Monday, December 08, 2014

Kelip kelip & chilling Chilling

Assalamualaikum.
Kembali kita bersama kak Paghah dalam episod terbaru.


Ok. Nampak tak aku dah habis modal nak tulis intro macam mana ni?
Memang hebat lah mereka yg bernama penulis / novelis, bisa punya ilham mencoret pembuka kata / cerita dengan sesempoinya.

Alkisah, sepatutnya aku dan nana with mummy & abah depart ke Alor Star after abah's medical check up pagi 5hb Nov tuh. somehow, dikala mummy otak serabut, dan si Bumblebee tetiba explode ketika mummy guna itu kereta, lantas mummy pun declare to cancel balik kampung. Which is.... A YEAY for me & nana sebab boleh join ber air terjun hari Ahad! Yabedabedooo!

So, petang tu terus lepak dengan Gediks dan Kak Ija cari barang serba sikit. Dok lepak tu, Gedik ajak join roadtrip petang esoknya. Kuala Selangor Heritage Trail katanya. Of course mek menggelupur nak follow. Tak sedar diri tuh dah nk gerak awal pagi Ahad jugak tuh kan. Maka, Jumaat malam tuh dah set aside sesiap baju untuk short roadtrip, baju nak berair terjun & persalinan lepas air terjun. Set aside je, tak sumbat dalam bag or whatnot pun.



6 Dec 2014. Jam 3pm baru la gerak ke Kuala Selangor dengan geng #LompatKopi; Huzer, Gedik & Izuan (ha kau! Mau mummy tak freak out anak dara dia ni keluar ngan jejans sokmo! Waa... Dah tu je BFF mek yg available. Ohmy...)
Masuk kereta je terus alert the geng takleh lewat2 nanti esok kena kuarantin, rosak plan hahaha.
Sesambil gossip dengan kelajuan hanya berpada pada gara gara tayar pancit, tetiba da sampai Bukit Malawati.
Ramai dok beratur tunggu trem, tapi kami 4 ketul memang gigih nak jalan je ke atas. Sesambil beriadah la katakan.
Harga tiket trem tak silap aku rm5 bagi dewasa.
Basah gak ketiak menapak kan. Demi nk fefeeling gambar ala model (puii!) kat atas tuh, ku gagahi jua maintain ayu. (puii lagi!)
Lepas puas amik gambar and enjoy the scenery, kami pun turun. Next, dok berligat otak nak tuju ke pantai layan sunset atau mencari port kelip kelip. Oleh kerana perjalanan kami memang bersifat adhoc (sebab ni jugak aku memang kerap gila ngan geng lompatkopi & geng ttr aku, sbb depa ni spontaneous and adventurous kaki redah sepah segala! Laalala), maka kami gerak dgn si viva Huzer berdasarkan arah matahari terbenam.
Kahkahkah.
Kau ingat pelaut zaman dulukala je pakai teknik mengembara guna bulan bintang? Weols pon okeh!
Last last, kami akur bahawasanya tak dan kami nak kejar sunset dipantai. Lalu, we made our way to Kg Kuantan mencari kelip kelip.
Yeahuu! Subahanallah, ciptaan Allah kan.
I just enjoyed the view and nature. Malas kalut setting kamera nak capture kelip kelip. Si izuan ngan gedik dah di warning awal2 jangan nk ngada ngada nyanyi lagu Krismas segala sambil layan kelip kelip pulak. Motip? Lagu raya apatah lagik. Mau aku tolak je masuk sungai tuh!
Habis layan kelip kelip, aku pun mengelupor ajak balik sebelum waktu curfew gituh.


Taaaapi.....


Krik krik!
Lapar woi!
Alang alang menyeluk pekasam, biar sampai masam!
Atas boat tadi, sempat gak imterview serba sedikit abg boatman. Dia suggest Aroma Ikan Bakar.
Maka, percayakan judgement beliau, weols pon had our dinner there. Ok. Not bad lah. Besau jugak restoran dia.
On the way back, bebudak ni dah seronok bahan aku yg cuak sampai rumah lambat.
Kaitkan dengan dongeng Cinderella, tapi aku labunya. Ciskek betul depa ni!
Alhamdulillah, sampai rumah tepat jam 12.





Sampai rumah, baru hegeh nak set perjalanan dengan geng TehTarikRafting pulak. Dah kata asalnya memang tak dapat join pun bebudak ni nak ke Santuari Ikan Sg Chilling di KKB, last last minute baru dapat confirm join the trip kan. Of course memasing dah gol awal, nk start early la katakan. Itu pun last last minute jugak final numbers geng ttr down to six pax je for the trip, yang the rest could not make it. Fine ok fine!

Mandi.
Dan terkebil sampai jam 1 pagi takleh tidur. Ah sudah! Jangan di buat pancit time hiking sudah!

7 Dec 2014: Jam 3 pagi. Ting! Terjaga.
No no no! Go back to sleep, Paghah! Nanti tak larat!

Jam 4 pagi. Ting Ting! Terjaga lagi!
NOT again!!

Jam 5 pagi. Ting tong!
Aaaaaa! Rasa nak tendang semua benda! Grrr!

At last, 5.45am, toing toing! Nana la jadi mangsa sergahan aku! Hahaha.

Drama sebabak.
Adda gerak with aku dan Nana.
Maria dengan Nisa.
Soalnya, Nisa dan aku jenuh wake up call Adda & Maria, tak berjawab.
Cut story short, aku, Nana & Adda hop on kereta Faiz kat KD, akhirnya berjaya lah semua berkumpul di R&R Sg Buloh.
Wait. Hampir tak berjaya sebab terlajak R&R, confused yg mana satu.
Dah tu, si Faiz berani berani tanya aku pasal jalan, dia tak tahu bab jalan sesat, cik Paghah ni memang Ratu! T.T
Aku pulak confident je ye kan si Faiz tuh. Hahahahahabislaakukalaudepajumpablogniweyyy!




Sambil menunggu ahli ahli yg lain, brekpes sat dek melayan perut yg berkonsert tuh. Memula memang lapar tapi tak lalu nak telan apa2. Tapi dah dok pikir kang masok angin mau rosak program, telan juga lah (pui! Abis gak sebungkos nasi lemak kau telan, Paghah!)
Cukup korum, kami pun gerak. Jujurnya, aku tak sedar jam berapa kami bebetul gerak serombongan. 5 cars altogether.
Dan tak sedar jugak berapa lama perjalanan sebab excited sangat haha.
Nanti next round mek track masa dan exact location ye uols!

Since we arrived considerably later than scheduled, parking pun agak jauh la jugak.
Menapak jugak ke entrance Santuari Ikan Sg Chilling. Sampai guard post, proses sorting out barang dijalankan.
Setiap loose item (seperti bungkusan makanan, botol mineral, air kotak etc) akan dikira dan di charge deposit setiam item rm3. Aku SUKA rules itu. Sebab aku rasa, itu je cara nak ngajor org Malaysia ni. Walaupun ramai yang berkesedaran not to litter sesuka hati, tapi ramai juga yang bila dah sukaria layan air terjun berkelah segala, tak sedar nk clean up own's mess. Selalu kecewa bila berkelah mana mana, nanti sure nampak sampah kat ceruk ceruk. Mesti ada! Bila dibuat camtu, baru la masing masing alert nak bawak balik sampah kannn! Mwahahaha. Gooood initiative!

Ok. Panjang pulak berleter.

Untuk sampai ke atas santuari tu, ada 6 lintasan sungai yang perlu dilintas. Erk.
Cuaca baik, Alhamdulillah. Tapi masa lintasan ketiga tu, semacam turun sedikit gerimis. Aku dah mula seriau sebab pesan ranger, once start hujan, immediately turun kembali ke start point.
Tapi Alhamdulillah, sedikiiit je gerimis tu, kepala rombongan hari itu iaitu Faiz pun kata in sha Allah ok je boleh carry on, maka kami pun teruskan sehingga ke atas.



Subahanallah. Indahnya ciptaan Allah! Penat meredah hutan berbaloi baloi bila mata dijamu air jernih dipenuhi ikan, deru air yg terjun, tanpa sebarang dicemari secebis sampah pun! Nak mtenitik airmata dapat sampai situ #daramaqueen!
Oh inilah namanya cinta!!



Ok. Pecah rahsia aku geli bila dikerumun ikan! Takot dia gigit!
Konon. Lelama, bila dah rendam air dingin (kan aku dah bilang, kalau air lagi sejuk laaaagi aku suka mandi, takdak heran nak water heater segala), dah tak heran dah ikan tuh. Siap berenang together with them lagik ohkay!











Gitu lah serba sedikit perjalanan outdoor weekend aku.
Bertuahnya rasa dapat jumpa depa ni, semua macam minat aktiviti hentaman adrenalin.
Memacam angan angan dah dikait dalam grup ni. Haha.
Oh ye. Dari trip ini, banyak betul perkara yang aku belajar.

- kalau jatuh dalam air, jangan panik. Tenang dan eventually kau akan timbul. Ada pernah dengar daya apungan? Takde? Pi tanya cikgu Fizik! Dan bila kau tergelincir jatuh ke bahagian dalam sekalipun, trust the person who grabbed you, diulang, dont panic! Bila dia kata dah sampai tempat cetek, jangan kelam kabut teriak "kaki tak jejak tanah!" sambil menggelupor serta kaki dilipat, memang kaki kau takkan jejak dasar air. Silap haribulan, dari boleh diri elok elok, kau dibenamkan org yang tarik kau tu tadi. Haaa. Nasib la kau!

- pakai seluar stretchable. Yang membolehkan kau split 180 darjah tanpa ragu ragu. (diam kau diam! Berani kau gelak mengandaikan yang bukan bukan! Diam aku kata!!)

- kenkonon nak bawak seguni beras dan seperiuk lauk ke atas in case kebulor nak berkelah, tak payah! Bawak yg penting secara minima. Lenggang lagi bagus!

- cramp kaki ke, kalau light light, cuba bolayankan. Pi relaxkan kaki dalam air sejuk tu. In sha Allah ok lah tu.

- keep yourself occupied with activities, it distracts you from the serabutness. (sorry grammar nazi, mek memang sesuka hati tabur istilah sesedap oren!)

- "I'm the kind of friend who will help you hide a dead body, but if you betray me, just remember: i KNOW how to hide a dead body!" ......... Erk. Ok. Takde ni kaitan. Bye!









No comments: