Friday, October 16, 2009

netbook dan handbag


ya. ini dia netbook AKU. harap orang orang yang suruh aku upload gambor original, bukan dari website...hambik! (padahal, masing masing dah tgk sendiri. hehehehe)


Salam semua. Heh. Rasanya, nak mula kembali menjadi blogger tegar yang rajin update setiap hari.

Huh. Nampak sangat macam tak berapa ada life lately neh.

Hoi. Sapa kata blogger tegar tiada life hah?

Ok ok. Sekarang aku mengaku sedang kebosanan amat sangat, maka terhasil la entry yang ditaip lebih awal dan bakal dipublish HANYA apabila internet dapat diakses. Haha.

(tapi last last, terlupa nak publish dan kerana itulah baru hari ni muncul entry ini)

Baiklah. Topic yang ingin dikeutarakan hari ini (ceh. Apsal ayat macam sari berita penting saja neh??) adalah…obviously tentang netbook dan handbag. Kannn…tgk tajuk patutnya dah faham. Ceh.

Handbag dan perempuan selalunya sinonim. Pada pendapat aku lah tu. Sebab apa aku cakap macam tu? Sebab aku perempuan dan aku suka handbag sumpah annoying statement neh. Padam padam!

Sebab pada pemerhatian aku, rata-rata, perempuan mesti akan kepit handbag dia bila keluar berjalan-jalan. Tak kira sesempoi mana pun perempuan tu. Paling-paling pun, dia mesti kepit dompet dia. Ok. Kenapa ayat-ayat aku semacam tidak membuktikan apa-apa langsung neh?

Dah. Enough with general thoughts. Aku nak cakap tentang AKU nye point of view sahaja. Hmm….sejak bila ya aku suka handbag? Entah. Tak sedarlah pulak. Tapi kenapa handbag amat penting untuk aku sekarang ini? Sebab bagi aku, handbag memudahkan aku mengusung segala barang yang berkepentingan. Dan sebab aku tak suka mengembungkan poket seluar aku (oh. Dan kadang-kadang sebab baju or seluar aku memang takdak poket pun. ) hanya kunci dan handset sahaja yang dibenarkan berada dalam kocek seluar. Erk. Tapi dulu, aku lebih selesa sumbat jugak wallet dalam poket seluar. Eh? Apa punya hipotesis aku nak sampai kan neh???

Tu dia pendapat si mereng yang kurang tetap kot pendirian dia. Haihhh….

Nevertheless, handbag aku adalah nyawa aku. Tak kira kaler apa pun handbag tu. Dan ya, aku suka tukar-tukar handbag. Kalau boleh, aku nak 7 handbag supaya aku boleh tukar setiap hari ikut kaler kasut and baju. Ceh.

Wait. Kenapa macam bimbo entry aku kali nih???arghhh?!!!lantak lah…

Dan aku dalam handbag, kalau boleh nak ada segala equipment yang ada. Eh? Macam toolbox pulak?


Perkara penting yang wajib ada dalam handbag:(ceh! macam ayat buku teks sains plak ada point form bagai plak neh!)

  1. dompet. Tak kira ada wang atau tak. Sebab kad visa dan smiles amat penting. Dan kad pengenalan. Dan lesen memandu. Dan kad matrik (dulu…. XP ) dan kad cimb. Enough said.
  2. pen atau pensel. Dan kadang-kadang siap dengan apa-apa kertas. Kecik secebis pun boleh.
  3. handset. Yang paling penting tapi paling selalu terlupa. Sb biasanya akan keluarkan handset dan letak depan mata lepas tu terlupa sebenarnya handset depan mata. (apa aku cakap neh)
  4. kunci kunci. Kereta, rumah, xsite (ye. Masih simpan kunci xsite. Ceh. Sok kena pulangkan lah kat mereka yang berkenaan)
  5. charger handphone. Ha. Gelak gelak. Gelakkan aku eh. Gila apa usung charger kehulu kehilir. Disebabkan aku seorang yang suka memasang lagu menerusi handset, dan kadang-kadang memang bergantung harap kepada GPS yang ada dalam handset, ye, bateri handphone memang satu isu. Aku tak suka tengak bateri phone aku sekadar satu bar sahaja. Memang rasa tak selamat sbb handset kalau bateri low ketika emergency sangat menjengkelkan. Dan emergency boleh terjadi bila bila sahaja, maka bateri handphone WAJIB selalu berpatutan.
  6. dan ini lately….. netbook. Gadjet kesayangan terbaru buat masa ini selepas handphone. Walaupun kadang-kadang sumpah tak dapat connect to the internet, bukak jugak netbook konon nak mengupdate pekerjaan. Tapi kalau confirm memang nak pergi shopping semata-mata, dan ada tempat selamat yang boleh dibiarkan netbook ini, memang netbook disimpan disitu sahaja. Tak perlu bebankan bahu mengusung netbook hatta ke toilet sekalipun.
tu diaaa....salah dua item wajib dalam handbag.


Ok. Kenapa aku perlu ada netbook?

Sebab pertama adalah kerana KERJA. Aku punya desktop. Tapi, desktop aku letak dirumah. Sebab aku tak tahu nak sumbat desktop tu kat mana di tempat kerja. Takkan aku nak letak kat studio. Dah la menumpang studio orang, lagi mau semakkan studio mereka? Ceh. Buruk perangai.

Kedua, aku perlu netbook dan bukan notebook sebab netbook lebih mobile, lebih convenient untuk aku. Convenient dari segi mobility dan bukan graphic-wise. Tujuan utama aku bernetbook adalah untuk melancarkan pekerjaan, dan bukan membuat kerjaan berat seperti membanting padi mencangkul tanah bertukang kayu picture editing (photoshop), ber-3d, rendering mahupun berautocad (oh. Sumpah rindu nak berautocad. Ada sesapa nak sub kan kerja draughting kat aku? Mai mai aku tolong watkan drawing meh!) kerja –kerja tersebut aku prefer menggunakan desktop sahaja. Maka, netbook ni amat best utk aku yang prefer everything’s on the go.

Aku suka yang mudah bagi aku usung kehulukehilir.

Dan netbook ini telah mengukuhkan lagik alas an untuk aku sukakan handbag gabak yang memuatkan segala barang sampai kadang-kadang ada orang ingat handbag aku bag sakti yang memuatkan seluruh galaksi didalamnya. Cet!


Huaaahhh…..pagi tadi makan nasi lemak, kemudian disogok nasi goreng dan kek oleh junior. Oh sekarang berasa amat sleepy. Walaupun sebenarnya sebetul-betul makan hanya lah nasi lemak, dan nasi goreng tersebut hanya ditelan sebahagian sahaja dan kek pun beberapa gigitan sahaja, tetap dah rasa macam ular sawa yang didodoi dengan lagu indah setelah kekenyangan menelan seekor lembu. Hoh. Perumpamaan yang agak keterlaluan kot. Baiklah, lebih molek agaknya aku melayan movie dikala mata macam segan-segan nak dibeliakkan. Ish ish.

6 comments:

Suehaily Mohd Jiwa said...

"Ada sesapa nak sub kan kerja draughting kat aku? Mai mai aku tolong watkan drawing meh!"

elly said:ada ada...cad assignmt isometric.mau??gaga

fara-D said...

hoh! hr tu nak buatkan kata tak payah! ngade betol adik bongsu sorang neh!

chika said...

manisnya netbook diaaa.
Husband aku pon suka netbook. Dia lagi kecik lagi suka kot. Aku plak kalau boleh nak besar tapi ringan (which is tak wujud:P)

manis weh netbook baru.
berapa ribu?

fara-D said...

haha. netbook senang, bleh usung ke sana kemari. :P
manis kannn....aku nak kaler puteh, tapi nana cadang pink sbb pink hp neh lagi kacak daripada white and black dia.
dalam 1500rm je (JE?? ye la JE, compared to other laptop gedegang dgn spec or size gedegang itu!)

Chika Chika said...

aku suka badan dia very gadis kan? Hp eh? Ha apalagi, update blog selalu ah. kata je netbook baru :P

aku pon baru beli laptop baru. Hijau. Acer aku tu dah tak boleh tutup screen dia. Kalau tutup, mmg terbelah dua macam kena kepak. HAHA lawak gila kalau tengok. Ternganga je dia.Tapi masih power. Laju dan steady. Kesian weh kalau ko tgk Acer lama aku tu. LOL

fara-D said...

huaaahhh!! laptop hijau gitu! tayang lahhhH!

haha. kesian2 pun, acer tersebut banyak berjasa kannn! sama cam ftec aku tuh, mujo banyak berjasa sehingga ujung2 tamat pengajian. sekarang, bleh submit ke muzium dah kot. haha

nak update selalu pun, kena la dok tempat berinternet kot. huu... broadband celcom tak leh guna kat netbook neh, nak on dia nye application tak support plak. tgh figure out lagi ni camne nak kasik boleh jugak2 on broadband kat si pink neh...ish