Tuesday, June 24, 2008

The Glass-Heart

NOTA: Entry ni khas buat orang yang cepat kecik ati tu…

Salam. Aku tak kata hati aku besar, tapi aku memang seorang yang bersaiz besar. Uik? Lari topic da.

Ye, entry ni berbaur sakit hati. aku kan ratu emosi. se-emo-emo aku, aku rasa, takda la pulak sesenang je aku nak tersentap dek gurau2 kasor sbb aku tau aku sendiri mulut laser...TAK MACAM ORANG TU, sendiri mulut laser, tapi hati nak cepat pecah!! Siapa yang senang sakit hati ni, aku ke orang tuh? Well, bagi aku, aku da sedaya upaya menahan sabar dalam menjaga hati si pecah kaca pecah gelas yang tersangat rapuh itu. Hati fragile tapi sikit punya bebal. Orang sekeliling sikit punya kena berhati-hati jaga hati dia tapi mulut dia sendiri tak reti kawal. Ko pandai sangat ke? Haah, aku kagum ngan ko, ko cantik, ko lawa, ko pandai, da ada pakwe yang sangat menyayangi ko, kerja ko semua teratur dan cepat, on time. Fuh! Wa tabik spring sama lu! Lu rajin masok dapur, pandai masak weh, wa manyak admire la sama lu! Perempuan sejati, aurat terjaga habis. Ini bukan sinis, aku memang respek sebab dia pandai jaga aurat dia. Tapi respek aku tu terus hapus bila dia melakukan perkara-perkara yang mengganggu gugat ketenangan hati aku. Bila orang kondem ko (yang mana sebenarnya sepatutnya roomate aku yang lebih terasa kehinaan tersebut), ko hangen... ko tak suka sebab ko memang TAHU memasak kan. Tapi ko tak pk roomate aku tunggu ko pagi sebelum bertolak ke penang tu. Ko kata nak tumpang dia tp ko tak inform ko tak jadi tumpang dia pagi tu. Konon ko marah roomate aku reply message ko hanya mengatakan dia g ngan pakwe dia yang merupakan kawan dia, sedangkan selama ni ko berurusan direct ngan pakwe dia. Ko ni ular ke apa? Berbelit! Patut la roomate aku hangen sampai tak bercakap ngan aku setiba kat penang dlu tu. Bila aku sentap dan rasa sedih, ko macam seronok kan roomate aku tu seakan-akan marah kan aku kan? Aku ingat lagi ayat ko, “kata sayang kawan....” memang, ko jeles kan?! Roomate aku memang SAYANG kan aku! Sbb tu dia buat perangai sket. Aku memang sentap masa dia buat perangai tapi aku tunggu penjelasan dia dulu sebelum buat apa-apa statement sebab hati roomate aku turut perlu dia jaga, bukan HATI ko je! Ko sedar tak, orang sekeliling semua sedaya upaya jaga ayat supaya tak mengguris hati KAU dan kiranya tak sengaja wat ko sentap, mereka aku cepat-cepat mintak maap kalo2 KAU tersentap sebab semua tu tak sengaja, tapi ko DATANG kat aku kata KAU tak SUKA! Hati KAU TERLUKA! Tapi ko TAK PERNAH SEDAR ayat ko lebih menyentap orang lain. Orang nak berdakwah secara behikmah, bukan secara BERLAGAK! Ye, memang pada pandangan aku ko BERLAGAK! Kawan aku, aisyah, pun mengajak aku ke arah kebaikan, tapi secara berhikmah, bukan macam cara ko tenung roomate aku bersiap dan menggelakkan cara pemakaian roomate aku! Aku ngan roomate aku memang selalu balik rumah, KAWAN-KAWAN aku semua takda hal pon, perlu sangat ke ko mention ko dah agak dah aku takde kat ukm? Dan ko perlu ke tanya roomate aku kat bilik ke sedangkan terang-terang aku kata AKU AWAY, tiada di BILIK. Aku kata ko bebal, ko nak kecik hati. Ko pk orang lain selfish, orang lain mulut laser, orang lain gurau kasar, gurau ko yang membunuh tu ko tak pk? Selfish ko tu ko tak perasan? Ko baik semula dengan KAWAN-KAWAN AKU yang konon nya da kecikkan ati ko tu sebab ada udang sebalik batu kan? Kalo tak, aku yakin ko TUNGGU KAWAN-KAWAN AKU tu tegur pujuk belai ko semula kan? Ko kan hati kaca...

Kenapa aku explode cam ni? benda kecik? Haah, mmg punca nya hal kecik, tapi bak kata orang, kecik-kecik lama2 jadi bukit! Da tangguh jadi gunung ni, ni yang meletus ni! ye, punca nya insiden kelas struktur pagi tadi. Grup aku lembab kan, menyebabkan grup ko kena present dlu... kali ni, aku nak cakap, AKU PULAK sentap ngan mulut busuk ko tuh! Aku da lama sabar.... “group 2, group dua la...kiter group 3...” ko kan bijak, kan elok present dlu. Efek ke markah group ko kalo markah GROUP AKU yang kena tolak?? Ko nak main api ngan aku?mari! Aku simbah minyak! Satu lagi, aku bukan nak ungkit pertolongan aku, tapi masa ko tumpang aku turun sebelum g penang dulu, ko dah wat mak aku tunggu ko sedangkan mak aku BANYAK keje hari tu, nak anta akak aku ke klia lagi tgh hari tu, nak kena siapkan makanan maktok aku, makanan family aku, nak g uruskan banyak lagi hal. Tapi ko melenggang turun, taking ur own sweet time. Da nak menumpang tu, buat cara nak menumpang. Bukan kali pertama ko buat aku MENUNGGU! Ingat apa, aku ni PENUNGGU? Kalo nak, boleh, aku jadik penunggu...menggelupur ko lari nanti! Uik?

