Sari berita penting.
oh tidak, saya tidak pakai sari.
berita pun saya jarang tonton.
ada rasa nak lempang tak bila mukadimah entry berbaur begini. sila jangan lempang. saya hanya insan kemasukan air di malam hari. sekian.
baiklah.
tetiba rasa nak update on the perlis trip.
24 disember 2010 (oooh. cerita tahun lepas laaaa....pffft!)
sesedar subuh itu, terjaga dek mimpi tah hapa hapa.
mimpi apa?
tu diaa....mimpi tengah tunggu train kat kl sentral.
sungguh la dasat penangan excited nak ....CHOPP!! kenapa aku bersusah update entry ni guna manual blogger.com? wlw kan ada.....
............. (<---- menandakan sedang bertukar medium)
tadaaa!~! ok sambung (nota kaki: harap maaf. farah diana ketika masuk air memang pura pura seperti pembaca sekalian; if any, sangat tahu sama ada beliau mengguna windows live writer atau blogger.com atau apa sekalipun. nak iphone boleh?[lagi satu kesesatan ayat terselit dalam nota] )
baiklah sambung.
sesedar subuh dek kerana mimpi dah sampai kl sentral, terpinga pinga lah aku atas katil sekejap. dengan beg tak packing nya. padahal, lepas kerja balik rumah mandi dan sewajarnya bersegera ke kl sentral. being me, aci redah ajo. malam sebelumnya (yang mendorong mimpi dah sampai ke arau tuh) sakan membalut hadiah untuk pengantin. ada pulak kan cadangan member sorang yang turut share secara kewangan hadiah itu pakat nak balut hadiah dalam train je. bijak cerdik sungguh. semacam lah gerabak tuh ana yang punya lah! saiz hadiah gedabak kot. ish ish.
nak jadi cerita, yours truly kononnya gila kuasa melantik diri sendiri jadi ketua rombongan katanya. dan dilantik kawan seorang sebagai ajk cenderahati (hadiah pengantin lah. beliau in-charge kumpul duit. supposedly, cari HADIAH juga tapi end up si ketua rombongan ni jugak lah yang tercari cari. isk isk). maka nya, bila si gila kuasa ini diberi mandat mencari hadiahnya, agak kecerewetan melanda. sawan juga turut melanda ketika berjalan mencari hadiah di ikea (ok. ikea memang lokasi standard mencari hadiah kahwin. aku lah. orang lain tatau. but ikea was the last resort.) ada sejumlah dua item yang dijadikan hadiah untuk pengantin. al kisah, aku malas cari kad, maka aku cari alternatif untuk kad yang sekali gus menjadi hadiah yang pasangan pengantin boleh manfaatkan. aku pun decide to buy them a glass notice board, dengan bantuan pendapat secara sms daripada cda dan pzol.
dan memandangkan aku tak dapat cari item item comel untuk wedding seperti yang di google, i decided to make one.
tadaaaa! niiii dia setelah berhempas pulas bergolek sakan bikin artwork lah kononnya. nasib baik pasangan pengantin sukaaa.
gambor hasil ihsan pengantin sendiri daripada fb album beliau. haha! sbb si penulis MALAS nak selongkar transfer gambar yang disave dalam netbook. sekarang sedang menggunakan desktop. harap maklum.
maka cerita sambung ya.
dah sedang bergelut packing dan bersegera nak mandi siap ke lrt station, dengan bag ikea tak dapat dicari (sbb apparently, beg ikea je muat nak hangkot menatang neh!) dengan sedikit drama dalaman menyentap tak habis. DEBUKKK!! kotak berisi kedua dua item dalam gambar diatas terlepas dari genggaman dan tepat mengenai ibu jari kaki kiri. eh. tak. tak sakit. cuma terloncat secara spontan ke atas katil. nasib baik tak roboh katil antik neh. *mode berpura pura tak sakit*
dan tercapik capik lah aku ngangkot hadiah gabak naik lrt ke kl sentral. sampai kl sentral, terus mengadu domba sakit kaki kat rakan dua ketul yang turut serta. dan hadiah di pass kan kepada encik pzol untuk dibawa sepanjang perjalanan. HAHA. ye la, takkan nak suruh cik cda bawak kan, sah sah hadiah tuh sama besar dengan beliau (ampun cda!!!! HAHAHAHA)
dalam train, memang SUSAH nak tidur sebab kaki dah start berdenyut gila. ditokok tambah dengan suhu dingin train. adoihmak. seksaaaaaa wa cakap lu! dak dua orang tu lepak gerabak kafe sebab ratu sorang (note: pzol = ratu) tu nak makan bekalan tapi malu makan kat tempat sendiri. hoh.
setelah cubaan menidurkan diri menjadi secara ayam sahaja, maka, menggagahkan diri lah merentas 2 gerabak ke gerabak kafe. mak haiii. sejuk jugakkkk gerabak kafe neh. T____T lepak la dengan mereka.
sampai arau, terus ambil teksi ke rumah pengantin. weks! dengan muka selekeh tak mandi, sampai ke rumah pengantin. sungguh tak senonoh bukan? aci redah je dek non!!
di bawa oleh adik pengantin ke homestay untuk kami rehat rehat sebentar dan bersiap. rehat sebentar kami jadi lah dalam dua jam kot. masing masing menyuruh masing masing mandi dahulu. dalam dok one to som sapa harus mandi bersiap dulu, ketiga tiga bantai tdo dek letih kematu punggung naik train dari kl ke arau. fuh! tabah kan?
maka, dah siap kami pun gerak kembali ke rumah pengantin. si adik pengantin lagi jemput. note, ketika ini, masuk mampu menyarung kasut bertutup lagi. walaupun sakit,tapi masih mampu tahan.
selepas makan nasi kenduri nyam nyam sedap woi! kami pun bersiap-siap jelajah perlis katanya! arah tuju: mula nak ke padang besar, lepas tu tukar nak ke wang kelian dan gua kelam. last last, tersampai ke padang besar. dan ketika ini….dalam dok tempang ni, nak gak berjalan shopping. jeng jeng! ADOIII! tak leh sarung kasut dah time ni. dah nazak sangat ibujari kaki ni berdenyut woiii! warna jangan cakap, tak payah g pedicure nak dapatkan kaler turqouise sama dengan kaler baju haku! hadoih. nasib baik encik faeez gedik ada simpan spare selipar jepun hitam dalam kereta beliau. fuh! nasib dah jadi harta aku, gedik. thanks wey!
jalan dan jalan. dan bergerak ke pulau pinang pula.kononnya lalu alor setar nak elak jam. alih2, yang kereta lagi satu (kawan pzol.) sampai awaaaaal lagik dari kami. tapi kami semua sukaaa….sebab dapat lalu lalang. aku pun amik kesempatan gebang port port makan yang biasa aku serang dengan family kalau balik alor setar. fuuuh! nasib tengah rushing, kalo tak, mahu aku paksa dorang singgah umah pakcik aku ajak dia g makan! haha.
sampai penang, dinner secara laju di D’tamarind Seafood. nyam nyam! dinner secara pantas kononnya mahu kejar train yang dijadualkan jam 11 pm tuh. hampeh. dah dekat jam 1 baru gerak train. sedih! kalau tahu delay, mahu jugak kami sambung makan dengan tenang. HAHA.
sesampai di kl sentral, aku cda dan pzol serang tandas cuci muka gigi bagi nampak siap sikit. haha. lepas tu, serang mcD for breakfast. dan sampai rumah, kembali ke bentuk asal. erk. rutin asal. oh. nasib baik juga pzol memberi pain killer sementara tunggu train kat butterworth tuh. memang tenang sikit kaki sepanjang perjalanan.
dan sehingga kini. kaki masih ada kesan lebamnya. tapi Alhamdulillah, dah semakin surut sakitnya. InsyaAllah, RUTIN KE GYM BOLEH KEMBALI SEPERTI BIASA! malah, wajar lah lebih giat sebab hampir TIGA MINGGU lebih dah ponteng gym gara gara tak boleh sarung kasut. SEDIHHHH! tapi berbaloi baloi sakit ini bila pasangan pengantin; fasya & hafiz suka dengan hadiah tersebut. dan berbaloi sangat juga sebab dapat berkumpul dengan cda, pzol, gedik, ella, azizah, mclong dan lain lain rakan matrik kolej mara kulim. weeeee!
esok, akan memaksa kaki ini mencium stokin dan kasut sukan kembali untuk kembali ke rutin yang baruuu nak di terap itu.
and yes, im glad i registered with the gym, sebab sakit sakit kepala yang kerap dahulu kala itu sudah tiada sejak memaksa diri workout. hmmm…means sakit kepala tuh memang sebab kurang fit. so, jom!
4 comments:
fuh..akhirnya saya mampu habiskan pembacaan..hik hik!!! cian farah... dah ok eh kaki? jg diri elok2 eh cik fawa! pasni kite kawen lak tau..hahahaha! *tetiba. (-_-")
ahaha..aku br tergerak membaca nye hari ini..
seyes weyh jimat..lps ni x ley carik mkn la aunty2 pedi medi kat KL neh..tp turqoise ONLY..hehehe..sian Farah..tp kan Farah,aku kagum la ko maseh bertenaga nk jln2 g pdg besar itu dan berkasot bagai dgn kaki sebegitu..tu kalau aku kompem dh gedik bg alasan bagai x mo jln..
comei glessss hadiah tu....
ella:
baiklah ella! jangan lupa ye, turn kita 2012, insyaAllah! *amin!!*
hahahaha
cda:
melayan blog gak ko ye....tp ON HANTU ok! demi jenjalan yg tak bernapas, aku sanggup weh!
ad:
ahahaha!yg COMEL tuh la gerangannya PUNCA ibujarikakiku jadi santek menawan kaler turquoise tuh! sila upload dalam kakikukakimu.blogspot yaw!! HAHAHA
Post a Comment