Thursday, May 14, 2015

Susah Menyusahkan

Assalamualaikum.

Ok quick one sebab mek banyak benor kerja nya.
Hah ye, cikgu tadika keje apa sangat after school ye dok?
Demi menabung sesuap KFC, cikgu tadika ni bukan semata mata mengajar anak anak lima tahun je ye Bobo, harap maklum.


5 years ago, aku pernah keluar statement ini pada sahabat karib aku:
"Kalau bukan sesama kawan, siapa lagi yang nak sama sama susah menyusahkan?"
True?
Ada yang sependapat dengan aku? Angkat tangan lekas!
After five years, many things happened, aku fikir aku patut highlight quote itu dengan lebih jelas.
Susah menyusahkan.
Yang aku maksudkan, sama sama. Sama jugak la erti dengan peribahasa berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
Tapi kalau dah terus terusan menyusahkan, lepas tu time kita susah....krik krik!
Maaf, kalau kau kenal aku luar dalam, benar benar kenal aku, kau akan tahu aku bukan jenis berkira. Aku tak kisah bersusah kalau dah sayang (hamboi Jijah, asal aku sebut sayang kau pikir pakwe je ye Jijah! Sayang dalam erti tak kira la kawan ke family ke jiran ke).
Semampu mana aku boleh tolong, aku hulurkan. Tak mampu fizikal, aku support secara mental (hew hew hew.... saiko is my middle name kengkadang uols!)

Tapi.............
Mummy pernah bilang, buat baik berpada pada, Farah.


Sebak.
Kalau aku cerita, short-circuit karang keyboard aku ni.

Aku tahu, no one reads this blog anymore. Sebab tu aku berani lempar cerita disini.
Sebab aku ambil masa lama nak move on.
Aku sedih.
Ye, sedikit sebanyak, life tahun ni makin banyak buat aku makin mara ke depan.
Tapi kadang kadang time rehat seorang diri, kisah lama suka nak buat montaj dalam kepala hotak aku.

Kalau boleh delete part ada mereka itu, aku delete dah.
Tapi aku tahu, Allah uji setaraf dengan kemampuan kita.
Maafkan aku, sebab kadang kadang airmata ni tak tahan tumpah jugak.
Sebab aku seorang yang treasure sahabat sahabat aku sedalam nya.
Walaupun aku diam tak bertegur sapa sangat, tapi kalau ada jodoh bertemu, aku lompat bintang dalam hati. Kalau dapat tahu kawan susah hati, aku lah orang yang kalut emosi.

Sedih.
Bilamana niat baik kita akhirnya bagai mengalir dalam longkang.
Dituduh mengelak, langsung kita yang dilihat sebagai watak antagonis.
Bagaikan kita yang tiada usaha menjaga silaturrahim yang terbina.
Bilamana kita bagai terbang dilangit berkongsi cerita indah mereka, tapi tidak pernah sekali ditanya impian kita yang buat kita gembira.
Tak. Tak pernah.
Bagi kau, impian aku adalah kegembiraan kau. Benar.
Tapi, bukan itu sahaja, sahabat.
Seperti kau, impian aku juga banyak.
Maafkan aku, aku tak mampu nak terus tampung sendiri hati ini, sedangkan kau juga tak rasa nak tampung hati aku yang macam kaca ni kan?

Selain sedih,
perlu tak aku bilang aku marah?
Sebab ratu drama selalunya aku, tapi bila kau main kata dengan skrip drama swasta kau, aku jadi tawar.
Jangan sebut tentang persahabatan kalau kau sendiri tak ada usaha nak perbaik keadaan.
Diam sediam diam nya.
Sudah, kau jangan nak kata aku / kami pun tak ada usaha sebegitu.
Kisah nya, kau yang diam. And you play the guessing game yourselves.
Kami ada ajak bertembung mata, tapi kau DIAM.
Dan sekarang, kau jangan berani bersuara di telinga aku dah. Sebab aku dah DIAM jugak.
Guard up, no way i'm gonna let it down anymore.
Aku tak bangga bergaduh, tapi ye, aku pernah berselisih besar dengan sahabat karib aku.
Tapi yang membezakan dia & aku dengan kau adalah kami cari jalan bersuara.
Kalau kau pilih untuk diam dan make assumptions, be my guest. I choose to play that game, mute for good.

Sekian.

Yang Tak Kuasa Dah Nak Bagi Muka,
Farah Diana.

No comments: