Thursday, January 27, 2011

mimpi pagi

Salam sejahtera.

Hi kawan kawan. apa khabar uols?
ok. apakah halnya aku begitu jumpy malam ini?

Aku ada satu kisah menariklahsangatkononpadahal... yang berlaku hari ini.
kisah terjadi seawal pagi tadi.
sebentar.
awal ke pagi tadi?
tak la awal pagi, tapi pagi tuh kan awal. baiklah. tak perlu sebenarnya nak menerangkan sebegitu detail. tapi perlu jugak nyatakan latar masa untuk menguatkan lagi kisah aku ni.
sesampai di pejabat, menapak aku ke tingkat 3. kalau dalam bahasa inggeris, Second Floor. sebab dalam bahasa omputeh katanya start dengan ground floor. jadi, naik satu floor, jadi First Floor, naik lagi, jadi Second Floor. kenapa tidak dengan bahasa melayu kita mula dengan Aras Tanah, lepas tu naik jadi Aras Satu, dan baru naik ke Aras Dua yang mana hakikatnya Aras Dua tu di tingkat 3.
SUDAH! apa kes nak terangkan pasal aras lah, tingkat lah, tingkap lah niiiii??!
setelah selesai thumb in, aku pun naik ke aras atas. dan ketika jejak ke tingkat 3 tu, aku lihat suasana pejabat seakan akan kekaburan. macam berasap. punyalah confuse aku apaaaa lah terjadi. tapi muka muka rakan pejabat lain semua steady je.
*dush!*
ok fine. baru tersedar pintu cermin yang menjadi pembahagi antara tangga dan pejabat tertutup rupanya.
oh. dengan control anggunnya (kena control. sebab pakai seluar baru beli kat Amcorp semalam. oh. detail ni tak perlu include pun tapi takpe. sengaja je kasik bahan bacaan anda panjang sikit.), aku pun scan ibu jari untuk membuka pintu lah kononnya.
"tiiiiit!" bunyi mesin pengimbas tersebut.
erk. kenapa pintu ni tak terbukak pun? kena tarik eh? erkk...
dan si control anggun bergaya ini pun mencuba tolak pintu yg sepatutnya ditarik itu.
fail.
dan.....



cuba teka apa terjadi?


tak tak. aku tak rempuh pun pintu cermin tuh.
cuma ketika dua tiga saat cubaan membuka pintu tuh, baru perasan bahawasanya, daun pintu sebelah nya sudah memang sedia terbuka luas.

dan tanpa menoleh ke belakang gara gara tak sanggup melihat reaksi dua tiga orang yang di belakang aku tadi, aku terus selamba kodok masuk ke dalam pejabat tanpa segan silu sambil mempercepat langkah dengan harapan tak bertembung mata dengan sesiapa pun yang perasan kejadian tersebut.


on my defense,
pintu tuh biasanya di buka yang belah kiri. jadi, wajar lah aku cuba membuka pintu kiri tuh walaupun pintu kanan tuh yang dibuka.

sekian.
sebagaimana aku mengharap sangat kisah di atas hanya rekaan fiksyen semata mata, ia tetap telah berlaku. dan kepada aku. maka, aku hanya pasrah menerima takdir tersebut.
*berlalu pergi sambil menguis nguis gigi air di tepian pantai melayan duka lara*

Monday, January 24, 2011

sms

Salam semua.

Kalau kita lihat dunia hari ini, kalau lihaaaaat betul betul, scary kan?
Mana tidak, bunuh bunuh dah jadi kes yang kerap. Pulak tuh, kalau dulu dulu, kes ragut yang membawa kecelakaan sebab mangsa tak nak mengalah jadi kena heret tetak bagai, sekarang, even mangsa mengalah serahkan barang berharga sebab risaukan anaknya dicederakan, tetap ditetak jugak anak mangsa yang duduk di tempat penumpang tuh. Apa kena dengan manusia sekarang?
Kadang kadang, aku rasa, mungkin sebab itu aku malas sangat nak baca suratkhabar sebab nanti jantung aku jadi lemah sebab keluar habis segala kata kata kesat baca berita bukan bukan tuh.

