Saturday, August 22, 2009

Ramadhan al Mubarak

Salam Ramadhan semua! apa macam first day puasa? ok? hehe....

sempena kedatangan bulan mulia ni (dan sementara punya waktu dan modal memblog), mari kita kongsi cerita tentang puasa jom.

erk. alamak! entry konvo tertangguh lagi. hahahaha.... bagi basi dulu baru update pasal konvo ye. kita peram buat jadi pekasam sekali sekala.

ok. kalau dulu kecik kecik puasa, memang banyak cerita karut marut bebudak yang macam-macam keletah berpuasa. adik aku dulu, cara dia ngelat masa berpuasa adalah dengan bertenggek depan peti ais. kadang-kadang, dia amik sebotol air sejuk from peti ais tu konon-konon nak basuh muka kasi segar, pastu pura-pura berkumur dan selepas tu pasti keluar dialog, "oopS! alamak! terminum! takpe kan takpe kan? tak sengaja...."
blah kau budak! tipu gila ok! (ceh. dan saat ini, aku rindu budak poyo tu! dan siang tadi beliau menghantar sms memberitahu keberadaan beliau di universal studio osaka. cis. sumpah jeles!)

dan selain kepelbagaian taktik mengelat puasa dahulu kala, dengan pura-pura demam la, mempamer lembik tak larat sampai juling-juling la.... ish. sunggoh pandai berdrama kan budak-budak dahulu kala. oh. aku tak, aku rajin puasa. XP ahahaha.... (tipu sangat!)
selain taktik ngelat, dikhabarkan hantu syaitan semua diikat sepanjang bulan ramadhan. sejak bila tah, aku selalu suka bila datangnya bulan ramadhan, sebab bila malam-malam, aku jadi berani dan kurang takot dikacau hantu. ceh. penakut rupanya farah diana kecik-kecik dulu. pada fikiran ku, selain berkat bulan ramadhan, time ni la rasa tenang sebab antu setan semua kan dah ditambat pada pokok. sila ambil perhatian, ditambat pada pokok. POKOK. dan kerana daya imaginasi yang terlampau tak bertempat kot, aku cukup takut lalu dekat-dekat dengan POKOK sebab risau antu or setan yang ditambat tu bisik-bisik kacau aku ketika melalui pokok-pokok tersebut. cukup seram kalau kena berjalan melepasi pokok pokok (dan kadang2 tiang elektrik pun tergolong gak dalam senarai tempat yang wajar dielakkan) sebab risau kot kot antu setan tu merayu-rayu suruh aku bukak ikatan mereka itu. terbayang wo antu-antu tu melambai-lambai dari pokok tu, sambil terkulai kerana diikat, dan mengugut aku agar melepaskan ikatan mereka itu. ok. semacam comel bukan tafsiran seorang anak kecil sebegitu? ceh ceh. tu nak cover malu la tu. hehehe. ok. mengaku. terasa bangang sebab pernah berfikiran sebegiturupa ketika usia muda dahulukala. eh? sekarang tua ka? muda lagi ma.... :P

dah. sungguh sengal la bukan? baru perasan,kesengalan dah develop sejak kecil lagi rupanya aku ni. aduhai., kasihan betul budak farah ini.

hangpa macam mana pulak? apa tafsiran pelik tentang apa-apa berkaitan dengan bulan puasa hangpa ketika kecik-kecik dulu. jom share! meh gelak sama-sama meh! (kalo lucu la, kalo tak, kita nangis sama-sama ye...)

selamat berpuasa semua!

2 comments:

Adian said...

ayooo imaginatif tahap dewa nih! hahaha bleh plak diikat pada pokok. hohoho

fievelski said...

ya.kreatif juga zaman kanak-kanak kita ya. bijak mengolah situasi demi meneguk seteguk air. walau sekadar air paip ketika berwudu di surau.boleh?