salam sejahtera. bertemu lagi kita di ruangan drama sabun 2010.
apa khabar rakan-rakan sekalian? sihat sejahteralah hendaknya.
bagaimana dengan tahun baru yang tak ada lah berapa baru sangat ni? progress melaksanakan azam tahun baru anda ada bergerak tak? kalau ada, tahniah! kalau tidak, tak apa...2010 masih panjang...kita usaha sama-sama ye! harus bersemangat ya! SEMANGAT!
oh. speaking of semangat...
who was it again that said anak buah beliau tidak bersemangat melaksanakan tugas, thus discourage beliau yang sangat bersemangat dan penuh rasa tanggungjawab itu? siapa itu? WHO?
when in the first place, ANAK BUAH BELIAU itu yang mula bergerak atas dasar tanggungjawab mereka yang mana jauh lebih kecil dibandingkan tanggungjawab beliau itu. tapi sekecil kecil peratus tanggungjawab anak buah beliau itu lah yang sebesar-besar sumbangan team beliau. beliau? oh. beliau BANYAK menyumbangkan progress. terima kasih banyak. katanya, anak buah tidak merujuk beliau, yang mana beliau sendiri susah nak mampus ditemui di lokasi sepatutnya. yang mana beliau sendiri tidak pernah...saya ulang...tidak pernah call out perjumpaan yang sepatutnya beliau atur agenda nya.
oh tidak. jangan fikir saya marah tak bertempat seperti selalu. saya tak marah langsung beliau menarik diri atas sebab masalah peribadi katanya. sungguh tidak, kerana saya faham situasi anda. kononnya faham. tapi jujur saya tidak marah langsung pertama kali dengar alasan anda. tapi kecewa amat sangat apabila dikhabarkan alasan anda (yang anda salurkan kepada pihak yang lebih atas dari saya) bahawasanya anda amat bertanggungjawab tapi anda kecewa kerana anak buah anda tidak bersemangat.
ketahuilah anda, anak anak buah anda....wait. correction, BEKAS anak anak buah anda langsung lebih tinggi semangat mereka dari anda. langsung lebih jauh berkebolehan daripada anda walaupun tahap pendidikan mereka kurang satu anak tangga je dari anda. langsung lebih komited walaupun mereka pun turut punya masalah peribadi mereka. they are stronger than i thought, and i believe, far more stronger than u are (sorry to say this, but it is the truth)
and to those yang tak tahu apa terjadi, sila diam sahaja. (eh. iklan plak sekejap. terkesan dek komen status fb. haha)
dan sini saya nak beritahu satu dunia, itupun kalau satu dunia baca blog aku yang boring ni lah kan, bahawa anak buah beliau itu lah yang tidak banyak pun sedikit telah menaruh usaha gigih menggerakkan kerja KAU itu (sepatutnya la kerja kau kan...but dont worry, not anymore). mereka pun sibuk, tapi masih sempat bertanya apa update progress. masih sempat bertanya khabar perjalanan kerja. aku tahu mereka tidak mengampu. yang tidak tahu pangkal cerita, sekali lagi minta diam. aku bukan pertama kali menjadi kepala, dan aku boleh tahu siapa mengampu siapa jujur bertanyakan update.aku tidak pernah paksa anak buah aku (tu diaaa....dah start aku plak dah...tadi saya....ceh!) untuk buat kerja mereka sebab aku tahu mereka sedar tanggungjawab masing masing. aku percaya mereka. dan in return, yang mana aku sendiri rasa lega mereka berlaku sedemikian, mereka tak perlu ditanya terus melaporkan sendiri kerja mereka. insyaAllah, aku percaya, dan aku doakan mereka berjaya diluar nanti. dengan kebolehan mereka, dan rasa tanggungjawab mereka, moga mereka mampu survive nanti.
ok. sekian terima kasih. bil air lupa bayar, tak dapat terus bermain sabun disini.
oh ya. sila tunggu entry seterusnya. kalau rajin, dalam masa beberapa minit selepas ini akan terus post entry tersebut. nak promote barang nih oh! haha. apa barang? tungguuuuu! ;)
No comments:
Post a Comment