Kelmarin, ketika aku tiba di gym, aku dapat sms ni.:

"Ini Ayah Tlong Isikan kredit Mexiz RM30 ke number baru Ayah, 0128650385 Ayah lgi ada mslah kat balai police, ta payah call kejap ayah call."

entah, memang sejurus baca message tersebut, terus rasa mendidih.
sebab satu, entah sapa sapa entah randomly send those message. gigih kan?
dua, sebab menyampah! KONON lah tersilap hantar. macam aku bodoh sangat nak reply beritahu, "Maaf pakcik, pakcik salah nombor."
dan selepas itu, aku yakin, akan mula sesi pancingan.
tiga, sebab ternyata si pengirim memperguna nilai SIMPATI manusia untuk kepentingan diri sendiri. ITU yang PALING MENJENGKELKAN. serius. aku rasa marah sangat sebab ada manusia macam ni, yang ambil kesempatan dengan sifat kasih sayang dan simpati sesama manusia.

dan selain marah, aku nak gelak sakan jugak dengan message tuh!
satu, aku panggil ayah aku ABAH ok! kalau ikut hati aku, aku nak reply je,

"bro, ada gua kesah lu ada masalah kat balai polis? aku takda AYAH ok, aku ada ABAH. dan ABAH aku tak sesedih KAU nak mintak kredit kat aku. dan sah sah kat BALAI POLIS ada je telefon dan tak MATI kalau minta pinjam sekejap. polis pun manusia, takde de dia nak tembak KAU kalau kau minta ONE phonecall."

sudah ku bilang, hodoh bukan orang kalau marah?

jap. tak marah ni, tengah gelak. sedih betul pengirim sms tersebut, bukan?

dua, Mexiz. deyy! MAXIS lah. anak sepupu aku darjah satu pun tahu eja lah. dan RM30?!! woi! kamu ni sedih betul kan. AYAH jenis apa kamu? kenapa tak minta ANAK kau top up kan RM100 terus, kan LAGI untung! ataupun, kalau kau AYAH yang baik, minta share credit pun lebih bernas, bukan? TAK GHETI? or, minta RM 10 sudah. minimum. ada masalah pun, apa perlu credit rm 30 secara segera? senang lagi kau message minta tolong ANAK kau tu datang balai.

tiga, ta payah call. demm!! loya tekak aku kalau abah aku guna gaya bahasa macam tu.
TA PAYAH. hell-ooooooooo! itu bahasa buwdawk buwdawk remaja sekolah lah der! terus aku terfikir kembali, entah entah, budak budak hingusan punya kerja nih.
dik, insaf ye. akak simpan msg adik ni buat rujukan. BOTH numbers akan disimpan dengan cermat. kalau perlu, nombor yang AKAK simpan ni akan diserahkan kepada pihak berwajib. itu pun kalau ada gangguan mistik dari anda lah. kahkahkahkah. sekejap. itu tak lawak. sekian.

sudah lah. baik aku krroooohhh! krooohhh!! segera daripada menyakitkan kepala dan jantung* berbicara lebih lanjut tentang isu ini.
apa apa pun, buat para pembaca, hati hati ya dengan scam sebegini. peribahasa orang lama memang tak lapuk dek zaman, "buat baik berpada pada"
sungguh. peribahasa mereka makin relevan sekarang ini.

nota kaki*: kenapa aku kata, menyakitkan JANTUNG?
kata kata yang kita tuturkan, serta emosi kita mempengaruhi kesihatan jantung kita. lebih banyak kita keluarkan kata kata negatif, jantung kita turut menjadi lebih negatif. sama lah macam kajian partikel air yang lebih cantik bila dibisikkan lagu indah daripada dibisikkan dengan lagu metal bagai tuh. konsepnya sama, oh kayy! wah gtu!

