wuuuh! minggu ni tidak pulang ke rumah ayah ibu. nak buat kerja katanya.
maka, bertenggek la diri ini di studio kerana tuntutan kerja yang tidak dapat dilaksanakan hanya dengan menggunakan netbook sebab netbook tak diinstall autocad, malah, risiko mata jadi buta terus mungkin kalau berdegil nak buat drawing guna netbook skrin maha kecik tuh. maka, desktop yang diwartakan di markas dipergunakan.
rutin sebelum memulakan kerja...
macam biasa lah...bukak facebook dulu. sekaligus jugak bukak gmail archustic dan gmail sendiri. check emails. fine.
on pulak media player. verangans diva sekejap main karaoke sensorang guna minilyrics.
rasa macam lagu tu tak dak dalam playlist, gigih pulak download dulu.
penat melalak, pi keluar cari air sat. water cooler je lah tapi.
dah puas telan air, gi jengah adik adik buat master plan and yang buat installation.
lepas tu, kembali ke workstation katanya. bukak la autocad akhirnya.
bukak je la....
teringat bukak twitter lah pulak.
dan teringat jugak nuffnang konon.
tengok profile nuffnang and twitter macam hambar, sebok selongkar folders cari gambar sesuai nak upload pulak dah.
dah punya selongkar tuh, terserempak dengan gambar gambar kenangan. dah abis tak ingat sudah upload ke belum. langsung menggigil nak main edit edit photo pulak daaah.
lepas satu, satu ...dan satu. mujur tak banyak gambar best, maka, shortlisted to three pics only. hayyo!
selepas edit, haruslah rasa nak upload kat blog sebab blog semacam boring sangat dah kurang letak gambar katanya, haishh!
maka, ni hasil tak seberapa. dah lama tak sidai muka tak siap neh! haish.



3 comments:
haha begitu detail dan jujur penceritaan perewangan membuat kerja anda. last skali buat autocad x?
HAHAHA! last sekali......
tidak! sbb dah mengantuk! kahkahkah!
eh. buat sikit. tabur-tabur gridlines dia...ehehehe!
hoh!nak kena kak fara ni....grr....grrr....gua cabut kening lu!
finasafa
Post a Comment