Sunday, October 24, 2010

inner shawl closet

Salam semua!

Kembali kita di segmen sidai sidai bersama kak farah!

FINE! sumpah menyampah bila berangan jadi host rancangan rekaan sendiri bagai. Hodoh tahu!

Baiklah. Dah lama sebenarnya nak menunaikan janji kepada seorang sahabat nak promote produk beliau (walaupun hakikatnya readers farahbebelbobo ini hanya sekadar seketul dua barangkali. sobs. nada sedih disitu. )

maka, here goes!

60281_440267687113_539127113_4996490_3960753_n

erk. semacam bosan bukan gambar ini. asyik post gambar ini sahaja. apa ke tak ada muka lain ke nak sidai hah??

 

HAHA! buat masa ini, tiada. sebab sekarang mengalami sindrom malas transfer gambar, mahupun malas posing untuk kamera.

apa yang nak di highlight dalam gambar di atas adalah,

Shawl dan Inner-shawl yang aku pakai itu.

cs2

taraaa! ni salah satu collection yang ada.

pengalaman peribadi aku, sejujurnya ni…. first time pakai, aku pelik kenapa rasa selekeh sangat. lepas dah tengok satu tutorial dari fasya, BARU faham! haha. konsepnya, INNER k. bukan serkup ye! haha. aku pun tatau kenapa aku gelak. sila jangan tanya mengapa aku gelak hahahaha.

selepas sarung anak tudung a.k.a serkup biasa tu, sarunglah inner cha ni, and then, dah tak reti reti nak lilit shawl kau tuh? dah kata inner shawl, takkan kau nak sarungkan tudung saji pulakkk. *eh? emo pulak. shuh shuh!*

dan sejujurnya, aku SUKA INNER dari cha ni. (kecuali kalau dah lambat bangun pada hari kerja, confirm inner ni terbiar tanpa seribu kata sebab akan end up sarung tudung express aja! *sobs!*)

sebab apa aku suka?

sebab bila pakai inner ni rasa kemas aja. tak la shawl melepek kat kepala kan. disamping itu, dengan inner ni, aku boleh mix and match shawl dengan baju aku yang aku pun taktau banyak mana tapi end up rotate baju yang sama je setiap minggu. tapi takpe, sebab kannn…. boleh mix and match dengan inner dan shawl yang ada. tak la nampak boring sangat ulang pakai yang sama kannn! gagagaga

gara gara shop this inner online, aku terjebak online shopping dah sekarang. segala blog website jadah yang jual shawl semua aku terjah! nasib baik waras masih ada serta feel shopping secara realiti sambil mengukur jalan dan mall masih kuat mengatasi shopping secara maya. kalau tidak, memang mengamuk la mummy asyik kena tunggu ‘peminat’ aku dari pos laju tu! isk!

eh? peminat? motif??

kring kring! (tudia…..old skool gila bunyi handset kannn!?)

farah: hello.

pemanggil: hello, cik farah ye?

farah: ye saya. siapa ni?

pemanggil: oh! saya peminat cik farah ni. dari pos laju. ada parcel untuk cik farah ni!

 

cis! main main pulak kau ye posmen! pandai kau bermain kata yeeee! cewah. but that is good lah sebab ceria je cara mereka approach customer mereka! bravo pos laju! anda terbaik!

(eh?? dari promote inner-shawl-closet, aku promote pos laju pulak?? ni nak kena update resume ni include promoter as part time job! hahahahahahampeh!)

ok. nak panjang cerita lagi….tengok sendiri lah blog cik fasya ye. link ke online shop dia tu pun dah banyak kali kot aku hyperlink kan dalam entry ni. kalau kau tak perasan jugak link tuh…. NAH! hambik ni!!

fasya

tu! dah sidai dah muka tuan punya bisnes inner-shawl-closet sekali di hyperlink kan siap! click je gambar, kau akan terus loncat ke online shop beliau. tak reti reti?

sekian sedikit review fashion dari cik farah diana, pemilik blog upside_down ini.

(erk! kann…sempat merapu dihujung entry. baiklah. sekian, selamat malam!)

5 comments:

Cik Puan Fasya said...

nice...nice...sengeh jer aku bace karya ko yang no fara...hihihi...btw..thanks sbb pomot...=) *mcm kene bayar royalty je nih...hihihihi...cupcake sudey...*

fara-D said...

hahaha!ikhlas fasya ikhlas! tak perlu royatli cik fasya!
sebab suka, sebab tu promote. lagipun, dah lama tak sidai gambar kat sini!hahaha.

finasafa said...

bes nye tgk inner shawl ni...macam mana nak beli???nak jugak..sbb dia x melepek...hurm..teruja nk beli.hurrm.hahah

f a R said...

kak farah, i pernah buka blog inner shawl tu. sumpaaaah cantik tak tipu. dia ada tak delivery to UK? ada la pls pls plsssss,,,

fara-D said...

Finas: masuk je kt blog dia yg akak link kan tu... Tgk yang mana nak, pastu isi borang online kt page diA tu,
nt dia Akan email finas instructions dia. Far: hehe. Mmg niceeeee! UK? Bleh je kot tp buat masa ni, dia busy sket until dec. Nnt I try tanya dia k!