Thursday, January 06, 2011

haaaaaa.........chuuuum!!!!

Salam semua.

hello hai hai haiii!

haaaa....chuuuum!
tudia...bersawang katanya blog neh! *sedih!*

i busy sikit lah uols! maaf ye, BoBo, dah terbengkalai kau sejak dua menjak ni. *fakta auta: pura pura busy sebenarnya!*

oh. sebentar tadi, telah pergi ke kenduri rakan sejak darjah satu. nama kami dan nama ayah kami hampir sama. well, nak kata rapat sangat dengan beliau, tidak juga. mungkin ala2 rapat ketika kami satu kelas semasa tingkatan 2. fuuuh! rasanya, kenduri beliau tadi adalah kenduri rakan sekolah menengah rendah yang kedua yang aku berjaya attend. kenalan kenalan lain dari sekolah tersebut rasanya asyik tak terpergi. semalam pun ada seorang, tapi sangat tak sedar kenduri beliau this week, maka tak tersempat ambil cuti kelmarin. *sobs!*
apa apa pun, tahniah kepada Diyana Hillmee dan Solehah Abd Rahim atas perkahwinan anda. jap jap. hoi! bukan bukan. diyana tidak berkahwin dengan solehah, saya mengucapkan tahniah kepada setiap satu mereka. ok. baik, saya betulkan ayat ye.
Tahniah Diyana Hillmee bersama pasangan dan Solehah Abd Rahim bersama pasangan atas perkahwinan kalian yang baru berlangsung.

how's that?

hahahahahahampehbangangfarahneh!
well, walaupun agak lamaaaaaaa dah tak berjumpa dengan mereka mereka ni, tapi, Alhamdulillah, meeting them was one of the best moments jugak. eh eh ehhh. semua pun dah nak kahwin ni.
dan nampaknya, tema kahwin sejak dua menjak ni nampaknya cam mengarah ke warna kebiru-biruan lah agaknya. sebab tgk album gambar kenduri semlam, biru dan kenduri tadi pun si pengantin pakai biru. tapi i like lahhh! cantekknyaaaa dorang! huuu.
err...walaubagaimanapun, terkekok kekok laaah jugak si farah diana neh sebab dah lama oh tak jumpa gadis gadis sekolah menengah dulu. ye. gadis. jangan tanya mana kawan kawan lelaki sekolah menengah rendah aku sebab aku sekolah perempuan ketika aku tingkatan 1 hingga 3 dulu. pffft!
dan biasalah, kalau dah nama kenduri, pakat datang pulak dengan kawan kawan belaka, mmg boleh runtuh dewan! nasib baik lah si gadis gadis ni behave well. cewah! (ye...yg perangai kurang semenggah sket nih geng matriks ngan ukm. mmg muka tembok belaka termasuk lah penulis ni. cuma penulis ni comel dan sopan santun sikit ye. harap maklum! <--- statement undang pelempang secara bersiri neh!)

gambar? tetttt!
sejak dua menjak (eh? apsal entry kali ni aku rajin sangat guna sejak dua menjak?? sejak tiga empat lima menjak tamau?!)
ni, cik farah ni memang liat sangat lah nak pegang kamera. lagik lagik kalau nak disuruh usung si gabak kepunyaan abah tu. huh. i sedar diri lah sebenarnya, sbb tu malas bawak kamera abah tu. sedar diri bahawa tidak mahir mengendali slr secara bernas. daripada aku rasa nak melempang muka sendiri selepas menengok hasil tangkapan laut....eh...tangkapan gambar2 yang tak berkualiti, lebih baik i berdiam diri verangans diva bersedia sengeh tatkala kamera orang lain mula beraksi!maka, nyelit nyelit je lah secara malu malu kura kura di kamera rakan rakan sekalian. HOHO!

what i really love about diyana's wedding was her deco.... FRESH flowers are everywhere!!! ahhh. *drool!* the food was nice too. and of course, the company. kawan kawan sekolah. oooh. semua dah dewasa.

ok lah. itu sahaja sari berita penting. sehingga bertemu semula beberapa kurun akan datang. jangan marah haa. yang setia mengunjung tuh, terima kasih daun selasih. i lap u ol lah! very de ok!

till then, stay cute! ^.^v

No comments: