Showing posts with label India. Show all posts
Showing posts with label India. Show all posts

Sunday, January 25, 2015

Kisah Jalanan India - Day 5: Agra


Assalamualaikum Bobo! Rindu cik Paghah dak? 

Memandangkan memang setahun dah peram travelogue dalam otak semata-mata, maka memori sudah semakin karat. 
Tapi! Untung Catatan daerah seterusnya selepas Varanasi sangat kemas dalam ingatan, barangkali sebab Taj Mahal is one of my wishlist. 
Dalam episod kisah Jalanan India aku yang lepas, perjalanan dari Kolkata ke Varanasi kan ku bilang lama.
Or. So. I. Thought! T_T
Selepas salam perpisahan dengan Avi di train station Varanasi (Thanks Avi. you are such a great host, darling!), kami meneruskan perjuangan ke daerah seterusnya, Agra. 
Mulanya, kami nak bermalam di Agra dan gerak ke Jaipur the next day. Tapi atas saranan sahabat online, rata rata kata di Agra hanya ada Taj Mahal je pun, rugi je duduk bermalam situ sebab not really much to see there, maka kami beli tiket dari Agra ke Jaipur petang tu jugak.

Jeng jeng jeng. Nak jadi cerita laju sikit, train ke Agra tuh punyaaaaaaa lah lama, lagi lama dari yang ku sangkakan api itu kelip kelip. eh. yang mek konon rasa Kolkata-Varanasi dah cukup kematu, Varanasi-Agra lebih lagi keras kami. 18 jam hambek kau!! Sampaikan lari dah schedule kami. 
Silap haribulan jugak kami atur perjalanan singgah di Taj Mahal di hujung minggu, memang manusia macam semut!! Stress mek okeh!
Dek kerna kekangan masa, langkah diatur secara amat laju. 
Beli tiket (nasib baik tourist, walaupun tiket sangat lah terlebih mahal, tapi tak perlu queue sepanjang alam itu!) dan bergegas masuk. Dan nak masuk tu, ada security check, siap ada scanner tuh ok! Ada pulak bahan tak diizinkan dalam beg mek dan Ar. Time ni rasa nak bukak silat je sebab dah sah sah masa terhad, dah tak pasal pasal kena cari locker pulak. Guess what, the locker was about a few BLOCKS away!! *muzik sedih berkumandang*
Nak tak nak, kami pun BERLARI ke untuk simpan barang-barang berkenaan. Terbazir sedikit masa disitu. 



Sudah mek bilang, manusia kan ramai di Taj Mahal di hari kami disitu, maka, nak dapatkan shot yang best pun agak nasib lah juga. Dengan team kami terpisah sat sebab ada yg kelam kabut cari toilet, yang kelam kabut ligan pi simpan bag nya, dan sebab waktu dah agak suntuk, kami masing masing posing secara individu or sekerat sekerat. 




Ha! Nak masuk ke dalam kawasan makam tu, sila lah sarungkan kasut korang dengan sarung putih yang dah diberi tu. One thing i like about their building there (tak kira la makam ke kuil ke ghat ke), mereka ni amat control kebersihan, walaupun hakikatnya di luar di jalanan segala sampah dan debu sangat bersepah tanpa mengira masa dan usia. Eh?


Selesai melawat mentawaf mengkagum menyanyi menggolek lagu Hindustan keliling Taj Mahal ni, yang tak la lama mana sangat tu dek kerana nak mengejar train ke Jaipur pula, kami pun bergegas kembali ke station. Tapi harus on the way kami singgah cari souvenir. Pada pendapat jujur aku, souvenir kat Agra ni macam erm....... maybe sebab dah congested with tourist punya label bagai, maka harga pun hmmm. Dan kualiti pun ala kadar je. Unless kau nak mencari yg replika Taj Mahal, itu wajar kau cari disini. But please pandai-pandai la nilai dan belek dahulu okay, kang diketuk tak pasal kau saman aku, memang mek tak layan. EH lagi? As usual, di India, kat ceruk mana sekalipun, sila tawar kaw kaw, tapi hagak-hagak la, jangan la sampai menganiaya depa na, itu periuk nasik depa. 

Nampak tak aku dah habis idea nak tulis apa tentang Day 5 ni? 
Ye.
Mek ulang, memang singkat sangat duration kitorang di Agra ni. Touch N Go katanya.
Maka, See uols at Day 6 di Jaipur ok uols! ^_^

Till then! ^^

Tuesday, December 02, 2014

Kisah Jalanan India - Day 4: masih Varanasi



Salam uols!
Ok. Dah puas rafting kan. Meh sambung journey India pulak.
Hari keempat di India, hari kedua di Varanasi.
Bangun seawal pagi, naik boat lagi menyusuri Sungai Gangga. Again.
Entah tak ingat dah macam mana boleh terpujuk hire boat again.
Kali ni, dapat la menjamu mata rupabentuk bangunan pesisir sungai terpanjang tuh.
Waktu di Kolkata, Rishabh ada rekemen what to cari di Varanasi. Maka, kami pun dengan bantuan Avi meredah cari Blue Lassi, sebuah kedai jual lassi. Lassi...ala... Yogurt tuh. Dah pegi tempat orang, mahulah merasa specialty depa kan. So Lassi was one of it.
Kedai kecik je. Tak tahulah kenapa namanya Blue Lassi sebab Lassi dia semua pun kaler putih. Tapi macam macam jenis ada, dari yg original, hinggalah yg berbuah buahan. Sebab nak merasa je kan, kami pon pilih 5 jenis. Errr. Tapi da lupa dah perisa apa. Lalala.
Lepas melayan lassi...kami jalan pulang menyusuri ghat ghat dan bangunan bangunan lama. Sekali sekala, akan lalu lah sekumpulan mengusung mayat yg sedia untuk upacara bakar.
Sampai kembali di guesthouse, sesiap packing dan makan maggi lelaju sbb nak kejar train pula.
Sekali lagi, merasa naik auto untuk ke train station.
Maka, malam kelima kami di India kami spend di atas train menuju ke Agra, dimana terletaknya destinasi wishlist aku iaitu Taj Mahal. Yeahuuuuuuu!














Thursday, October 23, 2014

Kisah Jalan Jalanan India - Day 3: Varanasi

Salam semua!



Apa khabar janggut korang ha? Smart kan bela janggut tunggu kemunculan episod 3 Kisah Jalanan India aku kan. HAHAHAHAHAokaytaklawak!

Baiklah. Tak mahu intro panjang lebar sangat walaupun hakikatnya, meleretkan intro tu adalah kepakaran cik Paghah ini.

Kisah perjalanan di India sedikit sebanyak sudah berkarat lah jugak, tapi thanks to the cakaran ayam, dapat lah recall balik serba sedikit pengalaman kami di sana.

Day 3: Varanasi.
Episod sebelum ni pengalaman pertama train malam kan. Maka, menjelang pagi, the second tier of the sleeper class biasa nya akan di turunkan so that we passengers can sit pulak after penat tidur sepanjang malam. Menjelang siang, makin ramai locals hop on sesedap rasa, maka the train makin padat. Aku dan Ar duduk bertenggek di isle seat and the rest bertenggek kat the window seats (with the bags, of course). Dek kerana makin crowded, agak mengerekot jugak kami duduk memuat di seat kami tuh. Dan nak jadi cerita panjang sikit, journey ke Varanasi tuh TERSANGAT lah panjang (rujuk sketch hahaha. dan Video tak seberapa. kenkonon nak belajar vlog tapi mek ni pemalu orangnya! *pui!*)
So, apa kami buat dalam perjalanan super lama itu?  Rekod video entah hapa, yours truly jadi pengacara tak bertauliah bersama mek Ar, tapi bila menonton semula video obviously suara kami agak tenggelam dalam bunyi angin yg bergerak. Haihh! Tak dapat la korang nak dengar suara merdu weols! HAHAHAHAMPEH!
Selain tu, aku dan Ar (dek kerana teruk sangat lama perjalanan train tu dah habis buntu dah tatau nak buat apa, nak merayau sepanjang gerabak haruslah tak logik sebab keretapi dah makin sesak dengan manusia seluruh alam) main interview interview ala2 tengah mengacara rancangan travel kenkonon nya dengan vocab English yang bersepah habis. T_T. Snap snap gambar syok sendiri, main candy Crush (aku lettew!) Ahli ahli lain ada yg mingle dengan kanak kanak local yg share compartment sleeper kami tuh. Ada dua tiga lagi sambung sengguk ternak taik mata, ada dok putar iPong main game. Enjoy scenery perjalanan yang tak terakam dek kamera sebab agak tebal kabus sepanjang perjalanan.

Nampak tak nampak tak nampak tak? Nampak tak betapa panjang perjalanan sampai kan bukan main berjela perenggan awal nak explain kisah dalam train SAHAJA. Sampai di Varanasi, kami disambut oleh sahabat kami (kenal melalui sorang couchsurfer jugak) bernama Avi. Avi sangat friendly and cheerful, terus masuk dengan kepala gila enam ketul kanak kanak dari Malaysia ni. Kami di bawa check in di Om Shanti Om Guest House dulu. Freshen up setelah almost 24 hours lebih jadi kambing jadian tak mandi.

Ok. Iklan jap.
Korang, kalau korang travel tempat sejuk, korang tetap rajin mandi atau korang selamba je maintain tak mandi sebab tak perasan pun berpeluh sakan whatsoever?
Sebab aku yang pemalas mandi gak ni, aku suka weh berendam (ok. overina sedikit disitu nak berendam padahal shower je yang ada) air dingin. SUKA ok SUKA!! Memang tak kalut lah aku nak gigih cari water heater untuk mandi sebab, mek ulang; AKU SUKA AIR SEJUK! ok. sekian iklan.

