Wednesday, January 28, 2009

back to school

salam.

cewah. back to school konon.


grrr...grrr....

alamak!tadi si adian ajak join dia ngan apis makan, aku poyo je da makan popia kunun. isk isk. skang cam trasa lapar lah pula....ngiaaaah!

takpe. takde hal. (takde ke? bukan kalo tak feed the poor, fokus kerja jadi kurang ke?aaaaa!! ini falsafah kami-kami waktu 1st year second year dulu.............. T___T rindu geng menyengal!)

hmmmm. kata banyak kerja kan? blog sempat pulak kan.... haish.
saje je. baru abis mengemas sakan bilik ku di zaba ini. yahooo! besh nye rasa!
akibat serangan cicak pada jumaat lalu ketika menkemas barang untuk dibawa pulang sempena cuti raya cina (barang? baju2 nak basoh je....kehkehkeh), pada ketika itu sedang mengambil beg untuk diisi baju. sejurus beg diangkat, seekor cicak seronok buat bungee jumping depan idong aku dengan sewenang-wenang nya! waaaaaah! stress btol! pastu, boleh plak dia bermastautin atas katil aku di sebelah beg kamera puan akmal (yang ketika tu aku sedang pegang sementara menanti aai ambil semula). aaaaa. jerit sekuat hati,mujur orang-orang di kolej ini ramai dah pulang, kalo tak, mau mereka bergotong-royong pecahkan pintu bilik aku demi mencampak aku ke bawah kerana kecoh sangat gara-gara seekor cicak. cis. bertungkus lumus aku berusaha menghalau cicak itu pergi, nasib lah ada penyapu panjang milik roomate yg dijadikan senjata mengacah cicak itu supaya berlalu pergi. dan tak pasal2 katil aku berubah lokasi ke tengah2 bilik dek kerna nak elak rapat kedinding kerana cicak tersebut degil takmau pergi dari dinding berdekatan. cis. mujo jugak bilikku sem ini besar, kalo tak, harus aku telefon bomba. aik?

ok. ayat-ayat diatas sangat menggambarkan aku sangat menyampah pada makhluk nama cicak itu. woi! mana ada. aku tak benci cicak la. dan aku mana takot cicak la.... i okek je, cool aja maa! cicak?? elehhhh....

orait. berlagak pula sekarang ye. mau muncul haiwan itu sekarang harus aku mencecet membawa diri pulang ke rumah secara drastik. cis. cicak punya kes pun panjang lebar aku merapu. tolong ye cicak, jangan ganggu aku. mentang-mentang dia cicak ukm, nak berlagak menakut-nakutkan aku. cis.


hoi hoi. apa ni farah??? cadang nak update secara kecil-kecilan, boleh melarat panjang gara-gara cicak punya pasal. haduh!!!


oh tapi tak mengapa. kini bilik ku dah rearrange secara bernas nye. barang-barang dan buku2 tersusun rapi di rak yang dipasang sendiri secara gigih antara asar dan maghrib tadi. baju-baju semua sudah digantung/lipat dan tersimpan rapi di dalam almari, cadar dan maeyl sudah terbentang elok diatas katil, tudung-tudung dan handbag-handbag (banyak ke handbag aku ni weh?) sudah disusun rapi ikut kategori, alat-alat facial dan aksesori kecil-kecilan turut terkemas rapi didalam bekas khas. fuh! so cicak, u go find some other place ye! my place kemas sudah! (aik? cicak lagik??? ish)

ok. ini nampaknya penangan orang yang agak kelaparan kot. macam panjang je entry aku hari ni. asal nak menulis hal lain, tapi terluah pulak hal lain. oh. enough is enough farah. mari lah mari meneruskan kehidupan sebagai pelajar ye. go farah! *wink*

Monday, January 26, 2009

cuti?

salam.

hmm... been quite bz lately. but being at home with family as all i need to refresh my mind. isk. been hectic lately. isk.

see....blog pun bersawang. huh

hmm....nak menyatakan disini, favourite hang out place kakak aku, nana. kahkahkah. jahat aku.
tak amcorp, dia suka pergi giant. dan tahniah nana, siang tadi anda berjaya juga menjejak kaki ke pasaraya giant buat pertama kali setelah sah transfer kembali ke semenanjung ini. sesunggohnya adik mu ini amat berbangga kerana di beri penghormatan untuk mengescort lawatan rasmi pertama anda ke giant mall kelana jaya (pertama kali as in untuk tahun 2009 ini) tahniah2 dan terima kasih sekali lagik. saya bangga menjejakkan kaki di giant mall kelana jaya buat pertama kali di tahun2009 ini. bangga dan terharu, tak terkata perasaan ini.


ok

farah sangat tak betul ini malam.


farah diana,
tolong bertahan untuk semester ini. sedikit sahaja lagi, insyaAllah.
buat yang terbaik.
ketepikan temptations yang mengalir deras disebelah anda itu.
set ur mind straight.
tolong ingat apa hala tuju anda selepas ini.
ha? apa hala tuju aku....?
ada lah....takkan semua aku nak tulis sini.
hehehe. poyo kan?!





appointment pasang rear safety belt tak buat lagik
hutang kepada rakan yang menjual top up (ehem) tak berbayar lagik
hutang budi dibawa mati...eh... hutang topikal study bab 1 dan 2 tak langsai lagik
task case study mini library tak stat lagik.

apa aku buat ujung minggu ni?
selain berpura-pura mencari maklumat,
aku melalak2 depan laptop lagu2 juara lagu yang lepas. cis.
aku menonton dark night. cis.
aku menonton cj7 bersama adik beradik (sumpah nangis kalo aku tgk sorang citer neh. tapi sbb bersama adek beradek kan, terpaksa control macho. nanti disamakan dengan ratu drama bernama erin tuh. tamau la...kantoi kegerekan i nanti. hehe). cis.
tdo krohh krohh kroohhh. cis.



dan dan dan pulak ramai nak jumpa dis week kan. adoi.
dalam dok kalut macam2 hal nak setel, depa nih ajak jumpa la.
isk. time ni la si syamil ni turun kl kan. lepuk jugak pacik babun neh.
mujo la ada aida yang da lama tak ketemu, dan mas comel, alamat takat nak jumpa pacik tuh sajo, nan ado nya aku. harus aku berpura-pura pengsan setiap kali dia anta msg kat facebook (aik? pura2 pengsan pun, dia bleh nampak ke kalo through fb semata???)

haha. ish. kalo dibaca nya statement aku ni, mau kecik ati pacik tuh ek? ampun! gurau di malam buta sajo pacik!! kehkehkeh!



baiklah. entry ini amatlah membazir masa. isk isk. sedih betul hidup aku.
sekian.

Thursday, January 22, 2009

lalala

salam.

yuuhu! teka saya di mana??

haha....

well, this whole day was not really good to me but as the day turns into night, my mood was getting better and better. Alhamdulillah
makin larut malam tara kucha tara kucha cha cha ...eh.... maap.
makin larut malam ni, makin laju plak progress... alhamdulillah.
sebab menjumpai angin baru kot. best nye kalo tetiap malam bekerja seperti ini, tanpa gangguan kemalasan seperti selalu. waha.

pengajaran hari ini; marah itu amat memenatkan. senyum itu akan selalu buat hari kita lebih tenang.
kenapa aku cakap camni?
sbb pagi tadi ada bertekak sket ngan kaklin. punya la sentap (hai....kata ratu emo kan. drama queen ni da lama tak beraksi neh!) sampai perjalanan dari pj ke bangi tuh gigi terketap je. kereta yg macam tuuut memang free-free dpt pahala kering sbb aku dok sumpah seranah perangai dorang. but as i approach the traffic light depan ukm, i realized, "penatnye rahang aku mengetap gigi" geram nye pasal kan. da la gatal pasang lagu linkin park sekuat mungkin, mana tak lagi aggresive kan. mujo bawak kelisa, mau bawak ferrari? tak ke terus michael shumacher nangis 5 minit sebab aku menggugat kedudukan dia dalam team f1 tuh. (ok! farah merapu. tak lawak farah!u're just exagerrating!)

oh k. tadi seperti ada mende nak cerita. tapi seperti biasa la, short-term memory. ngeks ngoks betol! dah la....baik sambung wat keje lagik bagos. sekian. selamat malam.

Tuesday, January 20, 2009

AJL

ayo! macam da basi je cite ajl neh?

haha. mmg pun. tp saje je nak menghapdet. weehu.
setelah agak bertungkus lumus pulun siapkan jugak report by petang ahad tu, aku pun beransur ke bukit jalil dengan 4 hero jsb tuh. kehkehkeh. baru prasan aku sorang je pompuan masa tuh. haish.
oh. lawatan akademik kali ini disertai oleh encik gedik, encik adian, encik zaid dan encik padil ye kawan kawan. terima kasih daun keladi kepada 'artis' faveret saya yang bernama encik hafiz selaku penyumbang tiket. terima kasih daun keladi, ada event lain hulur2 lah lagik! hafiz oh hafiz....ko tak perform ke PGL nanti? muahaha!! ok. agak bangang!

the show was great. enjoyed every minit. well, it was my first time attending such event. so macam terexcited jugak la. ada la sebutir dua lawak jalanan kami yang tak seberapa. meh ringkas kan kot.

1. gedik set satu trend baru; selipar kiri lain kanan lain. fuh! pecah perot. nasib perasan masa baru turun kereta. and NASIB jugak aku ada bawak spare selipar aku weh. kalo tak, pakai la den punyo high heels yang sentiasa ado dalam kete nuh!

2. zaid mengaku "darat". heh. setiap artis yg muncul/lalu/perform dia akan tanya sapa. but no biggie, aku tak kesah pun. tak kenal artis takpe je, artis pun manusia kan. dia je yg tersipu-sipu tak kenal artis. kehkehkeh (kecuali os kot!) oh. dan zaid pandai juga memuncungkan mulut dalam gambor weh! siyes tak sangka ada bakat jugak memoncongkan mulut ketika posing amik gambar!!

3. semua pun pakat pening kepala pas abis show tersebut. cheh.

4. kes penipuan oleh gedik dek kerna nak revenge kat beberapa org 'itu'. mula aku macam pelik napa la nak tipu camtu, tapi pas gedik cerita perihal org itu dan org itu ada kaitan dgn kes dinner kolej aku thn lepas tu, aku trus kua tanduk menyokong tindakan gedik! woho! cayalah gedik.


ahak. org g ajl, review event tersebut. aku review lawak seposen dua dari geng aku yang forever sengal tuh. oh. maaf la kalo ada yg tiba2 bukak post neh mengharapkan aku review show2 artis tuh. nan ado nye, aku tak reti nak mengreview mereka doh. just that i enjoyed semua performance. dan haruslah performance aiman yang paling aku dan rakan-rakan nantikan kan... sbb artis faveret kami; hafiz bermain alat muzik (still tak dapat tangkap apa nama menatang alah tuh!) untuk show aiman. fewwwiiit! haha!

dah la. banyak kojo neh. tapi mood takdak. ssh bila nak buat keje mood nan ado neh. rasa nak pergi berenang je. aik?



tu stat merapu tu tanda dah abis modal dan mungkin sangat poyo kalo terus menulis lagik. sekian. keep on smiling peeps! dont be sengal like me! woho!

Saturday, January 17, 2009

we will not go down!

salam.
malam semalam, while browsing through the net for the case study (yes. the neverending nye task!) suddenly, terdetik nak click on a youtube video posted in the facebook by dearly friend of mine back from sriaman. song for gaza. (original video here) my heartbeat totally stopped.
i know i've been neglecting the outside world for all my life. never cared, never have been bothered (hey, not totally lah. ingat aku ni hati batu ka?) i just got just a glimpse of everything. get to know just the surface. felt pity, but that's just it.
somehow, the video did caught me into tears (though masa tu tengah lepak kat studio! nasib adian tak nampak!llalala)
walaupun aku mengaku aku ni agak cengeng, but itu occasionally ok. tak kuasa aku nak nangis nengok hero hindustan tengah nazak sambil si heroin sedang terseksa jiwa raga melihat si hero menanti saat mati! err....ok. i did say occasionally, did i? certain2 la. woi! aku merepek apa nih? baru cadang nak entry serius sket dah meraban tak tentu arah! ish

ok ok. serius serius.
im not trying to prove anything here, just to express my deepest concern. just to share my feelings.itu saja. mungkin itu saja yang aku mampu. selemah-lemah manusiah lah kiranya aku nih. isk.

sedih. sangat sedih. kenapa perlu begitu? ye, aku juga punya rasa marah. pernah rasa nak menyalakan bom bagai.cuma sebab aku tak reti buat bom je yang buat aku keep the thoughts to self (FARAH! MERAPU LAGIKKKK!!)
maaf....
sambung balik. being me, aku memang agak blur on current issues. kelemahan terbesar aku kot.
aku punya satu pendirian yang aku rasa pelik tapi itu lah aku. pendirian yg buat aku rasa kadang-kadang aku malas nak baca berita (aduh. padahal, itu satu kepentingan untuk aku mengetahui isu semasa, to keep me updated. aish....i know, my bad. *sigh)apa dia?
ye, sebab perang-perang ni lah.
perang
kes kes bunuh
hasad dengki
ragut
anda mungkin akan cakap pada aku, "farah! that's real life! like it or not, shit happens. u have to wake up, snap back into reality"
ada aku peduli itu semua?
aku bukan seorang yang very the angelic, aku penuh perasaan dengki, sakit hati dsb.
tapi, aku tak sama sekali menyokong keganasan.
robek ok hati menonton video tersebut. sedih sangat. rasa terdetik, what were they thinking?
mereka tak pernah melalui peringkat kanak-kanak kah?
tak pernah ke mereka rasa hidup sebagai kanak-kanak?
apa? mereka tu, keluar2 dari perut mak terus pegang senjata kah?
mungkin mereka tak pernah merasa kasih sayang seorang ibu, ok. aku terima. tapi aku tak terima kenyataan mereka sanggup buat macam tu
Bold pada KANAK-KANAK dan wanita. dalam ramai-ramai askar itu, mereka di kawal oleh satu kepimpinan yang otak tatau letak mana. dan dalam ramai-ramai tu jugak, tak de yang ada otak? mereka takde family ke? oh, mungkin takda sebab tu mereka tergamak. tapi.... sekali lagi aku nak luahkan, mereka TAK PERNAH rasa jadi KANAK-KANAK ke???

aku tak nak cakap apa-apa pasal kenapa perang tu jadi lah, sebab aku tau aku tak arif pasal tu.
tapi sebodoh-bodoh aku, bodoh lagik mereka yang tergamak memperlakukan wanita dan kanak-kanak sebegitu rupa. mana hilang perikemanusiaan?
mana hilang akal fikiran?
mana pergi kebijaksanaan?
mana pergi budi bicara?
semua itu hanya mimpi kah?
dunia akhir zaman.... akhirat lagi azab.
sedih.runtun hati. tak terluah.


kiranya aku punya kudrat,
akan ku bina benteng buat melindungi anak-anak itu
andai aku punya kuasa,
akan aku arahkan seluruh umat manusia menentang kekejaman itu
kiranya aku punya harta berjuta-juta,
akan aku taburkan depan mata mereka agar mereka diam dan menghentikan perbuatan gila ini.
namun,
harta, kuasa dan kudrat itu milik DIA.
aku hanya mampu memohon doa dari NYA yang MAHA KUASA
aku selemah-lemah manusia
hanya mampu membenci kekejaman itu
hanya mampu marah dengan kebodohan itu
insyaAllah, hanya doa yang mampu aku panjatkan
aku masih percaya kan kuasa NYA yang tiada tandingan
aku masih percaya,
DIA tentu punya sebab mengizinkan segala ini berlaku
mungkin DIA mahu kita lihat dan belajar
mungkin DIA mahu menguji iman kita
percaya atau tidak kuasa NYA
percaya atau tidak rukun iman NYA
qadha' dan qadar
aku percaya, sinar itu ada di hujung sana
hanya bila yang aku tertanya-tanya........

anak-anak, dan ibu-ibu gaza
hanya doa aku mampu iringkan
hanya kata-kata mampu aku sampaikan
hanya air mata mampu aku sumbangkan
bertahanlah
sinar itu pasti ada
Allah itu Maha Kuasa
tidak didunia, diakhirat nanti balasan menanti mereka
walau kita tak pernah bersua
kenal apatah lagi
tapi sayang ini pada sekalian manusia
moga hitam itu pudar
moga gelap itu cerah
moga sedih itu senyuman
moga hari ini berakhir
dan esok bermula
bermula dengan lembaran baru yang bersih.......
ya Allah, lindungi lah mereka
lindungilah sekalian hamba Mu
di sana
dan disini
hindarilah bumi ku hadiah dari Mu ini dari terus-terusan diseksa
bantulah umat Mu yang kehilangan kudrat ini
amin ya Rabb al Amin........

