This post hakak dah draft setahun lepas rasanya.
Kepala hotak dia baru perasan tak post lagi. gambar apa nak insert pun hakak dah lupa. tapi hakak nak post gak je la.
Kau fikir senang akak nak lempar words elok-elok camni HAHAHAHA.
soooooo...here goes! (tapi maaf, without photos lah nampaknya. sebab hakak jammed otak laki kasik soalan Matematik soh selesaikan nak study sesama katanya. Tak masal eh hakak pun kena terjebak revision sekalik walaupun orang lain yang sambung belajar!)
Assalamualaikum.
Ha tudia! Lama betul nak recover from breakdown.
Sebab tu bahaya bikin cik Paghah breakdown, dia nak recover memang liat sikit. *yes, as if the world revolves around you sahaja kan mek? pfft!*
Baiklah, memandangkan aku dah draft awal awal pasal event rafting aku November lalu, maka marilah catat journey kehidupan itu *gitohh!*
Let me recap, about a year ago, we did THIS. Nak jadi cerita, itulah first time aku merasa macam mana thrill white water rafting.
Dan selepas setahun, tarikh yang sama, dari agent (aku tatau nak panggil depa apa... hahahaha. member2 ye gak, tapi depa ni la yang organize perjalanan rafting aku last year and this year too) Percutian Jimat Saya yang sama, buat lagi trip rafting di Sg Kampar, Gopeng, by Radak Adventure (ha...iklan dua tiga dalam satu perenggan. nampak tau how happy this customer is with them? err...walaupun hakikatnya sapa je yang baca blog ni yang aku gigih nak promo sangat? kahkahkah #golonganmudahterhibur. *sendiri buat lawak sendiri gelak. kesian*)
Alkisah, trip ni nak jugak jugak join sebab nak cabar diri sendiri untuk overcome trauma setahun lalu itu. Kenapa trauma? Mau tidak....cuba kau redah sungai dari warna jernih tetiba jadi teh tarik dek kepala air, trauma tak trauma tak? Of course kau tak trauma sebab kau tak merasa. Mind you, sungai yang memang berarus deras is different from kepala air, though tahap arus tu sama, Jangan nak lawan mother nature sangat okay sayang. Allah marah hamba Dia yang sengaja membahayakan diri sendiri. kbai. Selain itu, memandangkan kepala yang mengatur trip kali ni asalnya encik...ehem...encik Tunang bersama bestfriend dia, kenkonon acah acah sweet lah nak surprise beliau, maka kawtim dengan partner beliau nak surprise birthday dia yang baru lepas bulan Oct tapi tak sempat sambut sebab memasing busy. Alih alih, encik Tunang tetap tak mampu join trip kali ni sebab kekangan kerja *i is sedey. T___T* But nevertheless, aku tetap join the trip sebab hati memang meronta nak rafting lagi walaupun masih takut takut mwahaha. (sorry encik Tunang, keinginan nak rafting lagi tinggi dari nak sambut birthday awak hahahaha. kbai.)
Recap balik kejadian setahun lalu....okay. sorry sorry, aku memang obses dengan kejadian setahun lalu sebab crew Radak pun ingat tarikh tu sebagai Black November, apatah lagi kitorang yang meredah saat cemas macam tu.Dan selepas setahun baru tahu balik yang dorang regard the incident as Black November (Alhamdulillah, no fatal accident back then, cuma maybe some of us - us as in all the participants from all rafting operators at Sg Kampar then - were traumatized. Geng TTR 2 orang yang aku tau memang bebetul trauma, sorang tu memang follow trip rafting tapi refused rafting dah and the other one memang terus takut air, bawak gi snorkelling pun dia panic gila. Sian korang but it's okay, as long as korang sihat sejahtera up to date ^_^ ). Selepas setahun jugak la tahu bahawa semua crew; part time dan fulltime, orang kampung semua turun padang time kepala air mengganas 1 November 2014 dulu tu, standby tepi sungai untuk rescue mangsa hanyut whatsoever. *Mek terharu. #dramaqueen *
Okay sambung balik.
Selain saat cemas rafting bersama tempias kepala air setahun lalu itu (oh. terima kasih bro Asri sebagai guide kami dlu yang sempoi dan efisien!) , banyak memori yang ketika itu macam stress gila tapi bila cerita balik dah jadi macam drama komedi antarabangsa.
1. Kes seekor Mario (bukan nama sebenar. mampus aku kalau empunya badan baca blog aku ni HAHAHAHA), berkurang ketinggian gara-gara peserta panic boat capsized tertekan kepala beliau tenggelam ke dasar sungai
Sat sat. Kasi masa aku nak terbungkang gelak sat! Inside joke it is, sebab tu orang yang berada di lokasi sahaja akan paham betapa situasi ini menggelikan hati.
.....
ok dah puas gelak. Sambung balik point seterusnya.
2. Kura-kura melintas.
Dalam dok excited memasing atas lori dari tapak perkhemahan ke start point...jap yang ni aku lupa start point rafting ke start point caving. Either way, time dok sesedap excited lori bergerak, tetiba lori berhenti. Rupa-rupanya kura kura tengah melintas. Epiknya, dia atas crossover lebuhraya juga la lori kitorang tu kena berhenti untuk beri laluan untuk kura-kura itu lintas. Alahai...
3. Risiko naik lori macam lembu korban meredah kampung dan hutan adalah, jaga jaga la kepala hang dari mencium pucuk2 daun pokok-pokok sepanjang jalan. Kes kami? Tudung Maria tersangkut kat dahan pokok. Nasib baik la aku jenis pakai tudung syria dengan inner magic aku tu, dan rezeki kot dalam pouch aku memang ada safety pin (haa...OCD macam aku memang kalau boleh satu almari aku akan standby), maka aku pinjamkan lah inner aku dan aku adjust tudung syria aku tu kasi terletak elok kat kepala aku.
4. Shuffle kerengga.
Selain risiko mencium pucuk pokok atau tudung tersangkut ke dahan, risiko rempuh sarang kerengga juga ada ye kawan kawan. ha kau! terpaksa jerit kat abang drebar lori untuk berhenti sekejap sebab semua menggelupur diserang kerengga. Epik lagi, lori berhenti kat crossover lebuhraya juga. Haihhh...memang publisiti murahan sungguh geng kami ni kan.
Baiklah. Mari beralih ke isi sebenar post kali ini.
Day 01.
Seperti tahun lepas, tahun ini pun camping juga. Disebabkan aku pun dah nak expired ration "powerbank" aku, maka aku join je camping, walaupun aku tak join aktiviti hari pertama itu, which is water abseiling. Ada sedikit isu dengan ketinggian, pulak redah air deras tuh ketika melawan isu ketinggian, kau rasa cik Paghah ni berani sangat? Lalalala. Maka sementara ahli ahli lain melayan waterfall abseiling dorang tu, aku dan akak aku serta geng lain yang sama kes aku, melayan mandi air terjun bawah tu. dok sedap fefeeling massage au naturale by the water, tuptupair kuat sangat sampai mampu menolak tudung aku....hanyut jugak inner aku tuh. Dem! Nasib baik takde boboys disekitar kawasan bersiram ketika itu. Gigih jugak kejar inner yang hanyut dibawa arus tuh. Padan muka, tahun lepas gelakkan Maria tudung tercabut, rasakan!
Selesai abseiling (dorang la, aku bersiram je), kami gerak kembali ke tapak khemah. Sambung bersiram kat sungai belakang tapak perkhemahan pulak. Selepas puas berendam dan bersihkan diri, layan BBQ dinner pulak. Habis dinner, organizer bikin sessi suaikenal. Acah acah suaikenal dah buat masa dalam perjalanan KL-Gopeng , ye la, ko nak travel sesama nak dok satu khemah, takkan takmau tau nama kawan-kawan baru ye dak? Maka malam tu sesi suaikenal proper sket, Ala... biasala tu, mengisi masa lapang program kan.
Memasing kenalkan diri, ada promote diri. Peserta camping kali ni ramai gegurls nampaknya. Ada boboys pun untung sebab abg dreba van kami ngan dua boboys yang saja join nak camping sambil roadtrip depa. Al faham faham sahajalah bila majoriti gegurls kan, ganas macam mana pun bila gather sesama gegurls, memang riuh lah. Siap ada yang awal-awal intro diri bagitau tujuan sebenar join event ni sebab nak cari jodoh. hahahah Comel jek!
Jodoh?
Aku mula dah seriau dah dengar perkataan tu. Aku tau aku mesti jadi bahan selepas tuh.
"Serius? Haaaa jangan risau, kita ada success story kat sini. Trip sama, operator sama, kem sama. Silakan cik akak kita baju putih ni kongsi success story!"
HAMBIK! Impian ku jadi kenyataan! -.-'
Sudah! Aku malas cerita panjang part ni sebab ternyata aku tadah muka setebal 13 inci maintain cool. konon.
Selepas sesi ice breaking katanya, kami lompat dalam van dan bergerak ke Cafe Gopeng Guesthouse, terletak berdekatan stesen bas Gopeng. Lepak menikmati keindahan ciptaan yang diberi nama DESSERT! muahahah! Recommended jugalah sebab the food was all nice. Perhaps because they made it with love. Chiaaaa. Kemaen kipas. Agak-agak kalau tokey GGH cafe tuh jumpa promo sekerat dalam post aku ni, dia mau dak kasik diskaun next time aku bertenggek kat kedai dia? AHAHAHAHAhambar.
Sepulang kami ke campsite, niat di hati nak je join campfire. Gila kau, part paling best time camping adalah tak tidur dan jadi burung hantu sembang sampai lebam depan ungun api lah!
Namun.
Apakan daya.
I really didn't want myself to be tired while i go for my rafting session the next day. Sebab untuk aku, aku menganggap rafting ni sebagai sukan, sama seperti long distance running aku.
Rehat yang cukup amat penting untuk aku stay alert dan fit during perjalanan aku itu. Tambah tambah nak mengulang pengalaman yang entah sama seperti setahun lalu itu atau pengalaman yang lebih mematang. Gituh. So, off i went, but tidur aku tidak berapa nyenyak lah pulak. But oh well, it was just nice though.
Day 02.
Setahun lepas, tepat setahun yang lalu, tarikh yang sama adalah tarikh yang
Crew di Kem Radak semua sangat ingat kejadian setahun lalu itu, sehingga depa gelarkan kejadian itu sebagai Black November. Kepala air yang agak ganas melanda 1 November 2014 itu, di kala kami masih separuh perjalanan rafting kami. Alhamdulillah, we survived. But some of us was traumatized till now. Dan kerana kejadian itu, aku sedikit saspen bila mana malam sebelum aku tidur tadi tu ada sedikit renyai. Aku tekad dah, kalau pagi ni hujan, aku bertenggek tepi sungai, bro. Burn fees tuh burn lah. Tapi Alhamdulillah cuaca tenang pagi itu.
Kali ini, aku satu boat lagi dengan Nana dan guide kami adalah Pa Lee. Alahai comel je lah encik Pa Lee ni weh, tapi aku yakin dengan dia, maka kurang sikit lah gemuruh hakak ketika itu.
Baiklah, meh aku spoil sikit perangai para operator wwr ni, depa memang suka merancang keterbalikan raft kita. Al kisah, boat kami capsized awal sikit daripada rest point yang depa rancang. Ketika boat terbalik itu, jujur la aku tetap gemuruh tapi aku cepat cepat kumpul balik semangat buang segala memori hitam tahun lalu dan cuba sedaya upaya menjadi kerang yang terkapai di permukaan sungai. Lantak pi lah rupa macam mana dah asal aku tak terbenam didasar sungai hahahha.
Sempat jugak aku jeling rakan sesampan yang sedikit cuak terjerit, ku jadikan bahan untuk aku gelakkan (sorry darling, terpaksa diknon, hakak tergelak sikit sebab hakak terbayang cenggitu rupanya orang tengok aku terkapai ni, macam hapa). Ye, dalam sukan white water rafting ni *gituuuh. Fefeeling ahli sukan pulak dah kau Paghah*, the professional guide will save you dalam situasi apa pun, kita hanya perlu stay calm supaya lebih mudah mereka nak rescue kita ye adik adik. Abam guide dah tarik kau ke bot pun, kau jangan la panik lagi, help yourself up onto the boat, bukan terkitai kitai kaki macam katak tersangkut kat batu *what what? bukan. aku tak cakap pasal diri aku yang terkial kial melompatkan diri kembali dalam bot. read: in denial*
Memandangkan bot kami dah terawal sikit capsized, maka abam guide pun tak la membuihkan kami di lokasi terancang. Fuh! Maka kami rehat di checkpoint sambil dada ku sedikit senak mengimbau kenangan "teh tarik" tahun sebelumnya itu.
Selepas puas berehat, kami meneruskan perjalanan. Pada satu point tu, boleh pulak Seha tercampak keluar dari bot secara solo. Adoih lah. In fact, aku pun hampir jugak tercampak (acara paling aku tak gemar adalah acara tercampak secara solo, kalau the whole bot takpa HAHAHAHAMpeh), tapi Alhamdulillah aku sempat lock kaki aku dalam bot. Fuh!
Disebabkan mereka kurang crew, maka bot-bot kami take turn gerak, supaya semua bot dapat coverage, abam abam guide take turn jadi photographer kat jeram jeram yang drop.
Satu je aku nak cakap, biadap betul depa ni panggil boat kami Geng Boat Sado Mendap. Kuajjaq hangpa na... Hakak sabar je dik. Hahahaha. *pasrah*
Dan selepas itu, perjalanan tiba di final checkpoint tanpa perlu melalui detik cemas seperti Black November itu (i might sound overreacting but oh well, i still think it is scary, when your fellow friend sampai pecah helmet ketika dibawa arus, kau tak rasa syukur sangat helmet kau masih in-tact time tu?)
Setelah tamat aktiviti rafting, kami pun makan tengahari dan sambung berendam
Dalam dok menanti hujan sedikit reda, kami duduk bersembang sambil ada yang masih bersiap mekap segala. Sambil tu perhati keliling, rupanya ada juga trip petang (not our group lah tapi).
OKAYYY! Hujan lebat koooot. Biaq betoi depa ni? Hakaaaaak yang saspen dik.
Mana tidak, hujan tu lah antara titik permulaan kejadian kepala air itu. Aku mampu berdoa je untuk peserta yang sesi petang tu. Ye adik adik, kita doa je walaupun untuk orang yang kita tak kenali. Spread the love, not hatred okay sayangs!
Dah elok distribute segala sijil semua peserta, dah parking elok elok diri dalam van yang sedang ready nak pulang ke KL, tiba tiba riuh si Seha dok sebut crew dan orang orang kampung sedang standby dia sepanjang sungai. Sejak kejadian Black November, crew dan orang kampung dah memang ambil iktibar dan create group yang akan make everyone turun padang sekiranya similar event ever occur again. Semua kem dan orang kampung akan alert dan standby untuk rescue. Mendengar keriuhan itu, aku dengan spontan gigih lompat keluar balik meredah bag yang dah disusun tu untuk lihat arus sungai. Aku dan Nana meluru ke tebing sungai nak imbau kembali kenangan lama. Sempat juga kami sembang dengan abang kem Radak yang sedang standby ketika itu. And of course they can relate why Nana and i reacted like that upon hearing the roaring of the stream, because they themselves have seen how fierce the mother nature was a year ago, thus the name Black November.
Yes, my dear, warna sungai berubah. Walaupun tidak sekeruh arus sungai yang kami alami itu.
Dan ye adik adik, tolong jangan nak feeling adrenaline junkie sangat nak mencabar mother nature okay. Hakak tak kesah kalau arus sungai itu memang naturally level 4 or 5, tapi jangan kau samakan level 4 or 5 itu dengan kejadian kepala air yang meningkatkan arus level 2-3 kepada 4 or 5 sebab kepala air is really something you wouldnt want to mess with. Pretty please, darling, Allah marah kalau kita sengaja meletakkan diri kita dalam suicide mode begitu okay. I repeat, arus DERAS is different compared to KEPALA AIR. Faham apa hakak bebelkan ini? Kalau tak paham, kau datang sini hakak nak tenyeh sikit dahi kau tu!Kbai!
Setelah puas imbau kenangan sipi sipi, kami pun gerak pulang. Singgah sebentar di Kellie's Castle sekadar bergambar di hadapan Kellie's Castle's entrance sebab tak kuasa nak masuk, energy bar dah sipi sipi jah tinggal. Puas bergambar, sambung perjalanan tapi singgah Yik Mun Cafe di Tanjung Malim, masing masing lapar beb. Redah jem di KL serba sedikit dan we're off to bed.
Thanks my dear friends for another unique experience in White Water Rafting.
Too bad encik tunang tak dapat join sebab beliau tak dapat cuti.
Tapi baguih gak dia takdak, kalau tak confirm hakak jenuh tadah muka dan telinga jadi bahan usik HAHAHAHA.
To conclude, Alhamdulillah, pengalaman kedua rafting ini sedikit sebanyak memulihkan kembali darah gemuruh menghadap arus sungai dek Black November itu. I really wished my TehTarikRafting gang could have join us this time around but oh well, memasing ada komitmen ketika itu.
Rindu korang lah woii! Group Whatsapp dah suram, tak seperti masa kita baru balik dari rafting itu hari, riuh! Siap lepak sesama reramai. But oh well, aku doa kalian semua dalam lindungan Allah selalu. You guys are one of the best moments in my life and i thank Allah so much for giving me chance to meet all of u. We may not talk to each other as much anymore, but my prayers are always with you. Take care friends.
Dah kenapa perenggan penutup berbunyi sayu pulak ni woi?
Yang Dah Berani Sikit Ngadap Air,
Farah Diana.
No comments:
Post a Comment