xx JLN XX/XX,
xxx,
XXXXX Petaling Jaya,
Selangor DE
_____________________________________
Yang Amat Berbahagia
Puan X
GPK Pentadbiran
b/p Pengetua
SMK XX
Selangor 15 JULAI 2009
Puan,
Permohonan Untuk Menggunakan Makmal Komputer Yang Baru.
Dengan segala hormatnya, saya XXX, sebagai pengerusi Kelab XXX ingin memohon kebenaran puna untuk menggunakan makmal komputer yang baru. Semenjak dahulu lagi, kami tidak dapat menggunakan perkakas alatan elektronik yang terkini iaitu komputer di makmal komputer yang baru.
2. Kami sebenarnya sebuah kelab XXX yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan budaya maka tujuan penubuhan kelab ini adalah untuk melahirkan generasi berketerampilan, berilmu dan bersahsiah mulia. Disamping itu, tidak dapat dinafikan bahawa dengan kegunaan komputer yang baru ini, kami sebagai generasi jiwa bangsa, dapat mempelajari inti pati teknologi maklumat yang signifikan untuk memenuhi Falsafah Kognitif. Susulan daripada itu, aspek teknologi dan maklumat yang sofistikated dan terkini ini dapat meloloskan diri kami daripada belenggu kemelut yang kami sentiasa alami semasa menggunakan komputer-komputer lama. Misalnya, jangkitan virus komputer, kedaifan dalam jaringan internet serta kelembapan pengurusan komputer.
3. Ekoran itu, kami juga tidak ingin menunjukkan rasa tidak bersyukur tetapi kami tidak ingin sentiasa berada dalam kepompong yang kian bergelumang dengan ketidakpastian. ini disebabkan oleh pengurusan komputer yang tidak efisien ini mampu menyekat pembangunan kelab XXX. Lazimnya, pelbagai rintangan yang kami hadapi ini juga dipenuhi dengan gerimis-gerimis yang tidak berpenghujung. Ini disebabkan guru makmal komputer iaitu Encik XXX yang tidak memberikan alasan-alasan yang konkrit bahawa kami tidak dapat menggunakan makmal komputer yang sebenarnya dibina untuk kegunaan semua pihak. Sedihnya, terdapat pandangan yang disampaikan oleh pihak tertentu bahawa alasan-alasan yang diberikan ini telah diputar belit bagi menyembunyikan maklumat yang sebenar. Sebenarnya, saya tidak mampu mempercayai kata-kata gosip ini.
4. Serentetan itu, kami mendapati bahawa terdapat banyak manfaat yang diperoleh jika kami dapat menggunakan makmal komputer ini walaupun sesekalipun. Misalnya:~
> Perpaduan dan hubungan antara pelbagai kaum dapat ditingkatkan lagi disebabkan kami sebagai kelab XXX ini mendukung kebenaran yang kami sepakati bahawa kami dapat berinteraksi dan bekerjasama semasa mempelajari aspek teknologi maklumat yang terkini.
> Suasana di dalam kelab kami dapat menjadi meriah lagi-lagi ceria.
> Pengurusan komputer yang efisien dapat meningkatkan ilmu pengetahuan kami - mempelajari program-program terkini iaitu "Photoshop", "Dreamweaver" serta "PowerPoint" yang mempunyai pelbagai fungsi yang lebih sofistikated.
5. Deduksinya, saya berharap puan dapat melaksanakan wahana konkrit dan pragmatik untuk menangani masalah kami yang juga disifatkan sebagai "duri dalam daging" kerana kami ingin menjayakan kelab kami dengan lebih-lebih lagi! Maka, sudah terang lagi berkilauan, juga bahawa kami sebagai kelab XXX ingin menarik perhatian puan untuk bertindak dengan secepat mungkin sebelum kami malngnya, terlepas peluang untuk menggunakan makmal komputer yang sebenarnya dibina untuk kegunaan semua pihak.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar,
...........................
(XXX)
p/s: any comment?
14 comments:
where the HELL did u got this? is this for real? atau rekaan di kala kebosanan semata-mata? hahahahaha... bahasa cam blog gedik
excuse me...bukan rekaan ok. di ulang...BUKAN REKAAN!
haha. surat rasmi yang student kakak aku tulis. isk. menangis aku baca....ku pikir diri ku sudah cukup dramatik,.....isk isk isk...
aiyo farah...kenapakah nahu bahasa kamu berubah 395 darjah? Surat ini kalo sampai dekat aku mau terketar-ketar hunhek mau rujuk kamus satu persatu..matilah..separuh aku tak paham..sekarang aku tahu kenapa orang skip belog aku
ya Allah! aku tak reka surat tu!! serius. budak fom 5 yang buat surat rasmi ni,motif nak tuntut penggunaan lab comp baru skolah depa. hahaha
i don't know if "deduksinya" adalah sah atau tidak di sisi dewan bahasa. haha..
adakah penulisnya menulis dengan ikhlas atau sengaja bernada satirikal?
adakah penulisnya melayu? kengkadang student bukan melayu ni lagi sastera dari pengguna mother tounge neh. mengaplikasikan vocab baru lepas study KOMSAS la katakan, haha...
so camne, dapat x lab tu? kalau dapat, pasni aku pun akan tulis surat camnila.
layangkan warkah bertinta pilu kepada penguasa kerajaan langit.pasti terkedu membacanya
sesungguhnye mengingatkan ako kpd subjek bahase melayu form5 kertas penulisan!!! surat rasmi!
p/s: dulu igt gakla perkataan gempak ni kan... hehe hggakn menjadi PC subjek bahase melayu SPM... B**** tol... hehe...
adian
tu lah pasalnya. haah, mmg non-malay. dan surat ini tidak lepas sbb depa mintak akak aku check dlu. haha. budak sorang ni memang emosional bak kata kakak aku, sbb tu surat bernada bombastik betol...
gedik
bukan takat terkedu, kelu lidah beliau kelak....hahaha
ib
haah kan...huih. dasat wo jadi PC subjek BM spm.... waaaah!
Gua nak ajak lu dtg mkn kenduri kat blog gua.Folo baca doa skali pun takpa..
haha. aku suka budak ni.
maaf komen langsung potong mood.
fdaus: hoh. baik baik. pas kenduri kte gotong royong cuci belanga ye...
aai: haha. tu la pasal. suka la ini budak. sunggoh emosi.... reminds me of some one lah kan....hmmmm
penat gelak sorang2.. huhu~
kalau ini adalh essay utk exm pmr ke spm ke sure dapat A disebabkan penggunaan vocab yg hebat meletup2.. tp kalu sekadar surat rasmi.. huhu~ sy pon xkan benarkan.. gila ah...
mmm~ ini meluaskan lg pandangan sy terhadap bidang persuratan melayu nih.. hoho...
nk try la buat surat gini utk ukm ke, pam ke, utk mintak sponsor ke.. agak2 diorg tangkap leleh x?
heyyy suhana......ish ish ish..u ni apa la..tp surat mcm ni..memg sesuai la bg kat org nk mintak sponsor..hehe..i suggest,u blaja la dari student kakak kak fara ni.
bahasa yg sgt bomba-stik.dan ala-ala translate.uh.kajum kajum.
kalo mintak sponsor pakai surat ni, harusla gagal
Post a Comment