Di tag oleh cik mas ainun comeyy...hehe...
10 THINGS THAT CAN MAKE ME HAPPY ( in no particular order )
1) waterfall / beaches ....janji ada air...err...kecuali toilet....
2) mummy's laugh and abah's smile
3) gadoh-gadoh manja dengan kakak-kakak dan adik. hehe...
4) merayap dan menyengal bersama rakan-rakan (studio...kmk...bp...sume lah)
5) bunga yang comel (haha! pathethic nya akuuuu)
6) travelling
7) phone calls (sbb aku rarely dpt phonecall. haha! ooops! except phone call dari orang yang tak dikenali.)
8) blogging and bloghopping
9) movies and karaoke. (kahkahkah! sekali dua tp sangat best, especially dgn wanita2 studio yg tamau lepas mic tu!)
10) menonton miss Swan!!! hahahaha. (ini bukan make me happy, make me crazy lagik!)
5 orang yang di tag oleh fara-d:
1) cda (modal untuk cda terus terusan berblog.kakakaka)
2) adian
3) faeez gedik (ko gak yg ckp aku suka tag orang. hambik!! lagipun, blog ko da lama bersawang tu....)
4)
5)
p/s: no 4 ngan 5...later la isi...ngantok, tak dapat berfikir lurus. haha!
Wednesday, December 31, 2008
Monday, December 29, 2008
semoga kejadian ini merupakan kemalangan terakhir tahun 2008 ini
salam semua.
live casting from kolej terchenta ku.
aihh. rajin mengupdate la pulak kan?
nak tau nape???
apa lagik, kalo bukan nak mencoret kesengalan tahap gaban aku yang tak sudah-sudah neh.
apa farah? apa? apa terjadik????
jatuh tangga lagik ke?
bukan...
nak balik ukm tadi salah jalan ke?
bukann...
tertinggal kunci dalam bilik ke???
bukannn...eh...tertinggal kunci, ye, dalam bilik, bukan.
abis? tertinggal kat mana? kunci apa??
kunci KERETA DAN kunci BILIK.
tertinggal.....di.... DALAM KERETA YANG BERKUNCI!!!
makkkkkk!!!!
dah la sem ni dapat tingkat 4+1 (again...*sigh*).....buat lagi perangai sengal tuh!!!waaaaaah!!!!
tak sempat nak rasa penat berulang angkat barang. baru 2nd trip, dah buat tertinggal kunci plak.
tapi kan....tapi kan....
eceh. ada tapi tuh!
tapi kan.... kesengalan kali ni telah menjana minda secara lebih cekap dan tangkas lah. kerna beberapa barang important sudah standby.
seperti....
1) dompet yang BERISI wang secukupnya. jadi, otak terus menjana beberapa idea penyelesaian masalah sama ada balik ke rumah sendiri naik bas (fuh! dah lama tak naik bas! thrill plak kan). ATAU menelefon bonda dahulu. dan decided to call mummy first. dan seperti dijangka, tahan je la telinga kena laser dek mummy sebab kerap sangat puteri bongsu (note: puteri bongsu, bukan anak bongsu. yang bongsu adik aku, laki. maka, beliau adalah putera tunggal. heheh) dia neh menyengal....hiks! ampun mummy! cayang mummy. hehehe
2) handset spare. kebetulan sungguh, aku mencilok dengan izin nana, handset motorazr dia. sim card maxis nana aku simpan dalam handset sedia ada aku. al kisah, aku pon men-top up je no maxis nana tuh dan mempergunakannya sebaik mungkin. Terima kaseh ye kakanda ku nana yang berada di Sabah skang dan bakal kembali ke semenanjung for good Febuari nanti. kihkihkih
3) Laptop ini. HAHA! sementara menunggu resque rangers datang, aku conteng-conteng la kesengalan gred A aku ni kat sini. kehkehkeh.....sambil2 mengadu-domba tentang kes tragis ini kpd rakan studio. haha. nasib baik ada wireless Jaring UKM free trial hari ni. merasa aku mengupdate entry kat bilik baru neh. weeewiiit!!
ya Allah, moga-moga permulaan yang agak kelam kabut ini menjanjikan perjalanan semester yang sebaliknya; iaitu perjalanan yang lancar dan tenang. Amin.
sekian. kepala den dah naik angin nih. tak menjamah apa2 makanan lagik. menyental air mineral sebotol kecik je. isk. tragis.
Sunday, December 28, 2008
Awal Muharram
salam.
Salam maal Hijrah buat semua. Selamat membuka lembaran baru, semoga hari-hari mendatang lebih elok dari hari-hari semalam, insyaAllah.
wuhu! semoga sem baru ni encikMALas yang selalu menyelubungi aku beransur pergi dan encik RAJin pula datang menemani sisa-sisa akhir aku sebagai pelajar di ukm. oh sedih kah bunyi? mana mana.... ? sapa sedih? eh eh.... rata-rata, aku lihat rakan-rakan yang final year, mesti mengutarakan kesedihan dah nak abis belajar etc, bakal berpisah dengan rakan-rakan. oh tak mengapa, itu mereka. aku? haha! aku tak sedih? hati kering? wahlallala...suka je hangpa nak judge aku hati kering eh. sekeh kang!
well, sedih sedikit tu ada la... tapi rasa nya, tak patot biarkan kesedihan menyelubungi diri. perpisahan kan selalu aja terjadi dalam kehidupan kita kan... hanya satu proses kehidupan. rakan-rakan, guru-guru, pendidik, staf-staf jabatan, swimming pool kat danau...semua tu akan dirindui.... tapi jangan la bernada sedih. ceriakan hati, sebab tanpa ada nye perpisahan, kita takkan kenal erti rindu, tanpa ada nye kejauhan, kita tak mungkin rasa dekatnya hati kita pada semua yang kita sayang. oleh itu, marilah kita sama-sama mensyukuri semua yang hadir dan lalu dalam hidup kita semalam, hari ini dan esok.
erk. kenapa aku melalut cam dalam karangan bahasa melayu pulak neh???
kekurangan modal sebenarnya. nak upload gambar-gambar, tak terdaya. dalam laptop ni photoshop nan ado. fyi, aku suka edit-edit dulu gambar befor mengupload. jadi, lain kali je la mengupload gambar-gambar merapu sepanjang cuti neh.kehkehkeh....
p/s:
1) cik kembaa!!! selamat menempuh kehidupan bergelar student semula!! cehwaH!!!
2) diri sendiri - tolong tampar diri sendiri supaya rajin2 sket oi!
3) cik nurul bakal kawen - semoga sihat2 selalu agar dapat melaksanakan tugas harian dengan lebih berjaya
4) rakan-rakan studio - selamat menempuh satu sem lagik...insyaAllah..... (wuuuh! aku cuak plak neh!)
5) rakan-rakan ex-studio yang da keje - keje molek weh! yang nak sambung part 2 tuh, tunggu aku bleh? kehkehkeh.....
Saturday, December 27, 2008
entry takda modal
salam.
bak kata nurul, tag adalah sumber entry ketika ketiadaan modal. heh.
aku ada banyak benda nak cerita, tapi bila mood tak ada (tambah-tambah, cuti da nak abis neh.), maka...kita layan tag je lah.
(isk...aku ni, bila cuti, manjang mood takda nak update blog.tapi time-time busy ngan all the projects, gatai tangan pulak nak mengupdate. ceh!)
1. Do you think u are hot?
if i don't THINK i'm hot, takkan ado pic seperti diatas. haha. verangans tak sudah aku ni. maaf ye, sindrom angkat bakul ni semacam sudah sebati lah dalam diri setiap penghuni jabatan senibina ukm tuh. muahaha! (haha. statement menyelamatkan diri tuh! ^.^ )
2. Upload your favorite picture
3. Why do u like this picture?
picture taken 2007 (kot?). so far, suka gambo ni sebab berciri kuch kuch hotak hang. muahaha!
4. When was the last time u ate pizza?
two weeks ago. cik ainul belanja ketika beliau berpindah ke damansara. feeewiiit! (motif feewiit?heh. abaikan....)
5. The last song u listened to?
cinta jangan kau pergiiiii...tinggalkan diri ku sendiriiiii....
Cinta Jangan Kau Pergi-Anggie
6. What are u doing now besides this?
YM dengan cik aida. lama tak jumpa beliau. rindu lah! aida, jangan lupakan aku dalam planning cuti-cuti malaysia di terengganu nanti ye! hiks
7. What name u prefer besides yours?
Zulaikha. cis. pengaruh novel lah ni. the last two novels i read, dua-dua watak heroin dia nama Zulaikha (baru perasan lah....) . and....kerna terpengaruh juga dengan kisah cinta Nabi Yusuf R.A. dengan Zulaikha.
(tettt! mood jiwang strikes again!)
8. People i Tag
1) cik aida zahrol. sebab tadi berYM sakan dengan beliau.
2) my dear shamoo. da lama pulak tak chat bercurhat bagai dengan hang. hehe
3) cik kemba. oh...setiap kali mau tag, pasti ada nama dia kan. kehkehkeh....
4) cda comel. blog dia da bersawang sangat. walopon dia seperti sudah retire, tapi aku tetap amu dia jawab tag neh. heheh!
5) mcLong. mana ilang cik kak ni weh......
9. Who is no 1?
rakan seperjuangan ketika form 4 dan form 5 dulu. masa mula-mula kenal dia, agak tergugat rasa sebab dia cam kerek, tapi turns out, orangnya cool bebeh! cewah! aida...kembang la tu i puji tu....
10. No. 3 is having relationship with?
jeng jeng jeng....ramai wooo!!!
11. Say something about no 5.
sudah lama blog beliau menyepi. oh. dan sudah lama tak bertemu beliau. last jumpa masa aku praktikal dlu kot. ek? dan masa kmk dulu, aku adik dia kakak, kalo bertembung aku dengan bag kuning aku, mesti dia jerit "ADIK!! nak p mana? jom la ikot akak!" dan aku akan menjawab "tak boleh la AKAK!! mak suruh balik teros, jangan merayau!" pastu, masing-masing gelak cam hantu!
12. How about no 4?
bestest fren kat KMK dan kini dan insyaAllah selamanya. ironinya, aku pompuan paling beso, dia pompuan paling kecik lam kelas. mulut si kecik ni bising. ada aku ada dia dan tambah pzol, memang sakit kepala semua orang.
