Tuesday, May 06, 2008

malas si daun palas

tajuk entri ada kaitan siiikiiiit je dengan entri; malas. daun palas tidak berdosa, hanya rekaan semata-mata.

esok; rabu 7 May 2008, juam 3.30 petang, bakal menduduki paper last untuk semester ini (Keusahanan Seni Bina). last week, masa study subjek Amalan Profesional II, aku berani kata aku memang bersungguh baca dan study, compared to all other subjek sejak first year lagik. tapi untuk saubjek last ni???? ish.tensen jugak tapi ntah...semacam ada satu perasaan yang mengipas-ngipas angin panas kat aku (kipas lagik??)
xpe...hari ni aku cuba, insyaAllah. kalo tak, alamat...main genyit mata la aku kat en ismar nnt!hahaha!! (namampos?!)

abah ke lenggong pulak semalam, petang ni nanti baru pulang. so, basically, ruang bilik dimana terletaknya dua bijik katil serta desktop aku dan tv beserta astro kat atas ni sangat kosong. bayangkan, bilik sebesar ni sangat kosong, after tonton sinetron Putri Yang Terbuang, mummy turun bawah, tinggal la aku sorang. konon bleh survive dok sensorang. nak jadi cerita, remote astro pon rosak, maka, malas la aku menukar channel kt decoder dia tuh. da bergolek sakan kat atas katil tu. sekalik, kua montaj opening drama idaman yang mana mulanya aku ingat citer hantu kejadah mana tah. mengglupur aku off tv turun ke bilik mummy. mummy yang baru2 nak lena, tergelak sakan tengok anak dia sorang ni penakot nak mampos! (bukan pnakot la mummy, terkejut!!!!) ye la, opening citer tu, stat2 ada pompuan berkelumbung merah, gelap2 tak show muka dia. lagu nak mendayu2 bagai... aku ingat citer hantu! cis! tipah tertipu btol!
then, si anip balik dari menyukat jalan (istilah yang membawa maksud merayap...) , mummy citer kat anip

"tengok kakak awak ni...penakot! bla...bla...bla..." -mummy
"WAHKAKAKA! PENAKOT! hampeh! badan je bosa!"-anip

'eh budak ni, overreact nampak, sekeh jugak ni!' -fara-d, dlm ati je...

pastu....after beberapa saat,

"FARAH! jom a tdo atas!! nak online!!"

ngek! tadi gelak aku penakot!! cipan btol adik sorang ni, tak malu sunggoh! gelak kat orang , sendiri penakot! pigidah!~
then, si anip g toilet dulu, aku lari nyorok kat tepi katil mummy.

"eh.ilang farah? eleh...nak terkejut kan orang la tuh...."

mummy dok tahan gelak tgk muka anip dalam kesamaran malam tapi amat jelas terkulat-kulat tuh. aku pon dgr je da tau muka dia confident dia menyangka aku nyorok kat atas nak sergah dia. tutup je pintu tu, aku taktahan terus gelak sakan sampai terteran-teran perut! mummy pon sama...

"hisy! tak tdo mummy mlm ni dok gelak sakan ni!!! confident je dia tadik..." -mummy
"padan muka!eksen, kata org penakot, kena tipu kaw2~!" -fara-d sambil menahan senak perut ketawa sakan. gila...memalam buta dok gelak sakan. dah jam 1 pagi tu tau!

tak lama lepas tuh,

"CIS!" sambil pintu terbukak!

sekali lagik aku dan mummy bergelak sakan!!

"laa...awak tak balutkan lagik ke adiah tu?" -anip. eleh...konon nak alih topik serta cover macho la tu! konon alasan aku tak balutkan adiah utk member dia yang buat dia turun semula setelah menyedari aku takde kat atas tuh. pigidah!~


petang semalam, sambil dok nonton drama Bella, timbul cerita pasak hantu kat Putrajaya.
ish! aku da la menggemari aktiviti merayap di putrajaya bersama-sama rakan-rakan di putrajaya tuh.gemar tapi skang jarang begitu da, sume orang sebok. mummy ngan aunty nah (tukang cerita sbb dia yang keje kat putrajaya dan kamceng ngan polis2 sana yang suka datang lepak kat tpt keje dia dan menceritakan kejadian2 tu) bising2 warning aku jangan gatal2 sangat merayap memalam buta kat situ. kang kena sejibik kang!