Lepas freshen up segala, Avi bawak kami around the pekan, dan oleh kerana agak berkejar nak naik boat untuk menonton upacara di pooja di ghat sepanjang sungai Gangga tu, Avi suggest kami naik Auto (depa panggil auto. similar tu tuk tuk di Thailand. 2 auto-rickshaw utk memuatkan kami seramai enam ketul ini. So, 3 ketul satu auto. Ok first time aku naik tuk tuk/auto whatever they call it. Sendat ok. Dan benarlah bagai dikata, bila naik autorickshaw, percayakan drebar auto itu. Dia bawak kau selaju yg mungkin di segala celah laluan bangunan dengan hebatnya! (rujuk video Day 3: Varanasi on Auto). Sesendat alam i tell u! Rasa macam nak tercampak keluar tapi kami selamat. Cekap sungguh para drebar autorickshaw di Varanasi neh!
So, we went on a sampan. On the way nak ke sampan tu, situasi normal di sana, akan ada local yang akan cuba jual almost anything kepada tourist. In this case, a few kids were trying to sell us candles to be lit and dihanyutkan di Sungai Gangga (ps: please sahabat Muslim, kami bukan termakan dengan ritual itu, cuma kami ada sebab kami yang bakal aku huraikan ni). Berbalik kepada ketika kami berjalan ke sampan, kami disapa a few kanak kanak jual candle. This one girl named Pooja (if im not mistaken), gigih sembang dengan kami nak sell off her candles. Kami semua kagum dengan slang English dia yang FUYYOOO sangat mat salleh OHKAY! interesting girl, sebab dia petah berbicara. Kami sempat tanya dia belajar English kat mana, tanya umur dia segala, and she answered each question dengan sangat teratur grammar dan vocab, Dan akhirnya, dengan niat semoga dia rajin belajar dan naikkan taraf hidup dia di sana, kami pun beli la seketul lilin dari dia. Sweet girl, i must say!

Sambil dok menonton upacara mereka, Avi explained things around sambil diselit soalan-soalan curious dari kami tentang upacara, adat resam mereka di sana. Apparently, menurut Avi, (correct me if im wrong, ini hanya pemahaman aku yg dah agak berkarat), di India, kos kematian adalah jauh lebih mahal dari kos menyambut kelahiran. Selain itu, ada beberapa keadaan yang mayat tak dibakar tapi di hanyut etc. Sambil diceritakan segala adat resam mereka, ada jugak exchange budaya adat resam kita di Malaysia juga. Kira pertukaran pengetahuan budaya terjadi gituh. Seronok jugak share and compare culture orang dengan kelaziman kita disini.
Dan entah macam mana, on the way pulang, boleh pulak ada sesi belajar mengayuh sampan! Hadoilah! memang lambat la sampai ke tebing bila kasi kami kami ni terkial kial dayung sampan tuh.
Info: Sungai Gangga tu adalah holy river for the Hindus, dan merupakan trans-boundary river yang merentasi India dan Bangladesh. Varanasi pula adalah daerah yang mempunyai paling banyak series of Ghats di sepanjang sungai tersebut. Ghat tu apa? "a series of steps leading down to a body of water, particularly a holy river." (Sumber: Wikipedia. nk lebih lanjut, kau Google lah okeh. Tak kuasa mak mwahahaha).

Dek kerana dah malam, maka rupabentuk senibina ghat ghat tuh tidaklah dapat kami nak jamu mata sangat. Maka, sehabis our boat ride, kami yang agak kebuluran menerjah ke sebuah restoran by the river menjamu perut yang sakan berpesta rock kapak. Jeling jeling meja keliling sebab blur tak tau apa nak order sebab time ni Avi left us to have our dinner by ourselves.
Lepas dinner, kami naik trishaw yang muat muat dua ketul satu trishaw. Sedih ok tengok brader yang kayuh ...eh jap...menatang tuh rickshaw ke trishaw? sesuka hati kau je, Paghah!
*setelah Google sedikit maklumat* ok. Rickshaw yang human tarik tuh, trishaw yg ala beca tuh kot.
Agak sedih sebab terasa kesian brader tuh gigih mengayuh nak bawak kami yg cecomels neh!
T__________T
HAHAHAcis!

Balik guesthouse comel, dan pengsan berjemaah.

Menarik ke pengalaman weols neh?
Oh well, I am sorry for not being able to put the memories into proper words. Tapi setiap langkah perjalanan tu, buat kita insaf, dan melakar pengetahuan dan pengalaman baru. Buat kita sedar kurang lebihnya kita kat Bumi Allah yang luas ni, betapa kerdilnya kita ni.

Contoh, kanak kanak perempuan speaking berhabuk tadi.
Aku sangat terharu tengok kegigihan dia dan kepetahan dia mencari rezeki untuk menampung kehidupan dia. And she seemed like a very hardworking girl yang very eager to explore the world.
Which hits me, i have had all the luxury of growing up comfortably (Alhamdulillah, tak la mewah tapi cukup lah serba sedikit), yet i might have been taking things for granted all these while.
Nak cerita isi hati kesimpulan pengalaman perasaan berjalan di sana memang lapan kajang kertas pun belum tentu habis sebab kau tahulah, yang nama Paghah ni memang suka memanjanglebarkan karangan. Kalau masuk exam selalu jenuh adjust balik karangan kasik cukup patah perkataan,

Apa yang penting...kerjasama!
ok #lawakhambar
Apa yang penting, kita buka mata, dan jangan hanya bertelagah dengan orang tentang norma kehidupan yang disogok depan mata kita, sebab di sebalik sana, ada cerita lain yang berlangsung. Pokoknya, kita cherish diversity.

ps: Time naik train tuh, kalau boleh, elakkan lah nak enjoy pemandangan sangat dikala train baru gerak meninggalkan stesen ye. tunggu dah jauh sikit ye. err.... er... sebab...errr.....nanti la next episode mek cerita.

Yours truly,
Farah Diana MH
#sukatamatceritatetiba


[Video] Day 3: From Kolkata to Varanasi

[Video] Day 3: Varanasi on Auto

Welcome to Varanasi. Sekodeng Varanasi dari atas keretapi

Upacara di salah satu Ghat di tebing sungai Gangga

Auto-rickshaw yang sendat dengan 3 ketul rakyat Malaysia

Rickshaw yang ditarik beskal. Terima kasih abang sudi mengerah tenaga hangkut kami! T_T

 Ye. Yang nama Nur Iman ni memang pentidur tegar. Atas bot pun boleh lena sesungguhnya.

Crash course: How to dayung sampan!

Monday, January 20, 2014

Kisah Jalan Jalanan India - Day 2: (masih) Kolkata

Assalamualaikum.


Baiklah kawan-kawan, ahkak sambung bebelan ahkak ye!
Hari kedua di Kolkata, sesubuh hari seawal 5.00pagi itu, kami pakat repacking backpack kami. Almaklum, susunan sebeban di bahu itu perlu la diatur secara bernas ye adik adik. Kalau tak, alamat keras la bahu ahkak nak meneruskan perjuangan dua minggu di India nun. Sementara menanti waktu check-out, team kami berjalan di kawasan sekitaran New Market. Secara personal, aku bertahan menahan diri dari melancarkan mode shopaholic aku ketika itu. Bukan la sebab menarik sangat pun nak di shop kan sekitar New Market tu, cuma aku ni kadang-kadang kalau datang angin dia gedebuk gedebak nipis sekelip mata dompet yang tak berapa nak tebal tuh! =.='
Nota khas: Aku baru perasan aku tak catat nama tempat-tempat penginapan sepanjang trip kali ni. Hampeh benar kau, paghah! Macam manaaa nak jadi reporter ni hah?! #berangan

Selesai check-out, masalah pulak dah nak campak beg-beg kami ni kat mana. Keretapi kami ke lokasi seterusnya 8.30malam. Ada lebih kurang 8 jam lagi kami boleh explore Kolkata tu. Nak tinggalkan kat hotel je, dah pulak store depa full. Adoi! "takkan nak heret beg gaban ni 8 jam wehhh?" *nangis sebaldi*
Untung jugak ada Rishabh yang ikhtiarkan options untuk kitorang. Setelah quite some time jugak menapak dengan at least 10kg kat bahu memasing, akhirnya kami ke stesen Keretapi (Howrah Train Station) terus untuk depositkan beg-beg tersebut.

Note 1: Almost all train stations in India ada Cloak Room (especially stesyen yang major). Syarat nak deposit bags kat Cloak Room tuh adalah ada tiket train. Tak sure berapa lama jarak masa yang dibenarkan tapi ada lah dia punya rate. Jadi, kataaaaalah anda plan nak buat train trip menyusuri India tanpa stay di memana hostel or hotel, mungkin boleh ambik option amik night train, sleeper class (contoh), then memana stop yang rasa nak explore tuh, deposit bag kat Cloak Room dan explore lah,dan kembali ke stesyen sebelum ditinggalkan train. Kang tak pasal jadi drama hindustan nak berlari kejar loncat masuk train! #dahmulamerapu

Seusai (tuh dia...usai! Terpengaruh dengan kosa kata Aliesha Kirana lah neh! Hai AK! I miss you! hikhikhik!) kami mendeposit bags, fuh lega bahu sekejap. Kami pun naik feri (ke bot tambang eh namanya? apa-apalah) ke seberang balik. Oh ye, hotel kami di bahagian Kolkata, dan rupanya, kami beli tiket (dari Howrah tu) dah consider daerah lain, bukan la Kolkata sangat rupanya. Hopped off the ferry into sort of kawasan kampung (or was it a slum?)
Dan berjalan melalui kawasan berkenaan, *que muzik emosi masuk sekarang!* somehow made me smile looking at the little ones there. Mainan mereka hanyalah dari sumber-sumber recycle, tapi muka mereka bercahaya gembira sangat, main kejar kejar. There's something in their face that i just could not explain in words. Entah. Mungkin selama ni aku belum terdedah lagi dengan pemandangan sebegini.*insaf* Syukur Alhamdulillah, rupanya aku masih beruntung menjadi aku. Dalam kita mengeluh kita dilanda kesusahan, ada lagi yang hidup jauh lebih susah tapi mereka tetap enjoy the life as it is. Betul-betul rasa terpukul tengok secara jarak dekat kehidupan macam itu. I won't really say they are homeless, because home is actually where you feel it is, where you get back to no matter in the form of a house or merely just a tent. You define your own home. Gituuuuh!

