Wednesday, October 21, 2009
pelangi
salam.
semalam mendung.
punca tak ketahuan.
pantang ditegur rasa nak melempang.
gigi ketap sampai rahang penat.
otak biul fikiran tak terus.
matahari semacam berpaling.
gelap. suram.
penuh pura-pura.
orang berlawak, gelak konon-konon ketawa.
sekadar ingin menjaga hati.
sedangkan hati sendiri tak terjaga, bengkak ngilu pilu.
tapi hari ini.
pelangi pun tiba.
Allah kan Maha Kaya.
orang kata, Dia sorok matahari sebab nak kasi kita pelangi.
walaupun kerja tak jugak berkurang.
makin bertambah lagi ada.
tapi,
otak hari ini semakin bijak mengaturcara.
hati ini semakin tenang berbicara.
muka dah boleh senyum.
diri dah mula girang.
semangat semakin datang.
ya Allah,
terima kasih.
hanya tangis suram pahit getir ini sahaja
yang buat aku rasa nikmatnya senyum tenang dan girang ini.
ok. stop. jangan di tabur spekulasi aku dilamun cinta lah, verangan tak sudah lah pulak tetiba berpuitis bagai. terima kasih ye, aku tak perlu rekacerita kamu itu, simpan saja dalam kocek kamu.
kenapa?
orang di lamun cinta sahaja berhak meluah rasa rindu?
orang di lamun cinta sahaja kah berhak merasa langit ketujuh itu?
orang di lamun cinta sahaja kah boleh mencoret ayat seindah bahasa (konon)?
orang di lamun cinta sahaja kah berhak merasa dunia ini mereka yang punya?
no no no....you are wrong dear....
everyone deserves to be happy,
to fly towards the seventh heaven,
to crave beautiful words on the sky,
kerana kita gembira kerana kita nak gembira.
oh, tak mengapa kalau kadang kala ada tangis atau marah.
kerana itu lah yang memberi corak dalam cerita kita.
ok. mode happy. nak tanya jugak kenapa?
jujurnya....aku pun tak tau kenapa.
semalam, aku tatau kenapa aku down sangat.
and hari ni pulak, aku tatau plak kenapa aku rasa sangat happy.
after all,
we dont really need any reason to be happy, kan?
cheer up! the sun will always shine!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
viva las vegas! (tetiba) haha
cheer up girl!!hehe.hope hari2 akak yang mendatang bertambah2 ceria dan gembira.insyaallah.:)
Post a Comment