Assalamualaikum.
Hai blog. Sudah lama tak ketemu.
Oh iyalah, tuan kamu ini kan suka tanam tebu di bibir. Sedap jugak telan air tebu sejuk dalam cuaca suam suam macam ini ye dak?
*krik. Krik*
Wait. Aku ini sudah tua sebab masih layan blog atau memang aku ni suka acah acah ramai orang nak ambil tahu pasal kehidupan diva aku?
Agak sedih bunyinya disitu. *seret selimut dan sekotak tisu nangis bawah tangga*
Sebenarnya, aku lagi suka tak ada orang baca. (Ye Farah, dah seratus lapan belas juta kali kau sebut kau suka orang tak baca blog kau, Farah. Kau bitter ke apa sebenarnya? Pfft!)
Bagi aku, ini cara oldskool aku untuk ganti masa lapang aku yang dah lama tak diisi dengan travelling kerana uang lebih pantas travel mengalahkan bullet-train.
Kenapa tak tulis diary?
Sebab kalau tulis atas kertas, nanti makin banyak pokok ditebang demi seratus helai kertas sehari untuk memenuhi kehendak ku menulis. Ececehhh. Over sangat kau!
Oh tidak lah, katalah ada orang terjumpa diary berbentuk hardcopy, tulis pulak punya laaa cheesy kisah kisahnya, tak ke aku wajar terjun longkang menahan malu sebab tatabahasa mahupun tulisan cakar ayam itu? (Ehh. Walaupun aku cikgu tadika yg memerlukan tulisan aku comel supaya askar askar aku paham, tapi bila mood mengarang aku muncul, tak mustahil tulisan aku jadi macam tulisan bahasa Sanskrit)
Baiklah. Sementelah ada mood sekangkang kera sekali sekala ni, apa kata aku update kisah kehidupan seribu dua ribu menjak ini, fefeeling je lah konon ada peminat teruja nak baca perkembangan hakak yang kembang sentiasa ini *kesat hingus lagi sambung nangis*
1. Alhamdulillah, dah masuk tahun kedua hakak menjadi guru tadika yang makin saiko. HAHAHA.
Disebabkan aku memang tak reti marah, tapi tahun ni saiko aku makin merunsingkan agaknya.
Yang mana student lama tak pass jugak abc, hakak tulis abc sampai z kat tapak kaki dia guna chopstick (rasakan. Menggelupur geli kau Nwahahaha!)
Yang jerit kat aku, aku bagi pilihan nak timeout muhasabah diri satu minit atau nk kena ikat kat tiang (i know! Itu sounds scary, tapi itu je pilihan yg si degil takkan pilih. Hiks. Hakak akan cuba perbaikpulih pilihan jawapan denda bagi yang misbehave ye anak anak. Just so you know, sikit pun tak pernah hakak nak rotan ke cubit ke bebudak ni. Amanah kot. Termarah sikit pun lepas tu aku yang cengeng bila nak tdo malam tu, ni kan nak sakitkan dorang pulak, takkan mampu). Saiko paling tak boleh belah adalah apabila aku suruh dorang pilih nak teacher Farah versi garang ke versi cakap lemah lembut. HAHAHAH.
2. Ekonomi nak kata stabil tak juga, tapi Alhamdulillah, sentiasa cukup, dan surprisingly tak sangka mampu juga nak usahakan setelkan sendiri sedikit sebanyak hantaran tanpa meminta claim daripada bonda mahupun encik Tunang.
3. Badan makin kembang. Orang makin dekat majlis depa makin giat diet lah excercise lah nk kurus, aku makin craving makan memacam. Eh tampar kang!
4. Sedang stabilkan kesihatan.
Ini tak mampu nak elaborate sangat. Tapi salah satunya baru baru ini aku kurang darah. Jenuh jugak lah kadang kadang tu sampai sakit belakang. Eh ada kaitan ke?
5. Survived from dengue. Syukur sangat, sebab tak pergi check pun. Masa sakit muntah muntah sakit belakang segala baru check dan doctor kabor kata darah aku ni pernah kena denggi.
6. Sejujurnya, aku dengan encik Tunang masih kenal mengenal. Kalau kau tanya aku kenapa aku boleh jadi dengan dia, entah aku tatau nak jawab macam mana. I just feel it is him and it is time. Walaupun aku masih tak reti mengemas rumah, tak reti masak nasi dagang, tak reti goreng bihun putih kegemaran encik Tunang, masih belum mencapai berat badan ideal, masih sememeh masih blur pada situasi situasi tertentu, masih degil dan fickle terhadap careerpath, and the list goes.
Kadang kadang ada juga lah rasa betul ke dia nak aku, dia tak malu ke bakal isteri dia ni sado kemain ni? Sanggup ke kalau tiba tiba isteri dia ni nanti serba kurang belaka ni, lemak je lebih (pfft!)
Tapi entah, bila berbual atau berjumpa, hilang semua questions tuh. Malah hati makin sayang. Gituh kau Paghah, bukan main cliche sangat pui!!
Baiklah, itu petanda aku perlu segera stop menulis post ini sebelum my future self muntah darah bila baca balik post ini barang setahun dua akan datang.
Yang Terkejut Budaya Barangkali,
Farah Diana.
No comments:
Post a Comment