Showing posts with label Riadoh. Show all posts
Showing posts with label Riadoh. Show all posts

Monday, January 09, 2017

Rafting 4.0

Disclaimer:
This post hakak dah draft setahun lepas rasanya. 
Kepala hotak dia baru perasan tak post lagi. gambar apa nak insert pun hakak dah lupa. tapi hakak nak post gak je la. 
Kau fikir senang akak nak lempar words elok-elok camni HAHAHAHA.
soooooo...here goes! (tapi maaf, without photos lah nampaknya. sebab hakak jammed otak laki kasik soalan Matematik soh selesaikan nak study sesama katanya. Tak masal eh hakak pun kena terjebak revision sekalik walaupun orang lain yang sambung belajar!)

Assalamualaikum.

Ha tudia! Lama betul nak recover from breakdown.
Sebab tu bahaya bikin cik Paghah breakdown, dia nak recover memang liat sikit. *yes, as if the world revolves around you sahaja kan mek? pfft!*

Baiklah, memandangkan aku dah draft awal awal pasal event rafting aku November lalu, maka marilah catat journey kehidupan itu *gitohh!*

Let me recap, about a year ago, we did THIS. Nak jadi cerita, itulah first time aku merasa macam mana thrill white water rafting.
Dan selepas setahun, tarikh yang sama, dari agent (aku tatau nak panggil depa apa... hahahaha. member2 ye gak, tapi depa ni la yang organize perjalanan rafting aku last year and this year too) Percutian Jimat Saya yang sama, buat lagi trip rafting di Sg Kampar, Gopeng, by Radak Adventure (ha...iklan dua tiga dalam satu perenggan. nampak tau how happy this customer is with them? err...walaupun hakikatnya sapa je yang baca blog ni yang aku gigih nak promo sangat? kahkahkah #golonganmudahterhibur. *sendiri buat lawak sendiri gelak. kesian*)
Alkisah, trip ni nak jugak jugak join sebab nak cabar diri sendiri untuk overcome trauma setahun lalu itu. Kenapa trauma? Mau tidak....cuba kau redah sungai dari warna jernih tetiba jadi teh tarik dek kepala air, trauma tak trauma tak? Of course kau tak trauma sebab kau tak merasa. Mind you, sungai yang memang berarus deras is different from kepala air, though tahap arus tu sama, Jangan nak lawan mother nature sangat okay sayang. Allah marah hamba Dia yang sengaja membahayakan diri sendiri. kbai. Selain itu, memandangkan kepala yang mengatur trip kali ni asalnya encik...ehem...encik Tunang bersama bestfriend dia, kenkonon acah acah sweet lah nak surprise beliau, maka kawtim dengan partner beliau nak surprise birthday dia yang baru lepas bulan Oct tapi tak sempat sambut sebab memasing busy. Alih alih, encik Tunang tetap tak mampu join trip kali ni sebab kekangan kerja *i is sedey. T___T*  But nevertheless, aku tetap join the trip sebab hati memang meronta nak rafting lagi walaupun masih takut takut mwahaha. (sorry encik Tunang, keinginan nak rafting lagi tinggi dari nak sambut birthday awak hahahaha. kbai.)
Recap balik kejadian setahun lalu....okay. sorry sorry, aku memang obses dengan kejadian setahun lalu sebab crew Radak pun ingat tarikh tu sebagai Black November, apatah lagi kitorang yang meredah saat cemas macam tu.Dan selepas setahun baru tahu balik yang dorang regard the incident as Black November (Alhamdulillah, no fatal accident back then, cuma maybe some of us - us as in all the participants from all rafting operators at Sg Kampar then - were traumatized. Geng TTR 2 orang yang aku tau memang bebetul trauma, sorang tu memang follow trip rafting tapi refused rafting dah and the other one memang terus takut air, bawak gi snorkelling pun dia panic gila. Sian korang but it's okay, as long as korang sihat sejahtera up to date ^_^ ). Selepas setahun jugak la tahu bahawa semua crew; part time dan fulltime, orang kampung semua turun padang time kepala air mengganas 1 November 2014 dulu tu, standby tepi sungai untuk rescue mangsa hanyut whatsoever. *Mek terharu. #dramaqueen *

Okay sambung balik.

Selain saat cemas rafting bersama tempias kepala air setahun lalu itu (oh. terima kasih bro Asri sebagai guide kami dlu yang sempoi dan efisien!) , banyak memori yang ketika itu macam stress gila tapi bila cerita balik dah jadi macam drama komedi antarabangsa.

1. Kes seekor Mario (bukan nama sebenar. mampus aku kalau empunya badan baca blog aku ni HAHAHAHA), berkurang ketinggian gara-gara peserta panic boat capsized tertekan kepala beliau tenggelam ke dasar sungai

Sat sat. Kasi masa aku nak terbungkang gelak sat! Inside joke it is, sebab tu orang yang berada di lokasi sahaja akan paham betapa situasi ini menggelikan hati.


.....


ok dah puas gelak. Sambung balik point seterusnya.

2. Kura-kura melintas.
Dalam dok excited memasing atas lori dari tapak perkhemahan ke start point...jap yang ni aku lupa start point rafting ke start point caving. Either way, time dok sesedap excited lori bergerak, tetiba lori berhenti. Rupa-rupanya kura kura tengah melintas. Epiknya, dia atas crossover lebuhraya juga la lori kitorang tu kena berhenti untuk beri laluan untuk kura-kura itu lintas. Alahai...

3. Risiko naik lori macam lembu korban meredah kampung dan hutan adalah, jaga jaga la kepala hang dari mencium pucuk2 daun pokok-pokok sepanjang jalan. Kes kami? Tudung Maria tersangkut kat dahan pokok. Nasib baik la aku jenis pakai tudung syria dengan inner magic aku tu, dan rezeki kot dalam pouch aku memang ada safety pin (haa...OCD macam aku memang kalau boleh satu almari aku akan standby), maka aku pinjamkan lah inner aku dan aku adjust tudung syria aku tu kasi terletak elok kat kepala aku.

4. Shuffle kerengga.
Selain risiko mencium pucuk pokok atau tudung tersangkut ke dahan, risiko rempuh sarang kerengga juga ada ye kawan kawan. ha kau! terpaksa jerit kat abang drebar lori untuk berhenti sekejap sebab semua menggelupur diserang kerengga. Epik lagi, lori berhenti kat crossover lebuhraya juga. Haihhh...memang publisiti murahan sungguh geng kami ni kan.


Baiklah. Mari beralih ke isi sebenar post kali ini.

Day 01.
Seperti tahun lepas, tahun ini pun camping juga. Disebabkan aku pun dah nak expired ration "powerbank" aku, maka aku join je camping, walaupun aku tak join aktiviti hari pertama itu, which is water abseiling. Ada sedikit isu dengan ketinggian, pulak redah air deras tuh ketika melawan isu ketinggian, kau rasa cik Paghah ni berani sangat? Lalalala. Maka sementara ahli ahli lain melayan waterfall abseiling dorang tu, aku dan akak aku serta geng lain yang sama kes aku, melayan mandi air terjun bawah tu. dok sedap fefeeling massage au naturale by the water, tuptupair kuat sangat sampai mampu menolak tudung aku....hanyut jugak inner aku tuh. Dem! Nasib baik takde boboys disekitar kawasan bersiram ketika itu. Gigih jugak kejar inner yang hanyut dibawa arus tuh. Padan muka, tahun lepas gelakkan Maria tudung tercabut, rasakan!
Selesai abseiling (dorang la, aku bersiram je), kami gerak kembali ke tapak khemah. Sambung bersiram kat sungai belakang tapak perkhemahan pulak. Selepas puas berendam dan bersihkan diri, layan BBQ dinner pulak. Habis dinner, organizer bikin sessi suaikenal. Acah acah suaikenal dah buat masa dalam perjalanan KL-Gopeng , ye la, ko nak travel sesama nak dok satu khemah, takkan takmau tau nama kawan-kawan baru ye dak? Maka malam tu sesi suaikenal proper sket, Ala... biasala tu, mengisi masa lapang program kan.
Memasing kenalkan diri, ada promote diri. Peserta camping kali ni ramai gegurls nampaknya. Ada boboys pun untung sebab abg dreba van kami ngan dua boboys yang saja join nak camping sambil roadtrip depa. Al faham faham sahajalah bila majoriti gegurls kan, ganas macam mana pun bila gather sesama gegurls, memang riuh lah. Siap ada yang awal-awal intro diri bagitau tujuan sebenar join event ni sebab nak cari jodoh. hahahah Comel jek!
Jodoh?
Aku mula dah seriau dah dengar perkataan tu. Aku tau aku mesti jadi bahan selepas tuh.


"Serius? Haaaa jangan risau, kita ada success story kat sini. Trip sama, operator sama, kem sama. Silakan cik akak kita baju putih ni kongsi success story!"

HAMBIK! Impian ku jadi kenyataan! -.-'
Sudah! Aku malas cerita panjang part ni sebab ternyata aku tadah muka setebal 13 inci maintain cool. konon.
Selepas sesi ice breaking katanya, kami lompat dalam van dan bergerak ke Cafe Gopeng Guesthouse, terletak berdekatan stesen bas Gopeng. Lepak menikmati keindahan ciptaan yang diberi nama DESSERT! muahahah! Recommended jugalah sebab the food was all nice. Perhaps because they made it with love. Chiaaaa. Kemaen kipas. Agak-agak kalau tokey GGH cafe tuh jumpa promo sekerat dalam post aku ni, dia mau dak kasik diskaun next time aku bertenggek kat kedai dia? AHAHAHAHAhambar.
Sepulang kami ke campsite, niat di hati nak je join campfire. Gila kau, part paling best time camping adalah tak tidur dan jadi burung hantu sembang sampai lebam depan ungun api lah!
Namun.
Apakan daya.
Ada syaitan bertenggek atas kelopak mata ini. Mata dah layu sangat, badan dah agak kelembikan.
I really didn't want myself to be tired while i go for my rafting session the next day. Sebab untuk aku, aku menganggap rafting ni sebagai sukan, sama seperti long distance running aku.
Rehat yang cukup amat penting untuk aku stay alert dan fit during perjalanan aku itu. Tambah tambah nak mengulang pengalaman yang entah sama seperti setahun lalu itu atau pengalaman yang lebih mematang. Gituh. So, off i went, but tidur aku tidak berapa nyenyak lah pulak. But oh well, it was just nice though.

Day 02.
Setahun lepas, tepat setahun yang lalu, tarikh yang sama adalah tarikh yang pertama kali hakak bertemu tunang hakak tapi masa tu hakak dengan dia tidak bersembang pun pertama kali aku merasa apa itu white water rafting. Mari aku imbas kembali situasi setahun lepas itu.
Crew di Kem Radak semua sangat ingat kejadian setahun lalu itu, sehingga depa gelarkan kejadian itu sebagai Black November. Kepala air yang agak ganas melanda 1 November 2014 itu, di kala kami masih separuh perjalanan rafting kami. Alhamdulillah, we survived. But some of us was traumatized till now. Dan kerana kejadian itu, aku sedikit saspen bila mana malam sebelum aku tidur tadi tu ada sedikit renyai. Aku tekad dah, kalau pagi ni hujan, aku bertenggek tepi sungai, bro. Burn fees tuh burn lah. Tapi Alhamdulillah cuaca tenang pagi itu.
Kali ini, aku satu boat lagi dengan Nana dan guide kami adalah Pa Lee. Alahai comel je lah encik Pa Lee ni weh, tapi aku yakin dengan dia, maka kurang sikit lah gemuruh hakak ketika itu. 
Baiklah, meh aku spoil sikit perangai para operator wwr ni, depa memang suka merancang keterbalikan raft kita. Al kisah, boat kami capsized awal sikit daripada rest point yang depa rancang. Ketika boat terbalik itu, jujur la aku tetap gemuruh tapi aku cepat cepat kumpul balik semangat buang segala memori hitam tahun lalu dan cuba sedaya upaya menjadi kerang yang terkapai di permukaan sungai. Lantak pi lah rupa macam mana dah asal aku tak terbenam didasar sungai hahahha.
Sempat jugak aku jeling rakan sesampan yang sedikit cuak terjerit, ku jadikan bahan untuk aku gelakkan (sorry darling, terpaksa diknon, hakak tergelak sikit sebab hakak terbayang cenggitu rupanya orang tengok aku terkapai ni, macam hapa). Ye, dalam sukan white water rafting ni *gituuuh.  Fefeeling ahli sukan pulak dah kau Paghah*, the professional guide will save you dalam situasi apa pun, kita hanya perlu stay calm supaya lebih mudah mereka nak rescue kita ye adik adik. Abam guide dah tarik kau ke bot pun, kau jangan la panik lagi, help yourself up onto the boat, bukan terkitai kitai kaki macam katak tersangkut kat batu *what what? bukan. aku tak cakap pasal diri aku yang terkial kial melompatkan diri kembali dalam bot. read: in denial*
Memandangkan bot kami dah terawal sikit capsized, maka abam guide pun tak la membuihkan kami di lokasi terancang. Fuh! Maka kami rehat di checkpoint sambil dada ku sedikit senak mengimbau kenangan "teh tarik" tahun sebelumnya itu.
Selepas puas berehat, kami meneruskan perjalanan. Pada satu point tu, boleh pulak Seha tercampak keluar dari bot secara solo. Adoih lah. In fact, aku pun hampir jugak tercampak (acara paling aku tak gemar adalah acara tercampak secara solo, kalau the whole bot takpa HAHAHAHAMpeh), tapi Alhamdulillah aku sempat lock kaki aku dalam bot. Fuh! 
Disebabkan mereka kurang crew, maka bot-bot kami take turn gerak, supaya semua bot dapat coverage, abam abam guide take turn jadi photographer kat jeram jeram yang drop.
Satu je aku nak cakap, biadap betul depa ni panggil boat kami Geng Boat Sado Mendap. Kuajjaq hangpa na... Hakak sabar je dik. Hahahaha. *pasrah*
Dan selepas itu, perjalanan tiba di final checkpoint tanpa perlu melalui detik cemas seperti Black November itu (i might sound overreacting but oh well, i still think it is scary, when your fellow friend sampai pecah helmet ketika dibawa arus, kau tak rasa syukur sangat helmet kau masih in-tact time tu?)

Setelah tamat aktiviti rafting, kami pun makan tengahari dan sambung berendam macam badak air di sungai berdekatan camp site. Siap-siap packing mandi segala, hujan pun turun. Lebat. dan makin lebat.
Dalam dok menanti hujan sedikit reda, kami duduk bersembang sambil ada yang masih bersiap mekap segala. Sambil tu perhati keliling, rupanya ada juga trip petang (not our group lah tapi). 
OKAYYY! Hujan lebat koooot. Biaq betoi depa ni? Hakaaaaak yang saspen dik. 
Mana tidak, hujan tu lah antara titik permulaan kejadian kepala air itu. Aku mampu berdoa je untuk peserta yang sesi petang tu. Ye adik adik, kita doa je walaupun untuk orang yang kita tak kenali. Spread the love, not hatred okay sayangs!
Dah elok distribute segala sijil semua peserta, dah parking elok elok diri dalam van yang sedang ready nak pulang ke KL, tiba tiba riuh si Seha dok sebut crew dan orang orang kampung sedang standby dia sepanjang sungai. Sejak kejadian Black November, crew dan orang kampung dah memang ambil iktibar dan create group yang akan make everyone turun padang sekiranya similar event ever occur again. Semua kem dan orang kampung akan alert dan standby untuk rescue. Mendengar keriuhan itu, aku dengan spontan gigih lompat keluar balik meredah bag yang dah disusun tu untuk lihat arus sungai. Aku dan Nana meluru ke tebing sungai nak imbau kembali kenangan lama. Sempat juga kami sembang dengan abang kem Radak yang sedang standby ketika itu. And of course they can relate why Nana and i reacted like that upon hearing the roaring of the stream, because they themselves have seen how fierce the mother nature was a year ago, thus the name Black November.
Yes, my dear, warna sungai berubah. Walaupun tidak sekeruh arus sungai yang kami alami itu.
Dan ye adik adik, tolong jangan nak feeling adrenaline junkie sangat nak mencabar mother nature okay. Hakak tak kesah kalau arus sungai itu memang naturally level 4 or 5, tapi jangan kau samakan level 4 or 5 itu dengan kejadian kepala air yang meningkatkan arus level 2-3 kepada 4 or 5 sebab kepala air is really something you wouldnt want to mess with. Pretty please, darling, Allah marah kalau kita sengaja meletakkan diri kita dalam suicide mode begitu okay. I repeat, arus DERAS is different compared to KEPALA AIR. Faham apa hakak bebelkan ini? Kalau tak paham, kau datang sini hakak nak tenyeh sikit dahi kau tu!Kbai!

Setelah puas imbau kenangan sipi sipi, kami pun gerak pulang. Singgah sebentar di Kellie's Castle sekadar bergambar di hadapan Kellie's Castle's entrance sebab tak kuasa nak masuk, energy bar dah sipi sipi jah tinggal. Puas bergambar, sambung perjalanan tapi singgah Yik Mun Cafe di Tanjung Malim, masing masing lapar beb. Redah jem di KL serba sedikit dan we're off to bed.

Thanks my dear friends for another unique experience in White Water Rafting.
Too bad encik tunang tak dapat join sebab beliau tak dapat cuti.
Tapi baguih gak dia takdak, kalau tak confirm hakak jenuh tadah muka dan telinga jadi bahan usik HAHAHAHA. 

To conclude, Alhamdulillah, pengalaman kedua rafting ini sedikit sebanyak memulihkan kembali darah gemuruh menghadap arus sungai dek Black November itu. I really wished my TehTarikRafting gang could have join us this time around but oh well, memasing ada komitmen ketika itu.
Rindu korang lah woii! Group Whatsapp dah suram, tak seperti masa kita baru balik dari rafting itu hari, riuh! Siap lepak sesama reramai. But oh well, aku doa kalian semua dalam lindungan Allah selalu. You guys are one of the best moments in my life and i thank Allah so much for giving me chance to meet all of u. We may not talk to each other as much anymore, but my prayers are always with you. Take care friends.

Dah kenapa perenggan penutup berbunyi sayu pulak ni woi?

Yang Dah Berani Sikit Ngadap Air,
Farah Diana.

Thursday, June 11, 2015

#Projek130

Sedih tengok ini gambar woi, Kasut favorite penuh sentimental ini dirembat penyangak yang pecah kereta mek last year. Tenanglah kau bersama tuan baru, ye darling. Sobs!


Assalamualaikum.
Kan kan kannnnn aku dah bilang, tangan ni gatal click kat "New Post" dikala ketika tengah penuh tasks nak di selesaikan segera. Aduhai.

Baik baik baik!
Janji post ni a very short one.

Dengan ini, cik Paghah mengumumkan beliau baru sahaja berpakat dengan geng gegurls kesayangan melancarkan #Projek130

Apatuuu?!
Nak kembali ke kegigihan setahun dua yang lampau dimana tetiap pagi rajin training untuk 10km.
"Zaman gelap" telah sedikit sebanyak melunturkan perjalanan dalam arena long distance running ini.
Tak mengapalah, biarkan zaman gelap tu kekal sebagai masa silam *nampak tak betapa impak kuat zaman ITU, sampai banyak kali ayat bitter keluar. Trying to move on. Harap maklum. Kepada yang berkenaan, GET LOST!*
Dengan beraninya aku melantik coach si kecik hardcore hahahahha! Matila mek kena buli kaw kaw pasni! AAAA!
In sha Allah, impian nak run 10km without walk-intervals mahu dicapai ketika SCKLM tahun ni.
Ooooooh debor la pulak. 
Taak taaaaak! Aku tak kuat lari. Mental aku pun selalu tak kuat, end up 10km tu banyak lenggang kangkung rather than run sangat.
Menilai balik record2 masa berjinak jinak dengan event running, macam pernah je timing less than 2 hours for 10km. *ni kalau hardcore runners tengok aku bangga habis 2hrs 10km sure kaw kaw digelakkan nya...ye la, 2hrs tu orang boleh habis HALF MARATHON kot!! T____T *

Makanya, akan ku cuba dapatkan balik, or improve rekod personal kepada 1 jam setengah.

Bila target aku masuk Half Marathon??
Unfortunately, cita cita aku hanya sekadar 10km.
Jangan harapkan aku nak ketagih sampai Half Marathon sebab ....ok banyak faktor peribadi.
Tak larat nak list kan kahkahkah.

In Sha Allah. Amiin! ^_^

Yang Sedang Berkobar (dan istiqomah hendaknya),
Farah Diana.

Monday, December 22, 2014

20141213 Paghah di mana? Mana Mana?

Assalamualaikum.
Kenapa tajuk sebegitu rupa?
HAHAHAHA.
Sebab gambar aku sangat tak banyak gara gara takde mood nak bergambar dek kepancitan yang maksima! kahkahkah

Sebelum meneruskan celoteh, izinkan mek menyatakan bahawasanya entry perjalanan India barangkali terbengkalai seperti entry Aussie yg berjuta tahun dahulu itu. RIP! T.T *kesat hingus*
Ampunkan patik, sesungguhnya usia makin lanjut (but always muda at heart ye uols! ecehh) ini membuatkan sereberum patik makin karat dan data pengalaman silam makin jauh tertanam didalamnya. Gituh! Gigih google terminology saintifik uols!

Al kisah, Khamis malam Jumaat itu diisi dengan pulunan kerja yang perlu disubmit pada Jumaat pagi itu (nan hado, tetap selamba kodok aku submit tghari. hadoi. work your discipline up, Paghah!).
Setelah selesai kerja, impian nak top up tidur seperti beruang kutub nampaknya sedikit gagal gara gara a few halangan dan menjelang petang, harus bersiap untuk ke dinner company mek keje dulu.

Sat. Apa relevan nya perenggan diatas ni?!

Sabar. Later kau paham kenapa.

Maka, habis kerja. Dengkur barang seketika. Ke Dinner. Pulang, finally peluang tidur at 1am. Tapi apakan daya, jam 3 lebih aku dah terjaga (dan perlu bangun pon).

Hanya kerana nak mendaki Bukit Tabur  East.
Telefon mek kenit Elly.
As usual lah, aku kan alarm clock!
Dan as usual jugak........
Elly tak dapat dihubungi!
Waaaaa! Budak tu kalau tidur memang mati keras orang kata! Stress mek!
Dek kerana malas menggigih sangat, bior je dlu, aku bersiap mandi dan sauk keperluan ala kadar. On the way, aku cuba call again and again.
Dan sehngga sampai Sentul baruuuu cik Elly angkat phone!

*Cue music sedih keudara* Duhaaaai apaaaakah gerangan budi baaaalasannn.....

Dek kerna kurang tidur, sementara mek Elly bersiap, aku bantai tidur dalam kereta. Tak dulik dah aih. Janji dapat pejam sekejap.

Then, off we went, heading to Tabur East.
Singgah 7e breakfast sekejap, then meet up Maria & Faiz somewhere around Ulu Klang sana (sorryyyyy! Mek is very bad at remembering locations hahaha).
Asalnya nak ke Tabur West, tapi dek kerana aku dan Elly tak ingat West nak naik kot mana dan Faiz pun tak pernah naik West, maka kami pun settle with East. Ikut plan, jam 4 am nak start mendaki. Pui!
Sampai kaki bukit pun dah about 5am. Perut mek pulak buat hal, maka patah balik dan singgah nearby masjid. Dah alang alang nak Subuh, maka Subuh la jemaah dulu. The bukit can wait!

Selesai solat, terus kembali ke start pount East Tabur. Actually, aku tak sedap hati nak mendaki time tuh. Banyak kali mengeluh,berdebar. Tak caya, tanya Elly! Aku siap nak back off tunggu dalam kete sambung tidur je weh!
Dek kerana mengenang dah sampai dah pun, dan team pun kemaen berkobar sakan, mek pon pasghah panjat jugak.

Well..... start je mendaki dah terus dicabar faktor vertical.Ye, untuk seorang Paghah Diana yg dah lama tak workout regularly or training, faktor vertikal sememangnya adalah masalah besar buat aku.

"Korang! Apa kata korang naik je, masih logik ni aku nak berpatah balik dan tunggu korang kat bawah!"
"Dah naik, kita naik sesama turun sesama! Kita slow je, Farah!"

Hati still tak puas sebab being Paghah, aku tak suka org terbeban tunggu aku yg pace super slow ni.
Ya Ampun! Menangis nangis aku mendaki bukit tuh. Asal aku nak give up je, bebudak ni sure buat lawak macam macam seperti sogokan bahawasanya kat puncak nanti ada Nasi Lemak Roti Canai Teh Tarik segala.
Kuang asam betul, dianak anakkan aku yg slow mo ini! T.T
Namun sogokan itu sama sekali wa tak heran sebab yang wa ingat hanyalah bantal kat umah! Waaaaaa!

"Ko dah pernah lepas West Tabur, East ni kacang je Farah!"
Fyi, people said, West Tabur is more challenging than East.
Fmfn (ceh. saja nak kasi ayat ala ala hipster kasi selari dgn fyi tu kan. padahal tak pernah orang guna fmyn tu kot!! it "for my future note"), East ke West ke North ke South ke Middle Earth ke, akan tetap mencabar berganda kalau kau tak rehat dan training secukupnya. Paham Paghah??

Tapi syukur Alhamdulillah, walaupun aku tak push myself till the final checkpoint, i am glad i climbed with mereka yang sanggup tahan kesabaran melayan aku yang manjang sememeh, cembeng, short sighted ini. Sobs! *music terharu berkumandang*
Sekejap sekejap akan kedengaran
"Farah!! Ok tak?"
"Farah? Kemon! Tony Roma's (and tah hapa lagi nama restoran / food yg depa jaja kan kat aku) tunggu kau kat atas ni!"
"Cepat Farah, group photo ni!"
"View cantik ni Farah, hurry!"

Nak tak nak, aku kena gigih gak kan?
Kau pikir, ada helikopter boleh nak singgah hangkut kau trun, Paghah? Nan Hado, mek! Tiada!!
Akhirnya, di saat nk ke final check point aka puncak sebenar East Tabur, aku surrender dan decided utk tunggu kat track turun. Was merely saving the energy for hike down. Sebab aku hanya mengambil langkah selamat agar tak over exert penggunaan segala muscle aku,sambil mengslow downkan perjalanan orang. lantok le labu, mek bertenggek je di situ.

Dah puas Elly, Maria & Faiz enjoy the final checkpoint, kami pun mula mendaki turun.
Well my dear readers, please know, hiking down ANY bukit or gunung is as equally challenging as hiking it up. At this point, your knees play the most important role. and Allahu Rabb, time turun tuh la BOTH lutut aku jammed!
Waaaa! Stressssssss!
Tips: Jangan rest lama lama dan terus kembali aktif. sebaiknya warm it up again ashall u had rest for quite some time. sebab terus hike down lah lutut aku jammed. otot otot yang dah switch mode kepada rehat terkejut beghok lah!

Slow slow jugak la aku turun.
Again,
"Farah!! Kat mana?"
"Farah! Ok?"
"Cepat Farah! Sirap Limau menanti!"

T.T

Slow yang suuuper slow.
satu, sebab energy aku dah di tahap minima.
dua, sebab muscle aku semua dah shutdown masa rehat tunggu depa pergi and patah balik dari final checkpoint itu.
Patutnya aku aerobik sementara tunggu depa utk keep the muscle alert,kan? hehehe

Alhamdulillah, it was indeed an intense workout. Syukur ada supportive team. Meh muah ciked!

Maka, pengajaran untuk adventure kali ini:

1. Listen to your body. If tak cukup rehat,jangan gatal force yourself into intense physical activities. Body pun amanah Allah yang perlu dijaga dan selenggara.

2. Positive. Dan surround yourself with positive thinkers. Itu yang akan drive you to give your best.

3. Nak mendaki or sebarang aktiviti endurance, fuel up well. Im lucky enough to have had some meal beforehand. And coffee did help boost my energy. gituh. Coffee bukan lah kegemaran aku, tapi i just found out it is my secret weapon. Saat terdesak sahaja boleh amik. You wont see me simply order kopi sesaja.

4. Refuel well juga. Fueling up before hike is as equally important as refueling after the hike.Your muscle and body needs to replenish after being worked super hard.
Being Paghah, aku memang super sikit makan kalau super penat (teringat mak cik kantin selalu bebelkan aku ingat aku merajuk ngan dia sbb aku amik makanan sangat sikit setiap kali dinner lepas training kat mrsm dulu. member aku pun naik menyampah kat aku sbb katanya sesia beratur amik nasik sikit lekat celah gigi. kuanjaq sangat statement! Dan aku tak punya masalah besar if makanan berbuka tak cukup time bulan posa sebab time tu team aku tetap ligat riadah gak sebab tak betah dok diam). Tapi, mek sedang sedaya upaya perbaik habit itu sebab natijah nya kalau tak refuel bebetul adalah.....
once angin dah tangkap kepala....
jeng jeng jeng...jammed lah sistem badan kau beberapa hari (err...at least to me lahhh)

5. Learn to say No. Sometimes, you cant just nod and agree. its okay to disagree once in a while. erk.

Ok sekian cerita malam ini. Kbai.
#sukasangatberhenticeritatetibakannn



Monday, December 08, 2014

Kelip kelip & chilling Chilling

Assalamualaikum.
Kembali kita bersama kak Paghah dalam episod terbaru.


Ok. Nampak tak aku dah habis modal nak tulis intro macam mana ni?
Memang hebat lah mereka yg bernama penulis / novelis, bisa punya ilham mencoret pembuka kata / cerita dengan sesempoinya.

Alkisah, sepatutnya aku dan nana with mummy & abah depart ke Alor Star after abah's medical check up pagi 5hb Nov tuh. somehow, dikala mummy otak serabut, dan si Bumblebee tetiba explode ketika mummy guna itu kereta, lantas mummy pun declare to cancel balik kampung. Which is.... A YEAY for me & nana sebab boleh join ber air terjun hari Ahad! Yabedabedooo!

So, petang tu terus lepak dengan Gediks dan Kak Ija cari barang serba sikit. Dok lepak tu, Gedik ajak join roadtrip petang esoknya. Kuala Selangor Heritage Trail katanya. Of course mek menggelupur nak follow. Tak sedar diri tuh dah nk gerak awal pagi Ahad jugak tuh kan. Maka, Jumaat malam tuh dah set aside sesiap baju untuk short roadtrip, baju nak berair terjun & persalinan lepas air terjun. Set aside je, tak sumbat dalam bag or whatnot pun.



6 Dec 2014. Jam 3pm baru la gerak ke Kuala Selangor dengan geng #LompatKopi; Huzer, Gedik & Izuan (ha kau! Mau mummy tak freak out anak dara dia ni keluar ngan jejans sokmo! Waa... Dah tu je BFF mek yg available. Ohmy...)
Masuk kereta je terus alert the geng takleh lewat2 nanti esok kena kuarantin, rosak plan hahaha.
Sesambil gossip dengan kelajuan hanya berpada pada gara gara tayar pancit, tetiba da sampai Bukit Malawati.
Ramai dok beratur tunggu trem, tapi kami 4 ketul memang gigih nak jalan je ke atas. Sesambil beriadah la katakan.
Harga tiket trem tak silap aku rm5 bagi dewasa.
Basah gak ketiak menapak kan. Demi nk fefeeling gambar ala model (puii!) kat atas tuh, ku gagahi jua maintain ayu. (puii lagi!)
Lepas puas amik gambar and enjoy the scenery, kami pun turun. Next, dok berligat otak nak tuju ke pantai layan sunset atau mencari port kelip kelip. Oleh kerana perjalanan kami memang bersifat adhoc (sebab ni jugak aku memang kerap gila ngan geng lompatkopi & geng ttr aku, sbb depa ni spontaneous and adventurous kaki redah sepah segala! Laalala), maka kami gerak dgn si viva Huzer berdasarkan arah matahari terbenam.
Kahkahkah.
Kau ingat pelaut zaman dulukala je pakai teknik mengembara guna bulan bintang? Weols pon okeh!
Last last, kami akur bahawasanya tak dan kami nak kejar sunset dipantai. Lalu, we made our way to Kg Kuantan mencari kelip kelip.
Yeahuu! Subahanallah, ciptaan Allah kan.
I just enjoyed the view and nature. Malas kalut setting kamera nak capture kelip kelip. Si izuan ngan gedik dah di warning awal2 jangan nk ngada ngada nyanyi lagu Krismas segala sambil layan kelip kelip pulak. Motip? Lagu raya apatah lagik. Mau aku tolak je masuk sungai tuh!
Habis layan kelip kelip, aku pun mengelupor ajak balik sebelum waktu curfew gituh.


Taaaapi.....


Krik krik!
Lapar woi!
Alang alang menyeluk pekasam, biar sampai masam!
Atas boat tadi, sempat gak imterview serba sedikit abg boatman. Dia suggest Aroma Ikan Bakar.
Maka, percayakan judgement beliau, weols pon had our dinner there. Ok. Not bad lah. Besau jugak restoran dia.
On the way back, bebudak ni dah seronok bahan aku yg cuak sampai rumah lambat.
Kaitkan dengan dongeng Cinderella, tapi aku labunya. Ciskek betul depa ni!
Alhamdulillah, sampai rumah tepat jam 12.





Sampai rumah, baru hegeh nak set perjalanan dengan geng TehTarikRafting pulak. Dah kata asalnya memang tak dapat join pun bebudak ni nak ke Santuari Ikan Sg Chilling di KKB, last last minute baru dapat confirm join the trip kan. Of course memasing dah gol awal, nk start early la katakan. Itu pun last last minute jugak final numbers geng ttr down to six pax je for the trip, yang the rest could not make it. Fine ok fine!

Mandi.
Dan terkebil sampai jam 1 pagi takleh tidur. Ah sudah! Jangan di buat pancit time hiking sudah!

7 Dec 2014: Jam 3 pagi. Ting! Terjaga.
No no no! Go back to sleep, Paghah! Nanti tak larat!

Jam 4 pagi. Ting Ting! Terjaga lagi!
NOT again!!

Jam 5 pagi. Ting tong!
Aaaaaa! Rasa nak tendang semua benda! Grrr!

At last, 5.45am, toing toing! Nana la jadi mangsa sergahan aku! Hahaha.

Drama sebabak.
Adda gerak with aku dan Nana.
Maria dengan Nisa.
Soalnya, Nisa dan aku jenuh wake up call Adda & Maria, tak berjawab.
Cut story short, aku, Nana & Adda hop on kereta Faiz kat KD, akhirnya berjaya lah semua berkumpul di R&R Sg Buloh.
Wait. Hampir tak berjaya sebab terlajak R&R, confused yg mana satu.
Dah tu, si Faiz berani berani tanya aku pasal jalan, dia tak tahu bab jalan sesat, cik Paghah ni memang Ratu! T.T
Aku pulak confident je ye kan si Faiz tuh. Hahahahahabislaakukalaudepajumpablogniweyyy!




Sambil menunggu ahli ahli yg lain, brekpes sat dek melayan perut yg berkonsert tuh. Memula memang lapar tapi tak lalu nak telan apa2. Tapi dah dok pikir kang masok angin mau rosak program, telan juga lah (pui! Abis gak sebungkos nasi lemak kau telan, Paghah!)
Cukup korum, kami pun gerak. Jujurnya, aku tak sedar jam berapa kami bebetul gerak serombongan. 5 cars altogether.
Dan tak sedar jugak berapa lama perjalanan sebab excited sangat haha.
Nanti next round mek track masa dan exact location ye uols!

Since we arrived considerably later than scheduled, parking pun agak jauh la jugak.
Menapak jugak ke entrance Santuari Ikan Sg Chilling. Sampai guard post, proses sorting out barang dijalankan.
Setiap loose item (seperti bungkusan makanan, botol mineral, air kotak etc) akan dikira dan di charge deposit setiam item rm3. Aku SUKA rules itu. Sebab aku rasa, itu je cara nak ngajor org Malaysia ni. Walaupun ramai yang berkesedaran not to litter sesuka hati, tapi ramai juga yang bila dah sukaria layan air terjun berkelah segala, tak sedar nk clean up own's mess. Selalu kecewa bila berkelah mana mana, nanti sure nampak sampah kat ceruk ceruk. Mesti ada! Bila dibuat camtu, baru la masing masing alert nak bawak balik sampah kannn! Mwahahaha. Gooood initiative!

Ok. Panjang pulak berleter.

Untuk sampai ke atas santuari tu, ada 6 lintasan sungai yang perlu dilintas. Erk.
Cuaca baik, Alhamdulillah. Tapi masa lintasan ketiga tu, semacam turun sedikit gerimis. Aku dah mula seriau sebab pesan ranger, once start hujan, immediately turun kembali ke start point.
Tapi Alhamdulillah, sedikiiit je gerimis tu, kepala rombongan hari itu iaitu Faiz pun kata in sha Allah ok je boleh carry on, maka kami pun teruskan sehingga ke atas.



Subahanallah. Indahnya ciptaan Allah! Penat meredah hutan berbaloi baloi bila mata dijamu air jernih dipenuhi ikan, deru air yg terjun, tanpa sebarang dicemari secebis sampah pun! Nak mtenitik airmata dapat sampai situ #daramaqueen!
Oh inilah namanya cinta!!



Ok. Pecah rahsia aku geli bila dikerumun ikan! Takot dia gigit!
Konon. Lelama, bila dah rendam air dingin (kan aku dah bilang, kalau air lagi sejuk laaaagi aku suka mandi, takdak heran nak water heater segala), dah tak heran dah ikan tuh. Siap berenang together with them lagik ohkay!











Gitu lah serba sedikit perjalanan outdoor weekend aku.
Bertuahnya rasa dapat jumpa depa ni, semua macam minat aktiviti hentaman adrenalin.
Memacam angan angan dah dikait dalam grup ni. Haha.
Oh ye. Dari trip ini, banyak betul perkara yang aku belajar.

- kalau jatuh dalam air, jangan panik. Tenang dan eventually kau akan timbul. Ada pernah dengar daya apungan? Takde? Pi tanya cikgu Fizik! Dan bila kau tergelincir jatuh ke bahagian dalam sekalipun, trust the person who grabbed you, diulang, dont panic! Bila dia kata dah sampai tempat cetek, jangan kelam kabut teriak "kaki tak jejak tanah!" sambil menggelupor serta kaki dilipat, memang kaki kau takkan jejak dasar air. Silap haribulan, dari boleh diri elok elok, kau dibenamkan org yang tarik kau tu tadi. Haaa. Nasib la kau!

- pakai seluar stretchable. Yang membolehkan kau split 180 darjah tanpa ragu ragu. (diam kau diam! Berani kau gelak mengandaikan yang bukan bukan! Diam aku kata!!)

- kenkonon nak bawak seguni beras dan seperiuk lauk ke atas in case kebulor nak berkelah, tak payah! Bawak yg penting secara minima. Lenggang lagi bagus!

- cramp kaki ke, kalau light light, cuba bolayankan. Pi relaxkan kaki dalam air sejuk tu. In sha Allah ok lah tu.

- keep yourself occupied with activities, it distracts you from the serabutness. (sorry grammar nazi, mek memang sesuka hati tabur istilah sesedap oren!)

- "I'm the kind of friend who will help you hide a dead body, but if you betray me, just remember: i KNOW how to hide a dead body!" ......... Erk. Ok. Takde ni kaitan. Bye!









Monday, November 17, 2014

Teh Tarik Rafting. 1-2 November 2014.

Assalamualaikum.

Ha uols! Kan mek dah kata, sure ada iklan sebelum episod Kisah Jalanan India yang seterusnya ke udara. Sebab mek dah lemau sangat sangat pulun berjuang mengharung kehidupan tanpa break (read: travel) melebihi ratio 3 bulan. Dan alkisah apabila perjuangan di intersect dengan peluang untuk finally time-off, maka terjadilah satu memori yang confirm lekat dalam diari (gituh! ayat kemain dramatis. sila jangan berdarah mata membaca entry ini. harap maklum)

Baiklah. Where should i start?

*ketuk jari atas meja recall memori*

(Amaran: intro berbunyi sedikit drama samarinda ye. Harap skip ke perenggan seterusnya kalau tak sanggup nak lempang cik Paghah okbai)
For the past few months...err...or one year so (or was it two?? cis. lost count already aishhh), life has been quite a tough journey. Don't get me wrong, i do still enjoy those journey though, but being Farah Diana, her function expired every three months. Kalau terus menerus rutin sama melebihi 3 bulan, memang cik Paghah menjadi sedikit biol. Well, nak jadi cerita kan, somehow member Nana promote trip White Water Rafting. Promote gak kat geng #lompatkopi aku, tapi respond hanya lah bunyi cengkerik. Tapi sebenarnya respond sebegitu pun sebab geng tuh dah planned Penang Trip jugak tengah bulan November tuh, mungkin tu punca memasing sedikit reluctant untuk join the trip gamaknya (hah! aku jugak yang mengajak depa pi Penang mid November tuh jugak. Last2 cancel sbb asyik rombak plan. Hampun geng! Ratu Drama tak berapa waras sejak dua menjak ni. Kahkahkah)
Maka, aku pun redah bayar deposit untuk WWR tuh. Dalam fikiran nekad, nak time off. Tepu sangat dah. Sapa nak join, join lah. Kalau aku sorang join strangers pun dah tak heran dah janji boleh basuh otak nih. Tetiba cemana tah si Elly tegur ajak join Terry Fox run 1 Nov (ish. missed lagik TF run. grrr), dan dan mek kecik tu tau aku dah book nak pi WWR, menggelupor nak join jugak. Hahahahah! Yahuuu ada geng! And last-last Nana pun dapat join sekali. Double yay!! Dan ada juugak drama sehari sebelum trip yang hampir-hampir membantutkan plan perjalanan. Alhamdulillah, Allah izinkan aku join aktiviti tersebut! Syukur! Dan since Khamis was my last day at work (dari kontrak sebulan boss extend dan extend sampai finally sit down ngan boss diskas hala tuju. Ya, nikmat Allah melimpah ruah, ditemukan dengan great people kiri kanan atas bawah. Thank you boss! And the rest of the office of course, for the tremendous amount of positive vibes! Cinta sangat! ^_^). In a way, trip kali ni sangatlah menandakan peralihan chapter yang sangat penting dalam my journey of life. Gituh.


.....(berhenti menaip sepuluh minit. patut tak aku edit balik intro di atas? kang geng teh tarik rafting jumpa blog ni mana mek nak letak muka? hmmmm........)


Ok. Kan aku dah bilang, bab memanjang lebarkan intro ni memang boleh serah kat aku. Point penting tak penting memang aku campak je masuk dalam perenggan.

1st November 2014:
Bibit pertemuan pertama with Sherry. Gituhhh

Arrived KL Sentral at about 8am lebih sedikit. Tunggu mek Elly, tapi terserempak member Nana; Arif yang join the trip. So, once nampak kelibat Elly, terkedek lah tiga ketul menuju meet up point. Time dok tunggu tu, nampak jugak another group of guys dok usung backpack jugak. Rerasa macam sama geng tapi iyolah, cik Paghah ni kan pemalu orangnya (HAHAHAHA!) so wat dek je lah. Then came this friendly lady named Sherry tegur aku dan Elly and we clicked on terus tunggu sesama for the ride to Gopeng.Somehow transport from Kajang got a little stuck in the traffic gara gara final bola Pahang lwn Johor tuh (sorry, mek tatau piala apa sbb mek tak layan bola sangat. kadang2 je jengok2 Harimau Malaya bertarung, well, patriotik la katakan. pui!) Bella & the gang sampai, atur-atur sapa naik van or car bagai, then off we went. Set dengan Paci meet up kat ....R & R .....err....Tapah kot (hampeh kau Paghah, nak bikin travelogue tapi hang lupa details! Nak kena rejam ngan batu ni!)

Miss Bella comel, Miss Elly dolly & yours truly


Aku & Elly hop on kereta yang di pandu Bella. Time ni tak warm up sangat lagi. Memasing kekok nak berbual. Keh keh keh. Kekok ye...kau tunggu end of this travelogue, dan notis transformasi kami. :P
Lapik perut serba sedikit dan teruskan perjalanan. Sian Bella drive sensorang sebab penumpang dua ketul nih bantai tidoq sakan! Ampun Bella!!

Group Photo; Team PJS under Radak Adventure

Group Photo again, before departing

Sampai lokasi Kem Radak Adventure pun agak behind schedule, makanya, kami terus sesiap untuk mula aktiviti. Ice breaking pun skip terus! Memasing redah tukar baju segala, di beri serba sedikit taklimat equipment keselamatan and lompat masuk dalam lori jadi lembu korban menuju ke point permulaan rafting.
Masing masing dah membara tengok air sungai. Tak sabar nak terjun dalam bot. Diulang, dengan takde ice breaking nya, kami bahagi bahagi kepada 4 group (satu group tuh dari Singapore, sorang dari kami had to join them. means sebenarnya team Percutian Jimat Saya tuh ada 3 boat je la sebenarnya). Dengar lagi taklimat keselematan dan segala teknik berrafting oleh guide.
Ok. Mek cuak sebenarnya. Tapi buang jejauh sebab yakin dengan guide dan sebab kenkonon rasa dah cukup rehat untuk stay alert with any situation. (read: poyo). Belajar serba sedikit command dari guide segala, belajar serba sedikit emergency situation whatsoever, kenal2 sikit dengan ahli boat beserta guide, dan jeng jeng jeng! The adventure begins!

Gumbira kan? Padahal baru lepas satu je checkpoint.

Anugerah boat paling selamat. Boat depa ni je yang didnt capsized dari mula sampai habis!


Menanti kepala air meredakan diri

Ecewah! Front paddle...then back paddle.... boom boom! Masa taklimat, guide ada kabarkan bila disuruh boom boom, memasing squeeze into the boat. Time tuh memasing dok terkebil2, "celuih ka 6 ketul nih nak squeeze dalam boat ni?"
Dan guide replied, "Ha! Nanti masa kat rapid nanti korang automatik akan bikin jadi muat!"
Sungguh bagai di kata!
Mummy! Seronok tak terkira itu dah tentu, dapat main air kan. Tapi tercuak2 jugak once in awhile. sempat la redah satu dua rapid cenggitu (erk. harap kalau ada geng boat 1 yang teringat berapa rapid kita redah, mohon betulkan fakta mek okeh?) dan masuk rapid seterusnya.... jeng jeng jeng!

Tatau la kot lambat boom boom ka, ter off balance ka apa ka, sedar-sedar dah dalam air!!
Masih ingat pesan guide; kalau capsized, perkara pertama, senyum dan senyum, dan cuba get off from the boat kalau berada bawah boat (ha! kalau pemahaman aku tentang dok bawah boat aku ni silap, memang la nasib kan!)
Time ni memang sedaya upaya kumpul semangat untuk bertenang. Tapi still ada sedikit panic sebab everytime tried to escape from the boat, aku tatau arah mana sebab boat tu tetap atas muka aku.
So, aku pasrah dan yakin dengan bantuan dari Dia sambil berusaha nak grasp for air (AIR as in udara k. bukan ayaq!~ jenuh aih bila hang mix language camni cik Paghah!). Bergelut juga lah nak cuba apungkan diri, sampai lupa basic fundamental dok dalam air which is bubbling. Sesia swimming coach ajaq hang swimming, Paghah! T_T
Somehow, after a bit of struggling to grasp for air & to stay calm, dapat terlepas dari boat. Tapi kejadian ni memang sekelip mata. Aku tak sedar whether ada orang tarik atau memang berjaya menjauh dari boat baru ada yang tarik life vest aku, Wallahualam. Dan time ada orang tarik baru aku teringat pesan guide supaya jangan lepas paddle what ever happens. Aku sendiri tak ingat time bergelut tu, paddle masih dalam tangan aku atau tak, tapi tetiba time dah terhanyut off from boat tuh, ada orang berjaya tarik aku ke tepi, dan time tu jugak aku terus capai paddle aku, dan somehow grabbed another one yang lalu depan mata aku. Seingat aku, geng boat satu aku jugak yang berjaya tarik aku ketepi tuh, Wwallahualam, moga Allah balas jasa kau! Terima kasih, sampai mati in sha Allah akan aku ingat dan doakan kau! *drama sebabak!*
Syukur Alhamdulillah! Time dah terselamat, of course lah aku panic sekali lagik risaukan ahli lain boat aku yang terbalik tuh, especially akak aku lah! Gila sapa tak sayang hakak sendiri?!
Dengar signature cough Nana, terus tenang balik sebab then i knew she survived. And nampak ahli-ahli lain pun dah sengih kat tepi tuh. Ceh! Tetiba aku rasa macam... "La...tadi boat terbalik ka? Awat rasa macam baru lepas tengok Maharajalawak nih? Semua pakat sengih ja. "
But then again, I'm glad everyone was safe. And glad semua senyum di pinggir boat memasing yang mana sekurang kurangnya membantu aku build up balik semangat yang hanyut seketika tadi. One of us seemed ketaq sudah, tapi Alhamdulillah, semua dapat gelak balik lepas tu.
Lesson learnt, setelah guide remind balik segala arahan, kami teruskan lagi perjalanan. Kali ni, memasing lebih alert (walaupun abam 2 ketul yg dok depan sekali tuh tak habis habis ngan gopro dia, tapi depa tetap alert sokmo. untung jugak, dapat masuk kamera bebanyak kekeke).
Perjalanan seterusnya nak menempuh the main rapid. Memang setiap arahan guide tak terlepas. Sangat alert dengan suara guide supaya sejarah tak berulang. Wawawa! Mek tak sanggup hanyut lagik! T____T
Alhamdulillah. Ke checkpoint berikutnya semua intact dan takdak yang tergolek dalam sungai. Dalam dok tunggu kat checkpoint...jeng jeng jeng! Perkara tak disangka terjadi.
Air makin deras, makin naik, makin keruh. Kami-kami disarankan naik ke tebing segera.
Tunggu dan tunggu.
Arus nampak makin ganas. Kepala air lalu. Selama ni tengok kat youtube je. Kali ni, betul betul dengan mata kepala sendiri tengok segala kayu balak buluh dahan ranting lembu kambing semua terhanyut lalu depan mata dibawa arus deras. Ye, mother nature sedang mode garang! Kecut perut jugak woi! Nak taknak, kami terpaksa tunggu arus reda or at least those kayu kayan lalu dahulu. Ada la dalam 10 or more boats yang bergerak petang tu, from various operators. Yang best nya, different groups, tapi gara gara mother nature yang garang, semua orang macam united. Look out for each other walaupun tak pernah jumpa, tak pernah kenal.(did i ever mention i LOVE hiking sebab biasanya jumpa hikers dan kesimpulan aku, hikers selalunya friendly!)
Dalam dok tunggu tu, mula turun hujan renyai. nampaknya arus taknak mengalah. Maka, para guide decide untuk semua teruskan perjalanan segera. Memandangkan main rapid pun dah selamat lepas pun (kot). Bak kata guide, kalau nak tunggu paling tinggi punya arus pun tak sure berapa jam, dan lepas arus paling tinggi pun, kena jugak tunggu a few hours before arus betul betul reda. So, sebelum malam makin menjelang (sebab dah makin lewat petang pun), memasing naik boat balik. Oh ye! Sebelum checkpoint, there's this one mat salleh dah lost his kayak (ada yang berkayak solo jugak. pergh! tabik ah!) and berjaya terselamat hop on boat kami.
Maka, ditemani hujan renyai, kami bersiap sedia atas boat memasing. Boleh pulak guide boat aku volunteer nak mulakan perjalanan! Woi! Ketaq kecut perut terus woi!!
Tapi dek kerana dah trust abis kat guide dan teammates, aku pun lega balik (biasa lah! yg nama Paghah ni kan memang sokmo cepat panic!Tapi cepat jugak counter balik kepanikan kahkahkah!)
Here we go!
To be frank, aku sendiri tak ingat lepas checkpoint pertama tu atau after checkpoint yang rapid paling extreme sebab aku rasa setiap rapid yang kitorang redah semua extreme! *nangis sebaldi* . Tapi perjalanan seterusnya agak mencabar sebab sekali hujan dan arus dah level up. Rank rafting yang sepatutnya antara 2-3 dah level up kepada 4 (terdengar one of the guide sesembang cakap ni arus ni macam lagi ganas dari Padas nih!) Maka, setiap masa berdebar dan sedaya upaya stay calm and alert. Ulang-ulang jugak kasik semangat kat diri sendiri sambil share semangat dengan team mate yang dok sebelah yang agak trauma time capsized before this.
Cemas.
Rasanya, nak habiskan perjalanan memang cemas. Tambah-tambah bila nampak boat lain ada yang capsized! Sorang mangsa berjaya ditarik naik atas boat kami oleh Bro Asri (guide kitorang. eh? ke the boys yg dok depan yang tarik depa ha aku pun dah tak nampak dah sapa selamat sapa). Then, dalam keadaan masih cemas, ada dua lagi mangsa berjaya berpaut kat boat kami. Bro Asri arahkan let go of those two (sebab dia lebih tahu risiko nya kan) tapi disebabkan kami-kami agak cemas, dan atas sebab dah pegang dorang pun, our boboys berusaha drag them in jugak. Tak pikir dah overload ka muat ka tak muat ka boat tu, janji sedaya upaya selamatkan siapa pun. Alhamdulillah! Walaupun macam sardin dah boat tuh, dengan sorang paddle dah kemana, dengan sorang tangan terpeleot, sorang dah terbenam jadi lantai boat (AKU la tuh! T_T), tapi memasing tangkas on the job! Walaupun rasanya pengalaman scary nak mampos, tapi aku bangga dengan ahli boat aku yang semua sewel tapi sangat boleh diharap! Time lalu di arus reda sikit, dengan pantas Bro Asri keluarkan arahan supaya semua cuba sedaya upaya duduk elok elok. Fuh! Saspen macam drama kan?
Tak kau kata?! T____T
Takpo, mungkin mek tak reti susun ayat. Tapi selari ngan tagline Radak Adventure, "Every adventure is unique" . Gituuh!
Namun begitu, kami terlepas checkpoint terakhir kami. Terlajak laris sudah! Aduhai! Takpe lah, janji selamat. Dan berhenti tepi yang selamat dan menenangkan diri sambil berphoto mania lompat bintang segala! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Dalam dok bergelut nak parking yang terlepas checkpoint tu, ternampak sorang mangsa sangkut kat pokok. Apakan daya, arus deras memang takdan nak selamatkan pun. Maka just alert guide untuk tindakan selanjutnya.
Sementara menanti apa yang patut di checkpoint terlajak laris itu, kerja-kerja rescue turut dilaksanakan. Yang mana lalu depan kami, guide yang ada akan cuba campak tali try to save mangsa mangsa. Kami yang lain mampu dok dendiam kat tepi tunggu arahan.
Ok.
Tipu.
Kami bukan la dok diam.
Dok hingaq bukan main. Riuh satu macam. Membasah basah kan diri dengan air sungai, berphoto mania like nothing traumatic just happened, tease each other, sembang sembang. Like i said, tak kira dari group mana dah, semua macam buddies! Masha Allah, cantiknya kehidupan macam ni. Aman dunia!



Terlepas checkpoint terakhir dan selepas saat cemas jadi hero selamatkan 3 mangsa hanyut.
Boat 1 yang gila kamera! 


Baru sampai di checkpoint terlajak laris, menenangkan diri selepas bercemas

Somehwat lepas some amount of time, kami pun teruskan perjalanan ke checkpoint terakhir,
And............ WE DID IT! Yeahuuuuuu! 
Alhamdulillah! And by then, hujan dah makin lebat. Naik berkumpul bawah wakaf, diulang, team kami memang bebudak hyper belaka, sambung pulaaaak main hujan lepas bergembira reunite dengan the rest of the team.
Main hujan.
Berphoto mania.
Dan sambil sambil itu puas risaukan satu lagi boat yang tak kunjung tiba! (sebab masa tau ada another boat yang belum selamat tiba, memang memasing dah macam kena sampuk laughing gas or apatah hyper semacam!)
Alhamdulillah, after quite some time jugak lah, boat terakhir yang ditunggu dapat dikesan. Boat depa capsized jugak! Tapi too bad they had to experience it during second half of the rafting journey yang mana dikala ketika itu arus memang agak ganas. Sorang collapsed terus, the rest seemed okay but drained jugaklah kelihatannya.

Balik ke kem. Had our super late lunch. At....almost 7pm!! Masa hanyut masa atas boat, terus terlupa nak lapar dek kembung perut telan air.
Ye. LUPA untuk lapar okeh! LUPA!!
Dah sampai kem balik nampak makanan baru terus datang balik rasa lapar walhal masa memula sampai kem sebelum gerak berrafting tu, memasing rock kapak dalam perut!

Bila malam menjelang, walaupun baru lepas "lunch", sesiap untuk BBQ pulak lepas masing masing dah selamat bersihkan badan segala. ...... sesiap? ahahaha. rasanya yang membakar ayam2 BBQ bersungguh sungguh adalah sorang wakil kem and Maria (one of our team with PJS), yang lain lain tolong sikit-sikit, tolong tengok, tolong riuhkan suasana.
Lepas berBBQ, barulah ada sessi ice breaking, walaupun ada jugak sorang dua yang dah terbuai mimpi dalam khemah dikejutkan balik join the session. Kahkahkah!!
Lucu gak la rasanya, lepas kau dah puas berhempas pulas di sungai bersama sama, dah puas berselfie wefie segala, baruuuuu nak ice break?? Nevertheless, malam  tu lah baru tahu serba sedikit tentang latarbelakang the whole gang. Basically, somehow semua clicked on. Sesama melayan game 7up dalam keadaan yang super sleepy & penat. Sumpah lawak!
Sikit demi sikit beransur masuk ke khemah untuk rehat dan tidur, Tinggal beberapa ketul tuh, boss Kem Radak sampai di kem, baru balik dari kenduri big boss katanya. So sembang serba sedikit cerita dengan bro tu, dan kami difahamkan, what we just experienced was somewhat rare di situ. Such similar arus last happened 8 years ago. Biasanya, arus biasa-biasa je. He said, terpulang pada kitorg nak label it as lucky or bad luck, but he quoted "In the end, we can't beat mother nature". True enough, Bro! I myself rather claim our experience as a lucky encounter that doesnt happen just to anyone.
Akhirnya, lepas puas bersembang sampai dah apa je topik disembangkan termasuk gelakkan balik scary moment dikala boat terbalik whatsoever, semua tewas tidur dalam khemah memasing. Siap ada yang bantai sorang satu khemah sampai yang tidur lambat menggelupor gak cari khemah depa tak jumpa. Adoi! Ingat-ingat balik, macam macam ragam group yang tak sampai 20 ketul ni.

Maka, seterusnya, sweet dreams. Nyenyak tidur, no nyamuk. udara nyaman, bertemankan bunyi arus air yang masih agak deras.



Selamat Pagi! 

2nd November 2014:
Rise and shine!
Bangun pagi, gosok gigi dan mandi!
Eh! Nyanyi pulok.
Now, the second day is for caving pula. Gua Tempurung.
Selepas breakfast, pakat-pakat warm up untuk caving, di lead oleh Firdaus. Terbaik lah! Rasa macam workout tengok instructor senaman RTM!


Warm up session before berlepas caving

Sekali lagi, kami naik lori untuk jadi lembu korban ke lokasi gua.
Memandangkan semua dah finally kenal each other, so memang riuh sakan lah lorry tuh.
Boleh pulak scarf si Maria tersangkut kat pokok on the way ke gua dalam lori tu!
Apa lagi, kejadian consider malang jugak bagi Maria, tapi semua sakan gelakkan termasuk empunya scarf. terpaksa la Maria terkial2 cover ngan helmet. Aduhai! Kasihan scarf itu! *sakit perut gelak bila dengan bebudak ni okeh!*


As usual, formal group photo first before entering the cave.
Kanak kanak riang ready to terjah gua!


So, off we went into the cave. Took the wet tour tak silap. Meredah gua di iring cave ranger, slide dalam gua, merangkak, berendam toksah cakap lah. Simbah simbah orang bagai nak rak, cave ranger tak terkecuali jadi mangsa simbahan puak Teh Tarik Rafting yang hyper (remember the experience we had the day before, bilamana rafting di kala arus deras, air yang sebenarnya jernih cantik turned teh tarik time tu, hence the name Teh Tarik Rafting)
Gua yang tenang sedikit bergegar dengan kedatangan kitorg yang hyper ni. Dari mula ke sudah, tak tau lah dari mana tenaga datang, ada je perangai sorang sorang.
Yang aku amat salute, Nisaa, salah sorang mangsa yang collapsed the day before, pun sama selamba je join caving dalam dok kumpul balik tenaga yang terbawa arus kelmarin nya itu. Tabik ah sama lu, Nisa! Torbaekkk!




Dalam gua. Gambo apa sangat la yang boleh di snap kannn. Lagi kemas tersimpan dalam memori hati. Gituh!

Selesai caving, lunch time!
Habis lunch, naik semula lori untuk dihantar kembali ke kem dan prepare to go back.
Being us, the ever hyper Teh Tarik Rafting Gang, of course ada je kejadian dalam perjalanan.
Kali ni........
serangan sarang kerengga!!
Sumpah lawak! Well, masa kejadian memang la cemas, tapi sempat jugak la shuffle atas lorry melepaskan diri daripada kerengga. Sempat jugak la jerit bagitau abam drebar lorry mintak berhenti sat sebab kami nak buat show shuffle atas bridge across highway tuh. Dan dan la kan kejadian di serang kerengga (sebab lorry terlanggar pokok yang dipenuhi kerengga ketika itu) tu lorry sedang lintas highway utara selatan tuh kan. Memang bebetul tengah jambatan kami dok pulun terjerit terkinja tershuffle membuang kerengga. Bila cerita balik pasal kerengga ni, puas la gang ni sakit perut gelak berulang kali!Dengan sorang mintak diselamatkan, sorang terjerit cari spray (ye, nasib baik gak aku standby spray serai wangi memana trip aku pergi sejak travel ke India dengan Ar dulu, selain wangi, it makes a good natural repellent gituh!), dengan sorang terpaksa cabut tudung dek kerengga masuk tudung. Ya Allah, sedih tapi hilarious amat weyyyy!


Sebelum kejadian #ShuffleKerengga
 So, then, it is time for us to leave. Before leaving, buat lah satu sessi penyerahan sijil kepada setiap peserta sambil of course, photo mania!
Masuk je kereta, satu persatu pengsan keletihan kecuali drebar and co-drebar (dah tu?)
Hangin je drebar tengok yang lelain goal! Hampun pak! hahaha
On the way, exchanged phone numbers, create group whatsapp untuk share photos.
Dan ever since then, group Teh Tarik Rafting di WhatsaApp tak pernah tak bunyi. Everyday ada je benda or topik muncul. First few days, phone memang susah nak lekang dari charger gara-gara letupan notification dari group tuh sahaja. aduhai!




Yeayyy! We did it! Dapat sijil uols!

Paci; Ketua Rombongan yang tak lekang daripada GoPro dia.Thanks Paci & Bella organized such a great trip! Muah sikit!


Well, that was somehow a little recap of what had happened last 1st-2nd November 2014.
As one of us quoted, we started of as total strangers, but we became buddies in the end.
Alhamdulillah, we still tease each other till date, thanks to technology. We planned for more activities to come. Dan semua tak serik nak go for another round of rafting okeh! Padahal di hari kejadian semua pakat kecut tengok mother nature sedikit mengamuk. (on condition, bukan during rain or setakat level 3 at most. hahahaha) We shared stories, and look out for each other even though far apart physically. Once in a while tetiba lepak together.
I hope the beautiful brother/sisterhood will last as long as forever till Jannah (gituh! macam wish selamat pengantin baru plak!)Sayang korang muahciked! ^_^ *erk. please dont lempang me using such word. LOL! miauuu!*

p/s: Syukur Alhamdulillah, sepanjang perjalanan hidup, sentiasa ditemukan dengan orang orang hebat. Bertambah sudah senarai kesayangan aku! Yeahuuu! 

Nota khas: IF ada any of gang Teh Tarik Rafting terjumpa blog ni (hahahaha jangan harap la aku nak share link blog ni! Bukan nya penulis tersohor, ayat pun tunggang langgang sekadar cetusan rasa gituh ajo! Mek segan uols!)
Thank you so much for being such a great bunch, sent from heaven ...err...walaupun memasing perangai kadang2 macam hell sikit kahkahkah! Just kidding! But yeah, thanks again, for the memories, for the brotherhood, sisterhood, for being yourselves. May Allah bless all of you & hopefully the bond will stay intact till the last day of our lives, in sha Allah. Thank you! Sayang uols! ^o^

Sunday, November 02, 2014

Teaser "iklan"


Assalamualaikum!
Hmmm. Nampaknya seperti ada kebarangkalian ada iklan menyusul menyelit sebelum sambungan episod Kisah Jalanan India. errr...rrrr....kita iklan jap k.
Tapi esok lah ya, hari ni dah haru mata sebelah je boleh bukak masa ini. ok bai.

Wednesday, January 30, 2013

SORR2013: my personal reasons for it...

Assalamualaikum.

Again, about SORR2013.
Pardon me for being obsessed with this upcoming race. Am super excited about it! Can't help it! Hehhehe.

And oh, the event is just in a few weeks! Wooot!

Well, bak kata seorang sahabat
"Kau tu Farah, semua pun best!"
Cis.

Why I personally am eager to participate:

1) First and foremost, most probably am influenced by Tanah Aina trip, where they did their best in educating their guests on the needs for us to act for our lovely mother nature. They did a great job, indeed. I've always wanted to explore the greens (being budak "kampung" kat bandar yg agak peghak ni, pendedahan kepada sungai pokok pokok laut segala tertakluk kepada aktiviti kokurikulum dizaman sekolah sahaja. Sedikit sukar, pathetic bukan? Sobs), but I just didn't have that enough courage to explore by myself. now that I found the "platforms" on how I could help, I think I've finally found what I "want". :)

2) Well, truth is, I loved the fact that I get to be involved in the project of rehabilitating Tasik Chini during my previous job, even not that much of a help I was. But I really do hope that team is doing great at it. That time, I felt like I wasn't doing my part really well though. Basically, from the "feel" of the previous job was the main factor that has sparked the urge and awareness that leads the point from the first factor (1). Thanks Puan Akmal & En Mazlan for letting me in the team, even though I didn't do much, I think. :)

3) I believe, helping out the cause is one of the ways for me to give back to the community. I want my future khalifahs to be able to breath clean air, enjoy the refreshing water from the river & streams. Awww! Isn't that cute? Heheh. Allah lent us the earth, our responsibility to care for it. Ihsan tidak tertakluk kepada sesama manusia saja, ia termasuk kepada flora dan fauna juga, jangan lupa itu ya kawan kawan!

4) Well, few months back was quite a rough journey. Not gonna elaborate more on that, though.
Just that, it made me realize how important it is to keep our body & environment healthy.
Lots of chronic disease has now become sort of a trend. That's the ugly truth. The air we suck in, the food we stuff in, the water we sip in, all those would soon be more contaminated if we don't do our part. Seriously, its scaring me to death! As quoted from Peka's Hon Treasurer, said during the SORR interview on Hello On 2 this morning, "Rainforest is our pharmacy". Need I elaborate more on this?

Oh well, I guess, those are the few main personal reasons I could list. To be frank, there's more than that. I just hope this little effort of mine, joining the race, could lead me into bigger steps onwards. Every little step does count, no? :)

Well friends, if we are not able to join the race, maybe we could also send our prayers for this event to be successful & smoothsailing, aite? Yes, I claim the event as important because it might lead into more such awareness in the near future, in shaa Allah.

I'm partly nervous too upon the nearing date of the race, despite being all eager for it to come real soon. Haha!
And err... Kinda worried lately been lacking of training and easily sengal the whole badan lately. I hope I'll recover real soon.


Wait! It's not just the badan sengal, mental pun sama sengal sebab menjelang pagi je sure tewas bertarung dengan diri sendiri antara bantal dan running shoes. Pffft. Sekian. Kesian. :P
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, January 18, 2013

Save Our Rainforest 2013

Assalamualaikum.

Makin lemau sudah cik Bobo kita ini ye. 
Faktor usia barangkali? uhuk uhuk! 

Oleh kerana dikala ketika ini, sedang bertarung dengan tugas khas, maka entry ini bakal ke udara secara ringkas dan ...dan... ringkas. 

Disini, ingin ku seru.
Sekejap. Ayat drama slot seram sangat nak main seru seru pula!
Barangkali kerana masih dipengaruhi efek khayal dek trip Tanah Aina yang lalu, maka aku amat teruja nak ajak semua orang join Pertandingan Selamatkan Hutan Hujan Kita 2013. 





....errr *efek bunyi cengkerik*....




sesuka hati aku je kan alihbahasa tajuk race. 
Fine fine FINE!

2 March 2013 nanti, di Chamang Waterfall, Bentong, Pahang. 

Save Our Rainforest Race 2013.

Antara fakta yang dikutip dari FB PEKA (Pelindung Khazanah Alam) & FB Event page SORR2013:

‎"1 TREE HOLDS 400 GALLONS OF WATER" - PEKA

Say No To "Teh Tarik Kurang Manis" 1) Tree roots hold the soil in place, reducing the movement of sediment that can shrink river channels downstream.2) Leaves reduce raindrop impact, and gentler rain causes less erosion.3) Tree roots absorb water from the soil, making the soil drier and able to store more rainwater.4) Some rainwater stays on the leaves, and it may evaporate directly to the air. The more water used in the watershed (kawasan tadahan air), the less remains to run off."


So, apa tunggu lagi? Jom register kat SINI.
Barangkali penjelasan aku tak mencapai tahap jelas, tak mengapa, boleh rujuk SINI PULA. ;)



p/s: Walaupun dah register dan dah bayar for another run scheduled on the 3rd March (10km), namun, hati lebih tercarik tertarik ditaaaarik ke arah #SORR2013 ini. Tak. Tak tipu. Siap berazam kalau mampu, lepas SORR2013 ni, nak lari balik KL cecepat supaya boleh gigih untuk 3rd March punya run juga. HARAPANNN! But who knows, mungkin kudrat terlebih ke that weekend kan. Har Har Har. Semoga Allah permudahkan misi ini. In Shaa Allah.