Friday, January 16, 2009

mental

salam.
ehem. baru balik dari dinner bersama rakan-rakan tadi. macam da lama jugak tak bertemu mereka. eh? ye ke? haha. keluar bersama tiga orang, faeez, kak yus (erk! satu fac. selalu jumpa sengih2 ketok mengetok satu sama lain. kuat disakat oleh saya! kahkah!) dan kak chah (roomate first year dlu. kak chah da grad...wuhu!). erk. dan tadi mendapat tau bahawa ada jugak orang selain dua-tiga ketul yang selalu drop comment yang membaca blog aku ini. haha. ehem ehem. eceh! takpe takpe. sila la baca blog merapu nih ye. hehehe. silakan silakan.

hoi. cam tak dak modal dah aku ni. adoi. case study neh memang buat aku down. aku sangat suka, interesting sebenarnya. tapi mungkin effort aku masih tak seberapa. adui farah. final sem neh, all out lah weh! jangan main-main sangat weh! (err.... tapi kalo aku serius sangat nanti aku stress pastu lelama nanti depress...erk...susah weh! ) erm... betulkan ayat....
farah! final sem dah ni... jangan main-main sangat weh!!

........................................

erk.
berbeza ke ayat tuh?
huiii.....beza lah weh! baca lah dengan intonasi berbeza, pasti lain kan.
ceh!
cukup.
merapu yang merapu memang tak mengenyangkan. aik? pengaruh chika dah ni....suka alih channel tengah2 bendang. ish


ye la.... nak ngaku kat sini, tujuan update entry kali ni sbb ...ehem.... reader saya merangkap salah seorang member kesayangan (err...baru tau mereka read my blog. eceh! kecoh farah!) menyuruh saya update. hambik! haha! takde point pun. maaf ye. nah link chika (sbb dorang yang tanya link blog nurul! haha!) selamat malam.












argh!!! otak slow! tolong speed up farah!!!!! dush!

Tuesday, January 13, 2009

suuuuriram ram ram suuuriram!

salam.

aduh. tajuk tiada kena mengena. hanya sebagai luahan perasaan yang rasa seperti nak nyanyi secara sayu layu di tepi kolam teratai yang disimbahi cahaya bulan serta ditemani senyuman bintang-bintang dilangit.
(ceh! ayat nak bombastik secara purbakala!!!)

dah stress sangat. dari pagi search pasal second project ini; Therapeutic Garden for Psychiatric Patients. as for the first stage untuk project ini, tugasannya adalah case study bagi topic tersebut. hayo! dengan laptop buat perangai hari ini (tamau elaborate on this, and thank u adian for the resque! and yeah, kemerengan laptop ni nampaknya sudah tidak mampu merosakkan emosi aku secara dramatik sbb lab komputer jsb ada...terima kasih juga kepada lab computer tersebut!yeeeha), dengan berdozen2 list of gardens yang setiap satu nya info sangat la limited, sampai ke malam aku dok search lagi untuk decide garden mana nak dijadikan case untuk dikaji.
malam makin larut, maka blog ni jadi mangsa bebelan aku sebab nak surutkan sket kepenatan otak neh. huwwwah!!

dah. sikit2 cukup. al maklum la, aku masih berhutang dengan supervisor topikal study aku lagi. ayo! padan muka hang farah! sapa suruh tak wat research topikal tuh awal2 masa cuti!kahkahkah!

boleh tak aku jadikan tajuk kajian kes kali ini sebagai "therapeutic garden for fara-d" kerana fara-d nampaknya mempunyai potensi menjadi pesakit psikiatri juga! lalala