Assalamualaikum Bobo! Rindu cik Paghah dak?
Memandangkan memang setahun dah peram travelogue dalam otak semata-mata, maka memori sudah semakin karat.
Tapi! Untung Catatan daerah seterusnya selepas Varanasi sangat kemas dalam ingatan, barangkali sebab Taj Mahal is one of my wishlist.
Dalam episod kisah Jalanan India aku yang lepas, perjalanan dari Kolkata ke Varanasi kan ku bilang lama.
Or. So. I. Thought! T_T
Selepas salam perpisahan dengan Avi di train station Varanasi (Thanks Avi. you are such a great host, darling!), kami meneruskan perjuangan ke daerah seterusnya, Agra.
Mulanya, kami nak bermalam di Agra dan gerak ke Jaipur the next day. Tapi atas saranan sahabat online, rata rata kata di Agra hanya ada Taj Mahal je pun, rugi je duduk bermalam situ sebab not really much to see there, maka kami beli tiket dari Agra ke Jaipur petang tu jugak.
Jeng jeng jeng. Nak jadi cerita laju sikit, train ke Agra tuh punyaaaaaaa lah lama, lagi lama dari yang ku sangkakan api itu kelip kelip. eh. yang mek konon rasa Kolkata-Varanasi dah cukup kematu, Varanasi-Agra lebih lagi keras kami. 18 jam hambek kau!! Sampaikan lari dah schedule kami.
Silap haribulan jugak kami atur perjalanan singgah di Taj Mahal di hujung minggu, memang manusia macam semut!! Stress mek okeh!
Dek kerna kekangan masa, langkah diatur secara amat laju.
Beli tiket (nasib baik tourist, walaupun tiket sangat lah terlebih mahal, tapi tak perlu queue sepanjang alam itu!) dan bergegas masuk. Dan nak masuk tu, ada security check, siap ada scanner tuh ok! Ada pulak bahan tak diizinkan dalam beg mek dan Ar. Time ni rasa nak bukak silat je sebab dah sah sah masa terhad, dah tak pasal pasal kena cari locker pulak. Guess what, the locker was about a few BLOCKS away!! *muzik sedih berkumandang*
Nak tak nak, kami pun BERLARI ke untuk simpan barang-barang berkenaan. Terbazir sedikit masa disitu.
Sudah mek bilang, manusia kan ramai di Taj Mahal di hari kami disitu, maka, nak dapatkan shot yang best pun agak nasib lah juga. Dengan team kami terpisah sat sebab ada yg kelam kabut cari toilet, yang kelam kabut ligan pi simpan bag nya, dan sebab waktu dah agak suntuk, kami masing masing posing secara individu or sekerat sekerat.
Ha! Nak masuk ke dalam kawasan makam tu, sila lah sarungkan kasut korang dengan sarung putih yang dah diberi tu. One thing i like about their building there (tak kira la makam ke kuil ke ghat ke), mereka ni amat control kebersihan, walaupun hakikatnya di luar di jalanan segala sampah dan debu sangat bersepah tanpa mengira masa dan usia. Eh?
Selesai melawat mentawaf mengkagum menyanyi menggolek lagu Hindustan keliling Taj Mahal ni, yang tak la lama mana sangat tu dek kerana nak mengejar train ke Jaipur pula, kami pun bergegas kembali ke station. Tapi harus on the way kami singgah cari souvenir. Pada pendapat jujur aku, souvenir kat Agra ni macam erm....... maybe sebab dah congested with tourist punya label bagai, maka harga pun hmmm. Dan kualiti pun ala kadar je. Unless kau nak mencari yg replika Taj Mahal, itu wajar kau cari disini. But please pandai-pandai la nilai dan belek dahulu okay, kang diketuk tak pasal kau saman aku, memang mek tak layan. EH lagi? As usual, di India, kat ceruk mana sekalipun, sila tawar kaw kaw, tapi hagak-hagak la, jangan la sampai menganiaya depa na, itu periuk nasik depa.
Nampak tak aku dah habis idea nak tulis apa tentang Day 5 ni?
Ye.
Mek ulang, memang singkat sangat duration kitorang di Agra ni. Touch N Go katanya.
Maka, See uols at Day 6 di Jaipur ok uols! ^_^
Till then! ^^
No comments:
Post a Comment