salam Ramadhan dan salam 1Malaysia semua!
cewah! tajuk tak agak agak kan. bajet over gittew!! (ok fine. i always hate myself whenever i try to sound so "comel" with those kind of 'language'. alaaa...you know, the words they use these days such as ittiew....gittiew.... napeww?.... tdow.... bowinknyewww!! and the list goes. dont get me wrong, suka hati lu orang nak guna bahasa comel lu orang tu, tu nampak tak aku tulis earlier, i HATE MYSELF whenever i do that?! kang ada menyentap la pulak kata aku kurang sensitif dengan hak kebebasan manusia sejagat mahu menggunakan segala apa bahasa yang mereka mahu gunakan. haihh....)
ahaha. sambung semula....
kalau kita lihat kan, sekeliling kita, macam macam ragam manusia @ persekitaran dalam bulan Ramadhan yang jadi seperti satu kebiasaan atau signal yang hanya kita dapat lihat dalam bulan Ramadhan je.
antaranya, termasuklah shopping RAYA. katanya je lah shopping raya kan...padahal, bulan bulan lain pun ada shopping jugak, tapi nak jugak shopping raya kan (walaupun hakikatnya pergi Sogo beli kemeja untuk ke pejabat. tipu sangat kan! haha)
dan seawal 3 hari berpuasa pun, para shopping malls dah mula mengumandangkan lagu lagu raya. oh. ini satu perkara tragis bagi aku. dari dulu lagi, aku cukup alergik dengar lagu raya SEBELUM 15 Ramadhan. kalau dulu, zaman berpuasa di studio, sesapa yang pasang lagu raya time hari PERTAMA ramadhan, memang automatik akan dengar aku membebel sakan suruh lekas lekas tukar lagu. itu kalau mood baik la. kalau time mood malas membebel tu, malas cari pasal dengan orang, headphone akan jadi peneman setia aku. lekas lekas aku pasang lagu lagu kegemaran aku dengan volume sekuat mungkin agar lagu raya yang dikumandangkan akan tenggelam daripada pendengaran aku.
tak tak. sapa tu berani kata aku tak suka lagu raya?? hep hep! biasa neh!
aku suka je lagu raya. cuma aku tak suka ia dikumandangkan seawal waktu sahur 1 Ramadhan. ye la, kalau lagu raya dah stat pasang lepas terawikh pertama lagi, alamat by 1 Syawal, dah basi la lagu lagu tu weh....feel dah lemau laaaaa..... T____T
selain itu, satu kebiasaan di bulan puasa adalah bazaar Ramadhan. bersepah bazaar Ramadhan ada sekarang ni. err...at least, di Malaysia la. orang Aussie jangan sentap ye. hehehe (hai nurul haizum! saya rindu awak lah! :P ) aku pelik, besar macam mana pun bazaar tu, in the end kan, aku cenderung membeli juadah yang SAMA setiap hari. haha. itu aku la, orang lain aku tak tau la macam mana kan. tapi untuk tahun ini, so far, dah 4 hari berpuasa ni, aku takda keinginan langsung nak ke bazaar. duduk melepek je kat rumah macam seorang loser. but ada mak kesah?? mak bahagia noks duduk menganga depan tv, setelah 4 tahun lebih asyik nganga buat kerja time puasa dedolu. eh? merapu lebih pulak. haha.
dan yang aku perasan kan, rancangan tv. automatik segala drama melayu mendayu dayu insaf punya jalan cerita. kadang tu, rasa macam over pun ada. mesej memang ok, cuma terkadang tu, sampai rasa macam.... eh? dasat nyaaaa lah hai.
dan selain itu, kalau teliti betul betul,
kalau iklan selamat berbuka bersama ribena lah, bersala 100plus lah bersama pharmaton lah berbuka bersama panadol lah dan juga iklan bacaan doa berbuka puasa berkumandang secara bertubi tubi, silalah ke meja juadah sebab memang confirm dah nak masuk waktu berbuka dalam masa less than a minute. tak perlu teragak agak tunggu "bilaaaa la nak azan ni..." memang confirm, bila keluar iklan bertubi tubi macam tu, tak perlu risau, sediakanlah kurma atau air untuk kau berbuka ya. selamat berbuka! :P
sebenarnya, aku pun tak tahu kenapa aku tulis entry malam ni. mungkin sebab dah tak ada life sangat kot. kahkahkah. mengamuk blogger tegar baca statement aku macam ni.
no no no. tak lah. bergurau sahaja ye rakan rakan. cuma memang aku sendiri keliru kenapa aku tiba tiba rajin menghadap laptop menulis entry dikala sahur menjelma beberapa jam sahaja lagi.
takpe la, sementara sedikit idea ada untuk menulis ni, apa salahnya kannn? lepas ni, bersiap sedia lah bersawang kembali bobo neh.
maka, till then, adios amigos people! take care, and stay cute, y'all!!
With Love,
Farah Diana
p/s: tulisan entry kali ni memang monotonous sebab aku semacam malas mengedit tulisan.harap maaf ye, akan cuba merajinkan diri selepas ini...hahahaha
7 comments:
kite mmg akan stay cute gitewwwww..haha
-ish mmg geram je orang dkt umah kite pun gewdikss gile nak pasang lagu raya awal2 ni.pelangkung karang
-skrang pun dah rasa sikit nikmat tgk tv kat rumah.next week dah xde life nak tgk tv.tsk tsk
kannnnn! rasa macam whatdetingtong lah nak berlagu raya seawal ini kann?! kat warta tadi pun kan kankan.... grrr!
Alhamdulillah, 4 tahun berpisah dengan keluarga (ooh! sedikit hyperbola disitu...ngehhehehe) kini kembali menetap bersama keluarga. jangan risau elly, ur time will come. enjoy these moments first ok!ganbatte!!
haha.hyperbola sangat 4 tahun berpisah.padahal rumah sekankang kera je dgn bangi.ahah.Uissshh tak sabar nak grad.
**Eh selamat bekerja di tempat baru ye!Chaiyoo
eh hello! walaupun sekangkang kera, tapi hardly go back tau!
berapa kali miss event2 gathering family!
kalau mak saya dgr lagu raya awal2 bulan posa nih confirm naik darah tinggi dia. mne tidaknye, baju raya orang tempah banyak xsiap lagi weh~
paling cepat mak saya boleh dgr at least seminggu sebelum raya.. kalu ade lagu raya kt radio mau dia off je radio tu. biar sunyi.huu~
HAHAHA! ok! i nak geng dengan mak u lah su!! kem salam kat mak u okek! btau dia, auntie rockkkkk lah!
ahahaha~ orait!!!
mak!!! kak fara kem salam!!!
nge~ jemput la dtg rumah raya nnt.. hoho..
Post a Comment