Kalau kau ada basikal, motorsikal dan kaki,
Mana kau pilih untuk sampai destinasi?
Kalau aku,
Aku pilih kaki,
Sebab aku tak reti bawak motorsikal.
Dan sebab aku gayat tunggang basikal.
Tapi kalau kau,
Mungkin kau pilih basikal,
Sebab kau tak ada lesen motorsikal.
Atau mungkin mereka pilih motorsikal,
Sebab mereka bisa mengemudi motorsikal.
Tapi,
Destinasi tetap sama
Jarak tetap tidak berbeza
Yang beza,
Jarak masa, dan kerahan tenaga.
Kalau sudah tahu kau nak pilih kaki,
Maka siap sedia bergerak lebih awal.
Kalau sudah sedar hanya mampu berbasikal,
Maka bersedialah mengayuh lebih laju.
Kenapa mesti tegah mereka yang memilih motorsikal?
Perlu ke kalau mereka itu mampu menunggang motorsikal itu clamp motorsikal sendiri semata-mata kerana nak tunggu kau yang lembab berjalan kaki.
Oh. Lagi sekali aku bilang,
Kau sudah tahu kau bakal menapak dengan kaki kau,
Maka awal-awal lah kau mula melangkah,
Kerah lebih sedikit tenaga kau itu.
Kalau kau mengharap motorsikal itu bergerak lembab,
Hanya kerana kau terkedek-kedek menapak,
Macam mana hidup kau nak maju?
Senang cerita,
Kalau PHD dah jadi buah hati kau,
Kirim salam kepada kejayaan sejati,
Such a loser,
Trying to win by slowing people down rather trying to speed up your freaking slow a**.
Oops. Maaf, terkasar bahasa.
Aku
Sudah terang dan nyata kesayangan aku yang mana,
Kalau kau berpasal dengan mereka,
Kau berpasal dengan aku.
Oh. Jangan risau, aku takkan usung parang mengamok tak tentu hala.
Takkan aku jeling kau sampai mata kau terus buta,
Oh, tak mungkin aku pasang kekuda bersiap silat serang kau (walaupun sumpah tak pernah belajar silat
Di sini saja aku mampu meluah kata.
Sebab aku tahu,
Kalau aku sembur di alam nyata,
Sama seperti cedok air masuk tab mandi yang diletakkan di sebelah kolam renang.
Eh.
Oh. Sama seperti mencurah air di daun keladi.
Ah. Tak best lah keladi.
Hmmm….
4 comments:
sgt sasterawist...smpai x brapa phm..hehe
haha. kalo ada yang paham, memang org tu terlibat dalam kancah kehinaan. kalo takpaham, tahniah,anda puteri lindungan bulan! :P
hohoho...
x phm jugak..
(motif x phm??)
faham amat.perumpamaan yg sgt sarkastik.akak juga kesayangan saya.:)
Post a Comment