Thursday, August 12, 2010

update secara pukal

Salam semua.
Selamat berpuasa ye. semoga Ramadhan kali ini, membawa lebih keberkatan buat kita semua. sama-sama kita berlumba kumpul peluang yang ada sempena bulan mulia ni ye! :)
ok. setelah bertangguhan sekian lama, mari sini mahu update on recent activities.

1. prize giving for Cuci Macam Saya contest.
seperti yang dinyatakan dalam entry sebelum ini, aku ada menang dua tiket vip ke pementasan Cuci The Musical 2.justeru, dijemput hadir ke acara penyampaian hadiah kecemerlangan sukan sukan sekolah serta berpeluang Meet & Greet the casts on the ceremony on 25th July 2010, bertempat di Selasar Pualam, Istana Budaya.berikut merupakan gambar yang aku submit untuk entry tersebut. sumpah rasa berkobar-kobar nak amik gambar d0k sebelah gambar yang terpamer ketika majlis tu tapi muka nak tahan tebal lebih tinggi sebab tayang muka sendiri seperti wayar putus lagaknya.dan faktor menyumbang kepada keseganan itu haruslah kerna terdapat dua ketul mamat yang bertenggek sebelah partition yang tertempeknya entry aku tuh. ciskek btol! dah la dua-dua ketul stok gelakkan org, dari awal aku sampai, sampai habis majlis depa bantai gelakkkk je.tatau la, sambil gelakkan org, tuh confirm gelakkan diri sendiri sekali tu (seperti aku dan nana menggelakkan diri aku yang macam dah sedikit mereng ni!)

(farah diana; bukan nama sebenar sedang mencuci pinggan sambil memakai goggles.)

well, nampaknya, para hadirin majlis tersebut masing masing malu kucing segan segan nak menjamu selera ketika dijemput pengerusi majlis untuk menjamah hidangan yang disediakan sementara menanti majlis dimulakan.aduh! aku dah la semacam kelaparan time tuh, nana dan aku teragak agak gak nak serang, kang kata tak semenggah betul perangai anak dara dua ketul nih.tapi, bak kata pak angkat aku kat mersing dulu, "malu kalau, lapar!" hah! dulik, memang 1malaysia suka berperangai sebegitu, tak dak orang start, depa akan bermalu malu sopan gittew mau bergerak amik pinggan.(dan kan.... tak salahkan gak hadirin tu semua pura pura malu, yang caterer tuh pun, tak bertindak secara bernas untuk membuka segala cling wrap, penutup segala makanan tuh. self service kot? takpe la,dorang pun mungkin kalut kot, maybe emcee announce jemput makan earlier sikit daripada perancangan mereka kottt...) selepas beberapa ketika....eh jap. perlu ke aku detail up the story??? suka kan masukkan detail mak nenek segala.....patut pun dapat category BLOG BORING blog aku neh!! ish!
T____T
fine fine!
my name was the first name been called out, receiving the prizes presented by Jaclyn Victor.
Selepas itu, sesi beramah mesra dengan para pelakon Cuci The Musical. ada vanidah imran, hans isaac, nabil, jaclyn victor, harith iskandar and afdlin shauki. awie tak sempat sampai ke majlis sebab dia ada show kat mana tah (menurut kata hans isaac lah) well, i've always loved vanidah imran dari duuuuuluuuuuu lagi. so sweeeeeet lah dia! friendly pulak tu....time nak bergambar dengan dia, well, dia tengok si farah ni dari atas ke bawah, tanya pakai heels ke tak. hehe. sorry kak vee, bukan akak je jeles ketinggian saya nih kak! hahahah.
"wait wait! u jangan diri atas anak tangga ni tau, nanti tak aci....u dah tinggiiiiii dah!" well, i take that as compliment dari a sweet lady yang very friendly!haha

nabil, fine lah. memang wajar kot dapat raja lawak tu kat dia. mulut tak berhenti henti merapu! tengah makan pun sempat merapu! aduhai!afldin, ok! actor serba boleh yang memang aku minat sentiasa. comel je! apa saja hasil seni dia, memang aku akan look forward to it, arahan beliau ke, lakonan je ke, apa apa lah.sebab he's one of the people that seems cerewet in producing an art piece. and sebagai salah seorang pelajar seni bina yang siap repeat ni, aku faham betapa cerewet one can be to produce a masterpiece, dan biasanya,
yang cerewet tu akan bikin the best product.pendapat dari pemerhatian AKU la. lain orang lain pendapat kan! ^.^

hans isaac. oh. *drool!hep hep~! puasa puasa!!* haha. nana peminat tegar beliau! (sendiri tak ngaku....nak gak guna nama nana.lalala...). sikit2 snap gambar, mesti zoom kat hans isaac.ish.

jaclyn. semacam tingtong ketika itu. haha. exhausted kot.... tapi she's cute too! siap explain kat nana kenapa dia selalu pose one side je. hehehe....comel je.

harith iskandar. ahahaha! tengok dia je nak gelak. :P one word, bulat! admire lah 'kesilauan' dia. hehehehe. (nasib la blog aku ni picisan ajo! ngehehehe!)



2. BBQ nite with new students.
anjuran kelab KRITIS, kelab rekabentuk inovasi dan teknologi senibina (kan?) ehehehe. originally known as KERIS. baru jugak kelab ni ditubuhkan, bersempena dengan penganjuran event Archustic yang lalu.ok. usaha adik adik ku ni nampaknya agak impressive, compare to the quantity of their manpower. syabas! ahahah. 1st time lah kot ada event aku hanya datang makan dan berborak serta merapu sahaja. sebelum ni, aku antara yang pura pura busy run it, tukang kejar orang lah biasanya. ecehwah. dah dah la tu farah, kasik adik adik lak merasa nye kannn
to the new students, welcome. to adik adik yang dah naik pangkat tu, jaga lah adik adik baru tu, lebih baik daripada yang kakak kakak dan abang abang ni dulu (kitorg tahap jaga kain je....kekekekeke)
makanan depa prepare boleh tahan. berbaloi baloi! aku siap tapau hangkut bawak balik ayam ayam tuh sebab banyak lebih. haha. mak akak pun kata sodap weh! hehewait wait wait! event BBQ nih sepatutnya no 1 in this list lah, sekiranya mengambil kira faktor tarikh kejadian. isk. wateverrrr!



3. Cuci The Musical 2.
pementasan 1 ogos ni aku pergi tonton bersama nana selaku photographer yang telah membawa tuah kemenangan contest Cuci Macam Saya anjuran Pos Malaysia Berhad tuh.kat grand circle uols! *menangis terharu!*
haha. walaupun nana tak habis memberitahu 1st season was waaaay better (not that this one is not good, better je) sebab ada AC and adibah noor, ku pendamkan rasa jeles itu. nak adibah noor pls!! T_Tbut then again, jac was ok too! :)i especially love the rap by reefa! oh. memang suka abis si reefa ni sejak dulu lagik, sejak beliau dalam English sitcom, Buddies lagi. dan tak lupa jugak, Awie. oh! gedik lembutan dia tuh menjadi lahhhH!!! hahaha. rasa nak sekeh bagi! kah kah kah. ruginyaaa dia tak datang time prize giving ceremony tuh kan. :(
nak aku review Cuci The Musical kah? oh. tak perlu lah... cukup aku nyatakan, bahawa the show was entertaining. enjoyed it! time C'Tan (nabil) minta maaf kat abg Fairil (afdlin) dia, memang touching habis.
(ye ye....aku kan drama queen! scene camtu pun jadi emo!~ lalala)



4. movie marathon
hari rabu. pada hari selasa tu, memang tekad nak marathon movie. sementara cuti dua minggu sebelum bermula kerjaan baru, memang tekad nak marathon movie. alang-alang show hari rabu semua rm6 je, maka planning dah baeeek punya nak tengok 3 shows in a row.
tiba tiba.......


"farah....ko free tak sok? Pls Pls Pls!!! tolong aku weh! xsite takdak orang jaga, aku pun semalam curik curik lari dari workshop tuh!" - izuan idris


maka, mempertimbangkan rayuan rakan, maka aku setuju je la, dengan syarat, pagi aja. petang soh orang lain cover. hehe. lagi pun, apa sangat movie yang ada time pagi kannn....

kebetulan pulak bebudak ni ada raptai konvo hari tu, pakat mai amik jubah segala, jumpa dorang, then pakat p alamanda melayan Inception.memandangkan rakan rakan yang dah tengok cerita nih pakat dok bagitau cerita ni agak berat la, tricky la, jalan cerita confusing la, maka dah set kat minda, kena fokus. cewah! movie rajin la ko fokus kannn...cuba kerja?!! *nangis sat*
ok. best! suka cerita neh! :)dan memandangkan dari semalam tuh lagi dah setting nak marathon, sambung pulak nengok Sorcerer's Apprentice kat Tropicana City Mall. seat depan skalik sekalipun, layankan jugak. ajak nana join skalik. nana pun layannn je. haha.suka jugak movie neh!! biasa la, untuk si drama queen kuat berangan neh, suka la kan cerita cerita camni. haha. siap seludup meatball sandwich dari subway sebab dah kebulur plak time tuh!





5. konvo pelajar seni bina ukm, fkab.
meraikan adik adik serta rakan taulan yang konvo pada tanggal 7 ogos 2010. tahniah korang! jenuh ligan depa nak kasik hadiah gubahan yours truly bersama bonda tercinta,dengan sumbangsama daripada rakan rakan lain iaitu elly suhaily, adian, suhana, izuan dan alyaanajwa. cik elly dengan ANAK dia yang takmau lepas dia langsung sebab risau kakak dia tu kena culik!
selepas majlis bergambar serta menyibuk sakan dalam gambar-gambar konvo mereka, kami kami ini membawa diri ke nasi ayam sebab dah kelaparan tahap gaban dah. fuh. ada orang siap demand nak makan tempat beraircond, takmau pergi makan nasi ayam,nak aircond jugak sebab panas! haha. last last, tewas sebab beliau tidak berjaya mencadangkan tempat yang bernas! hahahaha.



6. Cuci the Musical. lagi.
kali ini, duduk belakaaaaaang skalik. asal nya, nak purchase seat rm 50, kat bawah punya. tapi time nak reserve tuh dah full pulak, maka, opt for the rm 30s punya seats.
disebabkan dah janji nak tengok dengan dorang, serta dah janji juga dengan seorang rakan karib (childhood friend), maka, bersetuju lah patik menonton buat kedua kalinya.
sampai2 je, duduk barang beberapa minit, mereka dah mula announce the show will start soon. jaws pulak singgah mana tah solat jap, dan seorang lagik, encik huzer, entah dimana. maka, terjadi lah sesi berbalas pantun seperti yang tertera dibawah ini:

f: kat mana dah?
h: kat midvalley, nape?
f: hah? biar betul?? (sebab diri ini rasa encik huzer itu sedang bercanda. saja nak kasi wakenabeb kot time tu.confident gila aku huzer time tu saja nak gurau!)
h: ye la. tgh tgk wayang. bwk nephew aku tgk despicable me.
f: (masih yakin bahawa beliau bergurau senda sahaja. mungkin beliau bersama jaws. mungkin) cuci the musical???
h: jadi je. baru pukul 3 maaa......
f: hah?? show start pukul 3 kotttt....
h: biar betul farah? bukan jam 8 ke??


ok. fine. sudah. jangan tanya lagi apa terjadi. serba salah aku dibuat nya. i should have send reminder to him, and to others as well. aduhai, nasib baik yang lain lain memang tumpang g skalik dengan aku, cuma jaws je yang reconfirm the time.
rasa guilty gila dah kot. tak pasal pasal member terlepas nonton cuci the musical. aduuuuui! silly me!! sorry encik huzer!!!

dalam guilty tu, dek kerna dah terjadi pun, takleh nak wat apa. maka, layankan aja lah pementasan tersebut. dan gigih gelak lintang pukang sekali lagi walaupun dah menontonnya sebelum ini.
hehehe. again, i enjoyed the play! well done, team cuci! (tapi, ada part nabil ngan awie ke nabil ngan hans kot, berlaga tergolek dua ketul. habis scene tu depa mengekek taksudah. audience pun apa lagik, sama sama pecah perut gelakkan depa) oh ye. i like the way they promote their sponsors. macam time scene parcel sampai tuuuu. then, time C'Tan merajuk, nak bawak diri pergi Chicken Rice Shop bagai. and the WAU brooch CJ yang dibeli di Sinma dengan harga rm 19.90 tuh. haha. eh. silap. H.H.!!
suka suka suka. then, malam tu, after sending off ida back to her house, aku dayah dan finas singgah dinner kat williams. oh, heaven in hell! hehehehe.




7. movie marathon. lagi.
hahahaha. memandangkan perancangan awal hari itu semacam terganggu, maka, mentekad kan diri sekali lagi melayan movie secara pukal.
asalnya, mahu bertemu boss pagi itu. oleh kerana pagi boss tak available, by noon perlu segera menguruskan hal hal lain di pj, maka,
menebus lah kekeciwaan dengan melayan movie Tekken dan, err...skali lagi, Inception. cuma kali ni, acara marathon secara solo. well,
Tekken je la layan sensorang. panggung pun lengang je. oh. heaven!
dan aku puas dapat menonton Tekken tuh. weh weh, antara game PS yang favorite aku tuuuh. selalu dulu dulu, main lawan game tuh dengan adik si orang laut tu.
dia suka guna watak Yoshimitsu (sebab dia tau trick nak renew life time lawan tuh) dengan heihachi tak silap aku. aku pulak, suka guna eddy gordo (which dulu sesuka hati panggil that eddy "Eddy BODO" sebab the announcer tu sebut bunyi cam "BODO". haha!)
sebab dia lawan guna Capoeira, suka gila tgk fighting style dia, and also Jin Kazama (sebab dia macho abis. kahkahkah. dengan game character pun boleh jatuh hati. ngek betul)
dan kadang kadang, kalau main game tuh dengan cousin aku, dia suka sangat guna Nina & Anna Williams tuh sebab kalau dorang ni menang, akan ada signature pose dia yang menggoda gila. cis! tu la lelaki...ish ish ish.
untuk filem ni, nasib baik la tengok sensorang, kalau tak, mau dengan kaki tangan aku angkat time tengok movie tuh. overreacting la katakan. sebab menonton secara solo, maka, cover ayu sikit lah kononnya. hahaha




Jin Kazama; the game character. somehow, the movie version of jin kazama lebih jambu sedikit dibandingkan dengan beliau ini. haha!



8. Ramadhan dah tiba.
On top of all those fun, akhirnya, Ramadhan sudah tiba. setelah setahun menghilang. ecewah. sukanyaaa!!!!!!
aku pernah menceritakan mitos Bulan Ramadhan ketika kecil dahulu. yang mana, aku berimaginasi, takut lalu lalang berdekatan pokok pokok sebab ustaz kata,
iblis dan syaitan diikat ketika Bulan Ramadhan menjelma. maka, aku cukup elak lalu sebelah mana mana pokok time bulan puasa sebab khuatir ada bisikan panggil aku secara sayup nak takutkan aku.
cis. imaginasi agak keterlaluan disitu! T____T
teringat dahulu kala, kalau pergi terawikh, join member2 terawikh sorok2 dalam library madrasah tuh. time tu, masjid kampung tunku tuh merupakan madrasah juga, sebelum terbinanya masjid baru ni.
sambil sambil terawikh tu, main bawak bekal coklat. member buat sendiri coklat, kita pun sebut nak buat sendiri jugak. gaul kan koko crunch dengan cadbury dairymilk yang dicairkan, then sejukkan.
orang terawikh jemaah, kitorng lawan terawikh sapa paling cepat habiskan lapan rakaat. jahil sungguh!
untuk bangun sahur, aku rasa, aku tak ada masalah liat bangun sahur. sebab aku memang jenis senang jaga kalau orang kejut.
siap kadang kadang, aku yang kejut orang. kecuali, time study kat ukm. kalau tak pergi sahur kat kafe tu, memang sebab dah malas sangat ke kafe lah tu.
tapi tetap akan sahur hatta seteguk air mineral sekali pun. sebab tu kat ukm dulu, kat bilik mesti standby susu dutch lady berperisa chocolate @ strawberry or apa apalah
kat bilik in case malas nak keluar sahur. sebab aku memang jenis cepat masuk angin. bukan naik angin melenting tu ok. kalau perut kosong, nanti mula la masuk angin.
paling teruk, kalo angin naik ke kepala, time tu, mula la rasa nak cabut kepala bagai. masa kat matrik pulak, puasa tak puasa, aku tetap akan pergi sahur. sebab nak elak masuk angin lah.
apa, kau ingat senang ke aku nak makan time siang kalau bercuti puasa sekalipun?? gila kau, tak puasa pun, takkan nak main sebat sesuka hati kan. kena la hormat orang lain yang berpuasa.
so, untuk menjaga nama baik keluarga, baik aku join je puasa. cuma kalau tak larat time siang tu, pandai pandai la sorok sorok minum air ke apa ke, sekadar lapik perut je lah.
ada sekali tu, kebetulan member2 satu cube pun pakat 'cuti' pulak. cam ada perjanjian plak kannn.... haha. ada la sorang cubemate aku, tegur or saja bertanya atau menyatakan, lebih kurang lah.
dia kata, kalaupun kita cuti, kalau kita turut berpuasa, pahala nya sama je macam orang berpuasa. time tu aku offer dia makan sama kfc yang ditapau ketika outing. hehehe.
aku konfuis la time tuh. sebab yang bersuara nya orang terengganu, yang aku kira, lebih mahir kot bidang agama kalau dibandingkan dengan aku yang tak seberapa ni.
tapi, aku semacam kurang yakin. memang baik niat tu. berpuasa je lah seperti org yang boleh berpuasa. takat cover2 dengan minum sikit sikit je mungkin. tapi, cara beliau sampaikan seperti nak suruh puasa je jugak, selagi larat kot.
aku bersms la dengan kakak aku bertanyakan perihal ini.apa hukum nya. sebab setahu aku, puasa ketika diharamkan berpuasa, apa hukumnya kan? cuma, aku perlu kan confirmation dari orang yang lebih berkemahiran.
maka, kakak aku menasihati dengan reason yang amat munasabah.
Allah mengharamkan wanita berpuasa ketika uzur tu, amat bersebab. maka, jangan lah berpuasa ketika tak boleh berpuasa, ye kaum hawa sekalian. sebab badan kita memerlukan tenaga yang hilang itu.
maka, aku pun explain kat sahabat ni, dan dia pun faham. takpe, saling ingat mengingati. seronok sangat dapat share ilmu tu. cewah.

tapi, yang berpura pura uzur tu wajar disekeh sepantas mungkin ye. hehehe.
dan to kaum Adam, jangan la tease adik adik perempuan or kakak kakak kamu kalau kamu berjaya mengantoikan mereka ye, kesian dorang.
dan mohon usah lah ada pemikiran, "eleh, lembik konon....macam la kau puasa..." sebab wanita yang diharamkan berpuasa tu kan, penat dia kan, kadang kadang, lagi penat tau dari orang yang berpuasa tu sendiri.

maka, renung renungkan dan selamat beramal!!
hehehehe......


Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak ye semua.
jom kumpul pahala berguni guni! ^.^

6 comments:

Aida Zahrol said...

GILA! BRAPE BANYAK KALI CUCI THE MUSICAL WEHHHH???

jeles sehhhhh aku nak gak ngan kak veee...cewah dah kak vee dah ngan vanidah imran niiii...pasni mesti ko add FB dia kannnnn =))

ko nyer apron tu sama mcm aku punya kat kerteh la =))

fara-D said...

2 je kot.ikot ati,mau g tiap2 hr,tak kira la show mlm ka siang ka. Haha. But really aida,beliau paling friendly. And bleh tahan dia nyanyi,rap juga.wuhu!↲Apron tu main sambar je yg tgantung kat dinding,tu pun,main henyak je dgn shorts tu!xsnonoh kot! XP

Suehaily Mohd Jiwa said...

hahaa.anak ye.dush2 kak farah ni nak kena!
pergi williammmmms!tsk sedih x dapek join....!!!

alyaanajwa said...

wah..berkawan ngan artis je skang neh yee..hehe nak tgk gak cuci!! huhuhu sdey

Aliesha Kirana said...

Selamat Berpose jugak farah! hehehe.. ya amat benar skli, kalu uzur tu jgn la gatai nk pose gak, kang pengsan tgh jln.. hahahaha..
ingt lg kt matrik ella sama2 xleh pose dgn cda.. kami wat party megi kt tmpt cda.. melantak megi bagai nk rak.. hahaha...sonok rase!

fara-D said...

elly:
eleeeeh! dia gak yang announce kat makcik nasik ayam tu anak dia kann...siap kelentong makcik tu yg dia tu ibu tunggal bagai, menjanda sungguh kanggg baru tau!!

alyaa:
berkawan la sangat! hahahaha. alaa...takpe takpe...len kali ada lagik kita p naaa....

ella:
tu la....kakak farah terus sound farah "ha! jangan nak gatal paksa diri puasa jugak2! jadi cam saya kang, gastrik trus sbb paksa diri!"