Monday, August 31, 2009

omputeh ada mac. a.k.a apple, kita ada DURIAN. T-T

salam.
dengan hati berkobar pagi tadi....err...dari petang semalam sebenanrnya, dah berkobar-kobar nak pergi replace hardisk laptop 'kesayangan' agar lebih mudah pergerakan aku ketika berkerja.

ehem.
bekerja?
ehem.

(pelik pulak melabel diri sebagai bekerja. hakikatnya, masih bergantung harap dengan belas ehsan ayah bunda. oh. )

berbalik kepada misi pembaikan laptop.
berkobar ni. dengan visi keesokan hari bakal mengusung laptop milik SENDIRI, bukan lagi dipinjam dari rakan serumah atau junior yang lainnya.fuh. imaginasi bahawa esok hari bakal membawa laptop SENDIRI yang telah diperbaik, walaupun sebenarnya laptop tua itu telah uzur dimamah usia.

oh.
ok.
sungguh over ayat itu. maaf.

yang penting, laptop la kan. sebab laptop memudahkan pergerakan aku yang sememangnya tak reti dok diam. bukan type budak yang reti duduk diam2 kat satu station saja. tambahan di RUMAH. rumah asasnya untuk berehat dan berlibur sahaja. oh bukan untuk dibebankan dengan pekerjaan kantor, melainkan rumah anda adalah pejabat anda.

farah sudah jauh melalut. balik ke landasan please!

ok. setelah mengambil gedik di rumah beliau, langsung kami ke plaza lowyatt yang femes tu. perjalanan Alhamdulillah amat lancar.

taaaapi....

setiap kedai aku pergi, menggeleng sahaja kepala mereka bila ditanyakan ada atau tidak barang yang aku cari itu. sumpah susah carik hardisk utk laptop ftec ni. huh. mengenangn kesabaran yang perlu ditebalkan, lagi-lagi di bulan mulia ini, aku membatalkan niat untuk membuat ungun api ditengah-tengah atrium plaza tersebut tanda protes kerana tak menyediakan hardisk yang aku cari.

ok. nada drama dah bermula disitu....

maka, dengan hampa, meneruskan perjalanan hari dengan menyinggah di kedai kamera membetulkan slr elly. dan dituruti dengan pembelian cd oleh gedik. aku? aku dapat....apa?
sepanjang perjalanan dipenuhi dengan ulangan laungan "STRESS!" oleh cik farah diana yang sumpah tak comel dah sebab dok ulang ayat stress sampai muka jadi kedut macam nenek kebayan.
tu dia, exaggerate lagik mak aih!
keluar dari parking, meneruskan perjalanan. singgah ke rumah elly untuk ambil barang beliau sedikit.
dalam pada baruuu je keluar dari parking tu, ada la 2 jejaka mengusung bungkusan-bungkusan entah apa entah.

salam ramadhan.
kita ada buat amal jariah, rm 10 untuk tat durian bla bla bla....
ingat bulan ramadhan. pahala pahala. anak yatim.

oh. sebegitulah rupa ayat kipas lelaki lelaki itu. aku tak sempat nak menggigil memberitahu aku TAK IZINKAN bau durian mencemari BumbleBee aku, tapi gedik dah terlebih dahulu mengeluarkan dompet beliau dengan niat bersedekah (eleh. macam aku tatau kau malas dengar mereka itu membebel lebih panjang!)
nasib baik hari masih muda, maka sistem badan masih ampuh dalam menangani anasir-anasir negatif yang tidak dikehendaki.

T_________________T
kereta ku dah berbau duriannnnnnnnnnn....

[note: ye. hangpa nak kata aku rugi nikmat dunia kata ah....dlu kecik2 aku makan gak durian, tapi sejak bila tah, aku tak bleh tahan bau durian.isk isk. ]

dan ye, hari ini agak menyedihkan, sudahlah tak dapat hardisk yang dicari, lagi pula di sinari pula keretaku dengan bauan yang disukai ramai itu. oh....sedihnya hati...




ada sesapa sudi sponsor netbook untuk saya? sponsor separuh payment punnnnn takpe. hahaha!

sekian kisah sedih.
moga esok kembali ceria seperti sedia kala...........

11 comments:

Adian said...

oh nangis seketika... tapi maybe ada hikmahnya.. kalau ko dah berabis beberapa ratus untuk hard disk, tetiba die kembali ke perangai asal suka blue screen, kan tension balik? hoho...

takpe, kumpul 1,500 dah bleh bli a decent laptop dah skrg. ala.. mahal brapa ratus je dari hanset kamu itu. hehehe

fara-D said...

cis! hanset ini bukan dipinta ya.... pucuk dicita ulam mendatang! kat lowyat tadi rasa cam nak jual je hanset ni supaya dapat membeli seekor netbook paling kurang pun. huk huk huk....

LaLa said...

dugaan di bulan ramadhan...
btw,mcm2 kuih leni kt pasaran ek...huhu

Adian said...

eh tetiba kuih plak dalila ni. hahaha

ST_one said...

There is a Chinese proverbs sounds something like this: The new one won't come, until the old has gone. It's time for new laptop, hehe >_<

Anonymous said...

layout blog yg latest ni baru senang skit nk baca...

fara-D said...

dalila:ye. betul tu...banyakkan bersabar...huhu....

adian: kan aku ada sebut pasal kuih tu.....hoho

stone: yeah! i'll make sure the old one REALLY gone first before i purchase a new one! hahaha *evil laugh!*

anon: ye benar! sungguh menyampah layout sebelum ini. pening kepala nak view entries. hahaha

fievelski said...

haha aku setuju dgn pendapat sansit

fara-D said...

aaah! aku memang setuju dengan kenyataan sansit itu. namun kadar kewangan mengekang dari melaksanakan keinginan itu. (takmo dah ah mintak abah,desktop da dpt dlu, sebok nak laptop plak. laptop ni biar dg usaha sendiri.....err...tp kalo ayahanda mengoffer, itu exceptional! hahahaha)

Adian said...

tak jumpa pun pasal kuih? tang mana ni.. ada alternate version yg aku xnampak kah hoho...

la.. penat je wat photoshop layout haritu... (tapi nan keluar komen hehe).. xpela yg penting content ya adik2. layout itu semua plastik. hahahaha

fara-D said...

ala....photoshop layout tu simple ajo. edit sket2 je pun.....

ye. yang penting, content dan kemudahcapaian. cewah!