Sunday, January 16, 2011

kenduri dan kaki

Salam Sejahtera.
Sari berita penting.
oh tidak, saya tidak pakai sari.
berita pun saya jarang tonton.
ada rasa nak lempang tak bila mukadimah entry berbaur begini. sila jangan lempang. saya hanya insan kemasukan air di malam hari. sekian.

baiklah.
tetiba rasa nak update on the perlis trip.

24 disember 2010 (oooh. cerita tahun lepas laaaa....pffft!)
sesedar subuh itu, terjaga dek mimpi tah hapa hapa.
mimpi apa?
tu diaa....mimpi tengah tunggu train kat kl sentral.
sungguh la dasat penangan excited nak ....CHOPP!! kenapa aku bersusah update entry ni guna manual blogger.com? wlw kan ada.....



............. (<---- menandakan sedang bertukar medium)

 

 

tadaaa!~! ok sambung (nota kaki: harap maaf. farah diana ketika masuk air memang pura pura seperti pembaca sekalian; if any, sangat tahu sama ada beliau mengguna windows live writer atau blogger.com atau apa sekalipun. nak iphone boleh?[lagi satu kesesatan ayat terselit dalam nota] )

 

baiklah sambung.

sesedar subuh dek kerana mimpi dah sampai kl sentral, terpinga pinga lah aku atas katil sekejap. dengan beg tak packing nya. padahal, lepas kerja balik rumah mandi dan sewajarnya bersegera ke kl sentral. being me, aci redah ajo. malam sebelumnya (yang mendorong mimpi dah sampai ke arau tuh) sakan membalut hadiah untuk pengantin. ada pulak kan cadangan member sorang yang turut share secara kewangan hadiah itu pakat nak balut hadiah dalam train je. bijak cerdik sungguh. semacam lah gerabak tuh ana yang punya lah! saiz hadiah gedabak kot. ish ish.

nak jadi cerita, yours truly kononnya gila kuasa melantik diri sendiri jadi ketua rombongan katanya. dan dilantik kawan seorang sebagai ajk cenderahati (hadiah pengantin lah. beliau in-charge kumpul duit. supposedly, cari HADIAH juga tapi end up si ketua rombongan ni jugak lah yang tercari cari. isk isk). maka nya, bila si gila kuasa ini diberi mandat mencari hadiahnya, agak kecerewetan melanda. sawan juga turut melanda ketika berjalan mencari hadiah di ikea (ok. ikea memang lokasi standard mencari hadiah kahwin. aku lah. orang lain tatau. but ikea was the last resort.) ada sejumlah dua item yang dijadikan hadiah untuk pengantin. al kisah, aku malas cari kad, maka aku cari alternatif untuk kad yang sekali gus menjadi hadiah yang pasangan pengantin boleh manfaatkan. aku pun decide to buy them a glass notice board, dengan bantuan pendapat secara sms daripada cda dan pzol.

dan memandangkan aku tak dapat cari item item comel untuk wedding seperti yang di google, i decided to make one.

tadaaaa! niiii dia setelah berhempas pulas bergolek sakan bikin artwork lah kononnya. nasib baik pasangan pengantin sukaaa. Open-mouthed smile

 

133839_1727601560356_1547955923_31685806_8166957_o

gambor hasil ihsan pengantin sendiri daripada fb album beliau. haha! sbb si penulis MALAS nak selongkar transfer gambar yang disave dalam netbook. sekarang sedang menggunakan desktop. harap maklum.

maka cerita sambung ya.

dah sedang bergelut packing dan bersegera nak mandi siap ke lrt station, dengan bag ikea tak dapat dicari (sbb apparently, beg ikea je muat nak hangkot menatang neh!) dengan sedikit drama dalaman menyentap tak habis. DEBUKKK!! kotak berisi kedua dua item dalam gambar diatas terlepas dari genggaman dan tepat mengenai ibu jari kaki kiri. eh. tak. tak sakit. cuma terloncat secara spontan ke atas katil. nasib baik tak roboh katil antik neh. *mode berpura pura tak sakit*

dan tercapik capik lah aku ngangkot hadiah gabak naik lrt ke kl sentral. sampai kl sentral, terus mengadu domba sakit kaki kat rakan dua ketul yang turut serta. dan hadiah di pass kan kepada encik pzol untuk dibawa sepanjang perjalanan. HAHA. ye la, takkan nak suruh cik cda bawak kan, sah sah hadiah tuh sama besar dengan beliau (ampun cda!!!! HAHAHAHA)

dalam train, memang SUSAH nak tidur sebab kaki dah start berdenyut gila. ditokok tambah dengan suhu dingin train. adoihmak. seksaaaaaa wa cakap lu! dak dua orang tu lepak gerabak kafe sebab ratu sorang (note: pzol = ratu) tu nak makan bekalan tapi malu makan kat tempat sendiri. hoh.

setelah cubaan menidurkan diri menjadi secara ayam sahaja, maka, menggagahkan diri lah merentas 2 gerabak ke gerabak kafe. mak haiii. sejuk jugakkkk gerabak kafe neh. T____T lepak la dengan mereka.

sampai arau, terus ambil teksi ke rumah pengantin. weks! dengan muka selekeh tak mandi, sampai ke rumah pengantin. sungguh tak senonoh bukan? aci redah je dek non!!

di bawa oleh adik pengantin ke homestay untuk kami rehat rehat sebentar dan bersiap. rehat sebentar kami jadi lah dalam dua jam kot. masing masing menyuruh masing masing mandi dahulu. dalam dok one to som sapa harus mandi bersiap dulu, ketiga tiga bantai tdo dek letih kematu punggung naik train dari kl ke arau. fuh! tabah kan?

maka, dah siap kami pun gerak kembali ke rumah pengantin. si adik pengantin lagi jemput. note, ketika ini, masuk mampu menyarung kasut bertutup lagi. walaupun sakit,tapi masih mampu tahan.

selepas makan nasi kenduri nyam nyam sedap woi! kami pun bersiap-siap jelajah perlis katanya! arah tuju: mula nak ke padang besar, lepas tu tukar nak ke wang kelian dan gua kelam. last last, tersampai ke padang besar. dan ketika ini….dalam dok tempang ni, nak gak berjalan shopping. jeng jeng! ADOIII! tak leh sarung kasut dah time ni. dah nazak sangat ibujari kaki ni berdenyut woiii! warna jangan cakap, tak payah g pedicure nak dapatkan kaler turqouise sama dengan kaler baju haku! hadoih. nasib baik encik faeez gedik ada simpan spare selipar jepun hitam dalam kereta beliau. fuh! nasib dah jadi harta aku, gedik. thanks wey!

jalan dan jalan. dan bergerak ke pulau pinang pula.kononnya lalu alor setar nak elak jam. alih2, yang kereta lagi satu (kawan pzol.) sampai awaaaaal lagik dari kami. tapi kami semua sukaaa….sebab dapat lalu lalang. aku pun amik kesempatan gebang port port makan yang biasa aku serang dengan family kalau balik alor setar. fuuuh! nasib tengah rushing, kalo tak, mahu aku paksa dorang singgah umah pakcik aku ajak dia g makan! haha.

sampai penang, dinner secara laju di D’tamarind Seafood. nyam nyam! dinner secara pantas kononnya mahu kejar train yang dijadualkan jam 11 pm tuh. hampeh. dah dekat jam 1 baru gerak train. sedih! kalau tahu delay, mahu jugak kami sambung makan dengan tenang. HAHA.

sesampai di kl sentral, aku cda dan pzol serang tandas cuci muka gigi bagi nampak siap sikit. haha. lepas tu, serang mcD for breakfast. dan sampai rumah, kembali ke bentuk asal. erk. rutin asal. oh. nasib baik juga pzol memberi pain killer sementara tunggu train kat butterworth tuh. memang tenang sikit kaki sepanjang perjalanan.

dan sehingga kini. kaki masih ada kesan lebamnya. tapi Alhamdulillah, dah semakin surut sakitnya. InsyaAllah, RUTIN KE GYM BOLEH KEMBALI SEPERTI BIASA! malah, wajar lah lebih giat sebab hampir TIGA MINGGU lebih dah ponteng gym gara gara tak boleh sarung kasut. SEDIHHHH! tapi berbaloi baloi sakit ini bila pasangan pengantin; fasya & hafiz suka dengan hadiah tersebut. dan berbaloi sangat juga sebab dapat berkumpul dengan cda, pzol, gedik, ella, azizah, mclong dan lain lain rakan matrik kolej mara kulim. weeeee!

esok, akan memaksa kaki ini mencium stokin dan kasut sukan kembali untuk kembali ke rutin yang baruuu nak di terap itu.

and yes, im glad i registered with the gym, sebab sakit sakit kepala yang kerap dahulu kala itu sudah tiada sejak memaksa diri workout. hmmm…means sakit kepala tuh memang sebab kurang fit. so, jom!

Friday, January 14, 2011

things i’ve learnt part 3

salam everyone. ohsorandom post for the night. as for break from work (at home ok. not thaaat lame to stay back in the office. moreover, alone. pffft!)

1. being an part of the organizer, hati mesti kering. yes. i have learnt that alot. well, it’s hard to believe that ME…of all people…ME, farah diana, can finally become batu. (as i always label myself as a drama queen, yes, i hardly find not to mengamok/emo an easy task!haha!) ragam manusia memang banyak, tapi tak semua kita boleh layankan. BUT, there’s always a polite way to manipulate people’s complaints. *wink*

2. i have learnt that im better at spontaneous plans rather the  pre-planned ones. i mean, i have no problem joining a pre-planned programs/vacations etc, but if i were to handle things, i prefer impromptu decisions. thanks to my sis, she’s the best partner in crime. we always tend to do things out of the blue. ALWAYS. (ie: sabah trip last deepavali break. one of the best trip ever!) nevertheless, i am training myself planning more wisely on trips. Open-mouthed smile

3.  i have learnt to control myself from freaking out too easily. i have this habit of what people call rebellious (or so i thought). abah also once said, “tuh…pusar kat kepala tu tanda budak degil. anak abah no 3 ni memang degil. degil dalam diam!” well, i think i have to agree on that, no? because the more u push me, the slower i go. haha. this perangai i think my pengarah program back in the archustic will agree 100%. lagi dia suruh aku buat, lagi aku tak buat. HAHA! (awww….those old days. Smile with tongue out )

4. when i learn or discover new things (ie: u can actually relink ur files u composed in illustrator. and when u edit the file, it can automatically update the image (for instance) u edited.cool heh?!!) i get excited. VERY! and i tend to share it with people, even though those people ALREADY KNEW! pfft! lame! but i couldn’t care less, i will still be as jumpy as if i found a box of gold!HAHAHA! makcik kayo!!

5. life is a neverending learning process. so just live it to the fullest, ignore whatever that bothers u (not totally, though. but dont let it get onto your nerves) and just smile. u’ll be surprised what ur hidden potentials are. be confident on what u wanna do. i myself am trying to step into new things. things that i was not confident i could do properly before. but now, i am just going to DO IT and see what the outcomes are. if it fails, let it be. that is what we call the process of learning. rather thank i regret it, and start saying, “what if…?”, why not i just go with it.

 

that’s all for tonight. i wanna be a YES GIRL (note: referring to the YESMAN movie.LOL!) not YES to EVERYTHING, but to EVERYTHING relevant. wish me luck!

Thursday, January 06, 2011

haaaaaa.........chuuuum!!!!

Salam semua.

hello hai hai haiii!

haaaa....chuuuum!
tudia...bersawang katanya blog neh! *sedih!*

i busy sikit lah uols! maaf ye, BoBo, dah terbengkalai kau sejak dua menjak ni. *fakta auta: pura pura busy sebenarnya!*

oh. sebentar tadi, telah pergi ke kenduri rakan sejak darjah satu. nama kami dan nama ayah kami hampir sama. well, nak kata rapat sangat dengan beliau, tidak juga. mungkin ala2 rapat ketika kami satu kelas semasa tingkatan 2. fuuuh! rasanya, kenduri beliau tadi adalah kenduri rakan sekolah menengah rendah yang kedua yang aku berjaya attend. kenalan kenalan lain dari sekolah tersebut rasanya asyik tak terpergi. semalam pun ada seorang, tapi sangat tak sedar kenduri beliau this week, maka tak tersempat ambil cuti kelmarin. *sobs!*
apa apa pun, tahniah kepada Diyana Hillmee dan Solehah Abd Rahim atas perkahwinan anda. jap jap. hoi! bukan bukan. diyana tidak berkahwin dengan solehah, saya mengucapkan tahniah kepada setiap satu mereka. ok. baik, saya betulkan ayat ye.
Tahniah Diyana Hillmee bersama pasangan dan Solehah Abd Rahim bersama pasangan atas perkahwinan kalian yang baru berlangsung.

how's that?

hahahahahahampehbangangfarahneh!
well, walaupun agak lamaaaaaaa dah tak berjumpa dengan mereka mereka ni, tapi, Alhamdulillah, meeting them was one of the best moments jugak. eh eh ehhh. semua pun dah nak kahwin ni.
dan nampaknya, tema kahwin sejak dua menjak ni nampaknya cam mengarah ke warna kebiru-biruan lah agaknya. sebab tgk album gambar kenduri semlam, biru dan kenduri tadi pun si pengantin pakai biru. tapi i like lahhh! cantekknyaaaa dorang! huuu.
err...walaubagaimanapun, terkekok kekok laaah jugak si farah diana neh sebab dah lama oh tak jumpa gadis gadis sekolah menengah dulu. ye. gadis. jangan tanya mana kawan kawan lelaki sekolah menengah rendah aku sebab aku sekolah perempuan ketika aku tingkatan 1 hingga 3 dulu. pffft!
dan biasalah, kalau dah nama kenduri, pakat datang pulak dengan kawan kawan belaka, mmg boleh runtuh dewan! nasib baik lah si gadis gadis ni behave well. cewah! (ye...yg perangai kurang semenggah sket nih geng matriks ngan ukm. mmg muka tembok belaka termasuk lah penulis ni. cuma penulis ni comel dan sopan santun sikit ye. harap maklum! <--- statement undang pelempang secara bersiri neh!)

gambar? tetttt!
sejak dua menjak (eh? apsal entry kali ni aku rajin sangat guna sejak dua menjak?? sejak tiga empat lima menjak tamau?!)
ni, cik farah ni memang liat sangat lah nak pegang kamera. lagik lagik kalau nak disuruh usung si gabak kepunyaan abah tu. huh. i sedar diri lah sebenarnya, sbb tu malas bawak kamera abah tu. sedar diri bahawa tidak mahir mengendali slr secara bernas. daripada aku rasa nak melempang muka sendiri selepas menengok hasil tangkapan laut....eh...tangkapan gambar2 yang tak berkualiti, lebih baik i berdiam diri verangans diva bersedia sengeh tatkala kamera orang lain mula beraksi!maka, nyelit nyelit je lah secara malu malu kura kura di kamera rakan rakan sekalian. HOHO!

what i really love about diyana's wedding was her deco.... FRESH flowers are everywhere!!! ahhh. *drool!* the food was nice too. and of course, the company. kawan kawan sekolah. oooh. semua dah dewasa.

ok lah. itu sahaja sari berita penting. sehingga bertemu semula beberapa kurun akan datang. jangan marah haa. yang setia mengunjung tuh, terima kasih daun selasih. i lap u ol lah! very de ok!

till then, stay cute! ^.^v