Wednesday, December 31, 2008

Di tag oleh cik mas ainun comeyy...hehe...

10 THINGS THAT CAN MAKE ME HAPPY ( in no particular order )

1) waterfall / beaches ....janji ada air...err...kecuali toilet....
2) mummy's laugh and abah's smile
3) gadoh-gadoh manja dengan kakak-kakak dan adik. hehe...
4) merayap dan menyengal bersama rakan-rakan (studio...kmk...bp...sume lah)
5) bunga yang comel (haha! pathethic nya akuuuu)
6) travelling
7) phone calls (sbb aku rarely dpt phonecall. haha! ooops! except phone call dari orang yang tak dikenali.)
8) blogging and bloghopping
9) movies and karaoke. (kahkahkah! sekali dua tp sangat best, especially dgn wanita2 studio yg tamau lepas mic tu!)
10) menonton miss Swan!!! hahahaha. (ini bukan make me happy, make me crazy lagik!)

5 orang yang di tag oleh fara-d:
1) cda (modal untuk cda terus terusan berblog.kakakaka)
2) adian
3) faeez gedik (ko gak yg ckp aku suka tag orang. hambik!! lagipun, blog ko da lama bersawang tu....)
4)
5)

p/s: no 4 ngan 5...later la isi...ngantok, tak dapat berfikir lurus. haha!

Monday, December 29, 2008

semoga kejadian ini merupakan kemalangan terakhir tahun 2008 ini

salam semua.

live casting from kolej terchenta ku. 

aihh. rajin mengupdate la pulak kan?

nak tau nape???

apa lagik, kalo bukan nak mencoret kesengalan tahap gaban aku yang tak sudah-sudah neh. 

apa farah? apa? apa terjadik????
jatuh tangga lagik ke?

bukan...

nak balik ukm tadi salah jalan ke?

bukann...

tertinggal kunci dalam bilik ke???

bukannn...eh...tertinggal kunci, ye, dalam bilik,  bukan.


abis? tertinggal kat mana? kunci apa??


kunci KERETA DAN kunci BILIK.
tertinggal.....di.... DALAM KERETA YANG BERKUNCI!!!




makkkkkk!!!!
dah la sem ni dapat tingkat 4+1 (again...*sigh*).....buat lagi perangai sengal tuh!!!waaaaaah!!!!



tak sempat nak rasa penat berulang angkat barang. baru 2nd trip, dah buat tertinggal kunci plak. 
tapi kan....tapi kan....

eceh. ada tapi tuh!
tapi kan.... kesengalan kali ni telah menjana minda secara lebih cekap dan tangkas lah. kerna beberapa barang important sudah standby.
seperti....

1) dompet yang BERISI wang secukupnya. jadi, otak terus menjana beberapa idea penyelesaian masalah sama ada balik ke rumah sendiri naik bas (fuh! dah lama tak naik bas! thrill plak kan). ATAU menelefon bonda dahulu. dan decided to call mummy first. dan seperti dijangka, tahan je la telinga kena laser dek mummy sebab kerap sangat puteri bongsu (note: puteri bongsu, bukan anak bongsu. yang bongsu adik aku, laki. maka, beliau adalah putera tunggal. heheh) dia neh menyengal....hiks! ampun mummy! cayang mummy. hehehe

2) handset spare. kebetulan sungguh, aku mencilok dengan izin nana, handset motorazr dia. sim card maxis nana aku simpan dalam handset sedia ada aku. al kisah, aku pon men-top up je no maxis nana tuh dan mempergunakannya sebaik mungkin. Terima kaseh ye kakanda ku nana yang berada di Sabah skang dan bakal kembali ke semenanjung for good Febuari nanti. kihkihkih

3) Laptop ini. HAHA! sementara menunggu resque rangers datang, aku conteng-conteng la kesengalan gred A aku ni kat sini. kehkehkeh.....sambil2 mengadu-domba tentang kes tragis ini kpd rakan studio. haha. nasib baik ada wireless Jaring UKM free trial hari ni. merasa aku mengupdate entry kat bilik baru neh. weeewiiit!!


ya Allah, moga-moga permulaan yang agak kelam kabut ini menjanjikan perjalanan semester yang sebaliknya; iaitu perjalanan yang lancar dan tenang. Amin.

sekian. kepala den dah naik angin nih. tak menjamah apa2 makanan lagik. menyental air mineral sebotol kecik je. isk. tragis.

Sunday, December 28, 2008

Awal Muharram

salam.

Salam maal Hijrah buat semua. Selamat membuka lembaran baru, semoga hari-hari mendatang lebih elok dari hari-hari semalam, insyaAllah.

wuhu! semoga sem baru ni encikMALas yang selalu menyelubungi aku beransur pergi dan encik RAJin pula datang menemani sisa-sisa akhir aku sebagai pelajar di ukm. oh sedih kah bunyi? mana mana.... ? sapa sedih? eh eh.... rata-rata, aku lihat rakan-rakan yang final year, mesti mengutarakan kesedihan dah nak abis belajar etc, bakal berpisah dengan rakan-rakan. oh tak mengapa, itu mereka. aku? haha! aku tak sedih? hati kering? wahlallala...suka je hangpa nak judge aku hati kering eh. sekeh kang!

well, sedih sedikit tu ada la... tapi rasa nya, tak patot biarkan kesedihan menyelubungi diri. perpisahan kan selalu aja terjadi dalam kehidupan kita kan... hanya satu proses kehidupan. rakan-rakan, guru-guru, pendidik, staf-staf jabatan, swimming pool kat danau...semua tu akan dirindui.... tapi jangan la bernada sedih. ceriakan hati, sebab tanpa ada nye perpisahan, kita takkan kenal erti rindu, tanpa ada nye kejauhan, kita tak mungkin rasa dekatnya hati kita pada semua yang kita sayang. oleh itu, marilah kita sama-sama mensyukuri semua yang hadir dan lalu dalam hidup kita semalam, hari ini dan esok. 


erk. kenapa aku melalut cam dalam karangan bahasa melayu pulak neh???



kekurangan modal sebenarnya. nak upload gambar-gambar, tak terdaya. dalam laptop ni photoshop nan ado. fyi, aku suka edit-edit dulu gambar befor mengupload. jadi, lain kali je la mengupload gambar-gambar merapu sepanjang cuti neh.kehkehkeh....


p/s: 
1) cik kembaa!!! selamat menempuh kehidupan bergelar student semula!! cehwaH!!!
2) diri sendiri - tolong tampar diri sendiri supaya rajin2 sket oi!
3) cik nurul bakal kawen - semoga sihat2 selalu agar dapat melaksanakan tugas harian dengan lebih berjaya
4) rakan-rakan studio - selamat menempuh satu sem lagik...insyaAllah..... (wuuuh! aku cuak plak neh!)
5) rakan-rakan ex-studio yang da keje - keje molek weh! yang nak sambung part 2 tuh, tunggu aku bleh? kehkehkeh.....

Saturday, December 27, 2008

entry takda modal

salam.

bak kata nurul, tag adalah sumber entry ketika ketiadaan modal. heh.
aku ada banyak benda nak cerita, tapi bila mood tak ada (tambah-tambah, cuti da nak abis neh.), maka...kita layan tag je lah.

(isk...aku ni, bila cuti, manjang mood takda nak update blog.tapi time-time busy ngan all the projects, gatai tangan pulak nak mengupdate. ceh!)