13. Who is no 2?
oh. bestest fren juga, kenal waktu form 4. rapat sangat amat kerna kami satu team, satu kelas, satu dorm dan satu kepala la jugak. team volleyball yang aku gelarkan serikandi. feeewit. aku rindu ko sham!!!!
oh. sekian tag malam ini. aku mau membuat sedikit design kad ucapan untuk kakanda ku terchenta. dah berkurun beliau minta tolong aku wat kan...sok beliau nak balik sabah, hariii niiii baru aku terkial-kial nak buatkan. ampun ya nana!! hehehe
Friday, December 19, 2008
jahat
salam semua.
18dec2008:
hukhuk. ketika mata masih tertutup rapat dibuai mimpi, satu pesanan ringkas masuk kedalam peti mesej handset ku.
aku conference kat area pj. abis jam 5, jom tgk histeria
-gedik
dengan mata separuh terbuka, aku gagahkan diri balas mesej.
laa... aku plak yang nak ke ukm jumpa puan. nak tanya pasal working drawing. puan ada kt ukm tak? -fara-d
padahal, sangat mengantuk. ikut hati memang malas nak reply mesej. nak sambung je tidur. tapi sebab sudah janji dengan studiomate nak wakilkan dia berjumpa pensyarah kami, aku gagahkan juga diri ini bangun awal pagi. 8 pagi tuuu (err...tak silap aku la. tapi awal la tu...selalu, paling awal bangun sejak kebelakangan ni adalah jam 10pagi. entah kenapa, sejak kebelakangan ni, tak jam 3 pagi, tak leh nak lelap. stress la tido lambat gini. tak baik untuk kesihatan wo tido lewat2 sangat. *sigh*)
... (aku lupa isi msg dia) cuba telefon puan dulu. dia cuti hantar mak dia ke hukm tak silap aku. -gedik
dan lantas, aku memesej puan, menanya kan keberadaan beliau di ukm dan meminta izin bertemu beliau.
beberapa saat selepas send mesej kepada pensyarah aku itu, otak ni seperti kena sambar petir skejap sebab menjangkakan kemungkinan besar pensyarah aku itu akan terus telefon aku setelah menerima mesej aku itu. erk!
terus loncat bangun.
tepat jangkaan aku! *telefon berdering dengan nama pensyarah tersebut tertera*
(fuh! selamat pantas bertindak membangunkan diri! kalau tak, kantoi still membuta! lalala. standard mau jaga beb! hahaa)
bla bla bla (conversation seperti yang di huraikan pada entry lepas. )
then, teros on laptop. haha. automatik betul, terus bukak facebook and main pet society. haha! gelak gelak. aku pun tatau kenapa bleh addicted dengan menatang alah tu. cit. kak aida la neh!!!
sambil-sambil usha showtime Histeria. sambil-sambil sms gedik juga. sambil-sambil ym ceeda mengajak dia turut serta. sambil sambil msg adian untuk juga turut serta (tapi pada ketika itu,aku sangat yakin si adian itu masih enak dibuai mimpi. haha)
tried to book online, tapi fully booked katanya. so, aku decide to just redah je.
selepas asar, terus berlari ke kereta dan menghidupkan enjin (ayo! motif ayat nak hyperbola la plak kan....)
pusing-pusing bagai nak rak gak mencari parking. (tapi ok la, tak la pusing sampai pusing kepala.) dan terus ke gsc beratur. cadangnya, mau nonton show jam 7.20pm (oh lupa kasi tau, ya dan yeh pon turut serta. kebetulan pulak ya ngan yeh memang sedang berjimba hari tuh) , tapi melihat kepada skrin showtime tu, show 7pm nye tu is selling fast. heh. ada 4 seat tapi asing-asing. ceh. sebab line panjang, aku risau orang belakang bengkek aku decide beli tiket secara slow, aku setuju je nengok show 9.30pm. ngek btol. dah beli tiket baru perasan, "sah-sah show abis dalam jam 11 lebih. alamak! mati kena tembak ngan mummy!!!"
wattodo, tiket dah dibeli pon. isk isk. masa tu, baru jam 6pm kot. so, meronda satu midvalley sorang-sorang. last-last, lepak mph. yes!!! jumpa novel yang aku cariksejak sekian lama. da dekat-dekat jam 7pm tu, disergah oleh gedik. mujo tak kena lesing ngan aku mamat tu. ish.
the movie was ....errr...ok la... boleh la..... the hantu tak look fake. i think i loved the crowd last night. semua cam sporting melayan movie. sebab apa aku cakap camni? haha...sebab, there's one scene ni, the girls in the movie cerita-cerita seram pada one new girl in the movie lah. they told her, the pekebun bisu. and on one other scene yang the girls dalam bahaya la konon nye, the pekebun menegur bebudak tu. and on that scene, ketika pekebun tu berkata-kata, ada la sorang girl dok seat depan kami ni, terkecoh sikit...
"eh? kata pekebun tu bisu weh? pekebun tu kan bisu...bisu weh!!!"
aku tak tahan, walopon scene tu scene cemas, aku sakan gelak. and gedik menyampok budak tu,
"tu tipu je lah tadi! tipu je tipuuuu!"
and the girl tersedar dia terkecoh sikit, and dia dan rakan-rakan pun tergelak sama. aku ya ngan yeh and gedik sah-sah gelak sama.
scene lain pulak, ada satu watak ni memberitahu rakannya tentang matinya rakan satu lagi, satu panggung gelak weh. aku tak tahu la sebenarnya babak tu sepatutnya penonton cemas atau gelak, but we found it funny. hehehe.
selesai movie tersebut, sebelum naik all the credits to the movie, lampu tiba-tiba terpasang cerah dan disampuk salam seorang lelaki. seluruh panggung tertoleh ke arah suara tersebut dan terdiam.
"terima kasih kerana menonton movie histeria. how was the show? ...bla bla bla.... kami ada surprise sikit sebagai menghargai sokongan penonton sekalian. kita ada 2 orang pelakon daripada movie tadi bersama kita sekarang...Liyana Jasmay dan Ainul Aisyah!!"
wah!!! bertepuk aku. heh. i dont usually terkinja nampak artis bagai, depa pun manusia biasa da. tapi terseronok juga la tengok si kecik tu! haha. si kecik mana? liyana jasmay la. alahai....comel nye dia........ eh. dua-dua pelakon tu comel je lah. heheh
then, konon nak bergambar bersama artis tersebut la konon kan. tapi, last2, tak dapat dijejak mana pergi dorang. ceh. ada sessi quiz cepukmas sket pas show tu...alaa....si pelakon2 tanya2 pasal movie tu, and penonton2 berebut menjawab. quiz cepukmas la tu!
salah satu question;
"siapa yang diminati zeta dalam filem tadi?"
gedik mengangkat tangan. liyana pointed him to answer the question.
zeta minat.....
"saya?"
kahkahkah!!! aku alias and ya wat lawak bodo dengan mempura-pura paham jawapannya:
zeta minat gedik!! kakakaka...
(padahal gedik menanya untuk mengconfirm bahawa liyana jasmay telah memilih dia untuk menjawab soalan tersebut. kehkehkeh)
sengal!!
abis menyengal, gossip2an sebentar depan escalator sebelum menuju ke parking. heh.
send gedik back. and pulang ke rumah. on the way balik, ok je. tapi bila nak masok dari federal highway ke exit jalan 222 tuh, depan sikit, lalu kawasan perkuburan la pulak. kejadah tetiba nak ngade2 takot. sampai trafik light, AKU sendiri gelak cam antu setelah menyedari kebodohan diri nak verangans ketakotan. ngek btol!
and then, skalik lagik terkulat-kulat menahan diri dari ketakutan setelah melalui umah kosong sebelah umah aku tu. cepat-cepat tekan doorbell.
tak berjawab.
ah sudah!! mati aku tdoq kat luaq niiii.......
taklama pastu, abg imran bukakkan pintu
fuh! nasib!
pagi tadi, mummy memberitahu
"malam tadi abah masa awak takde, abah tanya mana farah! dia marah!!! sebab farah balik lambat!! abah bising kata awak tu bukan nye lelaki nak kua2 malam camtu...."
T_____T nangis lapan tempayan.
ABAH! tak buat lagik dah!!! takmo da balik lambat camtu!!!
T_____T sambung nangis!
pengajarannya: anak dara kalo, jangan gatal-gatal balik lewat malam sensorang camtu. eh, tak sorang pon jangan menggatal balik lewat sebegitu. wuuuu.
Thursday, December 18, 2008
WORKING DRAWING
Note: Entry ini khas untuk makluman kepada studiomate saya sekalian (depa baca ke blog aku?? haha)
Since Puan Akmal is actually on-leave today, so she just called this morning. To cut it short, the conversation concluded as such:
Secara kronologi nye:
1. a working drawing is a REQUIREMENT in the DESIGN subject for next semester (heh! nampaknya seperti semua lepas ek? Alhamdulillah....). note: SUBJEK DESIGN. be it, dah buat working drawing atau belum.
2. To start a working drawing, obviously we have to CONFIRM the design first, kan? So,to do the working drawing for next semester's project, we can only start AFTER solving the design.
3. Therefore, puan twisted a little bit and asked us to take the HOUSING project instead, supaya tak perlu tunggu end of next semester to start the working drawing. Motifnya? puan suruh START buat working drawing tersebut supaya next semester tak jadi lebih chaotic (note:lebih . sebab every sem pun chaotic kan? haha)
4. Puan did mention about the samples. yang tu, i tak berapa sure. but then again, takkan kita nak di spoon-feed all the time kan? By right, semua sepatutnya dah tau format working drawing kan? Untuk yang tak ambil subjek working drawing tu, dan terasa blur nak habis, just rujuk working drawing yang korang buat during practical dulu tu (tipu weh kalau firm tempat korang practical takde wat working drawing weh.) or rujuk working drawing senior-senior terdahulu.
5. Manual vs. AutoCAD? puan said, she PREFER us to draw MANUALLY. PREFER ok PREFER. untuk kita jugak. but then again, masing-masing boleh fikir sendiri, mana yang relevan. Menurut pemahaman aku ketika conversation tadi, working drawing MANUALLY done is a bonus for us lah. i guess, CAD is acceptable kot.^.^
and again, puan nampaknya MENEKAN/STRESS kan bahawa working drawing, dia mau PREFER manual. PREFER ok PREFER....PREEEEEFER! haha. (i repeat the same point, did i?)
6. Kesimpulan daripada kesimpulan ini, just START the working drawing lah. no more question asked. Tak perlu takut buat silap, kita kan still on learning process. Apa pun, Point No. 1 tadi, sila be aware of it. maybe itulah punca segala kekusutan kita ini. sekian. apa-apa tak paham, jangan segan silu bertanya saya ye, mungkin ayat-ayat saya tadi agak mary-go-round. hehe. All the BEST! see ya next semester. mwahhh!!
xoxo
Fara-d (haha! so mengada mau tiru GG. ^.^ )
Monday, December 15, 2008
dilema mahasiswi ketika cuti semester
salam.
sudah ja 12.30 malam, tapi mata tak menunjukkan tanda-tanda mau berlayar ke alam mimpi. sungguh seksa tahu. lagi pulak, sebanyak-banyak channel dalam astro tu, satu pun tak menambat hati. ish. nak menjelajah blog sekalian alam, pun sudah. apa yang belum? facebook, email sume da check, friendster, myspace yang aku jarang bukak pun aku sudah explore semua friends. gila.
alih-alih, menyengal je la, teroskan bermain pet society dalam facebook. oh, kak aida punya hal lah ni, addicted plak aku ngan game tersebut. ceh. takpe, seronok jugak. sambil meng on ym dengan status super-sengal : pungguk rindukan bulan...
motif?
bulan la ...rindu la... sungguh tak betol otak ni. tolong tune kasik betul semula ye. frekuensi sudah lari lah!
lalala...see see see.... ayat pon semacaaam je.
aku rindu hantu-hantu kmk klas M aku dulu la. fasya da bertunang (nasib ko la...meh aku canang berita ko bertunang kat sini. berita baik harus cepat sebar2 kan kankan!) TAHNIAH beb!! mwah mwah! sebelom ko jadi bini orang, baik cepat lunaskan 'utang' kita nak beronggeng di genting. kehkehkeh!
tajuk entry di inspirasikan daripada sorang sahabat baik bernama aisyah. partner in crime aku! kakakaka!! (a'ai, rela kah kau mendapat title sebegitu rupa dari aku? mwahahaha). kerja elok2 ye a'ai. hehehe.
meh meh kerja dengan rajin jom. walopon aku masih menuntut di ukm, dalam cuti2 sem ni, takpe la, aku meneman ko bekerja ye a'ai. teman as in aku pon kena berpura-pura sibuk bekerja la k! haha.
woi! aku memang sepatutnya melaksanakan beberapa projek terbengkalai lah. hari tu sebok2 dengan projek final, time2 tu jugak nak sebok idea macam-macam menderu datang mengisi kalbu. la ni, dok free as a bird, taknak plak stat menggodek rumah ni. ceh.
hmm... sebenarnya, siang tadi sepatutnya aku ke The Curve, ada gathering sekolah rendah bagi batch aku. alkisah, berpakat dengan dua orang member nak g sesama. setelah bersiap secomel abis (farah prasan...prasan prasan!!takpe...skali skala je aku verangans comel neh!), cik odie telepon
farah: ye...
odie: cik farah diana...
farah: ye cik nordiana....mana anda?
odie: farahhh...dah siap ke? kawan kita sorang niii....
farah: da siap da. u da sampai ke? nape nape?
odie: cik diyana kita tak jadi g la... dia cirit pulak. tak berani nak kua, kang naya je plak nanti. u still nak on ke?
farah: tah. u camne? i'll go kalo u nak p la...nak jumpa sangat2 pon nak jumpa korang.
odie: tu la pasal...tak syok la plak kite dua je kan...heheh. da siap ke u?
farah: waaaaaaaa!! da!! abis comel da neh! tak jadi plak...takpe la, maybe kitableh set another date some other time ek.
odie: hahaha! i pon da siap actually... k la... lain kali ek.
oh. lupa nak mention, sebab aku pon baru perasan. member dua orang tu of coz lah member sekolah rendah aku. and all three of us mempunyai persamaan nama yang sangat hampir. sorang Farah Diana, sorang Diyana Hillmee dan sorang lagik Nordiana Shamimi (alamak! tlupa binti apa! akkaka. maaf darl! ) sama sekolah dari standard 1 sampai form 3 kitorg neh. start rapat...er... tak berapa ingat bila.hehe. tapi cam da tak berapa in contact sejak aku pindah masok mrsm (cis. lupa diri betol farah diana neh!) nampak tak persamaan? semua pon ada diana. heh. diyana lagik bes, nama bapak kitorang siap sama lagik. mujo ejaan lain. yg odie tu plak, our diana punya spelling sama. ahaha.big deal la kan aku neh!
owh. teringat satu kisah. kami sekelas sewaktu kami tingkatan 2. nak jadi cerita, cikgu geografi (yang juga cikgu geografi aku masa tingkatan satu. form 1 dulu, diyana dan odie sekelas, aku kelas lain) suka soal student-student dia. ala-ala pop kuiz secara lisan lah. dia panggil "diana". memandangkan aku biasa orang panggil "farah", maka, aku wat dunno je lah. yang odie dan diyana lah tercengang cikgu tu panggil sapa, sebab mata cikgu pandang aku. aku lak wat dek je. cikgu tuh sergah la kitorang.
"diana mana, cikgu? DI-YA-NA ke...nordiana, cikgu?" bleh plak aku terbijak akal menanya.
"wat? u la...." cikgu tu cina. pelat2 sikit. comel je.
"ha? me?im farah la teacher!!"
"wat? correct la...u diana (note: dia sebut 'diana' sangat berslang ok. day-ya-na bunyi nya.) right"
aduh puan goh (cikgu geo tu la). beliau biasa panggil aku diana sebab dulu tingkatan satu, ada sorang lagik bernama fara nadiah. so, untuk elak konfius, dia panggil aku diana and the other fara, dia panggil nadiah (kot. ke dia panggil fara ek? tah la...tak ingat)
adoi. tak ke haru kami tiga orang masa tu. dah aku wat taktau je. lawak. pastu faham la, kalo dia panggil diana (with that particular slang of hers....), she meant AKU dan the other two dia akan panggil nama penoh. kehkehkeh.
now, di ukm, aku sorang je dalam studio, in fact, dalam jsb yang bernama farah. heh. so, takde confusion lagik lah kan. lalala. suka aku!
walopon begitu, ada plak makhluk suka-suka tuka nama aku, memanggil aku DIBA sebab dorang fikir nama fara-d tu bermaksud FARADIBA! ceh! apa da....
saya FARAH DIANA lah! panggil FARAH je...nak ngade2 kalo, panggil FARA-D. haha!
bukan DIBA ye... ainul adibah ada, FARADIBA ..nan ado. sekian.
ok. aku da makin melalut ni. sejam lebih gak menatap skrin mengetok2 papan kekunci. padahal, apa sangat cerita aku neh?
dush! p tdoq!!!
tamau. nak p sambung main game. kahkahkah. gudnite......
Saturday, December 13, 2008
bulan
salam.
ceh. tadi seperti punya modal mahu bercerita. bergema rembulan bagai berkumandang. rancangan sehati berdansa punya hal lah ni. lagu tersebut terngiang-ngiang sehingga membuat aku terus log-in blogger.com konon nak mencoret lah kan. sekarang??? ayo!
hoi hoi.
apa ni?
kejap gema rembulan.
ni bella luna pulak?
eh sekejap? kenapa dua-dua lagu berkaitan dengan bulan weh?
eleh...baru dua lagu bulan dah kecoh. dua je pon. kehkehkeh.
abaikan.
kenapa celaru entry hari ni ye?
(ngek. entry aku memang selalu serabut pun. lalala)
saya sangat teringin KELUAR dari kotak selesa di petaling jaya ni untuk menenangkan diri (hak tuih! ngengada punya keinginan da.... )
ni gara-gara kempunan rancangan ke sungai gabai sewaktu akreditasi tuh hari tu tak kesampaian lah ni. huwaaaa.....
abah sebenarnya planned to send hanif back to terengganu after raya haji break hari tu. akan tetapi, dek kerna banjir bagai dan musim hujan, maka, plan remained as plan je la.
weh. tetiba teringat reunion dak2 kmk klas aku kat PD tuh. dok tepi pantai memalam buta... borak melawak gelak cam hantu, mendengar deru laut... ayo! miss those ppl la. woi! bila nak gath lagik woi!! (cih! sopan sunggoh bahasa aku yer...haha!)
tau apa aku mahu sekarang ni?
ye...cuti! walopon sedang semester break,
dan konon nya mahu diisi dengan penoh ilmiah
dengan kajian topikal konon nya
dengan design kabinet untuk mummy kononnya
dengan plan revamping tingkat atas menjadi dua ruang konon nya
semua hanya...KONON. ok. KONON.
adui.
mungkin aku perlu betul-betul bercuti hirup oksigen yang SELAIN dari yang terkandung dalam udara petaling jaya ni kot, baru lah lebih bersemangat mahu mulakan segala ke-konon-an yang telah disenaraikan tadi. hahahaha...eh ...silap. HAHAHAHA!!! farah diana penuh alasan. tolong tampar diri sendiri, farah!
berbalik kepada kemahuan aku tadi...
apa yang aku mahu?
aku mau duduk tepi laut di ketika pekat malam, sambil menonton bulan dan bintang dilangit, dibuai lagu dari deruan ombak laut, serta disapa hembusan bayu.
fuh! sangat la berangan. mak aihh... apa kena la aku ni??
satu lagik angan-angan yang aku reka dalam bentuk dialog:
fara-d: chika! jom karaoke jom!!!
chika: farah! GET OUT!!!
Tuesday, December 09, 2008
miss drama
assalamualaikum.
heh. salam aidiladha semua.
seperti biasa, saya beraya di petaling jaya sahaja. hari pertama, biasanya diluangkan khas buat family. selepas solat sunat hari raya, akan singgah di rumah wan nun (cousin abah) dan kemudian, pulang ke rumah dan sanak saudara terdekat akan datang berkunjung. oh, dah lama tidak melihat rifkiey (anak cousin ku, cucu adik mak saya) . comelnyeeee! (gambar? wah! saya sudah makin malas upload gamba la...nanti la, wa lajin nanti wa edit2 sket and upload kat fotopages sajo! hehe)
oh. tujuan saya menulis hari ni kerana tetiba terasa mau menulis pasal cik drama swasta iaitu my dear cousin; erin. heh. she IS annoying most of the time, tapi sometimes, kesengalannya teramat la memecah kan sendi dan usus serta perut aku. angkat bendera putih la aku kalo lawan tahap sengal dengan dia kot. haha
the stories below are not in sequence, by the way....
1: raya semalam, erin came with her sis, mama and her papa. aku biasanya bersekongkol dengan si kakak. seronok tengok erin sentap (yes, im bad!haha) oh, yes. the kakak is the same age with my brother. tu link kat kiri tuuuu....yang miss elle tu ler....
back to the story, i usually will chit chat with eleena (the kakak), melawak bodo segantang dua. or just simply duduk sambil enjoy the food (as for semalam, both of us melahap choc chip cookies nana.haha!) then, ada satu waktu ni, nana, erin and eleena duduk2 lepak di bilik maktok. suddenly, (apa sebab tah but i heard from nana the story is like this lah...) erin tiba-tiba keluar statement.
erin: huh! kakak tu...mengada! mentang-mentang la ada perempuan gedik!!
nana&eleena: ha..? (and nana was wondering siapa the so-called perempuan gedik since there were only maktok, eleena, erin and nana sahaja in the room)
nana: sapa perempuan gedik nye erin? takkan maktok?
erin: FARAH lah!!!!
ok. when i heard the story, sakan aku terbungkang gelak. well, i take that as compliment tho!
and teros bergaya segedik mungkin kepada erin. saja je, seronok menyakat la katakan.
me: well, kakak! i LOVE being gedik! we're the PEREMPUAN GEDIK gang ek, kakak! ho yeah!! class! (okay, i do exagerate a little but i do laughed out loud and declared the gedik gang with erin's kakak!haha. berbulu je si erin tu geram tengok aku gang kakak dia. mwahaha!)
2: i was busy loading the kelisa with the models and presentation boards yang dipamerkan kat rumah tengku puteri during the recent accreditation visit. suddenly, the phone rang. nama erin tertera. i thought it was erin,as in the 1st year student that called me, but on second thought, "bila masa plak aku save number erin the junior 1st year neh?"
erin: farah!! erin ni,..... (ok.. dari suara dia je dah boleh sense petanda permulaan 'drama')
me: *smiles* ha. amende? org bz ni...apa hal ni?
erin: erin nak cakap tapi takot farah marah...
me: lah. tak cakap lagik da kata farah marah....
erin: erin tau, farah mara punye ...huaaaaa (dah! dia da stat da drama air mata dia. kalo tengok muka dia nangis mau lagi sakan aku guling gelak!)
me: apa hal ni? da stat la drama dia tu...apebenda?
erin: meja lukis farah tu...huk huk.... erin tadi duduk atas lantai...hukhuk... erin nak bangun tu eri tertekan meja fara...pastu...huuuuu....farah mesti MARAH!!! waaa
me: *pura-pura marah* dah tau awak tu 'kecik', yang g tekan meja tu kenapa?meja tu mana tahan load apa2....bla bla bla (padahal sakit perot tahan gelak depan ai ke nurul tah....)
erin: huuuuuuu (meraung menangis dalam tepon. sakit jiwa aku dgr dia nanges)
me: dah dah! stop nanges. lagik nangis kang farah marah!
erin: *sniff!sniff*
me: dah! stop! and jangan jadi naughty girl! kalo erin degil, farah suruh erin ganti meja yang sama! susah2 je dlu farah cari meja tu tau! jgn cari pasal ngan org tau! kang farah TUNTUT meja tu...dah stop nangis! nyampah!
erin: k *teros letak. sambung nanges la tu!*
3:
nana: farah! erin perasan nama dia nama luar negara
farah: ha? wat? y?
erin: ye la....nama erin kan org putih pun guna. kan international nama erin.
nana: *kasik hint* ala... erinbrokovich la bagai.... verangans diva la tuuu
farah: eleeehh...nama farah pon lagik oversea! nama princess lagik; princess diana ada... farah tu pon nama queen tau!!
erin: *sentap. bengkek sebab tatau nak lawan apa lagik!*
(haha! ye, aku memang suka menang! who doesn't? kehkehkeh)
4:
farah: erin.... nana cakap hari tu, erin nak jadik ibu tunggal?
erin: haah! cita-cita erin nak jadik ibu tunggal
nana: tamo kawen?
farah: ibu tunggal tu apa?
erin: ibu...ada anak, takde suami....
farah: macam mana nak ada anak kalo takdak suami?
erin: ye la, ibu tunggal kan suami dia mati (see...how berpengaruh the tv is these days....ayo!)
farah: eh? abis tu? kata tamau kawen? ada pulak suami ngan anak?
erin: ye la... pas kawin, ada anak, erin cerai la.....
YA AMPUN!! budak ni.... sungguh tak paham konsep la... nak marah ke nak gelak? tapi serius, aku tak rasa dia memahami lagi konsep ibu tunggal tu macam mana. ayo. maybe just because she loves cute friendly babies, she wants to be a mom. she's 10 and im quite worried if she thinks that marriage and divorce is just nothing. eheh. yes, im overreacting. i dunno y, but seeing kids these days, pemikiran mereka sangat pantas berkembang, how come erin masih keanak-anakan pemikirannya? give her chance farah, she'll grow up.
p/s: satu enty mengisi masa lapang sementara menanti waktu zohor kerna pas zohor akan ke rumah sahabat baik si kaki kecik. ngehehehe
Sunday, December 07, 2008
girls day out (konon!)
salam sejahtera semua.
wah.....macam dah bersawang je blog ni eh?
ahaha....
hmm... baru sahaja pulang dari ukm (atas urusan program akreditasi bagi batch aku, khususnya buat mereka yang baru grad itu) Alhamdulillah, semua berjalan agak lancar jugaklah. program tersebut sebenarnya secara tak langsung membolehkan kami berkumpul dan beramah mesra semula setelah sekian lama tak bertemu (eceh!) wah! rindu lah kalian!wahwahwah! sepanjang seminggu berkampung di bandar baru bangi tu, macam-macam aktiviti sampingan yang kami layankan, oh, semestinya lah disamping melaksanakan tanggungjawab kami memastikan segala bahan pameran dan keperluan lawatan akreditasi tersebut agar berjalan selancar yang mungkin.
tapi kan, segala panas penat lelah tersebut semua seakan-akan hilang bila rakan-rakan karib yang dah bekerja majoritinya, turun padang dan sama-sama meriuhkan suasana. wahla!! macam-macam wo! seronok gila! tahniah! tahniah! eekekek!! tiap-tiap hari, ada je planning nak beraktiviti. sungai gabai la(KONON! tapi sampai ke sudah tak terlaksana! *sigh*)... karaoke la... shopping la.... merayap la.... fuh! dah lama gak tak menyengal sebegitu rupa. oh, saya tau saya banyak sengal sebab kerapkali wrong timing untuk membawa d40x milik abah (yang suka-suki aku menghartaperibadikan. hehehe) bila bes-bes jalan sambil menikmati pemandangan di kuala lumpur tu, kamera tak di dalam tangan. adoi doi...camne la nak test skill kalo asik lupa bawak kamera tuh kehkehkeh. (ceh ceh! tulis maaaacam la reti sangat guna menatang tuh kan... lalala! sebab tak reti la kena practice kan? ngeee)
weehu! oh, really had fun lah for the past one week. now, starting to miss them already. nurul...shida.... ai.... ya.... a'ai... nuar.... enul (ngade nak miss enul gak, padahal baruuu jumpa semalam! haha) .... mekti.... eh, SEMUA lah... korang, take care of yourselves ok, till we meet again, insyaAllah.
*gambar? later lah.....dalam fotopages je lah aku upload nanti! huhu. malas nak mentransfer. ngeeeh!
6dec2008. saturday.
picked ainul at taman paramount LRT Station. then head straight to kota damansara. oh, tujuan perjalanan tersebut adalah untuk mencari bilik sewa di kediaman berdekatan. 15hb nanti ainul stat kerja kat firm di area seksyen 6 kota damansara itu! wow!Tahniah beb!! ngiaaaah! all the best.
cari punya cari, ada lah akhirnya sorang akak ni kasik respon. dia bawak kami naik nak tgk bilik la konon. umah tersebut tingkat empat. sampai tingkat 4, silap. turun semula, panjat lagik. silap lagik...rupa-rupanya, blok ketiga baru betol. aish! the kakak hanyalah perantara. tuan punya umah ada dirumah, nasib baik la. well, kedua-dua akak tersebut both friendly. Alhamdulillah, semoga ainul seronok bekerja dan tinggal di situ. heh! kang aku cuti2 nanti leh g serang ainul on weekends!yeeha!
abis mencari, kami menapak ke cineleisure. yeeeha! makacih cik ainul! ngeh ngeh! kami menonton Wild Child. ada sedikit kejadian lucu ketika beli tiket.
farah: wild child, dua orang next show please.
ticket girl: next show, 3.25pm. 2person. seat mana?
aku dan ainul terpinga-pinga memilih
ticket girl: screen kat sini (sambil menunjuk ke arah kedudukan screen dalam pelan seat)
ainul: alaaa...dekat nye,....
ticket girl: nak couple seat?
ainul & farah: (tercengang dan terpinga-pinga buat kesekian kalinya)
ticket girl: heh heh heh (NOTE: she really laughed like that. sebijik sebijik heh dia tuh! hehe. funny tho. sambil mata sinis je...notty girl!)
ainul & farah: (gelak sakan tanpa peduli orang sekitar)
farah: boleh la... hari les sedunia kita hari ni! haha
ainul: (memilih seat yang tengah-tengah)
selepas purchase the tix, kami bersolat zohor, kemudian menjelajah the curve dan dia nya flea market. tapi, tanpa membeli apa-apa. sekadar membuang masa sementara menanti waktu tayangan bermula.
again, kami menyengal bila masok panggung. tak pernah dok couple seat la katakan. oh amat maaf kerna sangat menjakunkan diri. adoi. sangat peghak ok aku! terkonpius2 aku mau make sure mana satu our so called couple seat. mujo la pemilik2 seat2 sebaris kami belum tiba. sempat la kami berjakunan sebentar. LOL. oh my. sangat lawak la aku rasa, aku DAN ainul tak abis mengekek gelak sbb kami di tgh2 dan di kiri dan kanan kami haruslah COUPLE normal yg bermanja sakan menonton wayang kan. (mujo tak wat wayang, kalo tak siap aku luku2 depa. lalala) my oh my... tak larat aku tahan gelak. tatau nape. macam sgt la peghak kan aku ni. maaf ye, fara-d mmg macam ni. cacat sket.
heh. after that, berjalan sekejap dalam ikea (ainul mau survey katil, i mau carik idea revamp my soon-to-be room. heheh)
dan kemudian, sent ainul back to lrt station dan aku menapak pulang. sekian.
p/s: tadi macam banyak mende nak citer, tapi dah macam blank pula. lain kali ye.
Subscribe to:
Posts (Atom)