Assalamualaikum
Sorry people, kemungkinan besar blog ni akan banyak dilambakkan dengan post emosi belaka sehingga lah aku benar benar move on kot.
Tak. Bukan putus cinta.
Serius.
Bukan putus cinta.
Sahabat karib aku akan tahu faktor yang boleh bikin Farah Diana breakdown sangat teruk.
Baiklah.
Walau macamana sekalipun, aku akan cuba singkirkan sikit demi sedikit faktor kakisan itu.
Bermula dengan burn away all related items.
Sebab aku baru sedar, bila masa aku duduk sorang mengemas apa yang patut kat kamar ni (tu dia, dok tak duduk kau guna istilah kamar. bajet klasik uols!), bila terserempak dengan barang atau dokument yang mengkaitkan "faktor" hitam tu, aku akan terduduk dan breakdown. Boleh menangis teruk kadang kadang (be informed, sejak "dibuang" - jangan tanya dibuang siapa or apa, kang aku ngamok serupa ghimau kang! - hati aku memang kering. Minta maaf pada yang berkenaan kalau ada terkena tempias hati kering aku. Untung kalau kau masih dalam radar treatment yang sopan dari aku. sekian! )
In sha Allah, moga episode itu menjadi pelantar yang menjadi pemangkin masa depan yang cemerlang, moga menjadi pencuci dosa kecil yang silam.
Walaupun kadang kadang tangan jari mulut ni lancang sahaja nak jerit segala yang dah terjadi, tapi barangkali Allah masih sayang aku, Dia kunci niat aku tu semua sebagai niat sahaja, supaya aku tak jadi manusia keji di dunia ini barangkali.
Wallahualam. Semua benda terjadi atas hikmah yang tersendiri.
Aku sendiri yang belum bukak mata betul betul lagi. Astaghfirullahalazim.
Yang Sesak Dada,
Farah Diana
No comments:
Post a Comment