Monday, May 28, 2007

akal untuk berfikir...

Ada seorang guru tadika yg tidak percaya wujudnya tuhan dan dia pun berfikir bagaimana nak brain wash kanak2 di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya tuhan. Dia pun mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak2,nampak tak pen ni.
Anak2 : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen adakan .
Anak2 : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen tu ke dalam poketnya, dan bertanya lagi..

Guru tadika :Anak2,nampak tak pen?
Anak2 : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Anak2 : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak2 nmpk tuhan tak?
Anak2 : tak nampak cikgu.
Guru tadika : tuhan ada tak?
Anak2 : tak ada cikgu.

Guru tadika td sgt gembira sbb tujuan dia nak brain wash otak budak2 tu berjaya.
Tetapi dlm byk2 bdk tu ada seorg bdk yg pintar,dan dia pun mengangkat tgn...

Bdk A : Cikgu boleh saya ckp sesuatu.
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Bdk A : kwn2 nmpk cikgu tak.
Kwn2 : nampak.
Bdk A : cikgu ada! kan ?
Kwn2 : ada.
Bdk A : kwn2 nmpk otak cikgu tak?
Kwn2 : tak nampak.
Bdk A : cikgu ada otak tak?
Kwn2 : tak ada.

Moral of the story , bila tak nampak,tak semestinya tak ada! Sayangi agama kita dengan 'amarma'ruf dan nahi mungkar,kalau tidak kita, siapa lagi...

p/s: owh...ini adalah repost daripada bulletin yang di post kat frenster oleh member2 kmk aku... sangat tertarik ngan isi kandungan nya...sama ada kejadian ni betol2 berlaku atau tidak, yang nyata, Allah itu Maha Besar. sesunggohnya Dia Maha Bijaksana dan Berkuasa dalam menunjukkan kebenaran yang hakiki.....

No comments: