Thursday, August 19, 2010

about bulan puasa and Roti John

Salam 1Malaysia.

tu dia.... dah macam pembukaan pembacaan berita rtm1 sahaja! ngeh ngeh

Kalau di lihat, memang banyak bazaar Ramadhan di Malaysia ni kan?
oh. kan hari itu ada bilang, tak ada keinginan ke bazaar. Akan tetapi, dah nama farah diana ni, takkan boleh resist kalau muncul imaginasi ayam golek yang hanya aku jumpa ketika kala bulan Ramadhan menjelma sahaja. maka, entah apa dadah masuk dalam makanan sahur aku kelmarin, sepanjang siang semalam semacam high saja. Sungguh rasa tenang dan gumbira sahaja kelmari. Di kala jam makin beranjak petang, dengan senang hatinya meng-sms nana ajak pergi bazaar Ramadhan nak cari ayam golek selepas waktu pejabat nanti.
Iya, betul! Tak tahu apa punya dose aku ambil kelmarin, tapi memang rasa indah sahaja semalam. Walaupun ketika nak keluar dari simpang pejabat tu, bukan main lagi rasa nak bakar kereta kereta mewah yang dipandu WANITA2 yang tak reti adab sopan di jalan raya (yang stok stok takmau kasik chance orang lalu langsung walaupun orang dari simpang tu dah signal sangaaaaat awal dan kalau ikut, adab SOPAN, kita main gilir-gilir queue tu. tak luak mana pun kalau mereka kasi aku pass dulu sebab in the end, kita sama sama beratur. sumpah rasa nak langgar je kereta mewah dia yang pada aku takda la hebat mana sangat pun, sebab time aku attempt untuk keluar simpang itu, dia cepat2 speed kasi kereta dia rapat dengan kereta depan dia tu. bukan SATU je pemandu wanita sebegitu ya itu hari, DUA TIGA. ye, semua stok kereta mewah. mentang mentang kereta aku kelisa saja, ingat aku heran kot kereta mewah dia tuh,ingat gua kagum sangat spek hitam bling bling dia tu...err....farah diana, tadi kau kata kau rasa indah sahaja tapi kenapa nota dalam kurungan ni jadi membara secara tiba tiba?! ooops. ok ok. tak marah. ) tapi, bara tu rasa sekejap sahaja dan selepas memujuk diri secara pantas, kembali berbahagia sambil menelefon nana suruh bersiap.
dan pergilah dia beradik ni ke bazaar Ramadhan di Kelana Jaya. nak ke bazaar tu, guna jalan alternatif iaitu jalan tadika kami ketika kecil kecil dahulu. Sekarang, tadika itu dah tersadai tak berpenghuni, tidak berfungsi. sedih tengok. Pondok pondok permainan masih kukuh disitu. sayaaaangnya di biarkan tidak terurus sebegitu. Apa dah terjadi tu???? T___T *nangis sat*
cepat angkat tangan, siapa dulu tadika di Tadika Pertiwi di Kelana Jaya?! setuju tak kalau i cakap tadika tu best gila sebab compound dia luas gila, tak payah sewa stadium nak buat hari sukan yang siap ada perarakan rumah rumah sukan.

oh. farah, sila kembali ke topik asal.

baik. pendek cerita, dapat lah ayam golek untuk juadah berbuka puasa semalam. cuma, ayam golek tu tak boleh lawan kesedapannya kalau dibandingkan dengan ayam golek bangi (kat area Chaiyo Bistro tu...depan sikit kot. Sg Merab kan situ?) sebab ayam golek yang aku beli semalam tu agak kering, kurang juicy nye. T___T

oh. dan another favorite aku adalah roti John. sejak pekena roti John pasar malam Bandar Seri Putra, memang setiap kali ke pasar malam tu, itu je la yang dicari cari. dek nak melepas rindu makan roti John, maka, aku turut beli juga roti John di bazaar tu semalam. yang menjadikan roti John ni sebagai sub-topik entry kali ini adalah, persoalan dari nana ketika kami bersiar siar di bazaar itu semalam, "What's with bulan puasa WITH roti John ah?"
dan dikala nana berkata sedemikian baru lah aku perasan, ada la dalam 3, 4, 5, 6 kot gerai roti John. yang sebelah menyebelah jual roti John pun ada. pendek kata, tak sempat kau kelip mata ketika berjalanan di bazaar tu, kau akan lihat gerai roti john yang seterusnya. akan tetapi, rasa roti john tu tak sehebat rasa roti John dari Bandar Seri Putra. oh. satu lagi port roti John yang agak masyuk is Pasar Mini Jozin. ada satu kedai runcit di kelana jaya tu jugak, dia bukak gerai roti John depan kedai dia.sedap gak! dan hanya time bulan puasa je dia buat roti John tu. time bulan tak puasa, petang petang selepas asar sebelum maghrib, dia berniaga capati lembut sedap gila walaupun reheat the next morning pun still lembut jugak!!!

erk. ok lah. sepatutnya, nak buatkan kad raya untuk di pos kan bersama sama kuih2 raya untuk adik terchenta yang bakal beraya di atas kapal. tapi mata dah disogok dengan gam, lagi pulak bantal dan selimut dengki aku berdating dengan laptop dan internet. dipanggilnya berkali kali tanpa jemu. baiklah bantal dan selimut, aku datang ni. selamat bermimpi indah. sebelum tu, jangan lupa niat puasa ye adik adik!

"Sahaja aku berpuasa esok hari, fardhu bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala"

sekian.
wasalam.

2 comments:

Aida Zahrol said...

erk...panjang gila aku dah jadi distracted :|

nota: tapi aku suka gila roti john. and this is my first time ramadhan aku tanpa roti john since aku mengenal roti john.

sedih kan tanpa roti john? :(

fara-D said...

ahahaha. aku igt nak update secara ringkas je. dah habis tulis baru perasan entry hampeh punya panjang! hahaha

yes yes. aku juga suka roti john!!