Sunday, October 17, 2010

secelik mata

Salam 1Malaysia.

buat pertama kali aku kira, seceliknya mata dari tidur malam yang enak tadi, aku terus duduk menghadap monitor, tanpa membuat persinggahan di tandas hatta untuk mencuci muka sekalipun. baiklah adik adik, jangan tiru perangai tersebut. hodoh tahu!


*berlalu ke tandas sebentar membersihkan diri T_T*

baiklah. tak perlu cerita dengan lebih detail sebab kelak blog jatuh masuk kategori BOSAN (walaupun hakikatnya dah jelas dan nyata telah pun jatuh ke kategori tersebut. *sobs!*)


ye. di pagi ahad yang indah ini, terfikir pulak aku nak bertanya readers (if any *nada sedih disitu) bagaimana anda coupe dengan pekerjaan masing masing. tak kiralah apa bidang sekalipun, design ke, management ke, hr ke, service ke.... or maybe ada yang sudi berkongsi pengalaman bekerja masing masing? hmmm....


aku?
yang aku alami, adalah sekali dua berhadapan dengan orang orang yang kurang faham how we work. thus, menyangkutkan seperiuk dua nasi kami. *tettt! nada kecewa disitu!*
well, itu antara cabaran untuk people who work dalam line yang similar dengan aku lah. tidak tahu pula bagaimana cabaran yang orang orang dibidang lain, care to share? ^.^
no, pertanyaan aku tidak langsung merujuk kepada pekerjaan baru aku sekarang. aku berbicara secara am. in general. yang mana, aku hari hari tertanya tanya bagaimana agaknya orang lain menghadapi pekerjaan hari hari mereka. kalau yang bercerita budak arkitek or designer, mungkin aku dapat bayangkan serba sedikit bagaimana kerana kami dibawah bumbung yang sama. tapi, bagaimana pulak budak engineer atau medic atau perguruan atau it atau apa apa je lah.

apa sekalipun, aku harap (yang mana aku sendiri selalu berpesan kepada diri sendiri) agar semua orang mengambil sedikit masa memahami tugas masing masing. tidak perlu prejudis akan apa yang orang lain kerjakan, kerana itu tugas mereka. kalau anda rasa ada yang tak kena, jumpa mereka dan bertanya secara sopan, mengapa. tak mati punya kalau ambil tahu carakerja orang lain. kadang kadang, kerja orang tu kelihatan seperti sama yang berulang ulang semacam membuat benda yang sama sejak dari dulu semacam lembab lah pulak progress dia tu. seperti yang disebut tadi, cuba FAHAM dahulu. kadang kadang, kerja orang tu memang KELIHATAN sama dan MEMANG SAMA sebab itu tugas dia. contoh (contoh aku ambil yang terdekat, sebab mengambil dari pengalaman picisan sahaja), orang tu dilihat selaluuu aja produce the same thing over and over again. tapi orang yang MELIHAT itu tahu tak macam mana nak produce BENDA YANG SAMA itu? process to produce it, kau faham tak? renyah rencah dan perinci benda benda tu kau pernah faham tak? amendments and designing memang akan mengalami satu proses yang mana kadang kadang seems like repetitions of the previous ones. but hey, that's the beauty of designing. memang akan bertembung dengan kesilapan, kebetulan, kelecehan yang berulang.
kau cuba lihat kerja photographer, kadang kadang kita semacam familiar dengan shot shot mereka. but hey, itu kerja mereka, bukan? cuba kau sendiri jadi photographer, silapharibulan, shot kau lagi teruk dari shot anak buah aku berumur enam tahun itu. haha.
tak salah kita kritik hasil kerja orang agar kita masing masing boleh perbaik mutu kerja kelak. tapi, kalau sampai mempersoalkan sampai tersekat periuk...how? *tettt! isu sensitif muncul lagik.*


baiklah. oleh kerana nada emo semakin memunculkan diri, lebih baik aku bersiap siap untuk keluar dating dengan member kesayangan. haha. lebih baik mempergunakan hari minggu yang indah sebaiknya dengan orang tersayang. semalam puas mencabut kaki ukur mall dengan mak, adik dan kakak. hari ni, kita curi sedikit masa dengan rakan pula. petang sikit or malam sikit kita sambung "partime task" pula ye. hehehe.

happy weekend uols! ^.^v

jom layan Magika!! (pooodah! orang dah layan lama dah....cerita tu nak basi dah baru hang dok hegeh nak p tengok kannn! sobs! sila nangis..................................)


7 comments:

Suehaily Mohd Jiwa said...
This comment has been removed by the author.
Suehaily Mohd Jiwa said...

i belum lagi rasa alam pekerjaan yg serious tapi rasa alam perlatihan industri adalah.practical and work adalah scope yang berbeza,pada sayalah..so tak dapat nak comment secaara detail from foundation to roof..


**poodahh!!pergilah kuar dgn kak dayah tu..kem salam pada beliau!;)

alyaanajwa said...

btol!! prejudice people makes us suffer! hahaha 'us'..u know what i mean....

fara-D said...

elly:
magika BEST elly! dan makan makan di seoul garden AMAT best juga! wuhuuuU!

alyaa:
ahahahaha. akak dah agak akan muncul komen sebegini dari anda. YE BETUL ITU! (skang pun sedang face something hampir similar tapi tak seteruk like-u-know-what lah kan... )

Aliesha Kirana said...

di mana saja ade cabaran bekerja farah... ke mana kita pergi pasti kn ada masalah, dari rakan sekerja dari kerja.. walhal kalu kerja sendiri pn mesti ada masalah gak.. heeheh..

cuma cara kita atasi masalah tu yg akan tentukan segalanya.. jgn tensen2 walopun tensen.. alihkan rasa tensen tu dgn wat mende yg kite ske.. cm ella... ske blogging utk release tensen, bace blog org..hehehe...

hahah..apekah yang mak merepek ni nyah?

p/s: farah... boleh x..er..boleh tak.jgn marah ek.. hehe.. kaler utk post tu leh x tukar dari kaler kelabu tu? nmpk tenggelam la huruf tu.. amik kaler terang skit cm putih ke.. ehehe..cadangan je..if farah dah selesa ngan kale ni xpe la.. up to u dear..heeheheh~

Aliesha Kirana said...

erk..lupa nk ckp.. i pun dah tonton Magika.. 25 bulan 9 lagi i dah serang pawagam..wakakaak~

fara-D said...

ella: ahahaha. btul tu ella!
tapi takpe, nyah! sekarang kerja ok. tak sestress dulu dulu kot.... Alhamdulillah.
and thanks for the comment, dah tuka dah font colour. tu la, hari tu setting macam something wrong je...thanks ella...

dan YES! MAGIKA BEST!!!!lagu Gebang Maya Karin nyanyi tu comel gila ok!