Kalo nak aku list kan, banyak lagi aku nak ungkit tapi aku nak kasik can kat ko untuk berubah. Supaya orang-orang yang bakal ko kenal di masa akan datang nanti takkan rasa apa yang aku rasa ni. pesan aku (untuk diri aku sekali), kalo ko taknak orang kecikkan ati ko, ko jaga la tutur kata ko supaya tak kecikkan ati orang. Lain la ko memang laser dan hati batu, lambat kecik ati, so, lantakla. Umpama, orang (err....aku) takkan bising kalo ko nak laser ngan aku kasi lumat hati aku pon takpe, asal kan kalo orang main gurau kasar ngan ko, ko susah sentap. Paham maksud aku? Kalo tak paham, aku paham la bahawa ko memang bebal!

p/s: sorry, ayat-ayat aku memang direct dan kasar, puas sangat aku berlembut ayat, tapi kalo lembut ko tu dalam diam tajam menikam, lu boleh blah! Aku tak perlu orang macam ko dalam idup aku. Ko hanya seorang kenalan yang singgah sesaat je dalam idup aku, tak de efek pun dalam pentas idup aku ni walau sekadar backdrop. Hanya family aku dan kawan-kawan aku serta MUSUH aku yang mewarnai pentas drama aku ni, sesungguhnya, bagi aku, ko tak layak jadi musuh aku sekalipun. Hanya pada Allah aku mohon agar mengampunkan kesilapan aku, aku tak benci ko, Cuma aku terkilan dan berharap ko berubah.kita tetap saudara sesama islam, dan atas dasar itu aku tegur ko. Walaupun amalan keislaman aku masih bertatih, tapi aku masih sedar apa yang baik apa yang buruk. Sekian. wassalam

9 comments:

Adian said...

wuu hots! i like! nk print tampal kat studio nih. hiks

fara-D said...

bongok! takyah la print2 ....ngade la ko!!!

Chika Chika said...

Haah, aku kagum ngan ko, ko cantik, ko lawa, ko pandai, da ada pakwe yang sangat menyayangi ko, kerja ko semua teratur dan cepat, on time errr... inverse version. hahahahaha.

Adian said...

ko ade f****t

Anonymous said...

aku sgt terkesan membacanya. mula2 aku rasa aku.. tp bila sampai part "aku kagum ngan ko, ko cantik, ko lawa, ko pandai, da ada pakwe yang sangat menyayangi ko.." maka aku tau bukan aku. kuikuikui

farah, seriously, baca mmg best. tp sayang klu dia x baca. sbb klu dia x baca dia x sedar. bila dia x sedar, dia tetap dia. xpe, aku ada idea.

_aku a'ai_

Anonymous said...

Sapa nak Ubah dia.. Korang Rasuk La dia jadi macam Korang.. Hehe..

Aizar Azman said...

wahah..
hot story nieh!
aku penah..aku penah..
penah tersentap ngan hati pecah kaca pecah gelas nih..
tp tak meletup la..
sbb kami berpisah,wahaha..

p/s:u,bli dslr ke??

Chika Chika said...

rubbish! yes she was

fara-D said...

adian
ko tak carut tak sah...da la menjebak aku sama turut lancar mengucap "kata2" manis tuh! cis!

a'ai
aku takkan cari pasal kalo orang tu tak cari pasal ngan aku (err...kalo orang tu tak sengaja cari pasal pun aku cari pasal...ngeee) tak yah soh dia baca a'ai, kami da serang! kekeee..tapi....apakah idea ko tu? pasti bernas!wah!

mrozaidi
eh...mana bleh ubah dia jadi cam korang...nanti kitorang tak jadik glemer la gtu! huhu...dak aih...bukan soh dia berubah jadik cam kitorang, naki soh dia ketat sketr spy tak cepat terasa2 sgt ni...ssh tau jd org cpt terasa ni, orang nak bercakap gurau2 pon boleh pk lapan blas kali spy tak terlepas ckp. kan ke lama2 org tamo ckp tros!

aiza da kemba
tak salah la nak cepat sentap, asal kan mulut memang jenis tak menyentap. kalo ko, ko jaga gila ati orang tu, tapi org tu mulut lepas tak ingat punya, ko pon sakan hangen kan...huuu...sikit2 bleh a...lelama, jadik bukit gunung ganang, kan da explode cam ni!! tak ke aku gak dapat imej terrorist ni ha.....hisy
p/s: bukan milik i la u...d40x tu milik ayahanda. ala. bese le....menghakmilik peribadikan rete ayahanda yang bombastic cenggitu! kekeeke...i akan anak yg baeeek! ^_^

chiks chika
lek la beb! dah dah la tu... semoga dia tak buat camtu kat orang lain...kita kena da cukop da....huu