salam.
cewah. back to school konon.
grrr...grrr....
alamak!tadi si adian ajak join dia ngan apis makan, aku poyo je da makan popia kunun. isk isk. skang cam trasa lapar lah pula....ngiaaaah!
takpe. takde hal. (takde ke? bukan kalo tak feed the poor, fokus kerja jadi kurang ke?aaaaa!! ini falsafah kami-kami waktu 1st year second year dulu.............. T___T rindu geng menyengal!)
hmmmm. kata banyak kerja kan? blog sempat pulak kan.... haish.
saje je. baru abis mengemas sakan bilik ku di zaba ini. yahooo! besh nye rasa!
akibat serangan cicak pada jumaat lalu ketika menkemas barang untuk dibawa pulang sempena cuti raya cina (barang? baju2 nak basoh je....kehkehkeh), pada ketika itu sedang mengambil beg untuk diisi baju. sejurus beg diangkat, seekor cicak seronok buat bungee jumping depan idong aku dengan sewenang-wenang nya! waaaaaah! stress btol! pastu, boleh plak dia bermastautin atas katil aku di sebelah beg kamera puan akmal (yang ketika tu aku sedang pegang sementara menanti aai ambil semula). aaaaa. jerit sekuat hati,mujur orang-orang di kolej ini ramai dah pulang, kalo tak, mau mereka bergotong-royong pecahkan pintu bilik aku demi mencampak aku ke bawah kerana kecoh sangat gara-gara seekor cicak. cis. bertungkus lumus aku berusaha menghalau cicak itu pergi, nasib lah ada penyapu panjang milik roomate yg dijadikan senjata mengacah cicak itu supaya berlalu pergi. dan tak pasal2 katil aku berubah lokasi ke tengah2 bilik dek kerna nak elak rapat kedinding kerana cicak tersebut degil takmau pergi dari dinding berdekatan. cis. mujo jugak bilikku sem ini besar, kalo tak, harus aku telefon bomba. aik?
ok. ayat-ayat diatas sangat menggambarkan aku sangat menyampah pada makhluk nama cicak itu. woi! mana ada. aku tak benci cicak la. dan aku mana takot cicak la.... i okek je, cool aja maa! cicak?? elehhhh....
orait. berlagak pula sekarang ye. mau muncul haiwan itu sekarang harus aku mencecet membawa diri pulang ke rumah secara drastik. cis. cicak punya kes pun panjang lebar aku merapu. tolong ye cicak, jangan ganggu aku. mentang-mentang dia cicak ukm, nak berlagak menakut-nakutkan aku. cis.
hoi hoi. apa ni farah??? cadang nak update secara kecil-kecilan, boleh melarat panjang gara-gara cicak punya pasal. haduh!!!
oh tapi tak mengapa. kini bilik ku dah rearrange secara bernas nye. barang-barang dan buku2 tersusun rapi di rak yang dipasang sendiri secara gigih antara asar dan maghrib tadi. baju-baju semua sudah digantung/lipat dan tersimpan rapi di dalam almari, cadar dan maeyl sudah terbentang elok diatas katil, tudung-tudung dan handbag-handbag (banyak ke handbag aku ni weh?) sudah disusun rapi ikut kategori, alat-alat facial dan aksesori kecil-kecilan turut terkemas rapi didalam bekas khas. fuh! so cicak, u go find some other place ye! my place kemas sudah! (aik? cicak lagik??? ish)
ok. ini nampaknya penangan orang yang agak kelaparan kot. macam panjang je entry aku hari ni. asal nak menulis hal lain, tapi terluah pulak hal lain. oh. enough is enough farah. mari lah mari meneruskan kehidupan sebagai pelajar ye. go farah! *wink*
4 comments:
nnt aku bagi dvd set cicakman ngan cickaman 2. haha
huaaaa....nyampah!
wahahaah..adian nyakat..
cicak mmg jahat la..gedix punya cicak..td i tgh makan kat lua,ade lak lipas merayap atas kaki aku..seb la kejap je..aku da nak pijak lipoas tuh,tp kat kedai makan..bawak bertenang..bwk bertenang..kalo bukan kedai mkn,aku da kejar lipas tuh,pijak sampai mati!bongok punya lipas..nak gak merayap atas kaki aku!
HAHA!lipas ok lagik kemba. kalo cicak yg bersiar2 atas kaki, mau koma lapan tahun i!!isk
Post a Comment