1. Do you think u are hot?

if i don't THINK i'm hot, takkan ado pic seperti diatas. haha. verangans tak sudah aku ni. maaf ye, sindrom angkat bakul ni semacam sudah sebati lah dalam diri setiap penghuni jabatan senibina ukm tuh. muahaha! (haha. statement menyelamatkan diri tuh! ^.^ )

2. Upload your favorite picture

3. Why do u like this picture?
picture taken 2007 (kot?).  so far, suka gambo ni sebab berciri kuch kuch hotak hang. muahaha!

4.  When was the last time u ate pizza?
two weeks ago. cik ainul belanja ketika beliau berpindah ke damansara. feeewiiit! (motif feewiit?heh. abaikan....)

5. The last song u listened to?
cinta jangan kau pergiiiii...tinggalkan diri ku sendiriiiii....
Cinta Jangan Kau Pergi-Anggie

6. What are u doing now besides this?
YM dengan cik aida. lama tak jumpa beliau. rindu lah! aida, jangan lupakan aku dalam planning cuti-cuti malaysia di terengganu nanti ye! hiks

7. What name u prefer besides yours?
Zulaikha. cis. pengaruh novel lah ni. the last two novels i read, dua-dua watak heroin dia nama Zulaikha (baru perasan lah....) . and....kerna terpengaruh juga dengan kisah cinta Nabi Yusuf R.A. dengan Zulaikha. 
(tettt! mood jiwang strikes again!)

8. People i Tag

1) cik aida zahrol. sebab tadi berYM sakan dengan beliau.
2) my dear shamoo. da lama pulak tak chat bercurhat bagai dengan hang. hehe
3) cik kemba. oh...setiap kali mau tag, pasti ada nama dia kan. kehkehkeh....
4) cda comel. blog dia da bersawang sangat. walopon dia seperti sudah retire, tapi aku tetap amu dia jawab tag neh. heheh!
5) mcLong. mana ilang cik kak ni weh......

9. Who is no 1?
rakan seperjuangan ketika form 4 dan form 5 dulu. masa mula-mula kenal dia, agak tergugat rasa sebab dia cam kerek, tapi turns out, orangnya cool bebeh! cewah! aida...kembang la tu i puji tu....

10. No. 3 is having relationship with?
jeng jeng jeng....ramai wooo!!!

11. Say something about no 5.
sudah lama blog beliau menyepi. oh. dan sudah lama tak bertemu beliau. last jumpa masa aku praktikal dlu kot. ek? dan masa kmk dulu, aku adik dia kakak, kalo bertembung aku dengan bag kuning aku, mesti dia jerit "ADIK!! nak p mana? jom la ikot akak!" dan aku akan menjawab "tak boleh la AKAK!! mak suruh balik teros, jangan merayau!" pastu, masing-masing gelak cam hantu!

12. How about no 4?
bestest fren kat KMK dan kini dan insyaAllah selamanya. ironinya, aku pompuan paling beso, dia pompuan paling kecik lam kelas. mulut si kecik ni bising. ada aku ada dia dan tambah pzol, memang sakit kepala semua orang.

13. Who is no 2?
oh. bestest fren juga, kenal waktu form 4. rapat sangat amat kerna kami satu team, satu kelas, satu dorm dan satu kepala la jugak. team volleyball yang aku gelarkan serikandi. feeewit.  aku rindu ko sham!!!!

oh. sekian tag malam ini. aku mau membuat sedikit design kad ucapan untuk kakanda ku terchenta. dah berkurun beliau minta tolong aku wat kan...sok beliau nak balik sabah, hariii niiii baru aku terkial-kial nak buatkan. ampun ya nana!! hehehe

Friday, December 19, 2008

jahat

salam semua.

18dec2008:
hukhuk. ketika mata masih tertutup rapat dibuai mimpi, satu pesanan ringkas masuk kedalam peti mesej handset ku.

aku conference kat area pj. abis jam 5, jom tgk histeria
-gedik

dengan mata separuh terbuka, aku gagahkan diri balas mesej. 

laa... aku plak yang nak ke ukm jumpa puan. nak tanya pasal working drawing. puan ada kt ukm tak? -fara-d

padahal, sangat mengantuk. ikut hati memang malas nak reply mesej. nak sambung je tidur. tapi sebab sudah janji dengan studiomate nak wakilkan dia berjumpa pensyarah kami, aku gagahkan juga diri ini bangun awal pagi. 8 pagi tuuu (err...tak silap aku la. tapi awal la tu...selalu, paling awal bangun sejak kebelakangan ni adalah jam 10pagi. entah kenapa, sejak kebelakangan ni, tak jam 3 pagi, tak leh nak lelap. stress la tido lambat gini. tak baik untuk kesihatan wo tido lewat2 sangat. *sigh*) 

... (aku lupa isi msg dia) cuba telefon puan dulu. dia cuti hantar mak dia ke hukm tak silap aku. -gedik

dan lantas, aku memesej puan, menanya kan keberadaan beliau di ukm dan meminta izin bertemu beliau. 

beberapa saat selepas send mesej kepada pensyarah aku itu, otak ni seperti kena sambar petir skejap sebab menjangkakan kemungkinan besar pensyarah aku itu akan terus telefon aku setelah menerima mesej aku itu. erk! 

terus loncat bangun. 


tepat jangkaan aku! *telefon berdering dengan nama pensyarah tersebut tertera*

(fuh! selamat pantas bertindak membangunkan diri! kalau tak, kantoi still membuta! lalala. standard mau jaga beb! hahaa)

bla bla bla (conversation seperti yang di huraikan pada entry lepas. )

then, teros on laptop. haha. automatik betul, terus bukak facebook and main pet society. haha! gelak gelak. aku pun tatau kenapa bleh addicted dengan menatang alah tu. cit. kak aida la neh!!! 

sambil-sambil usha showtime Histeria. sambil-sambil sms gedik juga. sambil-sambil ym ceeda mengajak dia turut serta. sambil sambil msg adian untuk juga turut serta (tapi pada ketika itu,aku  sangat yakin si adian itu masih enak dibuai mimpi. haha)

tried to book online, tapi fully booked katanya. so, aku decide to just redah je. 

selepas asar, terus berlari ke kereta dan menghidupkan enjin (ayo! motif ayat nak hyperbola la plak kan....)

pusing-pusing bagai nak rak gak mencari parking. (tapi ok la, tak la pusing sampai pusing kepala.) dan terus ke gsc beratur. cadangnya, mau nonton show jam 7.20pm (oh lupa kasi tau, ya dan yeh pon turut serta. kebetulan pulak ya ngan yeh memang sedang berjimba hari tuh) , tapi melihat kepada skrin showtime tu, show 7pm nye tu is selling fast. heh. ada 4 seat tapi asing-asing. ceh. sebab line panjang, aku risau orang belakang bengkek aku decide beli tiket secara slow, aku setuju je nengok show 9.30pm. ngek btol. dah beli tiket baru perasan, "sah-sah show abis dalam jam 11 lebih. alamak! mati kena tembak ngan mummy!!!"

wattodo, tiket dah dibeli pon. isk isk. masa tu, baru jam 6pm kot. so, meronda satu midvalley sorang-sorang. last-last, lepak mph. yes!!! jumpa novel yang aku cariksejak sekian lama. da dekat-dekat jam 7pm tu, disergah oleh gedik. mujo tak kena lesing ngan aku mamat tu. ish. 

the movie was ....errr...ok la... boleh la..... the hantu tak look fake. i think i loved the crowd last night. semua cam sporting melayan movie. sebab apa aku cakap camni? haha...sebab, there's one scene ni, the girls in the movie cerita-cerita seram pada one new girl in the movie lah. they told her, the pekebun bisu. and on one other scene yang the girls dalam bahaya la konon nye, the pekebun menegur bebudak tu. and on that scene, ketika pekebun tu berkata-kata, ada la sorang girl dok seat depan kami ni, terkecoh sikit...

"eh? kata pekebun tu bisu weh? pekebun tu kan bisu...bisu weh!!!"

aku tak tahan, walopon scene tu scene cemas, aku sakan gelak. and gedik menyampok budak tu,

"tu tipu je lah tadi! tipu je tipuuuu!"

and the girl tersedar dia terkecoh sikit, and dia dan rakan-rakan pun tergelak sama. aku ya ngan yeh and gedik sah-sah gelak sama. 

scene lain pulak, ada satu watak ni memberitahu rakannya tentang matinya rakan satu lagi, satu panggung gelak weh. aku tak tahu la sebenarnya babak tu sepatutnya penonton cemas atau gelak, but we found it funny. hehehe. 

selesai movie tersebut, sebelum naik all the credits to the movie, lampu tiba-tiba terpasang cerah dan disampuk salam seorang lelaki. seluruh panggung tertoleh ke arah suara tersebut dan terdiam. 

"terima kasih kerana menonton movie histeria. how was the show? ...bla bla bla.... kami ada surprise sikit sebagai menghargai sokongan penonton sekalian. kita ada 2 orang pelakon daripada movie tadi bersama kita sekarang...Liyana Jasmay dan Ainul Aisyah!!"

wah!!! bertepuk aku. heh. i dont usually terkinja nampak artis bagai, depa pun manusia biasa da.  tapi terseronok juga la tengok si kecik tu! haha. si kecik mana? liyana jasmay la. alahai....comel nye dia........ eh. dua-dua pelakon tu comel je lah. heheh

then, konon nak bergambar bersama artis tersebut la konon kan. tapi, last2, tak dapat dijejak mana pergi dorang. ceh. ada sessi quiz cepukmas sket pas show tu...alaa....si pelakon2 tanya2 pasal movie tu, and penonton2 berebut menjawab. quiz cepukmas la tu! 

salah satu question;

"siapa yang diminati zeta dalam filem tadi?"

gedik mengangkat tangan. liyana pointed him to answer the question.

zeta minat.....
"saya?"

kahkahkah!!! aku alias and ya wat lawak bodo dengan mempura-pura paham jawapannya:

zeta minat gedik!! kakakaka...

(padahal gedik menanya untuk mengconfirm bahawa liyana jasmay telah memilih dia untuk menjawab soalan tersebut. kehkehkeh)

sengal!!

abis menyengal, gossip2an sebentar depan escalator sebelum menuju ke parking. heh. 
send gedik back. and pulang ke rumah. on the way balik, ok je. tapi bila nak masok dari federal highway ke exit jalan 222 tuh, depan sikit, lalu kawasan perkuburan la pulak. kejadah tetiba nak ngade2 takot. sampai trafik light, AKU sendiri gelak cam antu setelah menyedari kebodohan diri nak verangans ketakotan. ngek btol!

and then, skalik lagik terkulat-kulat menahan diri dari ketakutan setelah melalui umah kosong sebelah umah aku tu. cepat-cepat tekan doorbell. 

tak berjawab.

ah sudah!! mati aku tdoq kat luaq niiii.......

taklama pastu, abg imran bukakkan pintu

fuh! nasib!





pagi tadi, mummy memberitahu

"malam tadi abah masa awak takde, abah tanya mana farah! dia marah!!! sebab farah balik lambat!! abah bising kata awak tu bukan nye lelaki nak kua2 malam camtu...."


T_____T nangis lapan tempayan.

ABAH! tak buat lagik dah!!! takmo da balik lambat camtu!!! 
T_____T  sambung nangis! 


pengajarannya: anak dara kalo, jangan gatal-gatal balik lewat malam sensorang camtu. eh, tak sorang pon jangan menggatal balik lewat sebegitu. wuuuu. 

Thursday, December 18, 2008

WORKING DRAWING

Note: Entry ini khas untuk makluman kepada studiomate saya sekalian (depa baca ke blog aku?? haha)



Everyone seems to be scratching their heads on the working drawing issues, right?

Since Puan Akmal is actually on-leave today, so she just called this morning. To cut it short, the conversation concluded as such:

Secara kronologi nye:
1. a working drawing is a REQUIREMENT in the DESIGN subject for next semester (heh! nampaknya seperti semua lepas ek? Alhamdulillah....). note: SUBJEK DESIGN. be it, dah buat working drawing atau belum.

2. To start a working drawing, obviously we have to CONFIRM the design first, kan? So,to do the working drawing for next semester's project, we can only start AFTER solving the design. 

3. Therefore, puan twisted a little bit and asked us to take the HOUSING project instead, supaya tak perlu tunggu end of next semester to start the working drawing. Motifnya? puan suruh START buat working drawing tersebut supaya next semester tak jadi lebih chaotic (note:
lebih . sebab every sem pun chaotic kan? haha) 

4. Puan did mention about the samples. yang tu, i tak berapa sure. but then again, takkan kita nak di spoon-feed all the time kan? By right, semua sepatutnya dah tau format working drawing kan? Untuk yang tak ambil subjek working drawing tu, dan terasa blur nak habis, just rujuk working drawing yang korang buat during practical dulu tu (tipu weh kalau firm tempat korang practical takde wat working drawing weh.) or rujuk working drawing senior-senior terdahulu. 

5. Manual vs. AutoCAD? puan said, she PREFER us to draw MANUALLY. PREFER ok PREFER. untuk kita jugak. but then again, masing-masing boleh fikir sendiri, mana yang relevan. Menurut pemahaman aku ketika conversation tadi, working drawing MANUALLY done is a bonus for us lah. i guess, CAD is acceptable kot.^.^ 
and again, puan nampaknya MENEKAN/STRESS kan bahawa working drawing, dia mau PREFER manual. PREFER ok PREFER....PREEEEEFER! haha. (i repeat the same point, did i?) 

6. Kesimpulan daripada kesimpulan ini, just 
START the working drawing lah. no more question asked. Tak perlu takut buat silap, kita kan still on learning process. Apa pun, Point No. 1 tadi, sila be aware of it. maybe itulah punca segala kekusutan kita ini. sekian. apa-apa tak paham, jangan segan silu bertanya saya ye, mungkin ayat-ayat saya tadi agak mary-go-round. hehe. All the BEST! see ya next semester. mwahhh!!

xoxo
Fara-d (haha! so mengada mau tiru GG. ^.^ )

Monday, December 15, 2008

dilema mahasiswi ketika cuti semester

salam.

sudah ja 12.30 malam, tapi mata tak menunjukkan tanda-tanda mau berlayar ke alam mimpi. sungguh seksa tahu. lagi pulak, sebanyak-banyak channel dalam astro tu, satu pun tak menambat hati. ish. nak menjelajah blog sekalian alam, pun sudah. apa yang belum? facebook, email sume da check, friendster, myspace yang aku jarang bukak pun aku sudah explore semua friends. gila.

alih-alih, menyengal je la, teroskan bermain pet society dalam facebook. oh, kak aida punya hal lah ni, addicted plak aku ngan game tersebut. ceh. takpe, seronok jugak. sambil meng on ym dengan status super-sengal : pungguk rindukan bulan... 

motif? 
bulan la ...rindu la... sungguh tak betol otak ni. tolong tune kasik betul semula ye. frekuensi sudah lari lah!

lalala...see see see.... ayat pon semacaaam je. 

aku rindu hantu-hantu kmk klas M aku dulu la. fasya da bertunang (nasib ko la...meh aku canang berita ko bertunang kat sini. berita baik harus cepat sebar2 kan kankan!) TAHNIAH beb!! mwah mwah! sebelom ko jadi bini orang, baik cepat lunaskan 'utang' kita nak beronggeng di genting. kehkehkeh! 

tajuk entry di inspirasikan daripada sorang sahabat baik bernama aisyah. partner in crime aku! kakakaka!! (a'ai, rela kah kau mendapat title sebegitu rupa dari aku? mwahahaha). kerja elok2 ye a'ai. hehehe. 
meh meh kerja dengan rajin jom. walopon aku masih menuntut di ukm, dalam cuti2 sem ni, takpe la, aku meneman ko bekerja ye a'ai. teman as in aku pon kena berpura-pura sibuk bekerja la k! haha. 

woi! aku memang sepatutnya melaksanakan beberapa projek terbengkalai lah. hari tu sebok2 dengan projek final, time2 tu jugak nak sebok idea macam-macam menderu datang mengisi kalbu. la ni, dok free as a bird, taknak plak stat menggodek rumah ni. ceh. 

hmm... sebenarnya, siang tadi sepatutnya aku ke The Curve, ada gathering sekolah rendah bagi batch aku. alkisah, berpakat dengan dua orang member nak g sesama. setelah bersiap secomel abis (farah prasan...prasan prasan!!takpe...skali skala je aku verangans comel neh!), cik odie telepon 

farah: ye...
odie: cik farah diana...
farah: ye cik nordiana....mana anda?
odie: farahhh...dah siap ke? kawan kita sorang niii....
farah: da siap da. u da sampai ke? nape nape?
odie: cik diyana kita tak jadi g la... dia cirit pulak. tak berani nak kua, kang naya je plak nanti. u still nak on  ke?
farah: tah. u camne? i'll go kalo u nak p la...nak jumpa sangat2 pon nak jumpa korang.
odie: tu la pasal...tak syok la plak kite dua je kan...heheh. da siap ke u?
farah: waaaaaaaa!! da!! abis comel da neh! tak jadi plak...takpe la, maybe kitableh set another date some other time ek.
odie: hahaha! i pon da siap actually... k la... lain kali ek.

oh. lupa nak mention, sebab aku pon baru perasan. member dua orang tu of coz lah member sekolah rendah aku. and all three of us mempunyai persamaan nama yang sangat hampir. sorang Farah Diana, sorang Diyana Hillmee dan sorang lagik Nordiana Shamimi (alamak! tlupa binti apa! akkaka. maaf darl! ) sama sekolah dari standard 1 sampai form 3 kitorg neh. start rapat...er... tak berapa ingat bila.hehe. tapi cam da tak berapa in contact sejak aku pindah masok mrsm (cis. lupa diri betol farah diana neh!) nampak tak persamaan? semua pon ada diana. heh. diyana lagik bes, nama bapak kitorang siap sama lagik. mujo ejaan lain. yg odie tu plak, our diana punya spelling sama. ahaha.big deal la kan aku neh!

owh. teringat satu kisah. kami sekelas sewaktu kami tingkatan 2. nak jadi cerita, cikgu geografi (yang juga cikgu geografi aku masa tingkatan satu. form 1 dulu, diyana dan odie sekelas, aku kelas lain) suka soal student-student dia. ala-ala pop kuiz secara lisan lah. dia panggil "diana". memandangkan aku biasa orang panggil "farah", maka, aku wat dunno je lah. yang odie dan diyana lah tercengang cikgu tu panggil sapa, sebab mata cikgu pandang aku. aku lak wat dek je. cikgu tuh sergah la kitorang. 

"diana mana, cikgu? DI-YA-NA ke...nordiana, cikgu?" bleh plak aku terbijak akal menanya.
"wat? u la...."  cikgu tu cina. pelat2 sikit. comel je.
"ha? me?im farah la teacher!!"
"wat? correct la...u diana (note: dia sebut 'diana' sangat berslang ok.  day-ya-na bunyi nya.) right"

aduh puan goh (cikgu geo tu la). beliau biasa panggil aku diana sebab dulu tingkatan satu, ada sorang lagik bernama fara nadiah. so, untuk elak konfius, dia panggil aku diana and the other fara, dia panggil nadiah (kot. ke dia panggil fara ek? tah la...tak ingat)

adoi. tak ke haru kami tiga orang masa tu. dah aku wat taktau je. lawak. pastu faham la, kalo dia panggil diana (with that particular slang of hers....), she meant AKU dan the other two dia akan panggil nama penoh. kehkehkeh


now, di ukm, aku sorang je dalam studio, in fact, dalam jsb yang bernama farah. heh. so, takde confusion lagik lah kan. lalala. suka aku! 


walopon begitu, ada plak makhluk suka-suka tuka nama aku, memanggil aku DIBA sebab dorang fikir nama fara-d tu bermaksud FARADIBA! ceh! apa da....
saya FARAH DIANA lah! panggil FARAH je...nak ngade2 kalo, panggil FARA-D. haha!
bukan DIBA ye... ainul adibah ada, FARADIBA ..nan ado. sekian.


ok. aku da makin melalut ni. sejam lebih gak menatap skrin mengetok2 papan kekunci. padahal, apa sangat cerita aku neh? 

dush! p tdoq!!! 






tamau. nak p sambung main game. kahkahkah. gudnite......

Saturday, December 13, 2008

bulan

salam.

ceh. tadi seperti punya modal mahu bercerita. bergema rembulan bagai berkumandang. rancangan sehati berdansa punya hal lah ni. lagu tersebut terngiang-ngiang sehingga membuat aku terus log-in blogger.com konon nak mencoret lah kan. sekarang??? ayo! 

mari berbella luna pula. haha. (thanks my kemba for the song, bella luna by jason mraz)

hoi hoi. 
apa ni?
kejap gema rembulan.
ni bella luna pulak?
eh sekejap? kenapa dua-dua lagu berkaitan dengan bulan weh? 
eleh...baru dua lagu bulan dah kecoh. dua je pon. kehkehkeh.

abaikan.

kenapa celaru entry hari ni ye?
(ngek. entry aku memang selalu serabut pun. lalala)

saya sangat teringin KELUAR dari kotak selesa di petaling jaya ni untuk menenangkan diri (hak tuih! ngengada punya keinginan da.... )
ni gara-gara kempunan rancangan ke sungai gabai sewaktu akreditasi tuh hari tu tak kesampaian lah ni. huwaaaa.....

abah sebenarnya planned to send hanif back to terengganu after raya haji break hari tu. akan tetapi, dek kerna banjir bagai dan musim hujan, maka, plan remained as plan je la. 

