Oh dear. walaupun gaji bulan pertama (setengah bulan pun tapinya...) tak masuk lagi, dah mula mengidam macam macam.
paling utama, mengidam jam tangan.
sebab sekarang ni menumpang kasih membuat harta peribadi jam mummy. hari tu, menjadikan jam tangan nana sebagai harta peribadi. sungguh selamba.
jam tangan kesayangan dah lama tercabut strap nya. semua gara gara tersangkut ketika sedang memasang talipinggang keselamatan didalam kapal terbang waktu trip ke sabah hujung tahun lalu. *sedih sat. * jam tangan tersebut merupakan hadiah hari jadi ku yang ke 21 tahun. sungguh sayangkan jam tersebut. waaaah!
dan oleh sebab jam tersebut sehingga kini tidak terganti, maka, mulalah diri ini mengidamkan jam baru. (sebelum ini, membuat harta jugak jam tangan mummy jugak. OMG. speaking of which, now only i realized, where the heaven is that watch??? selepas archustic tempoh hari, seperti langsung tidak kelihatan jam tersebut. OH NO!!!!)
dan mula mula, i thought i have fallen in love with Fossil (mula suka Fossil sejak mummy hadiahkan sewaktu beliau outstation ke Singapore. lamaaaaa dahulu. sebelum matriks lagi. time tu, Fossil tak famous lagik kot. sebab bila sebut jam aku Fossil, member member muka pelik semacam. haha)
dan tadi, surf internet untuk survey harga yang logik akal dan design macam mana yang berkenan di hati, supaya nanti ada hala tuju bila ber-uang nanti. mudah sedikit mahu budget atau target dimana mahu cari yang idaman hati itu.
entahlah, wujud lagi atau tidak yang dibawah ini, tapi yang nyata, sudah jatuh chenta dengan siri Nike Timing model Merge (paling menikam kalbu adalah Merge Attract, Merge Transit & Merge Leap)
berapa harga? kat mana nak cari ni wehhh???? T____T
*drooling please!*
sumber: google image
p/s: handbag, kasut, baju, aku tak kesah sangat, but bila tang jam tangan, agak brand conscious lah aku neh. ish. bad bad bad. (perangai ini berjangkit daripada kakak ku nana. trait yang ada dalam family kami, mungkin. haha! )
4 comments:
comel kak jam tu. nice2.. :)
gojesssssssss!!!!! i loooikkeeee! nak satu!
jom g mid.... sy mmg dah lama mencari nike watch.... rasanya kat mid je yg ada nike watch...
su & ella: kan kannn! Gojess gla!↲Nana: jommm! Jumaat pagi kte g mid nak?PAGI k!
Post a Comment