera membetulkan slr elly. dan dituruti dengan pembelian cd oleh gedik. aku? aku dapat....apa?
sepanjang perjalanan dipenuhi dengan ulangan laungan "STRESS!" oleh cik farah diana yang sumpah tak comel dah sebab dok ulang ayat stress sampai muka jadi kedut macam nenek kebayan.
tu dia, exaggerate lagik mak aih!
keluar dari parking, meneruskan perjalanan. singgah ke rumah elly untuk ambil barang beliau sedikit.
dalam pada baruuu je keluar dari parking tu, ada la 2 jejaka mengusung bungkusan-bungkusan entah apa entah.

salam ramadhan.
kita ada buat amal jariah, rm 10 untuk tat durian bla bla bla....
ingat bulan ramadhan. pahala pahala. anak yatim.

oh. sebegitulah rupa ayat kipas lelaki lelaki itu. aku tak sempat nak menggigil memberitahu aku TAK IZINKAN bau durian mencemari BumbleBee aku, tapi gedik dah terlebih dahulu mengeluarkan dompet beliau dengan niat bersedekah (eleh. macam aku tatau kau malas dengar mereka itu membebel lebih panjang!)
nasib baik hari masih muda, maka sistem badan masih ampuh dalam menangani anasir-anasir negatif yang tidak dikehendaki.

T_________________T
kereta ku dah berbau duriannnnnnnnnnn....

[note: ye. hangpa nak kata aku rugi nikmat dunia kata ah....dlu kecik2 aku makan gak durian, tapi sejak bila tah, aku tak bleh tahan bau durian.isk isk. ]

dan ye, hari ini agak menyedihkan, sudahlah tak dapat hardisk yang dicari, lagi pula di sinari pula keretaku dengan bauan yang disukai ramai itu. oh....sedihnya hati...




ada sesapa sudi sponsor netbook untuk saya? sponsor separuh payment punnnnn takpe. hahaha!

sekian kisah sedih.
moga esok kembali ceria seperti sedia kala...........

Thursday, August 27, 2009

Burung Hantu

salam semua.

setelah sekian lama tak jadi burung hantu.
lama? lama la sangat. tak sampai sebulan kot.
eh? selalu je jadi burung antu, berjaga time orang dok lena.
especially kat umah.
ceh.
kali ini....tak tengok tahap ketahanan sampai ke tak ke detik bersahur jap lagik.
aduh. penin jugak mengedit report setebal 120page ni kan.
apa-apa lah. janji aku suka je kerja ni.
suka???
suka la.
ye. betul jujur suka.

ok. cukup. kena sambung sengkang mata demi mencapai target iaitu siapkan by tengahari esok. erk. tengahari???

doakan aku berjaya mencapai target. wuuuuuu

Wednesday, August 26, 2009

wajah baru?

salam.
ok. gigih tak aku mengadjust semula blogskin neh?
oh my. kepeningan. dah la tengah tak brapa sihat ni, lagi mau tambah kan kefeningans. ish. (sudah! maaf. jangan tiru gaya bahasa aku ye. )
takpe. slow-slow bermain-main dengan coding bagai neh. sumpah tak reti.

err....tapi...ok gak la kan, for a beginner.

baiklah. link ngan ruang komen tatau nak sumbat kat mana celah mana....so, sabar-sabar je lah dulu. i'll figure it out later. buat masa ni, kat shoutmix ajo sudeh!

baik. mau buat kerja lain yang lebih berfaedah...iaitu...tidurrrr.....

woi woi! siapkan kerja duluuuuu....




ok. tapi nak pi makan sat. daaa.....

Sunday, August 23, 2009

Konvokesyen UKM ke 37 Sidang 3 - 16 Ogos 2009

Salam. ceh. tajuk skema ayam. ish.
hmm... akibat dah tertangguh agak lama, maka rasanya emosi-emosi yang dijanjikan turut terkubur. kahkahkah. hep. gelak apa macam tuuuuu farah?! ish ish....

ok. pertama sekali, harus lah ada ucapan salutasi bagai. eh? macam majlis apa pulak. kan. isk.
before i start on babling here, i would like to thank ALL my lecturers and friends, not just for coming to my convocation, but also because standing there for all 4 years im in ukm. empat tahun yang banyak menitiskan airmata dan keringat, tapi juga turut membentangkan memori indah manis gula madu. heh. dah stat daa.....

terima kasih para pensyarah
yang menjadi guru yang tabah dalam melayan kerenah anak-anak didik yang degil degil belaka ni.
yang menunjuk arah yang benar,
dan kadang-kadang saja je tabur paku tekan kat tengah jalan supaya anak-anak didik beliau celik sikit
celik dengan dunia nyata yang tak selalunya lurus
terima kasih guru
(ya. lebih sedap kalau dibahasakan mereka guru kerana guru itu kan tunggak generasi intelek... cewah)

terima kasih sahabat-sahabat
ya, teman-teman ku pasti tahu apa yang telah kita lalu
tambah aku yang sering jatuh ini (cis. jatuh secara metafora DAN secara direct translation. harap-harap takda kesah OKU lagi selepas ni.)
mereka sentiasa ada meniup semangat agar terus berjuang
agar terus kuat
agar tetap terus menyelesaikan apa yang telah aku mulakan.
terima kasih. semoga jalan kalian turut dipermudahkan Nya sebagaimana kalian telah mempermudah jalan ku sebelum ini.

dan yang paling utama,
Mummy, Abah, dan adik beradik ku.
for those encouraging words from mummy,
and for those strength from abah,
and for those support from my siblings.
thank u.
wait. thank u i just not enough. i guess, i just have no other better word to describe my gratitude on being blessed with such wonderful family.
tiap kali si cengeng ini menitikkan airmata,
si ibu tak pernah gagal mengembalikan senyum tawa
tiap kali si lembik ini lemah tak bermaya
sang ayah pasti pantas membangkitkan kekuatan diri.
dan oleh itu, terima kasih mummy and abah.






dah. panjang lebar kot mukadimah aku neh. blah. kata emosi dah hambar, skalik kau keluarkan ucapan berunsur emosi sekangkang kera. ceh.cakap tak serupa bikin ini budak!

hmmm.
mana nak mula?

pagi bangun, bersiap-siap touch-up muka tak siap ni. ala kadar. bukan reti mekap pun.
debar tu toksah cakap.
debar? nak konvo pun ada debar bagai ka?
tatau orang lain, aku ada rasa debar tu.
dengan kerisauan kasut 3-inci kesayangan tu.
berpeluh-peluh berdoa moga-moga tak tergolek masa naik pentas. haha.
ceh. tapi memang peluh sakan pun. jubah konvo tu punya ventilation sumpah fail! hahahahaha!


ok. jangan nak stat crit session tentang jubah. kau gila pakaian nak dibuat maximum natural ventilation???

gatal sangat nak jugak pakai kasut tinggi kan, rasakan. kasihan sungguh kepada tanah di tepi DECTAR berlubang-lubang. rasa-rassa, kalau di semai padi kat lubang-lubang di tanah tu, mungkin subur tumbuh benih-benih semaian tersebut.

melangkah masuk ke dalam dewan, dengan para ibu bapa telah duduk di tempat yang dikhaskan untuk mereka, mata ni melilau scan seluruh dewan tapi tak dapat idea dimana mummy ku. sedih betul. sebaik duduk di tempat yang dikhaskan untuk para graduan, terus capai fon telefon cari mummy dok kat mana. ok. abah tak masuk dewan, nana yang ganti abah. nampak mummy dan nana, terus rasa girang gemilang. erk. (girang gemilang? maaf cikgu bm, sedih kan dapat student macam i....) sambil menanti turn naik pentas, menggodek-godek handset mencari hiburan. nasib dapat wi-fi, bermukabuku sebentar. heh.
tiba turn naik pentas.
debar toksah cakap la.
tapi Alhamdulillah, all went smooth.
sejujurnya, bukan penerimaan skrol tu yang menjadi acara kemuncak buat aku.
tapi.
upacara tunduk hormat pada ibu bapa dan pensyarah yang sangat aku nantikan.
sebab tanpa mereka, aku takkan berada di mana aku berdiri sekarang.
(daaa...tu ratu emosi da stat beraksi semula.....menyampah betul bila stat main airmata neh)
aku taktau perasaan orang lain, tapi saat tunduk hormat pada para ibu bapa, sumpah mata ni bergenang amat, macam paip air yang stopper dia da rosak. cis. tak suka betul bila aku stat buat drama sabun air mata neh. air mata ni pun satu, tak reti dok diam diam. hish.
mata pun kelip laju laju sebab nak cover jangan kasik orang perasan aku da nak stat nangis. ceh. cengeng betul farah diana neh. masa pusing tunduk pada para ibu bapa yang duduk belah kiri (dimana mummy dan nana duduk), mata aku maaaaakin la berair nye. adoi. tangisan gembira la katanya. lepas tunduk, laju aku hantarkan flying kiss buat mummy. buat masa tu, itu je yang mampu aku layangkan. hehehe... dan sangat seronok sebab mummy turut reply kasik flying kiss to me. ewah!! comel ok bunda saya! mwah!!

dan akibat tak reti dok diam manjang main handset (tak senonoh penya budak!) masa upacara konvo berlangsung, dan-dan time tamat majlis, handset dah kiok. sempat telefon mummy beritau dia aku menghala ke gong besar depan dectar tu je. hah!padan muka! kan da susah nak contact parents. cis.

dek kerana penat menanti mummy dan nana, apa lagik, tumpang sengih masuk kamera orang la. macam artis. heh. dah pulak, topi konvo tu sumpah aku rasa nak kasi tembak sbb sekejap sekejap jatuh. sejak dalam dewan lagi topi tu tak reti dok diam! mujo topi tu terjatuh time dok duduk kat dlm dewan tu, kalo jatuh time amik skrol, alamat aku cepat-cepat buat breakdance sebab nak cover malu nye pasal. (ok. macam reti kau berbreakdance bagai. diam kau farah!)
rakan-rakan yang hadir menyerbu...err...ok... perasan pulak. tapi sunggoh apa, sorang demi sorang serbu dgn teddy bear la, bunga la... tak la banyak sangat hadiah aku dpt pun, tapi ada la sikit. but seronok amat rasanya tengok kawan-kawan datang. thank u korang. sayang korang lebih lah! cewah! dengan batch sendiri yang sedang sambung part 2 dan adik-adik junior yang hadir, tak lupa juga pengetua banglo AF (hehehe)... penumpang-penumpang studio duranta... fuuuh! terima kasih tak terhingga. terharu! (haaa....kau jangan stat farah!!)

dah sudah! penat ok tahan emosi sambil menulis ni. sedaya mungkin menjaga diri jangan terlampau emo disini. be profesional ok, farah. ceh ceh.

dan dalam pada keseronokan meraikan hari konvo, ada kisah sedih berlaku depan mata aku. dengan kaki sakit (padan muka! nak sangat pakai kasut tinggi klcc! jalan-punya jalan, sampai depan masjid, terus cabut dan usung kasut tu dengan selamba kodok melenggang berkaki ayam sebab da tak tahan berkasut. menggelupor jugak jalan atas tar ketika tengah hari terik itu. isk) dengan perut kosong telan air masak je pagi tu, ada pulak hamba Allah yang buat kurang ajar dengan mak ayah aku. right in front of my eyes. harus lah aku bergenang airmata serta rasa nak baling kasut tumit tinggi aku tu kat dia. tapi sbb abah aku dah didik aku jangan jadi manusia kurang ajar, aku tahan kan diri, memahami konsep sabar dengan seikhlas mungkin.
dan kepada manusia itu, doa aku agar saudara sedar lagak bongkak saudara takkan buat saudara lebih mulia di mata Allah. dan semoga ibu bapa saudara tak diperlakukan sebegitu rupa. aku maaf kan saudara hanya mungkin sukar untuk dilupakan kerana pedihnya bila ibu bapa kita dipijak-pijak seumpama itu tak terbendung sakitnya. kita sama sahaja di mata Dia, aku tahu, kita semua manusia biasa yang punya rasa marah kadangkala. tapi itu takkan pernah jadi alasan untuk kita berkurang ajar dengan orang yang lebih berusia dari kita, tambah pula dengan imej saudara yang lengkap berkopiah yang menggambarkan betapa saudara sepatutnya tergolong dalam kumpulan mereka yang berpekerti mulia, sopan dan santun.

oh. stop farah. jangan stat drama 18sg plak kat sini.

baru dua hari berpuasa. syukur, aku tak terdengar lagi lagu raya berkumandang. sumpah annoying kalau lagu raya diputarkan pada awal ramadhan. kasik la 2 minggu lebih sikit puasa, baru syok gelek lagu raya. ni, blum berbuka hari 1st, dah feeling-feeling pasang lagu raya. adus.

p/s: tentang lagu raya tu, tu personal pendapat aku je. tapi kalau korang nak layan gak, terpulang la. jangan kasik berkumandang kat telinga aku je, kesian aku kena tahan diri bersabar jangan melenting. kang kurang pahala puasa den. hahaha.... selamat berpuasa semua!
dan oh. gambar? nnt la.... rujuk facebook je lah. hahaha. tgh mode malas sket neh! (sket je...takleh malas banyak2!)

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan al Mubarak

Salam Ramadhan semua! apa macam first day puasa? ok? hehe....

sempena kedatangan bulan mulia ni (dan sementara punya waktu dan modal memblog), mari kita kongsi cerita tentang puasa jom.

erk. alamak! entry konvo tertangguh lagi. hahahaha.... bagi basi dulu baru update pasal konvo ye. kita peram buat jadi pekasam sekali sekala.

ok. kalau dulu kecik kecik puasa, memang banyak cerita karut marut bebudak yang macam-macam keletah berpuasa. adik aku dulu, cara dia ngelat masa berpuasa adalah dengan bertenggek depan peti ais. kadang-kadang, dia amik sebotol air sejuk from peti ais tu konon-konon nak basuh muka kasi segar, pastu pura-pura berkumur dan selepas tu pasti keluar dialog, "oopS! alamak! terminum! takpe kan takpe kan? tak sengaja...."
blah kau budak! tipu gila ok! (ceh. dan saat ini, aku rindu budak poyo tu! dan siang tadi beliau menghantar sms memberitahu keberadaan beliau di universal studio osaka. cis. sumpah jeles!)

dan selain kepelbagaian taktik mengelat puasa dahulu kala, dengan pura-pura demam la, mempamer lembik tak larat sampai juling-juling la.... ish. sunggoh pandai berdrama kan budak-budak dahulu kala. oh. aku tak, aku rajin puasa. XP ahahaha.... (tipu sangat!)
selain taktik ngelat, dikhabarkan hantu syaitan semua diikat sepanjang bulan ramadhan. sejak bila tah, aku selalu suka bila datangnya bulan ramadhan, sebab bila malam-malam, aku jadi berani dan kurang takot dikacau hantu. ceh. penakut rupanya farah diana kecik-kecik dulu. pada fikiran ku, selain berkat bulan ramadhan, time ni la rasa tenang sebab antu setan semua kan dah ditambat pada pokok. sila ambil perhatian, ditambat pada pokok. POKOK. dan kerana daya imaginasi yang terlampau tak bertempat kot, aku cukup takut lalu dekat-dekat dengan POKOK sebab risau antu or setan yang ditambat tu bisik-bisik kacau aku ketika melalui pokok-pokok tersebut. cukup seram kalau kena berjalan melepasi pokok pokok (dan kadang2 tiang elektrik pun tergolong gak dalam senarai tempat yang wajar dielakkan) sebab risau kot kot antu setan tu merayu-rayu suruh aku bukak ikatan mereka itu. terbayang wo antu-antu tu melambai-lambai dari pokok tu, sambil terkulai kerana diikat, dan mengugut aku agar melepaskan ikatan mereka itu. ok. semacam comel bukan tafsiran seorang anak kecil sebegitu? ceh ceh. tu nak cover malu la tu. hehehe. ok. mengaku. terasa bangang sebab pernah berfikiran sebegiturupa ketika usia muda dahulukala. eh? sekarang tua ka? muda lagi ma.... :P

dah. sungguh sengal la bukan? baru perasan,kesengalan dah develop sejak kecil lagi rupanya aku ni. aduhai., kasihan betul budak farah ini.

hangpa macam mana pulak? apa tafsiran pelik tentang apa-apa berkaitan dengan bulan puasa hangpa ketika kecik-kecik dulu. jom share! meh gelak sama-sama meh! (kalo lucu la, kalo tak, kita nangis sama-sama ye...)

selamat berpuasa semua!

Wednesday, August 19, 2009

konvo?

when i was just about to update an entry on my convocation last sunday, im stuck with a few tasks that need my attention more than this blog. oh bobo. sorry dear. huhu...

well, i promise i will update on my convocation (yeah, and lots of drama and emotions included of course. hehe....) soon. err....i guess, i will update on this weekend insyaAllah. sabar ye... siap ngan gambor nnt! weeee......

till then, take care everyone! stay cute!! XP

Thursday, August 13, 2009

kasut, konvo dan aku...


salam.
aish. seperti banyak nak ditulis sebentar tadi kan. dah lama kot tak bermain-main dengan photoshop edit-edit gambar. heheh.
oleh kerana tadi dibakar-bakar semangat setelah menghadiri raptai konvo, maka langsung pulang ke rumah petang tadi (rumah pj) untuk mengambil pakaian konvo sambil catwalk satu rumah dengan jubah lengkap dengan baju dan kasut konvo. sampai mummy dan nana menangis-nangis tengok anak dan adiknya yang sorang ni overexcited dengan baju dan kasut konvo beliau. ok. tipu sangat. mummy dan nana tak nangis, cuma rasa nak sekeh-sekeh farah diana yang cam gila apa tah catwalk satu rumah dengan kasut dan baju lengkap berjubah konvo dgn topinya lepas tu percaya dengan kelentong abah tentang cara pemakaian topi konvo tu. ish.
gambar diatas, apa signifikan nya kasut dengan konvo kan? haha. maaf, i just love the shoes! been saving it for convo ok!

ok. maka dengan ini aku umumkan, tarikh konvo si farah diana yang perasan comel sampai mummy dia muntah-muntah tak larat dengar anak beliau ini dok melalak-lalak verangans comel ini adalah pada 16 ogos 2009, sidang pagi. ada sesapa nak hadiahkan jambangan bunga, amatlah dialu-alukan. jambangan je. sekuntum kalo i jeling je. ceh! diam kau farah. berlagak pulak. perasan pulak tu. oh tidak, aku dah tak larat menahan kekejian diri. harap maaf ye. farah tetiba hyper ini malam. ceh ceh lagik!

kasut. kenapa kasut? dan kenapa mesti kasut tu bertumit tinggi? telinga dah naik bengkak dengar bebelan orang sekeliling tatkala aku menyarung kasut tumit tinggi, "woi! ko dah tinggi melangit, pakai heels lagi?! sakit tengkok aku! cabut kasut tu skang!" (ok. dialog tu aku reka. tp maksud ayat tu memang slalu dituju pada aku ye.)
kenapa? aku pun kurang pasti nak jawab apa. sekejap ye aku check buku teks sekolah menengah aku, kot kot ada jawapan yang berkaitan.
kau ni kenapa farah??? sepak kang!
ok ok. serius. kenapa aku suka kasut?
mungkin kerana bersaiz kaki sepanjang perahu (cis! pak cik aku suka bahan kan kasut aku sebagai perahu la motobot la....cis!) membuatkan sesi pencarian kasut yang bersesuaian untuk aku seringkali sukar. jadi, kau dapat tangkap apa yang aku cuba sampaikan?

bila kita sukar mendapatkan satu sesuatu itu, kita cenderung untuk menyukai satu sesuatu itu sehinggakan satu tidak akan pernah cukup. ye, kau jadilah aku untuk faham betapa susahnya nak cari kasut saiz aku di malaysia ni.


dan kenapa entah aku membebel tentang kasut ni??? cuba bualkan pasal bunga ke, pasal kolam renang ke, pasal raptai pagi tadi ke...
aduh. maybe aku sangat excited tak sabar-sabar nak rasmikan kasut baru itu. haha. maafkan farah diana ye. hehehe...


kepada rakan-rakan yang akan/telah/sedang berkonvo, TAHNIAH!! we made it aite?!
dan tak lama lagi dah nak puasa. oh! bulan yang paling dinantikan. Ramadhan, cepat lah datang! i rindu u! ceh! cam borak ngan pakwe pulak. sudah farah! pergi tidur skang!!!zzzzzzzzzzz....

Saturday, August 08, 2009

sangat stress

sangat stress dgn kebodohan diri sendiri.
amat stress.
sehingga tak mahu melakukan apa apa langsung. langsung!
maaf kepada rakan-rakan yang konvo hari ini, tak dapat hadir memeriahkan majlis anda. tahniah ye pia dan nurulhuda!

dan ye, maaf jugak kepada rakan-rakan lain yang mengajak beraktiviti berunsur hiburan dan sewaktu dengannya. terima kasih, really, i appreciate ur invitation and such a shame to turn u down. maaf ye, tidak dapat turut serta. sila lah enjoy yourself, ok friends.




and at this moment, i really think no one can help me, not even myself. yeah, i should be grateful for He granted me this situation so that im aware of my surrounding, so that i stand firmly on the ground and keep the faith on. im a bad human, i know, and i kept forgetting Him, when He never fails in remembering me. dear Allah, im truly sorry for being such a jerk when all You do is help the ever weak people like me. ya Allah. please dont stop shining the path ahead of me for i might stumble upon walking in the dark without Your direction..........

dont ask y and dont ask what. just please pray that i could sort these mess out. thank u.