kisah satu
biasa la, si polis meronda. dok satu tpt merehatkan diri. datang kawan nye dok sebelah. tak lama lepas tu, kawan dia yang sama muncul depan. tersentak.
"eh? bukan ko dok sebelah ni ke tadik?"
"mana? aku baru sampai ni......."

kisah dua
aunt x ni dok kat putrajaya. anak dia umur 3 tahun ni slalu je tekup muka tunduk sambil cakap
"maaaa!! knapa ada nenek ni masok?! warna dia ijau!! takotttt!!!!hodoh!"
ada skalik tu, si kecik tu tiba-tiba teriak dari atas panggil mama dia "MAMA!!! nenek datang lagi!!!!"
nenek...kaler ijau....ish! nenek??? cam citer congkak lak....

kisah tiga
encik x ada anak kecil, masok umah je si kecik tu meraung. bawak keluar jenjalan ronda2, si kecik tidor lena. masok semula je dalam rumah, meraung semula. berulang kali, sampai penat si bapak dan si mak nye melayan si anak...

pesanan auntie nah, kalau nak masuk putrajaya, dari bangi, yang simpang nak masok putrajaya tu, JANGAN speed kat situ. especially MALAM sbb situ selalu 'muncul' something. kita sebagai manusia, of coz la akan mengelak sbb kita tak tau apa kan. and in the end, poof! terbabas! memang, sbb tu la kawasan tu selaaaaaalu je terjadi eksiden situ. so guys, beringat2 ye. peringatan utk diri sendiri gak...sbb aku mmg hobby speed up kat selekoh! heeee.....

enuff horror stories. wa mau cuba mengeja perkataan-perkataan dalam nota keusahawanan pulak ni...wuwuwuwu!~

12 comments:

Chika Chika said...

jap.
aku lom baca.
sat gi baca.
nak bitau ja neh

http://cgi.ebay.com.my/NEW-MISS-SIXTY-COIMBRA-CORK-WEDGES-Shoes-Tan-40-10_W0QQitemZ360049653311QQihZ023QQcategoryZ63889QQrdZ1QQssPageNameZWD2VQQcmdZViewItem

tengok ne. cantik. tp size 10. aku nak la....

fara-D said...

waaaa....macam kacak je!wuuuu

nak...tp camne? hahaha!

Chika Chika said...

bid la. nanti aku jaar . ahahaha

Anonymous said...

farah..jalan masuk dr bangi yg mane?yg jln blakang tu ke?yg jalan kg tuh?huisy seram aku bace cite ko nih..baru ingt nak gi alamanda esok mlm, menonton selepas habes exam..waa..xjd lah..takoots..
:ceeda

fara-D said...

bukan bukan...yang jalan highway tuh......tuh a....baru ingat nak merayap bergambar sakan kat putrajaya sok malam....eee! kang tak pasal dpt anta gambar kte kat seekers ek!aaaa

Adian said...

wahh kisah seram singapura leh wat versi baru kisah seram putrajaya la plak.

PEKEJADAHNYA MONTAJ IDAMAN TU SERAM!!! Ya ampun, (anyway, itu idaman 2 k), aku cam suke gak montaj tu dulu time kat ntv7.

fara-D said...

la....ye lah....cuak nye pasal weh! siyes aku tak terprasan langsung tuh idaman...tgh pk ketakutan nye pasal! ampeh!!

Aida Zahrol said...

menyukat jalan...istilah femly ku jua tuh...esp kalo kuar tak reti nak balik2...wakakaka

fara-D said...

haha! aku pon hobby menyukat jalan! hoho

Chika Chika said...

aku baru baca. tapi dah tak thrill sebab sebahagiannya dah diceritakan di meja sidang petang semalam secara live oleh engkau sendiri :p

Anonymous said...

hahaha! takleh bayangkan muka aneyp ketakutan! XD sakat die best ni :D *evil smile*

fara-D said...

chika
haha! tak thrill ek? nak thrilll, sila la gatai2 p putrajaya memalam sensorang!

eleena
heh!lagi bes bayangkan muka dia yang bajet confident sangat tak takut tuh!