Ha uols! Kan mek dah kata, sure ada iklan sebelum episod Kisah Jalanan India yang seterusnya ke udara. Sebab mek dah lemau sangat sangat pulun berjuang mengharung kehidupan tanpa break (read: travel) melebihi ratio 3 bulan. Dan alkisah apabila perjuangan di intersect dengan peluang untuk finally time-off, maka terjadilah satu memori yang confirm lekat dalam diari (gituh! ayat kemain dramatis. sila jangan berdarah mata membaca entry ini. harap maklum)
Baiklah. Where should i start?
*ketuk jari atas meja recall memori*
(Amaran: intro berbunyi sedikit drama samarinda ye. Harap skip ke perenggan seterusnya kalau tak sanggup nak lempang cik Paghah okbai)
For the past few months...err...or one year so (or was it two?? cis. lost count already aishhh), life has been quite a tough journey. Don't get me wrong, i do still enjoy those journey though, but being Farah Diana, her function expired every three months. Kalau terus menerus rutin sama melebihi 3 bulan, memang cik Paghah menjadi sedikit biol. Well, nak jadi cerita kan, somehow member Nana promote trip White Water Rafting. Promote gak kat geng #lompatkopi aku, tapi respond hanya lah bunyi cengkerik. Tapi sebenarnya respond sebegitu pun sebab geng tuh dah planned Penang Trip jugak tengah bulan November tuh, mungkin tu punca memasing sedikit reluctant untuk join the trip gamaknya (hah! aku jugak yang mengajak depa pi Penang mid November tuh jugak. Last2 cancel sbb asyik rombak plan. Hampun geng! Ratu Drama tak berapa waras sejak dua menjak ni. Kahkahkah)
Maka, aku pun redah bayar deposit untuk WWR tuh. Dalam fikiran nekad, nak time off. Tepu sangat dah. Sapa nak join, join lah. Kalau aku sorang join strangers pun dah tak heran dah janji boleh basuh otak nih. Tetiba cemana tah si Elly tegur ajak join Terry Fox run 1 Nov (ish. missed lagik TF run. grrr), dan dan mek kecik tu tau aku dah book nak pi WWR, menggelupor nak join jugak. Hahahahah! Yahuuu ada geng! And last-last Nana pun dapat join sekali. Double yay!! Dan ada juugak drama sehari sebelum trip yang hampir-hampir membantutkan plan perjalanan. Alhamdulillah, Allah izinkan aku join aktiviti tersebut! Syukur! Dan since Khamis was my last day at work (dari kontrak sebulan boss extend dan extend sampai finally sit down ngan boss diskas hala tuju. Ya, nikmat Allah melimpah ruah, ditemukan dengan great people kiri kanan atas bawah. Thank you boss! And the rest of the office of course, for the tremendous amount of positive vibes! Cinta sangat! ^_^). In a way, trip kali ni sangatlah menandakan peralihan chapter yang sangat penting dalam my journey of life. Gituh.
.....(berhenti menaip sepuluh minit. patut tak aku edit balik intro di atas? kang geng teh tarik rafting jumpa blog ni mana mek nak letak muka? hmmmm........)
Ok. Kan aku dah bilang, bab memanjang lebarkan intro ni memang boleh serah kat aku. Point penting tak penting memang aku campak je masuk dalam perenggan.
1st November 2014:
Bibit pertemuan pertama with Sherry. Gituhhh |
Miss Bella comel, Miss Elly dolly & yours truly |
Lapik perut serba sedikit dan teruskan perjalanan. Sian Bella drive sensorang sebab penumpang dua ketul nih bantai tidoq sakan! Ampun Bella!!
Group Photo; Team PJS under Radak Adventure |
Group Photo again, before departing |
Sampai lokasi Kem Radak Adventure pun agak behind schedule, makanya, kami terus sesiap untuk mula aktiviti. Ice breaking pun skip terus! Memasing redah tukar baju segala, di beri serba sedikit taklimat equipment keselamatan and lompat masuk dalam lori
Masing masing dah membara tengok air sungai. Tak sabar nak terjun dalam bot. Diulang, dengan takde ice breaking nya, kami bahagi bahagi kepada 4 group (satu group tuh dari Singapore, sorang dari kami had to join them. means sebenarnya team Percutian Jimat Saya tuh ada 3 boat je la sebenarnya). Dengar lagi taklimat keselematan dan segala teknik berrafting oleh guide.
Ok. Mek cuak sebenarnya. Tapi buang jejauh sebab yakin dengan guide dan sebab kenkonon rasa dah cukup rehat untuk stay alert with any situation. (read: poyo). Belajar serba sedikit command dari guide segala, belajar serba sedikit emergency situation whatsoever, kenal2 sikit dengan ahli boat beserta guide, dan jeng jeng jeng! The adventure begins!
Gumbira kan? Padahal baru lepas satu je checkpoint. |
Anugerah boat paling selamat. Boat depa ni je yang didnt capsized dari mula sampai habis! |
Menanti kepala air meredakan diri |
Dan guide replied, "Ha! Nanti masa kat rapid nanti korang automatik akan bikin jadi muat!"
Sungguh bagai di kata!
Mummy! Seronok tak terkira itu dah tentu, dapat main air kan. Tapi tercuak2 jugak once in awhile. sempat la redah satu dua rapid cenggitu (erk. harap kalau ada geng boat 1 yang teringat berapa rapid kita redah, mohon betulkan fakta mek okeh?) dan masuk rapid seterusnya.... jeng jeng jeng!
Tatau la kot lambat boom boom ka, ter off balance ka apa ka, sedar-sedar dah dalam air!!
Masih ingat pesan guide; kalau capsized, perkara pertama, senyum dan senyum, dan cuba get off from the boat kalau berada bawah boat (ha! kalau pemahaman aku tentang dok bawah boat aku ni silap, memang la nasib kan!)
Time ni memang sedaya upaya kumpul semangat untuk bertenang. Tapi still ada sedikit panic sebab everytime tried to escape from the boat, aku tatau arah mana sebab boat tu tetap atas muka aku.
So, aku pasrah dan yakin dengan bantuan dari Dia sambil berusaha nak grasp for air (AIR as in udara k. bukan ayaq!~ jenuh aih bila hang mix language camni cik Paghah!). Bergelut juga lah nak cuba apungkan diri, sampai lupa basic fundamental dok dalam air which is bubbling. Sesia swimming coach ajaq hang swimming, Paghah! T_T
Somehow, after a bit of struggling to grasp for air & to stay calm, dapat terlepas dari boat. Tapi kejadian ni memang sekelip mata. Aku tak sedar whether ada orang tarik atau memang berjaya menjauh dari boat baru ada yang tarik life vest aku, Wallahualam. Dan time ada orang tarik baru aku teringat pesan guide supaya jangan lepas paddle what ever happens. Aku sendiri tak ingat time bergelut tu, paddle masih dalam tangan aku atau tak, tapi tetiba time dah terhanyut off from boat tuh, ada orang berjaya tarik aku ke tepi, dan time tu jugak aku terus capai paddle aku, dan somehow grabbed another one yang lalu depan mata aku. Seingat aku, geng boat satu aku jugak yang berjaya tarik aku ketepi tuh, Wwallahualam, moga Allah balas jasa kau! Terima kasih, sampai mati in sha Allah akan aku ingat dan doakan kau! *drama sebabak!*
Syukur Alhamdulillah! Time dah terselamat, of course lah aku panic sekali lagik risaukan ahli lain boat aku yang terbalik tuh, especially akak aku lah! Gila sapa tak sayang hakak sendiri?!
Dengar signature cough Nana, terus tenang balik sebab then i knew she survived. And nampak ahli-ahli lain pun dah sengih kat tepi tuh. Ceh! Tetiba aku rasa macam... "La...tadi boat terbalik ka? Awat rasa macam baru lepas tengok Maharajalawak nih? Semua pakat sengih ja. "
But then again, I'm glad everyone was safe. And glad semua senyum di pinggir boat memasing yang mana sekurang kurangnya membantu aku build up balik semangat yang hanyut seketika tadi. One of us seemed ketaq sudah, tapi Alhamdulillah, semua dapat gelak balik lepas tu.
Lesson learnt, setelah guide remind balik segala arahan, kami teruskan lagi perjalanan. Kali ni, memasing lebih alert (walaupun abam 2 ketul yg dok depan sekali tuh tak habis habis ngan gopro dia, tapi depa tetap alert sokmo. untung jugak, dapat masuk kamera bebanyak kekeke).
Perjalanan seterusnya nak menempuh the main rapid. Memang setiap arahan guide tak terlepas. Sangat alert dengan suara guide supaya sejarah tak berulang. Wawawa! Mek tak sanggup hanyut lagik! T____T
Alhamdulillah. Ke checkpoint berikutnya semua intact dan takdak yang tergolek dalam sungai. Dalam dok tunggu kat checkpoint...jeng jeng jeng! Perkara tak disangka terjadi.
Air makin deras, makin naik, makin keruh. Kami-kami disarankan naik ke tebing segera.
Tunggu dan tunggu.
Arus nampak makin ganas. Kepala air lalu. Selama ni tengok kat youtube je. Kali ni, betul betul dengan mata kepala sendiri tengok segala kayu balak buluh dahan ranting
Dalam dok tunggu tu, mula turun hujan renyai. nampaknya arus taknak mengalah. Maka, para guide decide untuk semua teruskan perjalanan segera. Memandangkan main rapid pun dah selamat lepas pun (kot). Bak kata guide, kalau nak tunggu paling tinggi punya arus pun tak sure berapa jam, dan lepas arus paling tinggi pun, kena jugak tunggu a few hours before arus betul betul reda. So, sebelum malam makin menjelang (sebab dah makin lewat petang pun), memasing naik boat balik. Oh ye! Sebelum checkpoint, there's this one mat salleh dah lost his kayak (ada yang berkayak solo jugak. pergh! tabik ah!) and berjaya terselamat hop on boat kami.
Maka, ditemani hujan renyai, kami bersiap sedia atas boat memasing. Boleh pulak guide boat aku volunteer nak mulakan perjalanan! Woi! Ketaq kecut perut terus woi!!
Tapi dek kerana dah trust abis kat guide dan teammates, aku pun lega balik (biasa lah! yg nama Paghah ni kan memang sokmo cepat panic!Tapi cepat jugak counter balik kepanikan kahkahkah!)
Here we go!
To be frank, aku sendiri tak ingat lepas checkpoint pertama tu atau after checkpoint yang rapid paling extreme sebab aku rasa setiap rapid yang kitorang redah semua extreme! *nangis sebaldi* . Tapi perjalanan seterusnya agak mencabar sebab sekali hujan dan arus dah level up. Rank rafting yang sepatutnya antara 2-3 dah level up kepada 4 (terdengar one of the guide sesembang cakap ni arus ni macam lagi ganas dari Padas nih!) Maka, setiap masa berdebar dan sedaya upaya stay calm and alert. Ulang-ulang jugak kasik semangat kat diri sendiri sambil share semangat dengan team mate yang dok sebelah yang agak trauma time capsized before this.
Cemas.
Rasanya, nak habiskan perjalanan memang cemas. Tambah-tambah bila nampak boat lain ada yang capsized! Sorang mangsa berjaya ditarik naik atas boat kami oleh Bro Asri (guide kitorang. eh? ke the boys yg dok depan yang tarik depa ha aku pun dah tak nampak dah sapa selamat sapa). Then, dalam keadaan masih cemas, ada dua lagi mangsa berjaya berpaut kat boat kami. Bro Asri arahkan let go of those two (sebab dia lebih tahu risiko nya kan) tapi disebabkan kami-kami agak cemas, dan atas sebab dah pegang dorang pun, our boboys berusaha drag them in jugak. Tak pikir dah overload ka muat ka tak muat ka boat tu, janji sedaya upaya selamatkan siapa pun. Alhamdulillah! Walaupun macam sardin dah boat tuh, dengan sorang paddle dah kemana, dengan sorang tangan terpeleot, sorang dah terbenam jadi lantai boat (AKU la tuh! T_T), tapi memasing tangkas on the job! Walaupun rasanya pengalaman scary nak mampos, tapi aku bangga dengan ahli boat aku yang semua sewel tapi sangat boleh diharap! Time lalu di arus reda sikit, dengan pantas Bro Asri keluarkan arahan supaya semua cuba sedaya upaya duduk elok elok. Fuh! Saspen macam drama kan?
Tak kau kata?! T____T
Takpo, mungkin mek tak reti susun ayat. Tapi selari ngan tagline Radak Adventure, "Every adventure is unique" . Gituuh!
Namun begitu, kami terlepas checkpoint terakhir kami. Terlajak laris sudah! Aduhai! Takpe lah, janji selamat. Dan berhenti tepi yang selamat dan menenangkan diri sambil berphoto mania lompat bintang segala! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Dalam dok bergelut nak parking yang terlepas checkpoint tu, ternampak sorang mangsa sangkut kat pokok. Apakan daya, arus deras memang takdan nak selamatkan pun. Maka just alert guide untuk tindakan selanjutnya.
Sementara menanti apa yang patut di checkpoint terlajak laris itu, kerja-kerja rescue turut dilaksanakan. Yang mana lalu depan kami, guide yang ada akan cuba campak tali try to save mangsa mangsa. Kami yang lain mampu dok dendiam kat tepi tunggu arahan.
Ok.
Tipu.
Kami bukan la dok diam.
Dok hingaq bukan main. Riuh satu macam. Membasah basah kan diri dengan air sungai, berphoto mania like nothing traumatic just happened, tease each other, sembang sembang. Like i said, tak kira dari group mana dah, semua macam buddies! Masha Allah, cantiknya kehidupan macam ni. Aman dunia!
Terlepas checkpoint terakhir dan selepas saat cemas jadi hero selamatkan 3 mangsa hanyut. |
Boat 1 yang gila kamera! |
Baru sampai di checkpoint terlajak laris, menenangkan diri selepas bercemas |
And............ WE DID IT! Yeahuuuuuu!
Alhamdulillah! And by then, hujan dah makin lebat. Naik berkumpul bawah wakaf, diulang, team kami memang bebudak hyper belaka, sambung pulaaaak main hujan lepas bergembira reunite dengan the rest of the team.
Main hujan.
Berphoto mania.
Dan sambil sambil itu puas risaukan satu lagi boat yang tak kunjung tiba! (sebab masa tau ada another boat yang belum selamat tiba, memang memasing dah macam kena sampuk laughing gas or apatah hyper semacam!)
Alhamdulillah, after quite some time jugak lah, boat terakhir yang ditunggu dapat dikesan. Boat depa capsized jugak! Tapi too bad they had to experience it during second half of the rafting journey yang mana dikala ketika itu arus memang agak ganas. Sorang collapsed terus, the rest seemed okay but drained jugaklah kelihatannya.
Balik ke kem. Had our super late lunch. At....almost 7pm!! Masa hanyut masa atas boat, terus terlupa nak lapar dek kembung perut telan air.
Ye. LUPA untuk lapar okeh! LUPA!!
Dah sampai kem balik nampak makanan baru terus datang balik rasa lapar walhal masa memula sampai kem sebelum gerak berrafting tu, memasing rock kapak dalam perut!
Bila malam menjelang, walaupun baru lepas "lunch", sesiap untuk BBQ pulak lepas masing masing dah selamat bersihkan badan segala. ...... sesiap? ahahaha. rasanya yang membakar ayam2 BBQ bersungguh sungguh adalah sorang wakil kem and Maria (one of our team with PJS), yang lain lain tolong sikit-sikit, tolong tengok, tolong riuhkan suasana.
Lepas berBBQ, barulah ada sessi ice breaking, walaupun ada jugak sorang dua yang dah terbuai mimpi dalam khemah dikejutkan balik join the session. Kahkahkah!!
Lucu gak la rasanya, lepas kau dah puas berhempas pulas di sungai bersama sama, dah puas berselfie wefie segala, baruuuuu nak ice break?? Nevertheless, malam tu lah baru tahu serba sedikit tentang latarbelakang the whole gang. Basically, somehow semua clicked on. Sesama melayan game 7up dalam keadaan yang super sleepy & penat. Sumpah lawak!
Sikit demi sikit beransur masuk ke khemah untuk rehat dan tidur, Tinggal beberapa ketul tuh, boss Kem Radak sampai di kem, baru balik dari kenduri big boss katanya. So sembang serba sedikit cerita dengan bro tu, dan kami difahamkan, what we just experienced was somewhat rare di situ. Such similar arus last happened 8 years ago. Biasanya, arus biasa-biasa je. He said, terpulang pada kitorg nak label it as lucky or bad luck, but he quoted "In the end, we can't beat mother nature". True enough, Bro! I myself rather claim our experience as a lucky encounter that doesnt happen just to anyone.
Akhirnya, lepas puas bersembang sampai dah apa je topik disembangkan termasuk gelakkan balik scary moment dikala boat terbalik whatsoever, semua tewas tidur dalam khemah memasing. Siap ada yang bantai sorang satu khemah sampai yang tidur lambat menggelupor gak cari khemah depa tak jumpa. Adoi! Ingat-ingat balik, macam macam ragam group yang tak sampai 20 ketul ni.
Maka, seterusnya, sweet dreams. Nyenyak tidur, no nyamuk. udara nyaman, bertemankan bunyi arus air yang masih agak deras.
Selamat Pagi! |
Rise and shine!
Bangun pagi, gosok gigi dan mandi!
Eh! Nyanyi pulok.
Now, the second day is for caving pula. Gua Tempurung.
Selepas breakfast, pakat-pakat warm up untuk caving, di lead oleh Firdaus. Terbaik lah! Rasa macam workout tengok instructor senaman RTM!
Warm up session before berlepas caving |
Memandangkan semua dah finally kenal each other, so memang riuh sakan lah lorry tuh.
Boleh pulak scarf si Maria tersangkut kat pokok on the way ke gua dalam lori tu!
Apa lagi, kejadian consider malang jugak bagi Maria, tapi semua sakan gelakkan termasuk empunya scarf. terpaksa la Maria terkial2 cover ngan helmet. Aduhai! Kasihan scarf itu! *sakit perut gelak bila dengan bebudak ni okeh!*
As usual, formal group photo first before entering the cave. |
Kanak kanak riang ready to terjah gua! |
Gua yang tenang sedikit bergegar dengan kedatangan kitorg yang hyper ni. Dari mula ke sudah, tak tau lah dari mana tenaga datang, ada je perangai sorang sorang.
Yang aku amat salute, Nisaa, salah sorang mangsa yang collapsed the day before, pun sama selamba je join caving dalam dok kumpul balik tenaga yang terbawa arus kelmarin nya itu. Tabik ah sama lu, Nisa! Torbaekkk!
Dalam gua. Gambo apa sangat la yang boleh di snap kannn. Lagi kemas tersimpan dalam memori hati. Gituh! |
Habis lunch, naik semula lori untuk dihantar kembali ke kem dan prepare to go back.
Being us, the ever hyper Teh Tarik Rafting Gang, of course ada je kejadian dalam perjalanan.
Kali ni........
serangan sarang kerengga!!
Sumpah lawak! Well, masa kejadian memang la cemas, tapi sempat jugak la shuffle atas lorry melepaskan diri daripada kerengga. Sempat jugak la jerit bagitau abam drebar lorry mintak berhenti sat sebab kami nak buat show shuffle atas bridge across highway tuh. Dan dan la kan kejadian di serang kerengga (sebab lorry terlanggar pokok yang dipenuhi kerengga ketika itu) tu lorry sedang lintas highway utara selatan tuh kan. Memang bebetul tengah jambatan kami dok pulun terjerit terkinja tershuffle membuang kerengga. Bila cerita balik pasal kerengga ni, puas la gang ni sakit perut gelak berulang kali!Dengan sorang mintak diselamatkan, sorang terjerit cari spray (ye, nasib baik gak aku standby spray serai wangi memana trip aku pergi sejak travel ke India dengan Ar dulu, selain wangi, it makes a good natural repellent gituh!), dengan sorang terpaksa cabut tudung dek kerengga masuk tudung. Ya Allah, sedih tapi hilarious amat weyyyy!
Sebelum kejadian #ShuffleKerengga |
Masuk je kereta, satu persatu pengsan keletihan kecuali drebar and co-drebar (dah tu?)
Hangin je drebar tengok yang lelain goal! Hampun pak! hahaha
On the way, exchanged phone numbers, create group whatsapp untuk share photos.
Dan ever since then, group Teh Tarik Rafting di WhatsaApp tak pernah tak bunyi. Everyday ada je benda or topik muncul. First few days, phone memang susah nak lekang dari charger gara-gara letupan notification dari group tuh sahaja. aduhai!
Yeayyy! We did it! Dapat sijil uols! |
Paci; Ketua Rombongan yang tak lekang daripada GoPro dia.Thanks Paci & Bella organized such a great trip! Muah sikit! |
Well, that was somehow a little recap of what had happened last 1st-2nd November 2014.
As one of us quoted, we started of as total strangers, but we became buddies in the end.
Alhamdulillah, we still tease each other till date, thanks to technology. We planned for more activities to come. Dan semua tak serik nak go for another round of rafting okeh! Padahal di hari kejadian semua pakat kecut tengok mother nature sedikit mengamuk. (on condition, bukan during rain or setakat level 3 at most. hahahaha) We shared stories, and look out for each other even though far apart physically. Once in a while tetiba lepak together.
I hope the beautiful brother/sisterhood will last as long as forever till Jannah (gituh! macam wish selamat pengantin baru plak!). Sayang korang muahciked! ^_^ *erk. please dont lempang me using such word. LOL! miauuu!*
p/s: Syukur Alhamdulillah, sepanjang perjalanan hidup, sentiasa ditemukan dengan orang orang hebat. Bertambah sudah senarai kesayangan aku! Yeahuuu!
Nota khas: IF ada any of gang Teh Tarik Rafting terjumpa blog ni (hahahaha jangan harap la aku nak share link blog ni! Bukan nya penulis tersohor, ayat pun tunggang langgang sekadar cetusan rasa gituh ajo! Mek segan uols!)
Thank you so much for being such a great bunch, sent from heaven ...err...walaupun memasing perangai kadang2 macam hell sikit kahkahkah! Just kidding! But yeah, thanks again, for the memories, for the brotherhood, sisterhood, for being yourselves. May Allah bless all of you & hopefully the bond will stay intact till the last day of our lives, in sha Allah. Thank you! Sayang uols! ^o^
No comments:
Post a Comment