Tuesday, December 02, 2014

Kisah Jalanan India - Day 4: masih Varanasi



Salam uols!
Ok. Dah puas rafting kan. Meh sambung journey India pulak.
Hari keempat di India, hari kedua di Varanasi.
Bangun seawal pagi, naik boat lagi menyusuri Sungai Gangga. Again.
Entah tak ingat dah macam mana boleh terpujuk hire boat again.
Kali ni, dapat la menjamu mata rupabentuk bangunan pesisir sungai terpanjang tuh.
Waktu di Kolkata, Rishabh ada rekemen what to cari di Varanasi. Maka, kami pun dengan bantuan Avi meredah cari Blue Lassi, sebuah kedai jual lassi. Lassi...ala... Yogurt tuh. Dah pegi tempat orang, mahulah merasa specialty depa kan. So Lassi was one of it.
Kedai kecik je. Tak tahulah kenapa namanya Blue Lassi sebab Lassi dia semua pun kaler putih. Tapi macam macam jenis ada, dari yg original, hinggalah yg berbuah buahan. Sebab nak merasa je kan, kami pon pilih 5 jenis. Errr. Tapi da lupa dah perisa apa. Lalala.
Lepas melayan lassi...kami jalan pulang menyusuri ghat ghat dan bangunan bangunan lama. Sekali sekala, akan lalu lah sekumpulan mengusung mayat yg sedia untuk upacara bakar.
Sampai kembali di guesthouse, sesiap packing dan makan maggi lelaju sbb nak kejar train pula.
Sekali lagi, merasa naik auto untuk ke train station.
Maka, malam kelima kami di India kami spend di atas train menuju ke Agra, dimana terletaknya destinasi wishlist aku iaitu Taj Mahal. Yeahuuuuuuu!














No comments: