Monday, December 22, 2014

20141213 Paghah di mana? Mana Mana?

Assalamualaikum.
Kenapa tajuk sebegitu rupa?
HAHAHAHA.
Sebab gambar aku sangat tak banyak gara gara takde mood nak bergambar dek kepancitan yang maksima! kahkahkah

Sebelum meneruskan celoteh, izinkan mek menyatakan bahawasanya entry perjalanan India barangkali terbengkalai seperti entry Aussie yg berjuta tahun dahulu itu. RIP! T.T *kesat hingus*
Ampunkan patik, sesungguhnya usia makin lanjut (but always muda at heart ye uols! ecehh) ini membuatkan sereberum patik makin karat dan data pengalaman silam makin jauh tertanam didalamnya. Gituh! Gigih google terminology saintifik uols!

Al kisah, Khamis malam Jumaat itu diisi dengan pulunan kerja yang perlu disubmit pada Jumaat pagi itu (nan hado, tetap selamba kodok aku submit tghari. hadoi. work your discipline up, Paghah!).
Setelah selesai kerja, impian nak top up tidur seperti beruang kutub nampaknya sedikit gagal gara gara a few halangan dan menjelang petang, harus bersiap untuk ke dinner company mek keje dulu.

Sat. Apa relevan nya perenggan diatas ni?!

Sabar. Later kau paham kenapa.

Maka, habis kerja. Dengkur barang seketika. Ke Dinner. Pulang, finally peluang tidur at 1am. Tapi apakan daya, jam 3 lebih aku dah terjaga (dan perlu bangun pon).

Hanya kerana nak mendaki Bukit Tabur  East.
Telefon mek kenit Elly.
As usual lah, aku kan alarm clock!
Dan as usual jugak........
Elly tak dapat dihubungi!
Waaaaa! Budak tu kalau tidur memang mati keras orang kata! Stress mek!
Dek kerana malas menggigih sangat, bior je dlu, aku bersiap mandi dan sauk keperluan ala kadar. On the way, aku cuba call again and again.
Dan sehngga sampai Sentul baruuuu cik Elly angkat phone!

*Cue music sedih keudara* Duhaaaai apaaaakah gerangan budi baaaalasannn.....

Dek kerna kurang tidur, sementara mek Elly bersiap, aku bantai tidur dalam kereta. Tak dulik dah aih. Janji dapat pejam sekejap.

Then, off we went, heading to Tabur East.
Singgah 7e breakfast sekejap, then meet up Maria & Faiz somewhere around Ulu Klang sana (sorryyyyy! Mek is very bad at remembering locations hahaha).
Asalnya nak ke Tabur West, tapi dek kerana aku dan Elly tak ingat West nak naik kot mana dan Faiz pun tak pernah naik West, maka kami pun settle with East. Ikut plan, jam 4 am nak start mendaki. Pui!
Sampai kaki bukit pun dah about 5am. Perut mek pulak buat hal, maka patah balik dan singgah nearby masjid. Dah alang alang nak Subuh, maka Subuh la jemaah dulu. The bukit can wait!

Selesai solat, terus kembali ke start pount East Tabur. Actually, aku tak sedap hati nak mendaki time tuh. Banyak kali mengeluh,berdebar. Tak caya, tanya Elly! Aku siap nak back off tunggu dalam kete sambung tidur je weh!
Dek kerana mengenang dah sampai dah pun, dan team pun kemaen berkobar sakan, mek pon pasghah panjat jugak.

Well..... start je mendaki dah terus dicabar faktor vertical.Ye, untuk seorang Paghah Diana yg dah lama tak workout regularly or training, faktor vertikal sememangnya adalah masalah besar buat aku.

"Korang! Apa kata korang naik je, masih logik ni aku nak berpatah balik dan tunggu korang kat bawah!"
"Dah naik, kita naik sesama turun sesama! Kita slow je, Farah!"

Hati still tak puas sebab being Paghah, aku tak suka org terbeban tunggu aku yg pace super slow ni.
Ya Ampun! Menangis nangis aku mendaki bukit tuh. Asal aku nak give up je, bebudak ni sure buat lawak macam macam seperti sogokan bahawasanya kat puncak nanti ada Nasi Lemak Roti Canai Teh Tarik segala.
Kuang asam betul, dianak anakkan aku yg slow mo ini! T.T
Namun sogokan itu sama sekali wa tak heran sebab yang wa ingat hanyalah bantal kat umah! Waaaaaa!

"Ko dah pernah lepas West Tabur, East ni kacang je Farah!"
Fyi, people said, West Tabur is more challenging than East.
Fmfn (ceh. saja nak kasi ayat ala ala hipster kasi selari dgn fyi tu kan. padahal tak pernah orang guna fmyn tu kot!! it "for my future note"), East ke West ke North ke South ke Middle Earth ke, akan tetap mencabar berganda kalau kau tak rehat dan training secukupnya. Paham Paghah??

Tapi syukur Alhamdulillah, walaupun aku tak push myself till the final checkpoint, i am glad i climbed with mereka yang sanggup tahan kesabaran melayan aku yang manjang sememeh, cembeng, short sighted ini. Sobs! *music terharu berkumandang*
Sekejap sekejap akan kedengaran
"Farah!! Ok tak?"
"Farah? Kemon! Tony Roma's (and tah hapa lagi nama restoran / food yg depa jaja kan kat aku) tunggu kau kat atas ni!"
"Cepat Farah, group photo ni!"
"View cantik ni Farah, hurry!"

Nak tak nak, aku kena gigih gak kan?
Kau pikir, ada helikopter boleh nak singgah hangkut kau trun, Paghah? Nan Hado, mek! Tiada!!
Akhirnya, di saat nk ke final check point aka puncak sebenar East Tabur, aku surrender dan decided utk tunggu kat track turun. Was merely saving the energy for hike down. Sebab aku hanya mengambil langkah selamat agar tak over exert penggunaan segala muscle aku,sambil mengslow downkan perjalanan orang. lantok le labu, mek bertenggek je di situ.

Dah puas Elly, Maria & Faiz enjoy the final checkpoint, kami pun mula mendaki turun.
Well my dear readers, please know, hiking down ANY bukit or gunung is as equally challenging as hiking it up. At this point, your knees play the most important role. and Allahu Rabb, time turun tuh la BOTH lutut aku jammed!
Waaaa! Stressssssss!
Tips: Jangan rest lama lama dan terus kembali aktif. sebaiknya warm it up again ashall u had rest for quite some time. sebab terus hike down lah lutut aku jammed. otot otot yang dah switch mode kepada rehat terkejut beghok lah!

Slow slow jugak la aku turun.
Again,
"Farah!! Kat mana?"
"Farah! Ok?"
"Cepat Farah! Sirap Limau menanti!"

T.T

Slow yang suuuper slow.
satu, sebab energy aku dah di tahap minima.
dua, sebab muscle aku semua dah shutdown masa rehat tunggu depa pergi and patah balik dari final checkpoint itu.
Patutnya aku aerobik sementara tunggu depa utk keep the muscle alert,kan? hehehe

Alhamdulillah, it was indeed an intense workout. Syukur ada supportive team. Meh muah ciked!

Maka, pengajaran untuk adventure kali ini:

1. Listen to your body. If tak cukup rehat,jangan gatal force yourself into intense physical activities. Body pun amanah Allah yang perlu dijaga dan selenggara.

2. Positive. Dan surround yourself with positive thinkers. Itu yang akan drive you to give your best.

3. Nak mendaki or sebarang aktiviti endurance, fuel up well. Im lucky enough to have had some meal beforehand. And coffee did help boost my energy. gituh. Coffee bukan lah kegemaran aku, tapi i just found out it is my secret weapon. Saat terdesak sahaja boleh amik. You wont see me simply order kopi sesaja.

4. Refuel well juga. Fueling up before hike is as equally important as refueling after the hike.Your muscle and body needs to replenish after being worked super hard.
Being Paghah, aku memang super sikit makan kalau super penat (teringat mak cik kantin selalu bebelkan aku ingat aku merajuk ngan dia sbb aku amik makanan sangat sikit setiap kali dinner lepas training kat mrsm dulu. member aku pun naik menyampah kat aku sbb katanya sesia beratur amik nasik sikit lekat celah gigi. kuanjaq sangat statement! Dan aku tak punya masalah besar if makanan berbuka tak cukup time bulan posa sebab time tu team aku tetap ligat riadah gak sebab tak betah dok diam). Tapi, mek sedang sedaya upaya perbaik habit itu sebab natijah nya kalau tak refuel bebetul adalah.....
once angin dah tangkap kepala....
jeng jeng jeng...jammed lah sistem badan kau beberapa hari (err...at least to me lahhh)

5. Learn to say No. Sometimes, you cant just nod and agree. its okay to disagree once in a while. erk.

Ok sekian cerita malam ini. Kbai.
#sukasangatberhenticeritatetibakannn



No comments: