Saturday, July 11, 2009

lampu jalan

secara metafora cerita aku hari ini.
tujuan, nak sedarkan beberapa pihak. harap mereka faham, tapi kalau tak faham pun, aku nak buat camne kan...masing-masing dah dewasa, aku dah malas nak jadi tukang bebel. kang, aku jugak yang depa sampahkan.

spotlight. terang dan jelas menyinari satu tapak. kita akan automatik rasa lega sangat amat bila ada spotlight yang menerangi satu tapak, yang mana kita cadang mahu laksanakan sesuatu rencana. kita pandang tinggi spotlight itu, bukan? tapi, kita sering lupa, dalam pada kita mendongak menyanjung spotlight tu, kita dah banyak dibantu lampu jalan yang kadang-kadang malap itu. sebelah mata saja kan kita jeling lampu jalan tu. kat stadium contoh nya, sorakan akan dengar sangat gemuruh bila masa spotlight mula dinyalakan, menerangi seluruh stadium. tanpa spotlight, kononnya majlis tak berjalan. kononnya majlis tak meriah.
langsung lupa lampu jalan yang malap tu. padahal, lampu yang malap tu lah yang dah tolong kita sampai ke tempat kejadian (hoi. aku cakap ni, latar waktu harus lah di kegelapan malam. yang ko nak sorak sorai kan spotlight di waktu matahari terik tu, buat hapa???) lampu yang malap tu jugak yang dah banyak bantu perjalanan kita. tapi, kita selalu lupa. kita buat tak endah pun kan lampu jalan tu. tapi, kalau lampu jalan tu mati, kita sumpah lampu tu, kita caci lampu tu, kita marah lampu tu.

sudah la. kakak yang dah bukan bergelar student ni dah malas nak sound-sound orang.
oh.satu lagi, memang aku nak suarakan macam-macam kekecewaan, tapi takpe lah. aku kan lembut hati lah sangat.
oh. satu je la kan... cuba ambil ayat ni, fikir, analisa, dan cuba semat dalam hati.

" boleh tak TOLONG...."
"BOLEH tak tolong...."
"BOLEH tolong...."
"boleh TOLONG..."






sama konsep bila kita nak anjur majlis, kita MEMOHON pada pihak atasan untuk bantuan teknikal ke, bantuan kewangan ke, kita MEMOHON. jadi, apa salahnya kalau kita MEMOHON dengan secara rendah diri nya sekiranya kita perlukan bantuan dari rakan-rakan. tak kira la rakan kita tu sahabat sehidup semati ke, sahabat gitu gitu ke, sahabat kamceng ke.... rapat mana kita dengan kawan kita, dengan senior, dengan junior, kita tetap perlu praktik kan sifat humble kalau kita perlukan pertolongan. aku tak kata suruh sembah sesapa (kau dah hilang pedoman ke nak sembah selain dari DIA???) kalau kalau kita nak mohon bantuan rakan kita, tapi,susah sangat nak maniskan mulut memohon persetujuan empunya badan yang nak dipohon bantuan tuh? walau se-kerap mana pun orang tu dah banyak bantu kita, SETIAP kali kita perlukan bantuan dia, mohon lah secara berhemah.
jangan amalkan,
"hari tu pernah mintak izin pinjam menda alah tu, keizinan adalah secara seumur hidup..."


tak faham apa aku cuba sampaikan??
lantak lah lu.... otak ada, gunakan sebaiknya.....

entry ini bertujuan mengingatkan diri sendiri serta rakan2 agar memperbaik apa yang kurang..... wasalam.

14 comments:

chika said...

farah, kau berbaur upset.
T_T




i miss you.
jaga diri baik-baik ok? i love you. dan tolong sesekali fikirkan diri kau sendiri pulak, farah. Kau fikirkan orang banyak sangat. Adalah tidak fair sekali bila kau mendapat bahagian yang tidak baik :)


dan adalah perkara berat bila farah upset okek.

fara-D said...

oh man.... komen kau buat aku nangis ok! i miss u badly chika.............


ok. akan semat dalam hati nasihat ko.
u r right dear, berat kan bila farah upset. sangat hodoh!

omaigod. ya Allah...thank u nurul, kau jauh pun tetap tak lupa sejukkan ati fara-d nih. huuuuuuu


ah. nak p sorok bawah meja nangis jap. isk isk

LaLa said...

"boley x tolong..." even ngn mbe2 sndr pon kte pkai ayt 2..sbb kalo nk mtk tolong mstila dgn cara yg btol kn??

ni kan pulak dgn yg lbih 'senior'...TOLONGLA hormat dgn yg lbih tua*berlatarbelakangkan lagu jalinan unic*

Anonymous said...

kak fara dah upset..jgn wat beliau lagi emosi.

sabar kak.biarlah mereka2 yg kalu mampu terasa itu terasa, bia tegur skrg.bia malu skrg.bia xbetegur skrg.bia semuanya belaku skrg.

jgn bila msa dpn jd xberguna.jgn bila masa dpn mrka itu kecundang.jgn bila masa dpn mrka itu alpa.

bialah sumenya skrg.bila simpan jadi dendam.bila dendam syaitan dtg.bila syaitan dtg hanya iman yg mampu melawan.kalu mmpu lawan,bersyukurlah..jika tidak..?

yg tua dihormati,yg muda disayangi.

-sbb syg,ku turutkan,tp sbb syg tak mampu utk ku melihat dikau tjatuh di masa dpn-

oninimusjjt

chika said...

i menang 'best layout' you.
T___T
tapi entah apa tah jadi dengan trofi kemenangan i. ececeh. takpela. alhamdulillah. Ada jugak orang nak vote blog yang annoying tersebut kah kah kah.

:P

Suehaily Mohd Jiwa said...

maaf..
kte nak mntk maaf sbb kelakuaan kte byk menyingung perasaan akak..
semo nasihat akak kte akn perbaiki
maaf sbb kelakuan kte yg dah byk menyinggung hati yg lain.
kte x bermksd bg2..
mungkin sbb kte terlampau memikirkan
perjalanan program smpi lupa perkara mcm ni
T___T..
thx sbb byk dah bantu kami semo
after this kami akn perbaiki kesilapan kami so that ia xkan berulang
thx so much sbb bg nasihat kat kami
saya sgt mintak maaf akak....

fara-D said...

dalila
btol btol btol. takde la, bukan apa...kita orang melayu, dan orang malaysia, terkenal dengan budi bahasa. walaupun kadang2 ayat laser sesama kita lebih memesrakan kita, tapi, dalam majlis tetap ada protokol yang tersendiri. dalam meminta bantuan sesama kita, tetap ada cara yang lebih beradab. kan?. renung renunglah....

oninimusjjt
eleh. macam wa tatau lu sapa!!! hahaha

ye. anda benar, sbb sayang lah entry berbaur upset ini muncul...hoo

nurul haizum
*melompat kegirangan!!!*

ish ish!! yeayyy!!!!! haha. kalo tak menang, dorng tak PAKSA ko anta wakil la kan...hahaha! da agak da...sbb tu i segan silu nak p... (haha! alasan takleh blah ok!)

TAHNIAH!! weeeh!

elly
apology's accepted. tak pe, akak paham the pressure u guys (erk...girls kot?) went through for the program. and again, tahniah atas program tersebut, all of u shall be given credits. thank u for the event. cuma dalam pada itu, tak sepatut nya adab budi bahasa kita lupakan. memang la akak ni mulut takdak insuran, kadang2 akak sendiri main sembur je (and for that, akak pun mohon maaf kalau2 ada yang tersentap dgn semburan akak ke...) tapi, takkan boleh diterima sebarang alasan bagi kelakuan kurang adab dalam memohon pertolongan. kami sesama kami pun merendah diri bila nak mintak tolong hatta tolong ambik tisu sekalipun.


uih. panjang lebar kot komen neh. takpe, nanti kita pillow talk...eh...slow talk, face to face, lebih bermakna ok.


sayang semua! mmmwah!

Anonymous said...

maaf tuh senang nak cakap tp org yg rase tuh jer yg tau perit dier... tp tahu tak nape perlu mintak maaf??? renung2kanlah... bak kate kak fara... jgn lah bila dah x der bantuan cahaya dr spotlight, brulah terkendeng2 minta bantuan lampu jalan yg malap... pastu lampu tuh dilupakan n dibuang tanpa pikir balik setiap jasa yg dibagi... pastu duk sanjung balik lampu spotlight tuh...

Anonymous said...

just be urself guys...even depan spotlight ke lampu jalan ke..

alyaanajwa said...

da title tidak menggambarkan entry..tertanya2 mula2 awat yg dok sebuk psl lampu jln..adakah sbb alyaa hampir terlanggar lampu jln jugak aritu?? hehehe

Anonymous said...

u sadap alya.hahaha.nnt cite ah bila incik al sudah kembali ke ukm.hehe.
entry kak fara ni metafor kepada keadaan terkini.

jjt_oninimus

fara-D said...

anon1:
takpe. mintak maaf kalo entry ni berbaur provokasi. sudah la, tak kira la spotlight ke, lampu jalan ke, pelita ke.... semoga pasni, kita ikhlaskan hati tolong. tak kira la pulangan nya -ve sekalipun. igt, DIA tau apa kita buat. dah2 ye sayang... nnt pertolongan kita dulu jadi tak ikhlas plak...

anon2:
u're right, just be ourself. wait. tho i agree with u,but somehow, not totally...sebab... kadang2 kena jugak control diri dalam berprotokol, especially ketika mintak tolong. heh. kalo our trueself is sort of mulut jamban sikit, takkan nak guna pakai mulut jamban gak nak mintak tolong kat org kan? hahaha

(ceh. harap maaf la perumpaan extreme plak...harap paham apa yg cuba disampaikan...hahaha)

alyaa:
hahaha! ok. jangan ON sentap plak alyaa ye. how r u dear?
eh? sempat ke terlanggar lampu jalan hr tu alyaa oi?

oninimusjjt:
sapa kau hah? mana kau tau pasal cite neh???

*pura2 tak kenal*

fievelski said...

wah...baru terbaca..okeh..sependapat dengan farah...buka sespenda dgn farah yer..larikkkkkkkkkkkkkk

fara-D said...

buka sespenda?? apakah? makin hari makin tak paham bahasa anda...adoi gedik.