Sunday, October 17, 2010

update ringkas

Salam.

bila gua stress, gua emo.
bila gua emo, gua stress.

bila stress dan emo datang serentak, gua nak hempas barang
sangat huduh perangai.
nasib baik pintu bilik terhalang dek kabel kabel komputer.
kalau tak, runtuh tingkat 2, justeru kemungkinan mendapat pelempang imaginasi adalah tinggi.

ye. aku tak suka bila aku marah.
hodoh.
beritahu aku, siapa manusia kelihatan jelita atau kacak ketika marah?
beritahu aku sekarang!
kalau sang pemarah dikata kacak atau cantik menawan, tu tandanya fius otak yang berkata itu sudah tidak berfungsi.
ada baiknya dirawat dengan segera.
kembali kepada rupa aku marah.
ye. hodoh.
ketika farah diana ini marah, laptop pun pernah dihempas.
see. sudah dibilang, hodoh amat!
there, padan la laptop dulu weng. lagi tuduh jenama X itu tidak berkualiti, sedangkan sendiri ikut hati.
kasihan laptop jenama X itu. *sobs*
kerana sifat pemarah ini lah aku kira aku tidak sesuai menggunakan laptop.
rugi tahu!
sekejap!
aku ni pemarah ke?
tak. tidak sama sekali.
aku seorang yang emosi.
bukan pemarah.
aku suka bermain dengan emosi.
tak. aku tak bangga dengan perangai nan satu itu. mind you.
aku jarang marah, mungkin.
tapi kadang kadang, bila rasa nak marah, aku membebel.
tapi, kalau tahap membebel tu, tandanya marah tu tak tahan lama. sekejap sahaja.
kejap lagi kau tengok lah, mesti dok guling gelak.
tapi kalau muka ketat, hidung herot, gigi ketap, siap!
jangan kacau.

macam mana aku salurkan kemarahan aku?
dahulu kala, aku gunakan kemahiran menghempas ni dalam sukan bola tampar. agak berkesan aku kira.
eh.
tidak juga.
sebab.
setiap kali aku serve ketika hati tengah panas, CONFIRM bola bersepah!
serius.
kalau aku serve diketika muka aku hodoh a.k.a tengah marah, memang rosak servis tu. RUGI tahu?!
tapi, bila aku serve dan bermain dalam keadaan tenang, dan ceria, permainan adalah 75-90% berkualiti. sebab ketika tenang dan ceria, fokus kita tetap dan jitu.
tapi tidak ketika marah.
sebab ketika marah, hormon tidak stabil.
dan dikala begitu, pemikiran juga menjadi lintang pukang.
hasilnya? permainan turut kelam kabut.
itu sekiranya diumpamakan dengan permainan bola tampar.
cuba kau aplikasikan pula dalam kehidupan sehari hari.
bila kau marah, kerja dan tugasan kau semua pasti bergerigi.
kepala pun boleh memberontak kesakitan kalau kau layan marah itu.
sebab apa marah menyakitkan?
sebab marah itu sejenis api. api bila marak, memang menjadi lawan. sila angkat tangan siapa yang suka berdamping dengan api yang marak? ....err.... dicuaca yang sejuk, adalah satu pengecualian ye. kau yang berdamping dengan api ketika musim salji terkecuali, jangan gatal angkat tangan dalam persoalan ini.


maka
kesimpulannya?
Kalau sayang tak perlu marahhhh...eh. serius. nak dengar lagu Kalau Cinta, bukan kat sini. sila download sendiri ya.
maaf.
kesimpulannya, tak perlu marah. sebab selain bikin kita kelihatan hodoh, marah itu juga memungkinkan kerosakan kepada harta benda kita. kualiti hidup juga berkurang, berkadar terus dengan kemarahan.

ok. jom tutup aircond. api pun dah reda. sekian.

7 comments:

Suehaily Mohd Jiwa said...

bila marah mmg huduh,lagi huduh ditambah dengan tangisan tsktsk T___T

cool kak farah,be strong!!

finasafa said...

jangan wat kak fara marah..nnt dia bukan jadi kak fara,dia jadi kak marah.langsung xfrendly..sy berusaha xnak bg akak marah..maafkan sy kalu sy wat akak marah.T_T (miss our time..with others)

pareed omey said...

jgn jd incredible hulk sudah..hehe

Aliesha Kirana said...

sob..sob..jgn marah2 sayang~

fara-D said...

elly:
thanks sayang!
dun worry...ini hanya entry mereda kemaharan sikit je... sebab takmo marah2....haih. kata ratu drama! over kan?! :P

finas:
ni apahal tiba tiba minta maaf bagai ni? lawan tauke nampak? haha. no lah, miss u too!! :')

pareed:
ni lagi seketul....incredible hulk pulok! tuang minyak nampak? :P

ella comel:
gaaaah! tak marah ellah....merajuk je hr tu. kahkahkah! kawan ella yg sorang ni kat kuat berdrama! :P

Aida Zahrol said...

xde la ringkas sangat update ni. hahahah~

fara-D said...

kahkahkah! haah ek. baru aku perasan tajuk entry!

betol weh! niat memang ikhlas nak buat ringkas!