Kembali ke laporan travelogue ahkak! 
So basically, day 2 di Kolkata kami cuba memacam streetfood. Macam dalam sketches di atas tuuuuh!
p/s: kau jangan tanya kenapa ahkak tak support entry ni dengan photo photo! Kan ahkak dah cakap, ahkak diserang virus malas snapgambor! Photo photo banyak dicapture ke dalam kamera member ahkak okeh! 
Antara food yang kami cuba adalah:
1. Chai - ok fine people fine! Chai is not FOOD, it's a beverage! But in India, you will find chai in almost every corner of the country. It's milk tea, but you gotta try it since it has this pinch taste of spices in it. 
2. Pakoras - or some may call it samosa ...err...i think.
3. Kulfi - ice cream! err.... Aku rasa lahhh namanya Kulfi sebab hasil menggoogle info bagi menyokong catatan aku yang serba tak lengkap tuh. *pffft!*
4. Puchka - jangan tanya isi dia apa. Hang pi google sendiri. Rasa dia lemak lemak manis. Sepertinya di campak maruku halus sama. 
5. Coke + Milk - eh! Ni rasanya rasa time Day 1. Ok. Maafkan ahkak ye memori ikan emas kekadang!
6. Manisan Badam - tatau the real name! But according to Rishabh, Indians usually take this on their train journey. Uuuuuh mek suka weh sedap!!

Dan sampai masanya, kami pun bid farewell to Rishabh dan solat di stesen dan kemudian naik train. 
Kami amik Sleeper Class aja. Kononnya sebab bajet bajet tak perlu kot A/C class bagai, dah tengah winter kan, so apa barang aircond kan membazir je. ITU analisa kami. Sampai lah............
Sampailah dah naik sendiri rasa sendiri non A/C sleeper class tuh cemano. 
Mummy!! Bayangkan udara bersuhu rendah, di kelajuan 80km/j. Hambik kau! Memasing keras! kahkahkah!! 

Dan bermula saat dalam train itu, sehinggalah tiba kembali di tanah air baru aku kembali bertemu suhu tinggi yang AMAT DIRINDUI!! *aku rasa kalau campak aku kat winter bersnow tuh, alamat aku jadi snowman lah gamaknya, keras!! Dan teori aku sebelum bertolak ke India tentang lemak-lemak aku yang aku ternak selama ini bakal melindungi aku melawan cuaca sejuk seumpama lemak lemak beruang kutub nampaknya meleset sama sekali! Tak guna punya lemak!! #emotakpasal

 Sleeper Class. Sebelum diconvert kepada katil tiga tingkat

 Sedang memasang katil tingkat 2

 Ni bahagian Side. Kat laluan. Sebab dah siang, kami bertenggek as seat. Nanti aku cerita kenapa

Tuan tanah sidai muka sekejap! Pui!

So. Itulah dia hari kedua di India.
Pengalaman pertama naik train long distance di negara orang. 
Kalau kat Malaysia, aku suka je kalau naik train KTM KL-Butterworth tuh. Sebab 1, jimat kos penginapan. Sampai sesubuh hari terus terjah destinasi dan 2, aku ni kan panjang, maka aku prefer tempat yang aku boleh stretch my legs whenever i want to. Kalau dalam bas, kau pikir drebar bas tak rasa nak lempang kau tak kalau kau bangun duduk bersiar-siar dalam bas sepanjang perjalanan? Takyah drebar bas, passenger sebelah kau awal-awal lagi volunteer lempang kau kalau kau buat perangai macam tu!
Kembali ke pengalaman naik train di India, 
sebelum ke India, aku dah disogok dengan kisah-kisah ngeri buat wanita di India (tak kira lah local ataupun foreigner). Nak jadi cerita, tetiba ada mamat selamba kodok dok kat pembaringan aku.
Of course aku panic!!
Call nombor SEMUA ketiga tiga geng yang ada simcard india (nasib baik jugak aku roaming), dan satu pun tak dapat! Message one of the boys koooot lah dia baca message dan tolong aku halau mamat ni kan....
Hoh! Semua keras dibuai mimpi! T__________T tawakal je lah!
Tetiba, Abun (team leader kitorang) terbangun. Aku tepuk dia mintak tolong dia sound mamat tuh. 
Tapi mamat tu degil dok situ jugak. 
Ok fine, at least aku dah alert Abun dan dah alert mamat tuh kalau dia macam macam, geng aku kat sebelah tuh je. Sort of signal bahawasanya i was not alone lah. 
Tawakal. 
Dan tetiba insaf. This is how life is di sana ye. Hop on train. Main suka hati je tenggek memana muat.
Maka, atas dasar kesian (sesuka hati aku je aku assume orang naik train tuh takde tiket huhuhu!), aku biarkan je mamat tuh bertenggek situ. Walaupun hakikatnya kaki aku macam dah agak cramp mengerekot sebegitu rupa. Aku set dalam kepala hotak, amal kebajikan. Jangan sombong sangat kat tempat orang. Biarlah dia. Asal dia tak macam macam, biarlah. "alah....next station nanti dia turun lah tu!" ayat yang aku bagitau diri sendiri untuk sedapkan hati. 
Even before mamat tu duduk kat bunk aku tu pun, memang ada mamat lain (since our seats were near the exit of the coach) yg dok bertenggek kat area pintu gerabak tuh. Dan sekali sekala dok tengok ke dalam gerabak. Memang aku tak lepas pandang mamat kat pintu tuh melalui reflection cermin tingkap train. Serius tak lepas. Lantak kome lah nak cakap teman ni paranoid ke apa, yang penting aku dan geng aku selamat!
Dan menjadi Farah Diana, tanpa disuruh memang dia akan jadi orang last tidor di situasi yang she does not feel secured. Unless ada orang lain berjaga, aku memang automatik jadi segar kalau lain dah gol dulu. Kalau ada orang lain berjaga pun aku tetap akan mendegilkan mata bertahan. Konon hero lah tuh! *pui!*

Ok uols, mek tak sedar sunggoh la panjang jela mek bebels malam ni! Padahal esok ....err....esok menda, jap lagik lah!! Jap lagik ditugaskan jadi drebar ngantor orang ke Airport dan petang pulak ada meeting/discussion. Omaipetalingstreet! I better pen off now! Till then, to be continued with the next destination of our adventure!
Toodles!

Yours truly,
Farah Diana MH

Wednesday, January 15, 2014

Kisah Jalan Jalanan India - Day 1: Kolkata

Assalamualaikum.
Akibat diperli sifu Adian tentang kewujudan blog ini, maka sementara nak berehat sebentar dalam dok bertungkus lumus membuat sedikit kerja, meh la aku update travelogue mek sebentar okeh?

Oh ye, tidak seperti kebiasaan (well...biasa kerr soalnya?), entry travelogue aku biasanya akan diseling dengan berjutaan gambar memandangkan aku malas berceloteh panjang.
Tapi mungkin tidak untuk kali ini. Sebab....trip kali ini aku sesungguhnya diserang virus kemalasan snap gambar. Entah roh apa merasuk aku lebih suka record video. Konon konon sendiri mengacara atau suruh ahli rombongan lain jadi host. Haruslahhh video video berkenaan bertahap kanak kanak hingusan. Maka sekiranya entry-entry travelogue India nanti diselit para video yang dirakam penulis blog, harap ambil perhatian beberapa perkara ini:

1. Kalau rasa suara "pengacara" seakan-akan Donald Duck, mohon pura-pura tak kenal. 
2. Kalau rasa video seperti "motif? perlukah video sebegini??" ... mohon pura-pura tak pernah tonton video-video berkenaan.
3. Anggaplah siri video yang diupload seolah-olah menggambarkan sedang berada bersama di lokasi. Kalau semacam perasaan ketika menonton itu seperti "serius? sumpah bosan kau ni!", mohon sekali lagi....err...nak mohon apa ye? hmmmm. AHHH! Suka hati den ah! #emo

Apa-apa pun, mek suka okeh membebel sensorang fefeeling hos travel show ecehhh! #pui!

Ohkay. Tengok! Mukadimah pun dah bukan main merapu lagi. ish ish ish!

Dah dah dah.

Day 1.Kolkata
We departed from LCCT, Kuala Lumpur on th 16th and arrived Kolkata sharp at 12am on the 17th of December 2013.
Nak menjadi cerita sedih/seram/tragis/lucu* (*sila tanda yang mana anda rasa nak tanda), ada la seketul tiga ahli rombongan nih punya la excited nak tahu perasaan winter di India. Maka, tergediklah keluar dari pintu terminal arrival airport Kolkata tuh. Dah agak agak paham cuaca ala-ala Cameron Highlands je, dengan yakin nak masuk kembali melalui pintu yang keluar tadi.
Jeng jeng jeng!
FYI, kesemua pintu lapangan terbang adalah dikawal ketat oleh pak pak askar bersenjata siap.
Okay. Ditegah masuk melalui pintu berkenaan. Fine, ku pikir "oh! untuk exit je eh pintu ni? orait"
Boyyyyyy i was wrong! 
Nak masuk kot entrance terminal arrival itu, ditahan pak askar itu.

Pak askar: Sorry where are you going? (ketika cubaan masuk selamba kodok kami)
Me: oh we just arrived. Our bags are inside and our friends are inside too! (sambil tunjuk boarding pass dan passport. Nasib jugak aku kepit passport aku tu sentiasa)
Pak Askar: (meneliti document) No. You out, cannot go in. Ask your friend come out. 
Me: (OF COURSE aku panic! sejuk kooot!!) but..... all our bags inside! we just arrived we just came out to get some air.
Pak Askar: NO! Once out no more come in!

Us: (SERIOUSLY????) T__________T
Masa ni aku dah ketar dah tapi control cool. Sebab was not alone kahkahkah!
Memacam pemikiran lah menerjah otak aku.
Then dapat idea nak masuk ikut terminal departure. ting ting! *konon kreatif lah tu*
Turned out........SAMA jugakkkk! dikawal ketat ohmaigucciehmanamampuguccibatasudahhh! Mek nak nangis sakit jiwa!
Pendek cerita, buat muka kesian tapi confident, bebaca doa sket hembus sembur air kat Mak Askar tuh, lepas masuk. Masa turun escalator melepasi terminal departure tuh, lalu kawasan Pak Askar kerek tadi.
Terkulat kulat (aku laaa) menyorok supaya Pak Askar tuh tak nampak. DAH LA MEK PAKAI BAJU KALER BIRU STRIKING ISHHH! Sampai kat dua ketul yang tak gedik keluar dari terminal tuh tadi, paksa dorang heret bag kitorang pindah lokasi lepak yang lain. Aku pulak cecepat keluarkan jaket dan cover baju superstriking tuh. Cis! Begini rupanya perasaan seperti pelarian haram! Kahkahkah! 
Maka, keras lah kami di satu port itu sahaja gara gara risau Pak Askar kerek itu menyedari penyeludupan kembali masuk kami.
Oh ye, untuk malam kami sampai tuh, kami tidur airport sahaja sebab risau menggagau mencari lokasi hotel tetengah malam padahal sebab cheapskate!
Note 1: Tidur airport Kolkata, okeh la. Compared to airport kat Dhaka. Naaaanti la sampai part Dhaka mek story kenapa. Safety-wise, KAU NAK TANYA LAGI SAFE KE TIDAK?! Yang kami gigih ditegah masuk tu, sah sah la security dia tiptop! #emopart2

Usai Subuh, kami pun memulakan langkah keluar dari airport Kolkata...kali ni memang niat tidak mahu masuk balik kahkahkah!
Get two cabs (sebab kitorang berenam bersama backpack memasing), dan menuju ke Howrah Train Station. Tujuan ke sana seawal pagi adalah untuk find out/terus beli tiket train ke destinasi seterusnya esok hari.
Walaupun sebenarnya boleh booking train ticket online, which is reliable, tapi masalah kami is satu, online purchase nak kena ada credit card issued by bank dari India dan dua, wajib ada phone number India.
Dan...puas jugak terkedek kedek kat train station tu nak figure out macam mana nak purchase tiket nya. Sudah nya, kami cuba berjalan ke tempat penginapan yang ditempah oleh rakan CS yang berada kat Kolkata.
DAN! Yakin it was walking distance. We walked across the Howrah Bridge and.... then.... terus blur nak masuk street mana!!
Akhirnya berbekalkan clue landmark 'New Market' (sebab taxi driver pun macam blur tatau alamat yang kami tunjuk), kami hire 2 cabs again supaya masa dan tenaga tak terbazir.
Note 2: sila tawar untuk segala perkhidmatan/shopping di India. Dan cuba untuk tidak menunjukkan muka tak yakin sangat (sebab tu aku jarang menjadi tukang nego...sebab aku senang kantoi muka mudah kena tipu! T_T ) untuk mengelak di ketuk kaw kaw. 
Note 3: Di Kolkata, teksi kuning adalah pengangkutan awam paling utama yang harga berpatutan. Di daerah daerah lain, jangan harap kau nak jumpa teksi kuning ni. Remember lagu Dr Bombay, Calcutta (Taxi, Taxi, Taxi)? Cerita pasal taxi driver kan kan kan? Sebab memang Kolkata tuh penuh dengan teksi. Ibarat seperti di Ho Chi Minh sangat penuh dengan motorsikal, di Kolkata penuh dengan teksi kuning. Even kereta persendirian pun tak sebanyak teksi kuning tuh. 

Sampai hotel, kawtim dan tawar menawar servis hotel (ye. aku ada sebut tawar untuk segalanya kan....and i MEAN it!) Tak dapat tawar harga, nego lah dan insist type of room yang kita nak.

Siap check-in, kami pun wash up and get ready after rest a bit. Dalam pada tu, member CS pun sampai.
Kami minta tolong beliau ajar kami purchase tiket train. Sistem train dia macam agak effisien. Sebab tu sampai penin kepalahotak aku. Nasib baik dalam team trip kali ini ada satu kepala yang study kaw kaw pasal train India. Ada memacam kuota. Ada tourist kuota, ada Tatkal (tatkal ni macam kuota last minit. Dan harganya biasanya lebih mahal daripada harga biasa. Kuota Tatkal ni dibuka hanya 24jam sebelum tarikh berlepas. Terhad. Kaunter Tatkal biasanya bukak jam 10, seawal jam 7am ada dah yang beratur. )
Lepas setel tiket train ke Varanasi, baruuulah memasing rasa lega dan...sedikit lapar lalala.
Rishabh (member CS Kolkata) bawak kami cuba street food. Beliau vegetarian, so yakin la jugak nak makan apa yang beliau syorkan.
Nama street food berkenaan? Memacam! Ada manis, ada berempah, ada beroti. Memacam, tapi yours truly nih haruslah tak ingat nama makanan-makanan tuh! Tapi antara yang aku ingat adalah Chai (teh susu, macam teh tarik lah kat Malaysia tapi rasa dia sumpah berbeza. Sebab dorang biasanya add rempah/masala dalam teh tu. Memang terbaik untuk panaskan badan), Coke + Susu, Saffron Lassi, Pakoras (macam samosa), paneer (cottage cheese. tapi jenis masakan/lauk paneer tuh aku terlupa. Dah la sedap, boleh kau tak ingat, Paghah??). Oh ye, mostly drinks dorang serve dalam cawan tanah liat. Aku ingat lepas minum tuh nak kena kasik balik...rupanya depa campak buang ja! #peghak. 
Iman siap suggest kumpul cawan2 tuh, untuk kasi sebagai souvenir kenkawan kat Malaysia tadi kahkahkah. 

Selain street food, kami pusing Victoria Memorial Hall. Somehow, ketika nak ke Victoria Hall ni, satu cab terpisah (cab yang aku naik lah), berhenti lokasi lain. Nak jadi cerita lagik, time tengah call geng cab satu lagi untuk update lokasi, gigih bagitau memasing dok terpacak depan kuda. Memasing dok menekankan memang dok depan kuda. Sekali, aku tetiba teringat ada lalu kereta-kereta kuda sebelum sampai kat pagar yang kitorang turun tu. ERK! 

geng teksi aku: korang kat kuda as in KUDA hidup eh? kitorang kat PATUNG kuda neh lahhh!
geng teksi lagi satu: patut laaaaa tak nampak korang! kitorang depan port kereta kuda!!
Ceh!! Rupanya taxi driver aku tuh drop kitorng pintu belakang, cab satu lagi pintu depan. Maka, masuk je la kot belakang.

EH! Dah panjang sangat membebel!!
Kerja aku banyak lagik ni weyyy! KROHHHH!

Dan seperti aku bilang tadi, memang tak ada gambar sangat. Gambar banyak Izuan yang capture. Dah lepas 2 minggu pun aku tak copy lagi gambar-gambar beliau. Dari kamera aku haruslah limited jugak! Maka dalam entry ni, tak banyak lah support dari gegembars.
Sebagai ganti,
aku upload video suasana trafik Kolkata.
Jangan lupa ye pesanan-pesanan sebelum menonton video tuh ye!

Walaupun sebenarnya video ni dirakam pada hari kedua, aku paksa korang tengok jugak sebab suasana hingar macam ni lah yang menghentam gegendang telinga kami sepanjang dua minggu kami kat India. Not just Kolkata, tahap kebingitan bunyi di setiap persinggahan kami seperti ini lah! So, till then.......krohhhhh!

Monday, January 13, 2014

Incredible India: Teaser Day 1

Assalamualaikum.

Tuh dia cik paghah akhirnya muncul setelah sekian lama blog ni karat.
Itu pun rasanya sekadar warm-up sahaja. Sudahlah kau! *emosi*

Memandangakan awal-awal aku dah bilang ini sekadar warm-up, maka terimalah sekadar teaser untuk Travelogue aku untuk trip penutup tahun 2013 lalu; India. 

Went for about two weeks last end of December 2013, in a group of 6 crazy bunch. Well, Alhamdulillah, this trip too became one of my favorite. What matters most is not the destination, or where you travel to, its rather the company you are with (err....its a whole different story if the category is solo travelling then). If you have a great bunch, then even a trip to your backyard can be one super fun one! *ok! bersepah speaking spekong! entah apa merapu tak tau lah*

Side note: 
1. Abaikan lukisan dan tulisan cakar ayam penulis blog sebab tangan dia keras. Nama je belajar senibina tapi sketches selalu menjadi tahap kanak-kanak sahaja. SEDIH!
2. Gambar diatas telah diedit untuk sedap mata memandang. kahkahkah! 
3. Hanya gambar makanan je ihsan google sebab mak malas nak snap gambar makanan. Lagipun, team travel kali ni semua penggemar makanan. 

Al Kisah sebenarnya nak huraikan sketches ni menjadi karangan bahasa Melayu koleksi travelogue aku. Tapi memandangkan ada komitmen lain yang lebih memerlukan perhatian aku, maka, secara tiba tiba datang idea nak sumbat je lah sketches tak semenggah ini sebagai bahan travelogue terus. Kenapa sketches? TAK! Bukan sebab aku perasan terer sketching *nangis!* tapi sebab buku nota aku tertinggal di tanah air. Yang ada hanyalah kertas-kertas printed map yang konon-konon boleh membantu perjalanan tapi haram! Maka, kau buat buat paham je lah cakar ayam diatas ni ye.
InshaAllah, huraian kos dan aturan perjalanan akan menyusul setahun dua akan datang KAHKAHKAH!
*matila kau paghah, yakin je kau janji nak blog about the whole journey kat orang....kan dah menggelupor! okbai*