Salam semua.
oh. raya dah dekat sangat.
kononnya, berniat nak bikin kad raya tahun ni. atau sekurang kurangnya, beli dan pos kepada rakan rakan jauh dimata dekat dihati. well, especially kepada mereka yang selalu tak miss pos kad raya, cuma aku sering sahaja tak berkesempatan pecah kaca pecah gelas sudah baca harap balas kad mereka. maaf ya. tahun ini, baru mula melangkah ke pekerjaan baru. masih sedang menyesuaikan diri dengan masa. insyaAllah, kalau diizinkan Nya, diberi umur panjang, aku pos kad raya naaa....
kenapa kad raya nak kena pos? tak boleh ke sustainable sikit tag dekat facebook sahaja? email ecard ke....
well, entah. saja je nak kasi sedikit rezeki kepada pos malaysia berhad barangkali (bodek nih. mentang2 hari tu pos malaysia berhad sponsor tiket vip cuci the musical 2! haha. )
but really la, 'soul' itu lebih terserlah dalam kad yang kita TULIS sendiri, hatta sekadar,
"dear joyah,
selamat hari raya aidilfitri
yang ikhlas,
farah"
ye. hatta sekadar itu sahaja yang ditulis sekalipun. namun, bagi aku, 'feel' itu di situ.
oh. tapi trend zaman sekarang main edit muka tak siap diri sendiri menjadi kad di alam maya kemudian dimuatnaik kedalam facebook dan di tag seluruh alam disitu, mungkin juga salah satu teknik pantas dan tangkas dalam era kehidupan serba canggih dan laju ini (ye. zaman je dah macam laju, tapi escalator kat shopping malls di malaysia sokmo slow. tensen aku bila naik escalator, tambah tambah time orang sesak sah sah tak dapat nak aci redah je escalator tuh. ish. ni kenapa melalut tentang escalator pulak ni???)
ok. tiap tiap hari. diulang: SETIAP hari ketika di opis, menanam azam yang jitu nak pulang ke rumah dan mem'basuh' desktop yang dah lama tak di sogok dengan kerja kerja kreatif kononnya dengan mengedit apa-apa foto sekalipun untuk dijadikan sajian mukabuku bersempena hari raya kononnya, tapi, setelah tiba dirumah, selepas berbuka, usai terawikh, pasti tersadai dihadapan kaca tv menonton drama satu malaysia yang memenuhi saluran saluran televisyen yang ada. kalau drama semacam kurang menarik perhatian, pasti tersadai dihadapan netbook sahaja. maka, niat disiang hari secara automatiknya langsung padam, dan baki dibawa kehadapan.
sampaaaaaai lah dah masuk Ramadhan ke 29, tetap senario yang sama berulang.
Oleh yang demikian,
di blog sahaja lah tempat jatuh bangun luah perasaan tanpa sebarang grafik hodoh dari saya.
yang penting, niat.
hehehe.
sekiranya ditakdirkan jari jemari kurang rajin menari nari diatas papan kekunci pada malam raya nanti, maka, disini, saya, farah diana,
dengan tulus ikhlas mahu mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan taulan, keluarga, dan umat Islam sekalian alam khasnya.
ampun kan lah salah dan silap diri ini yang senantiasa kurang sempurna ini.
sebelum ratu drama mula berdrama lagi, lebih baik aku undur diri.
selamat malam ya semua.
Selamat Hari Raya, pulang ke kampung halaman masing masing dengan tenang ya, jemput jemput lah datang ke rumah. mwah!
4 comments:
semua org buat entry raya!ouh tidakk.
i hold dulu entry raya,hehe
anyway,SELAMAT BERHARI RAYA BERSAMA TERSYG YE!
happy raya day! (tudia feeling toronto) haha
selamat hari raya farah.. ella pn ridukan kad raya yg boleh pegang tu.. owh sgt susah nk dpt sekeping pn skrg..
mmg ada niat nk pos kad raya, tp impian tu blm tercapai sbb lg seminggu nak raya bru pk nk hntr kad raya.. pastu mak ckp xyah la..dh xsempat... (T_T)
elly:
Selamat hari raya juga sayang!
adian:
hamboihhh! over tau! Selamat Hari Raya juga!
ella:
tau takpe! tiap tahun camtu....asik terlupa je. takpe, pas raya ni, nak sediakan kad siap siap untuk tahun depan. masuk je 15 Ramadhan tahun depan, terus sumbat kad2 tu dalam post box!
Post a Comment