Salam.
Sejak dua tiga menjak ni, banyak sangat keinginan yang amat mahu aku laksanakan.
meh tengok list aku bawah ni meh. kalau nak tengok la, kalau tak, shuh shuuh! pi main jaoh jaoh!
1. beli/menunggang (mana mana satu dlu....) seekor cruiser. ha! hambek kau! puas semalaman ternganga nganga cari term yang lebih bernas daripada menyebut motorbesar, seperti yang disebut sejak tadika dulu kala. fuh! berangan dah lama dah, tapi, usaha nak mendalami atau menyimpan dana untuk mencapai impian yang satu ini belum lagi terlaksana lagi. baru malam ni entah roh apa entah rasuk abis semua website motorbike, superbike, touring, chopper segala mak nenek motorbike aku redah cari info. sambil berangan angan angkut sebijik. padahal, bawak motor yang basic tu pun belum pas, ada hati tuh. takpe, yang penting semangat. err...walaupun hakikatnya dulu pernah cuba menunggang motor rakan sestudio sehingga nyaris nyaris merempuh pintu studio. itulah, sapa suruh excited sangat sampai belajar pulas minyak je, tak sempat orang ajar camne nak brake, kau dah eksen trus pulas lepas tu kalut tak reti brake. bongok betul! tak mengapa, practice makes perfect katanya! hahaha
kenapa aku develop minat terhadap cruiser? (bukan cruise kapal ala movie Pisau Cukur tuh ok. tolong faham sikit boleh *tetiba emo.ceh*)
entah. mungkin movie Wildhogs dulu sedikit sebanyak memberi pengaruh tetapi seingat aku, minat tuh sebenarnya terpendam lebih dulu sebelum movie itu keluar kot. and maybe because aku tak reti tunggang motor, tapi sangat nak belajar tunggang motor, tapi abah tak berkenan sangat anak anak dia bawak motor (dia pun tak reti sangat kot....hehehe) and maybe because cruiser seems much safer than those kapcai or skuter or motor biasa. fine fine. jangan la gelakkan aku....serius, aku langsung tak reti nak tunggang motor camne. basikal reti ah weh! gelak laaa gelak....... *merajuk tetiba. sepak jugak farah neh!*
2. selepas accomplish no 1 tu, impian seterusnya adalah pusing semalaysia dgn cruiser tersebut.
reason? simple.
just because i love travelling.
3. err..... sebenarnya....this third one should come first before no 1 and no 2 itu ditulis tadi. what?
hahaha.... u guess lah! obviously lah kumpul duit banyak banyak dlu. ye. kumpul duit sepatutnya diconsider sebagai suatu keinginan ok. kalo tak, mana boleh nak menginginkan yang no 1 dan no 2 tu?? bagitahu sikit..haaaa? haaa? kau ingat, cruiser yang aku maksudkan tu pakai kuasa wap air untuk gerak? air pun kena bayar tau tak! *kau apahal malam ni, farah? kejap kejap emo??*
haha. ok ok. tak emo tak emo. chill chill!
oh. selain daripada untuk accomplish misi no 1 dan misi no 2 diatas (dah. misi pulak label dia. mana satuuuu ni? lantak ah) , misi no 3 ni juga sangat penting untuk investment. bukan bukan. bukan main saham bagai tu. investment yang mana mahu bina sebuah rumah yang praktikal untuk keluarga aku. yang mana rumah untuk mummy and abah, tapi at the same time, module kepada rumah rumah kami empat beradek. yang bersemangat jiwa setempat, yang boleh dijadikan pusat komuniti setempat...eh...bukan....yang boleh dijadikan pusat gathering keluarga. i hope, that house nanti akan jadi pusat yang mana cucu cucu mummy and abah nanti gather, dan semua seperti adik beradik, yang mana kami empat beradik ibu bapa bagi semua anak anak itu hingga dorang pun confused mana satu mak bapak kandung dorang. ok ok. kidding, not to that extend lah, but i hope u get lah what i mean.
ok. cukup three wishes. jangan tamak sangat. tiga wish ni belum tentu dapat accomplish. entah sempat entah tidak. manusia merancang, Dia Yang Satu itu yang menentukan. apa apa pun, sempat ke tidak melaksanakan three wishes diatas, hanya satu ultimate prayer dari aku, iaitu, neverending smile and happiness of mummy, abah, adek beradek, keluarga dan sahabat sahabat aku, be it with or without me. take care of yourselves, ok frens.... i love all of you. happy selalu dan tenang lah selalu, sebab, kekusutan hanya make things worst. so sit back and relax.... mwah!
wasalam.
No comments:
Post a Comment