Friday, September 03, 2010

Tadika Pertiwi

Salam 1Malaysia.

oh. sebenarnya, sejak petang tadi ketika ke bazaar ramadhan dah berkobar kobar nak update blog. ahahhaha. motif?
mari mari bercerita.






nampak gambar di atas? itulah pintu masuk ke Tadika Pertiwi, Kelana Jaya. tempat bermulanya aku belajar a, b, c, satu, dua, tiga. tempat mulanya aku belajar balik rumah naik bas sekolah.
well, aku tak tahu bagaimana orang lain, tapi bagi aku, aku sangat suka tadika tu. Ada konsert tahunan, siap buat kat dewan apa tah. jangan main main k. aku dulu, masuk show koir bagai. masih ingat lagi lagu yang dinyanyikan; Sinaran. costume dia comel je, dress merah, kolar putih ala-ala kolar uniform sailor. suka gila dress tu ok!
then, ada lakonan semula aci aci bukak pintu lah, ada tarian etc.
selain itu, ada jugak hari sukan. uuuh! seronok betul time tu. aku rumah kuning!
oh. time reccess, is the BEST! that means, PLAYTIME!!!
ok. to be frank, aku sendiri tak berapa ingat siapa kawan kawan aku di tadika dulu. SEORANG pun aku tak ingat. yang aku ingat, aku ada la seorang yang boleh dikatakan besfren gak la kat situ, budak laki. last day of school, bebudak naik satu van pulang rumah (kadang kadang pakcik tu bawak bas, kadang kadang van) semua teresak2 emosi bagai (see...kecik2 je aku dah mula terdedah kepada gejala drama queen. huh!) cuma time tu, aku dengan the besfren tu ego gila. siap gelakkan bebudak perempuan tu semua. lembik la menangis sakan, tah hapa hapa la depa neh! itu pun nak nangis. it's not the end of the world la, people!! gila eksyen lah time tu, bebudak perempuan semua nangis, kitorang gelakkan dorang menangis. bajet taiko, samseng kampung dusun la konon tu.





sekali.....



makin lama duduk dikelilingi perempuan perempuan emosi yang menangis teresak esak sakan sebab saat berpisah dengan cikgu cikgu telah tiba itu....

uuuuuih! memang kami dua ketul bajet samseng jalanan ni pun cair join sama buat drama. adoi la........ pengaruh rakan sebaya namanya tuh! T______T

meh tonton satu lagi gambar.



ni baru je taman permainan sekolah ni, belum class room dan padang dia. tadika ini ada compound yang sangat besar (u imagine lah, siap boleh buat hari sukan bagai, tak payah sebok sewa padang sekolah menengah etc).
faveret aku is one of the linked pondok (seperti dalam gambar diatas)
well, of course dalam gambar tu dah agak rosak, link dia pun dah takdak kot. but still, it still looks in good condition though. just perlu sedikit re-touch up.
suka sangat bila boleh cop satu pondok tu main buat jadi rumah sendiri.
kalau tak dapat dok dalam pondok tu, dok bawah pun jadi lah.... jangan terkejut akak adik, kecik kecik lagi aku dah pandai terkagum dengan senibina berpanggung itu. pondok itu berpanggung okek uols! timber construction lagik nyah!haha. serius, kayu nya aku kira agak kukuh tau! sebab u know la kids, loncat tak boleh belah punya. buat it still stands even after years.

selain kat taman, port bermain harus lah di dataran perhimpunan (see....i told u the school is huge! padang. classes. repeat: CLASSES ok. not just A CLASS! taman permainan. perhimpunan lagi!) sebab kat dataran tu ada pokok pokok besar rimbun daun kecik kecik tu. daun daun yang gugur tu menjadi permainan kami, kumpul-kumpul daun tu dalam satu kelompok, sambil kutip ranting-ranting yang ada, lepas tu, mulalah acara mari masak bersama chef wan kau!!

speaking of perhimpunan, pagi pagi akan berhimpun sebelum masuk kelas. beratur ikut kelas, lepas tu, akan ada tiga orang wakil tarik bendera; bendera Selangor, Jalur Gemilang dan ...err...satu lagi, bendera Tadika Pertiwi? (eh jap. ke dua je eh??hahaha) sepatutnya, semua orang merasa tarik bendera tuh. tapi, entah kenapalah aku asyik terlepas turn aku. *sentap*
maka, memang tak merasa aku menarik bendera di tiang bendera itu. dah la kat sekolah rendah dan sekolah menengah pun sah sah tak dapat jugak, sebab menengah dan rendah dah start pakai pengawas je yang tarik bendera *sentap lagi disitu*. habis sudah, sampai ke sekarang tak merasa aku tarik naik bendera ok!
dah la archustic hari tu pun tak dapat kebenaran naikkan bendera archustic *huh! sentap bertubi tubi dah ni!*

well, itu lah antara ingatan aku terhadap zaman tadika. antara zaman yang sangat dirindui, sebab zaman itu, adalah zaman dimana kita tak perlu risau nak kumpul duit nak bina rumah, we can just built one using our imaginations, di mana kita tak perlu gusar kerja kat ofis tak siap siap lagi sedangkan client dah call banyak kali (contoh ok contoh. so far, kerja aku siap manjang kehkehkeh). zaman dimana kita tak perlu khuatir baju kat rumah berlonggok minta dicuci segera sebab pakaian bersih dalam almari dah semakin susut. ooooh. zaman indah. dan aku semakin kurang faham kenapa kanak kanak zaman ini lagaknya semakin pantas mahu menjadi dewasa. kalau dahulu, taman permainan kita padang rumput, paling koman pun kusyen kusyen dirumah jadi mangsa sepahan, disusun ala ala lego menjadi teratak tumpangan. tapi, kanak kanak zaman sekarang? yang aku lihat, taman permainan mereka adalah shopping malls selepas waktu sekolah. (itu menurut permerhatian aku la. mind u!)

well, zaman dah berubah kan. moga moga, zaman anak anak aku nanti, tidak lari banyak daripada suasana zaman kanak kanak aku dulu. aku mahu anak anak aku merasa sendiri tekstur tanah dek tergolek sakan ketika bermain, merasa sendiri bauan rumput dikala berkejaran sesama sendiri di taman.

itu pun, kalau ketika itu, persekitaran mereka selamat untuk mereka melakukan sebegiturupa.
seperti yang aku bilang tadi, zaman dah berubah. macam macam benda pelik boleh berlaku. anak yang didepan mata pun boleh mati dikelar, inikan pula kalau dibiarkan tidak diawasi rapi.
semoga keluarga aku dan kamu semua dilindungiNya sentiasa, insyaAllah.

10 comments:

aisyahmokhtar said...

terkesan baca. saya pun suka tadika saya.. saya ada 2 tadika. satu dalam USM dan satu lagi dlm IPIS. T__T

Aida Zahrol said...

amboi amboi...mmg hg dah drama queen sejak tadika ehhh...giler taiko ko...ade gak aku posting pasal tadika aku gak pas ni =))

neway tanak la. sbb tadika aku tu tadika inggeris. kang org kata aku berlagak plak kan.

hahahahah~

Aliesha Kirana said...

owh terkesima di sini.. begitu bermakna dan indah sekali kenangan kecil2 dahulu kn..
hoohohoh..bestnye citer sal tadika.. nakbuat gak ler..eheheh..tp mcm dh penat buat je.. ahahahaa

fara-D said...

aisyah:
ye btul! i love my tadika!before tadika ni pun aku penah tadika kat upm, tp skejap je sangat sbb mummy kesian kat aku kena bangun seawal jam 5-6 pagi untuk bersiap ikut abah skali ke upm.

aida:
sila post ttg tadika! berminat nak baco ni!eh hello, does that matter? kata 1malaysia....haha. btw, tadika these days mmg banyak english pun...so, takde hal la aida...

fara-D said...

ella:
btol btol!...
alaa...ella post lagi skali la pasal tadika life ella duluuuu....

Aida Zahrol said...

OK sure! pas aku beli hp ngan camera 8.1MP aku pasti pegi snap tadika aku dulu tu. huhuhuhuhu~

hanim esham said...

fara, thank you for this entry :) saya tak masuk tadika. tp mak saye slalu bawak saye g library pertiwi & main dekat playground dia. landscape pertiwi mmg menakjubkan. rindu sangat dengan tempat ni. hancur hati saya bila tengok pertiwi dah hancur berderai demi membina rumah-rumah semi d. saya ambil gamba-gamba pertiwi tu ya. nk simpan buat kenang-kenangan.

btw, jemput sign petition ni utk selamatkan padang pkns. kalau boleh, tolong sebarkan ye. thanks again!

http://www.petitionbuzz.com/petitions/padangpkns

Unknown said...

Hi saya pun belajar sini 1985. Saya Masih ingat slide dengan pond OK. Dulu sangat besar.

f4d3r said...

Haha sy pun bekas pelajar tadika ni.. Ni skrg mmg tgh carik tadika ni.. Tapi x jumpa.. Jumpa taman permainan di tengah2 perumahan yg agak elit ni..
Bangga betul dgn tadika pertiwi ni.. Rindu sgt.. Mmg betul sorg kwn pun x ingat.. Tp byk benda kelakar yg sy ingat.. Haihh

Im a pertiwian.. 1988

amie said...

Wahh...rindunya tadika nih....sy dok kelana jaya almost 40 years...sy dok google tadika nih pon sebab fb challenge...hahaha...