Salam semua.
Sihat? ok. aku stress! (farah diana ni kann…manjang emo. senang sangat stress. sikit sikit stress. sikit sikit stress. pang kangg!!)
Mana tidak, punyalaaaah bersawang ini blog, time ada idea nak update entry je, langsung internet segan silu pula. sekarang, beritahu aku, mengapa perlu aku tidak stress.
baik. semacam tidak relevan alasan stress aku itu bukan? haha.
oh. memang idea untuk update blog boleh sahaja ditaip dahulu dan dipublish kemudian. tapi entah lah, setiap orang lain ragam, bukan?
ragam farah diana, kalau nak update blog, memang akan secara direct. yang membawa maksud, tulis terus dan terus terus terus publish. Istilah DRAFT seakan kurang berkesan, mahupun save dalam word dahulu then copy paste dalam blogger.com dan tadaaa! walaupun sekali sekala pernah je buat begitu, tapi feel dia lain bhaiii! serius. feel dia dah kelaut. sebab tu kalau ada entry dalam draft, akhirnya akan dicampak buang dengan segera sebab aku dah tak tahu hujung pangkal tentang topik yang aku tulis didalam draft itu.
hmmm…. bagaimana agak nya ragam blogger yang lain ya?
sekian. oh. mengapa entry ini bertajuk HUJAN? sebab sekarang tengah hujan. dan bila hujan, automatiknya internet dirumah aku tingtong. sekian. aku sakit hati. selamat malam semua!
3 comments:
hujankah di PJ? di Bangi gelap. sebab dah malam. tidak2.. cuaca baik2 sahaja..
hehe... update blog? selalunya bergantung kpd niat masa mulaaaaa2 dulu time nk buat blog. pastu kalu dah jadi rutin, barula nama blogger. kalu sebulan sekali itu namanya saja nk meninggalkan kesan dan bukti kehidupan kita di alam maya ini.
tidak begitu?
tidak juga su.
kalau memang suka blogging, tak salah berangan diri jadi blogger.
cuma antara tegar atau tidak.
sebab kadang kadang, blogger famous pun bersawang gak blog, faktor masa.
HAHA
oh begitu rupanya..patutlah tidak ada walau sepicing perkataan hujan di kesemua perenggan... dah last2 baru jumpa perkataan itu.. hahaha... biase la farah.. mmg feel die lain..hehe!~
Post a Comment