weh. tetiba teringat reunion dak2 kmk klas aku kat PD tuh. dok tepi pantai memalam buta... borak melawak gelak cam hantu, mendengar deru laut... ayo! miss those ppl la. woi! bila nak gath lagik woi!! (cih! sopan sunggoh bahasa aku yer...haha!)



tau apa aku mahu sekarang ni?

ye...cuti! walopon sedang semester break, 

dan konon nya mahu diisi dengan penoh ilmiah

dengan kajian topikal konon nya

dengan design kabinet untuk mummy kononnya

dengan plan revamping tingkat atas menjadi dua ruang konon nya

semua hanya...KONON. ok. KONON.


adui. 
mungkin aku perlu betul-betul bercuti hirup oksigen yang SELAIN dari yang terkandung dalam udara petaling jaya ni kot, baru lah lebih bersemangat mahu mulakan segala ke-konon-an yang telah disenaraikan tadi. hahahaha...eh ...silap. HAHAHAHA!!! farah diana penuh alasan. tolong tampar diri sendiri, farah!

berbalik kepada kemahuan aku tadi...

apa yang aku mahu?

aku mau duduk tepi laut di ketika pekat malam, sambil menonton bulan dan bintang dilangit, dibuai lagu dari deruan ombak laut, serta disapa hembusan bayu.


fuh! sangat la berangan. mak aihh... apa kena la aku ni?? 


satu lagik angan-angan yang aku reka dalam bentuk dialog:
fara-d: chika! jom karaoke jom!!!
chika: farah! GET OUT!!!

Tuesday, December 09, 2008

miss drama

assalamualaikum.

heh. salam aidiladha semua.

seperti biasa, saya beraya di petaling jaya sahaja. hari pertama, biasanya diluangkan khas buat family. selepas solat sunat hari raya, akan singgah di rumah wan nun (cousin abah) dan kemudian, pulang ke rumah dan sanak saudara terdekat akan datang berkunjung. oh, dah lama tidak melihat rifkiey (anak cousin ku, cucu adik mak saya) . comelnyeeee! (gambar? wah! saya sudah makin malas upload gamba la...nanti la, wa lajin nanti wa edit2 sket and upload kat fotopages sajo! hehe) 

oh. tujuan saya menulis hari ni kerana tetiba terasa mau menulis pasal cik drama swasta iaitu my dear cousin; erin. heh. she IS annoying most of the time, tapi sometimes, kesengalannya teramat la memecah kan sendi dan usus serta perut aku. angkat bendera putih la aku kalo lawan tahap sengal dengan dia kot. haha

the stories below are not in sequence, by the way....

1: raya semalam, erin came with her sis, mama and her papa. aku biasanya bersekongkol dengan si kakak. seronok tengok erin sentap (yes, im bad!haha) oh, yes. the kakak is the same age with my brother. tu link kat kiri tuuuu....yang miss elle tu ler....
back to the story, i usually will chit chat with eleena (the kakak), melawak bodo segantang dua. or just simply duduk sambil enjoy the food (as for semalam, both of us melahap choc chip cookies nana.haha!) then, ada satu waktu ni, nana, erin and eleena duduk2 lepak di bilik maktok. suddenly, (apa sebab tah but i heard from nana the story is like this lah...) erin tiba-tiba keluar statement.

erin: huh! kakak tu...mengada! mentang-mentang la ada perempuan gedik!!
nana&eleena: ha..? (and nana was wondering siapa the so-called perempuan gedik since there were only maktok, eleena, erin and nana sahaja in the room)
nana: sapa perempuan gedik nye erin? takkan maktok?
erin: FARAH lah!!!!

ok. when i heard the story, sakan aku terbungkang gelak. well, i take that as compliment tho!
and teros bergaya segedik mungkin kepada erin. saja je, seronok menyakat la katakan. 

me: well, kakak! i LOVE being gedik! we're the PEREMPUAN GEDIK gang ek, kakak! ho yeah!! class! (okay, i do exagerate a little but i do laughed out loud and declared the gedik gang with erin's kakak!haha. berbulu je si erin tu geram tengok aku gang kakak dia. mwahaha!)

2: i was busy loading the kelisa with the models and presentation boards yang dipamerkan kat rumah tengku puteri during the recent accreditation visit. suddenly, the phone rang. nama erin tertera. i thought it was erin,as in the 1st year student that called me, but on second thought, "bila masa plak aku save number erin the junior 1st year neh?"

erin: farah!! erin ni,..... (ok.. dari suara dia je dah boleh sense petanda permulaan 'drama')
me: *smiles* ha. amende? org bz ni...apa hal ni?
erin: erin nak cakap tapi takot farah marah...
me: lah. tak cakap lagik da kata farah marah.... 
erin: erin tau, farah mara punye ...huaaaaa (dah! dia da stat da drama air mata dia. kalo tengok muka dia nangis mau lagi sakan aku guling gelak!)
me: apa hal ni? da stat la drama dia tu...apebenda?
erin: meja lukis farah tu...huk huk.... erin tadi duduk atas lantai...hukhuk... erin nak bangun tu eri tertekan meja fara...pastu...huuuuu....farah mesti MARAH!!! waaa
me: *pura-pura marah* dah tau awak tu 'kecik', yang g tekan meja tu kenapa?meja tu mana tahan load apa2....bla bla bla (padahal sakit perot tahan gelak depan ai ke nurul tah....) 
erin: huuuuuuu (meraung menangis dalam tepon. sakit jiwa aku dgr dia nanges)
me: dah dah! stop nanges. lagik nangis kang farah marah!
erin: *sniff!sniff*
me: dah! stop! and jangan jadi naughty girl! kalo erin degil, farah suruh erin ganti meja yang sama! susah2 je dlu farah cari meja tu tau! jgn cari pasal ngan org tau! kang farah TUNTUT meja tu...dah stop nangis! nyampah!
erin: k *teros letak. sambung nanges la tu!*

3: 
nana: farah! erin perasan nama dia nama luar negara 
farah: ha? wat? y?
erin: ye la....nama erin kan org putih pun guna. kan international nama erin.
nana: *kasik hint* ala... erinbrokovich la bagai.... verangans diva la tuuu
farah: eleeehh...nama farah pon lagik oversea! nama princess lagik; princess diana ada... farah tu pon nama queen tau!! 
erin: *sentap. bengkek sebab tatau nak lawan apa lagik!*

(haha! ye, aku memang suka menang! who doesn't? kehkehkeh)

4: 
farah: erin.... nana cakap hari tu, erin nak jadik ibu tunggal?
erin: haah! cita-cita erin nak jadik ibu tunggal
nana: tamo kawen?
farah: ibu tunggal tu apa?
erin: ibu...ada anak, takde suami....
farah: macam mana nak ada anak kalo takdak suami?
erin: ye la, ibu tunggal kan suami dia mati (see...how berpengaruh the tv is these days....ayo!)
farah: eh? abis tu? kata tamau kawen? ada pulak suami ngan anak?
erin: ye la... pas kawin, ada anak, erin cerai la.....

YA AMPUN!! budak ni.... sungguh tak paham konsep la... nak marah ke nak gelak? tapi serius, aku tak rasa dia memahami lagi konsep ibu tunggal tu macam mana. ayo. maybe just because she loves cute friendly babies, she wants to be a mom. she's 10 and im quite worried if she thinks that marriage and divorce is just nothing. eheh. yes, im overreacting. i dunno y, but seeing kids these days, pemikiran mereka sangat pantas berkembang, how come erin masih keanak-anakan pemikirannya? give her chance farah, she'll grow up. 


p/s: satu enty mengisi masa lapang sementara menanti waktu zohor kerna pas zohor akan ke rumah sahabat baik si kaki kecik. ngehehehe

Sunday, December 07, 2008

girls day out (konon!)

salam sejahtera semua.
wah.....macam dah bersawang je blog ni eh?
ahaha....

hmm... baru sahaja pulang dari ukm (atas urusan program akreditasi bagi batch aku, khususnya buat mereka yang baru grad itu) Alhamdulillah, semua berjalan agak lancar jugaklah. program tersebut sebenarnya secara tak langsung membolehkan kami berkumpul dan beramah mesra semula setelah sekian lama tak bertemu (eceh!) wah! rindu lah kalian!wahwahwah! sepanjang seminggu berkampung di bandar baru bangi tu, macam-macam aktiviti sampingan yang kami layankan, oh, semestinya lah disamping melaksanakan tanggungjawab kami memastikan segala bahan pameran dan keperluan lawatan akreditasi tersebut agar berjalan selancar yang mungkin. 

tapi kan, segala panas penat lelah tersebut semua seakan-akan hilang bila rakan-rakan karib yang dah bekerja majoritinya, turun padang dan sama-sama meriuhkan suasana. wahla!! macam-macam wo! seronok gila! tahniah! tahniah! eekekek!! tiap-tiap hari, ada je planning nak beraktiviti. sungai gabai la(KONON! tapi sampai ke sudah tak terlaksana! *sigh*)... karaoke la... shopping la.... merayap la.... fuh! dah lama gak tak menyengal sebegitu rupa. oh, saya tau saya banyak sengal sebab kerapkali wrong timing untuk membawa d40x milik abah (yang suka-suki aku menghartaperibadikan. hehehe) bila bes-bes jalan sambil menikmati pemandangan di kuala lumpur tu, kamera tak di dalam tangan. adoi doi...camne la nak test skill kalo asik lupa bawak kamera tuh kehkehkeh. (ceh ceh! tulis maaaacam la reti sangat guna menatang tuh kan... lalala! sebab tak reti la kena practice kan? ngeee) 
weehu! oh, really had fun lah for the past one week. now, starting to miss them already. nurul...shida.... ai.... ya.... a'ai... nuar.... enul (ngade nak miss enul gak, padahal baruuu jumpa semalam! haha) .... mekti.... eh, SEMUA lah... korang, take care of yourselves ok, till we meet again, insyaAllah. 

*gambar? later lah.....dalam fotopages je lah aku upload nanti! huhu. malas  nak mentransfer. ngeeeh! 

6dec2008. saturday.
picked ainul at taman paramount LRT Station. then head straight to kota damansara. oh, tujuan perjalanan tersebut adalah untuk mencari bilik sewa di kediaman berdekatan. 15hb nanti ainul stat kerja kat firm di area seksyen 6 kota damansara itu! wow!Tahniah beb!! ngiaaaah! all the best.
cari punya cari, ada lah akhirnya sorang akak ni kasik respon. dia bawak kami naik nak tgk bilik la konon. umah tersebut tingkat empat. sampai tingkat 4, silap. turun semula, panjat lagik. silap lagik...rupa-rupanya, blok ketiga baru betol. aish! the kakak hanyalah perantara. tuan punya umah ada dirumah, nasib baik la. well, kedua-dua akak tersebut both friendly. Alhamdulillah, semoga ainul seronok bekerja dan tinggal di situ. heh! kang aku cuti2 nanti leh g serang ainul on weekends!yeeha! 
abis mencari, kami menapak ke cineleisure. yeeeha! makacih cik ainul! ngeh ngeh! kami menonton Wild Child. ada sedikit kejadian lucu ketika beli tiket.

farah: wild child, dua orang next show please.
ticket girl: next show, 3.25pm. 2person. seat mana?

aku dan ainul terpinga-pinga memilih

ticket girl: screen kat sini (sambil menunjuk ke arah kedudukan screen dalam pelan seat)
ainul: alaaa...dekat nye,....
ticket girl: nak couple seat?
ainul & farah: (tercengang dan terpinga-pinga buat kesekian kalinya)
ticket girl: heh heh heh (NOTE: she really laughed like that. sebijik sebijik heh dia tuh! hehe. funny tho. sambil mata sinis je...notty girl!)
ainul & farah: (gelak sakan tanpa peduli orang sekitar)
farah: boleh la... hari les sedunia kita hari ni! haha
ainul: (memilih seat yang tengah-tengah)

selepas purchase the tix, kami bersolat zohor, kemudian menjelajah the curve dan dia nya flea market. tapi, tanpa membeli apa-apa. sekadar membuang masa sementara menanti waktu tayangan bermula. 

again, kami menyengal bila masok panggung. tak pernah dok couple seat la katakan. oh amat maaf kerna sangat menjakunkan diri. adoi. sangat peghak ok aku! terkonpius2 aku mau make sure mana satu our so called couple seat. mujo la pemilik2 seat2 sebaris kami belum tiba. sempat la kami berjakunan sebentar. LOL. oh my. sangat lawak la aku rasa, aku DAN ainul tak abis mengekek gelak sbb kami di tgh2 dan di kiri dan kanan kami haruslah COUPLE normal yg bermanja sakan menonton wayang kan. (mujo tak wat wayang, kalo tak siap aku luku2 depa. lalala) my oh my... tak larat aku tahan gelak. tatau nape. macam sgt la peghak kan aku ni. maaf ye, fara-d mmg macam ni. cacat sket.

heh. after that, berjalan sekejap dalam ikea (ainul mau survey katil, i mau carik idea revamp my soon-to-be room. heheh) 

dan kemudian, sent ainul back to lrt station dan aku menapak pulang. sekian.

p/s: tadi macam banyak mende nak citer, tapi dah macam blank pula. lain kali ye. 

Thursday, November 27, 2008

missed call from an unknown number

Assalamualaikum.

It’s 2 in the morning and im still awake. Thought of continuing my so-called effort on my model. Hehe..

But then, being me (lalalala), blog-hopping is just irresistible! :P

While blog-hopping plus viewing my facebook just now, my handphone suddenly rang. Uik?? At almost 2am??? Wtfish?? I thought, it’s just another call from a friend (yes, a friend, who simply love to call at odd hours…. Aihhh…) but no, it wasn’t. I never got the chance to answer the call as it rang just for a few seconds and that’s it.

The number appeared was not in my phonelist (maybe it is, but not in the sim card. Haiyo! Thanks to the ‘swimming handphone’ incident lah!grrr…)

Heh. Big deal eyh?

No lah. Just that I suddenly felt like writing here. An ‘incident’ of an unknown number has flashed back into memory after the unanswered phone call just now. (haha! Wat? Naaa….not gonna write it here… only certain ppl knows… u know who u r…so please, not leaving any hint about 'the incident' would highly be appreciated, thank u very much!) eversince that incident (the unknown number incident), which happened almost two years ago, I’ve really learnt my lesson; which is; unknown number miscall is a BIG no-no! if it’s from someone I know, perhaps an important one, THAT unknown number will surely contact me again later. Haha! So friends, if u ever leave any miscall to my number, and I never return ur call, please be informed it’s either it really slipped out of my mind to return ur calls OR ur number is not in my phonelist. Please please please do forgive me… huhu! Seriously, I would never ever again, return calls of unknown numbers. Never…ever! So, if u really need to talk to me, urgent matters maybe (and in a situation where ur credit expire or insufficient maybe), please please please do leave me a message (sms or whatever, a message won’t hurt right? Better than leaving miscalls…) ok…. If discussion needed, and u r really really…really out of credit don’t worry, I will surely return ur call….insyaAllah.

 

There…..wow! I’ve made it!!! Heheheh!! But then again, still got “lah” and sort….heh. on second thoughts, what’s wrong with those ‘lah’ etc, aite? Heheheh….

Therefore, this is a successful attempt on ONE language in ONE entry. Ngeeeeh! Am I right? Anyone can approve?? Hehehe

 

 

p/s: heh! Adian… don’t get offended by THIS mission eh(note: mission ONE entry ONE language)…. At first, yes, this so called mission is because u mentioned in ur entry…but now, it seems that the mission is kind of fun! Hehehe! (can surely practice my English here. Haihh…not a good English though… limited vocabulary…no wonder I’m still stuck …and err…suck in that ‘word challenge’ game via fb!lalalala)

 

the end.

Wednesday, November 26, 2008

pictures

salam semua.

dulu....aku suka mengedit foto. ntah hapa2 sangat la foto yg diedit. hehe.

hari ni, tetiba rasa nak mengupload foto. abis sume pon aku gi upload foto-foto yg telah diedit itu. kat facebook, di friendster, di sin
i juga. fotopages? hahaha....nantilah....fotopages tuh aku nak khaskan untuk raw pictures only. i mean, yang belum edit lah. juga yang di flickr, khas untuk gambo2 yg minimal edit. heh bila la tuh kan.... 

so now, no more words, welcome gambo2 sengal ku .....
p/s: hari ni malas plak nak meneruskan misi.... hari ni je...len kali, sambung balik misi satu bahasa satu jiwa! cewah!
presentiiiiing........



















me! heheh!


cute little husna...

she is so pemalu...hanya melekat to her tok papa, tok mama, ummi, abah or her ummi's bro/sis only. lambat sket warm up dia. heeeh


the boy is husna's bro, hussayn. this is the non-cheeky version of hussayn. brotherly indeed aite? but usually, his veeeeery notty and cheeky. 



and now, the non-family pics....kehkehkeh. the most sengal pic!!

istana-budaya rejected us!! haha! 



heh! takde kaitan. hanya nak show-off my not so new kasot! love this very much! thanks mummy!!mwah!




dah. da takda picture dah.....sekian.take care y'all!! dont sengal2 like me!
hehe...
yours sincerely....
fara-d! ^.^

Friday, November 21, 2008

visit to the dentist

salam semua. 

jap. nak main word challenge kat fb sat.
ye, poyo kan? tapi maaf, sudah ketagih pulak game tersebut. lalala....

err....jap...main game lain pulak.

.......

ok ok. dah! 
heheh!

wajarkah aku meneruskan usaha satu bahasa itu?

errr...tapi ...tajuk dah english.

dush dush!

tajuk je. 
mari! 
19 nov 2008. temujanji dengan doktor gigi. sudah lama tidak menziarah doktor gigi. oh bukan, saya tidak mengalami sakit gigi, tapi mahu periksa gigi agar sentiasa sihat.. itupun kerana bonda sudah bising suruh menziarah doktor gigi kerana saya sudah lama tidak berbuat demikian. oh kasihan ya gigi saya!
temujanji yang ditetapkan adalah pada jam 10.30pagi. maka, saya dan bonda pun ke klinik gigi MoDa di phileo damansara. sementara menunggu giliran saya selepas bonda, saya menanti di ruang tamu klinik tersebut. dengan diiringi alunan lagu mendayu, saya bermain sms dengan cik pnaz sebagai membunuh kebosanan menanti giliran saya. oh, sehingga tersengguk-sengguk saya dibuatnya. sempat juga saya terlelap sebentar dikala menanti giliran tersebut. (sedangkan sebenarnya dalam hati teramatlah gentar. oh, tahukah anda, saya sejak dulu lagi amat gentar jumpa doktor gigi. huaaaa...) 
setelah bonda selesai, saya pula dipanggil masuk. diperiksa semua gigi, kemudian doktor menjelaskan kondisi gigi saya. oh perlukah saya menceritakan keadaan gigi saya? tak perlu lah ye. heheh.
cuma hari itu, saya membuat rawatan scaling dan menampal 3 biji gigi saya. aduh! sungguh ku tak mampu....eh? tu lagu amelina! cis! sungguh ku tak sangka membuat rawatan scaling tuh agak menyakitkan. kah? sebab skali dengan tampal. tampal yang sakit ke scaling? ish. tak tau lah. tapi malam tu memang kepala ku tiba-tiba rasa berdenyut. cam nak meletup (tak tahu sama ada ada kaitan atau tak! heheheh) semasa doktor sudah selesai menjalankan rawatan terhadap saya, saya terasa seperti bahagian kiri pipi saya seperti belon dan mulut semacam senget-benget herot-merot. seakan memahami kemelut jiwa pesakitnya, doktor tersebut menenangkan saya,

"oh. don't worry, your face looks just fine. u may feel your face is bloating. no, dont worry, it's fine" sambil menunjukkan cermin. (p/s: oh. doktor itu memang speaking english ye.heheh)

wow! betullah! muka saya normal saja. tapi serius ni, saya terasa seperti mengembang secara maksimum lah pipi kiri saya. aduh. bius punya pasal. dah tengah hari, perut pun menyanyi sakan! adoi! kebuluran.... akan tetapi, kerana bius masih belum abis, tak dapat merasa apa2 rasa. maka, apakah makna nya makan tanpa rasa? makan tanpa perasaa....oh sungguh lah seperti tak makan. maka, aku tak makan la walaupun kebuluran. lagi pula, penangan menganga selama hampir sejam lebih, maka saya pun menidurkan diri. sebagai langkah melegakan kelaparan serta melegakan kelenguhan. haish...

eh. cukuplah bercerita tentang doktor gigi. buat saya gentar saja, kerana temujanji akan datang nanti, kena cabut gigi pula. kenapa cabut? sebab gigi tu gigi lebih yang tersesat yang melapiskan gigi saya yang membuat satu ruang antara gigi yang amat sukar dibersihkan. aduh! TAKOT!!! TAMAU CABOT!! waaaaaaa......

oh. saya sudah kebuntuan idea untuk sambung penulisan. baiklah, saya undur diri dulu ya. mahu menonton pula.lalala.... eh silap, mahu mula membuat...err... adalah projek nye. sekian. 

jaga diri ya semua. jangan menyengal seperti saya! daaaa!

Sunday, November 16, 2008

impak maksima the musical

salam. 

baik. mari meneruskan percubaan ku ye. heheh

15nov2008. been super excited to watch the show since morning. well, not really anxious bout the show actually, perhaps, im more excited to actually get to meet mas after so long.  my oh my, miss mas ainun so much!! though we both studied (err.... as for me, still studying. hehe) in ukm, but we hardly meet. as far as i' concerned, the only time we met when mas was still in ukm was during our first year. right mas? 
oh. did i mention what show was it? haha. clearly stated on the entry title already. haish. 
at about 6pm, i left ukm, headed cyberjaya to fetch mas. but left cyberjaya only at 8pm. heheh! mas make up lama sangat. haha! didn't blame her though, since she dozed off after long tiring ...err...night? overtime lagik (cis! tak berjaya gak cubaan kali ni!) 
being me, with a very bad sense of direction, i just drove out of cyberjaya and looked for KL as direction. lalala. 
reached istana budaya quite late, 20 minutes late i must say? the show already started by then. but takde hal, kami cool je. heheh. as long as we get to meet each other. bout the show, ok la. i kinda fall in love with stage performances already. err.... well, i guess, i just discovered that. be it dances, musicals, band.... just that time limitations (and economical factors as well) yang menghalang nampaknya. whatelse can i say bout the show? hmmm... cute maybe. haha! (pasti ramai pk gila apa aku ni IMPAK MAKSIMA cute?! haha.....you really gotta see it yourself, the feel is there) if you're hoping for a review, naaaah. not here thank u. coz im not that good at reviewing things (let's leave the reviewing task to mas ye. heheh!) wait! im no good at so many things lah! ish. directions, heights, reviewing,camera..... my oh my. hodohnya perangai! kehkehkeh
after the show, autograph session (konon) . at first, i joined mas queeing up for the session (we were in front by the way! waha) but then, being shy-shy cat (rosak bahasa rosak!!), aku jadi malas beratur and took mas' camera hoping to snap pictures and again, i couldn't handle the camera well. semua pictures pun shaky! cis cis! (mas! send me those pics! shaky pon shaky lah! or upload them ye. heheh!) 
later, we drove around (note: BAD sense of dierction. haha) searching for a 24-hr mcD. luckily the one beside pkns in bandar baru bangi finally open! yeeeha! i like to move it move it! (heh! tiru madagascar skejap) after the very late dinner (supper suda...) , send mas back to cyberia and back to ukm. quite horrifiying (since i have to drive ALONE at 1am from cyberjaya to ukm) but then, happy thoughts save my journey! haha! imbasan2 aktiviti2 riang sepanjang minggu telah diputarkan kembali dan sekaligus telah menjauhkan segala rasa yang tidak enak ketika memandu dalam kepekatan malam itu. ecehwah!

back in college, i thought of watching heroes s3, but thanks to my kelembutan ni, the external harddisk's plug broke!! aaargh! since mata pun dah layu, zzzzzzzzz.......

sekian. aku tak larat da perah otak nak mengatur ayat ni. ish ish. badan pun da kebas duduk static depan laptop ni. daaa. sekian. jaga diri ye semua. take care, dont be sengal like me! yeehu!mwah!

Saturday, November 15, 2008

movie

salam semua. sihatkah anda? Alhamdulillah.

hmmm....hari ni mahu berbicara bahasa apa ya? 
*berfikir*
mari speaking lah hari ni ye. test kuasa (power....haha) bahasa inggeris pula ya hari ini. 
nota: tolong maaf kan ketungganglanggangan bahasa saya ye, baik english maupun bm. (eleh...bukan mengarang buku teks pon.lalala)

14nov2008. at about 11.30am, off to upm to pick up my dear beloved laptop from abah. yay! at last! then, back to ukm (oh mak! sangat terhad vocab aku dalam bahasa inggeris nih weh! tough lah nak membebel dalam bahasa inggeris. kahkahkah! ok ok....aku cuba lagik)
did nothing in the studio, but just chilled out with fellow friends, enul, ya, adian, che lan and pian, besides surfing the net. 

*diam selama 15 minit*

dem! susah la. surrender lah untuk entry kali ni. terhad gila bebelan aku ni weh! (mari guling gelak lah bersama-sama fara-d yg ngek ni!! huaaaa) 

ok. semula. upm, jumpa abah, then ke studio terchenta. si pian ada join lepak kat studio. later that evening, cik kaki kecik ni datang menghantar board-board dia. sempat membahan dia kat makcik kafe jap. kahkahkah! jangan marah ye kawan! *wink*

after nurul dah pulang, aku ke bilik studio siswazah mengganggu gugat pekerjaan faeez gedik (yang kemudian nye membahan kan aku dalam entry ini. siap ko gedik!) dan kami sebagai pelajar (dan bekas pelajar) senibina yang konon sentiasa kreatif ni memutarbelitkan pemikiran mahu menonton madagascar. tambah pulak kak aida baru pulang dari mcD dengan aura madagascar nye. fuh! 

malam itu, 8 malam, ditemani 4 orang bodyguard, aku ke capsquare yang agak best tapi kosong itu. adian, faeez, sansit sooyung. orait gak la the show. sudah lama (ker?) tak menonton. yang buat lagik lucu is that adian cerita, masa on the way ke cinema tersebut, guan msg, dia dah tengok madagascar yang dia download. menyatakan bahawa cerita itu telah beliau tonton, tapi amat bosan. mana tak bosan.... dia download bahasa Russia!! sengal!
hey lalalala..... nak summarize lah. dah malas pulak membebel. 

upm > ukm > capsquare > melalui pavillion untuk memberi peluang sansit melihat pavillion > mcD pkns yang menyala seakan-akan dibuka 24jam tetapi tiada akses masok > mapley (lapar weh!) > pengsan di bilik kolej terchenta. 

dah. ok tak summary aku hari ini? heheh.
hmmm
da lama eh aku tak upload pics kan kat blog ni. lalala. semalam ada bergambar sakan kat kl tu tapi gambar2 nye dalam kamera gedik. maka. biar dia je la upload. (sedeyy...sangat rugi tak mengusung je kamera ayahanda yang dihartaperibadikan tu. dari capsquare tersebut, nampak jelas kl tower. wat amazed me was the sky yang ala-ala kelabu suram kelam and the tower kind of purple-ish. seriously, the kl tower standout gila. aku pandang langit bersubjek kan kl tower tersebut seakan-akan menatap gambar kl tower, di photoshopkan background menjadi gelap ala gothic dan tower di mainkan hue saturation color balance dia. Subahanallah, kuasa Allah. cantik sungguh scene itu. dan agan, kesal nya aku tak bawak kamera tersebut!!!! gedik! nanti kita jalan lagik kl area capsquare tu! nak jugak2 merakam keindahan skyline kl itu! ceh ceh! kiter bawak encik sifu slr kita dari tganu itu nnt!haha!)

apa lagik nak mencerita (aduh!rosak bahasa!) ? sekarang aku dimana? di fakulti, dimana niat sebenar hamba adalah ingin mencari bahan buat memulakan kajian topikal hamba, supaya hari isnin ini hamba boleh bertemu penyelia hamba untuk membincangkan keraguan serta kekurangfahaman tentang topik yang akan hamba kaji nanti. akan tetapi, hamba sungguh terlayar impian dek kewujudan internet ini, walaupun hamba sebenarnya bukanlah pelayar internet yang tegar pun melainkan sekadar melayari blog rakan-rakan hamba. oh tidak. hamba sudah mengecam situasi kelonggaran skru dalam kepala otak hamba sekarang ini. maka izinkan hamba berundur diri sebelum ada yang memasang kekuda silat dan mengajak hamba bertarung bak serikandi dek kerana amat tertekan dengan ayat-ayat berciri putar belit ini. sekian. jagalah diri kalian agar hidup sejahtera ye wahai sahabat-sahabat ku sekalian.


FARAH! STOP! BERAMBUS!