Thursday, August 13, 2009
kasut, konvo dan aku...
salam.
aish. seperti banyak nak ditulis sebentar tadi kan. dah lama kot tak bermain-main dengan photoshop edit-edit gambar. heheh.
oleh kerana tadi dibakar-bakar semangat setelah menghadiri raptai konvo, maka langsung pulang ke rumah petang tadi (rumah pj) untuk mengambil pakaian konvo sambil catwalk satu rumah dengan jubah lengkap dengan baju dan kasut konvo. sampai mummy dan nana menangis-nangis tengok anak dan adiknya yang sorang ni overexcited dengan baju dan kasut konvo beliau. ok. tipu sangat. mummy dan nana tak nangis, cuma rasa nak sekeh-sekeh farah diana yang cam gila apa tah catwalk satu rumah dengan kasut dan baju lengkap berjubah konvo dgn topinya lepas tu percaya dengan kelentong abah tentang cara pemakaian topi konvo tu. ish.
gambar diatas, apa signifikan nya kasut dengan konvo kan? haha. maaf, i just love the shoes! been saving it for convo ok!
ok. maka dengan ini aku umumkan, tarikh konvo si farah diana yang perasan comel sampai mummy dia muntah-muntah tak larat dengar anak beliau ini dok melalak-lalak verangans comel ini adalah pada 16 ogos 2009, sidang pagi. ada sesapa nak hadiahkan jambangan bunga, amatlah dialu-alukan. jambangan je. sekuntum kalo i jeling je. ceh! diam kau farah. berlagak pulak. perasan pulak tu. oh tidak, aku dah tak larat menahan kekejian diri. harap maaf ye. farah tetiba hyper ini malam. ceh ceh lagik!
kasut. kenapa kasut? dan kenapa mesti kasut tu bertumit tinggi? telinga dah naik bengkak dengar bebelan orang sekeliling tatkala aku menyarung kasut tumit tinggi, "woi! ko dah tinggi melangit, pakai heels lagi?! sakit tengkok aku! cabut kasut tu skang!" (ok. dialog tu aku reka. tp maksud ayat tu memang slalu dituju pada aku ye.)
kenapa? aku pun kurang pasti nak jawab apa. sekejap ye aku check buku teks sekolah menengah aku, kot kot ada jawapan yang berkaitan.
kau ni kenapa farah??? sepak kang!
ok ok. serius. kenapa aku suka kasut?
mungkin kerana bersaiz kaki sepanjang perahu (cis! pak cik aku suka bahan kan kasut aku sebagai perahu la motobot la....cis!) membuatkan sesi pencarian kasut yang bersesuaian untuk aku seringkali sukar. jadi, kau dapat tangkap apa yang aku cuba sampaikan?
bila kita sukar mendapatkan satu sesuatu itu, kita cenderung untuk menyukai satu sesuatu itu sehinggakan satu tidak akan pernah cukup. ye, kau jadilah aku untuk faham betapa susahnya nak cari kasut saiz aku di malaysia ni.
dan kenapa entah aku membebel tentang kasut ni??? cuba bualkan pasal bunga ke, pasal kolam renang ke, pasal raptai pagi tadi ke...
aduh. maybe aku sangat excited tak sabar-sabar nak rasmikan kasut baru itu. haha. maafkan farah diana ye. hehehe...
kepada rakan-rakan yang akan/telah/sedang berkonvo, TAHNIAH!! we made it aite?!
dan tak lama lagi dah nak puasa. oh! bulan yang paling dinantikan. Ramadhan, cepat lah datang! i rindu u! ceh! cam borak ngan pakwe pulak. sudah farah! pergi tidur skang!!!zzzzzzzzzzz....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
congratulations untuk convocation.
phewit, peep toe!
selamat menyambut ramadhan. seronoknyaaaaaa.
huhu. Thanks!! Slamat sambut ramadhan juga... Erk!x abes ganti lg...huuu
wah.wah.wah.gedix!
Post a Comment