Monday, November 23, 2009

di malam hari

salam semua.

dah lama kan blog ni di update dengan entry tak bergambar.huh. hambar rasa.
maaf lah ye, tak dapat upload gambar sangat disini. takde point gambar.
tapi takpe, akan usahakan di lain entry.
sementara waktu, punca tak upload gambar disini adalah kerana hanya menggunakan netbook yang serba basic. oh. being me, i like to edit photos first before uploading it here. so, yang unedeited versions, upload secara pukal sahaja di facebook.

baik. itu alasan semata-mata. cis.

update kehidupan lewat ini.
kerja berlingkung sekitar penghasilan buku. mengedit dan mencari mengkorek maklumat lebih lanjut. deadline 30Nov. bos nak yang siap print. maka, deadline untuk aku,29 NOV.
padah tangguh kerja. padan muka. dah ulang kali pesan kepada diri sendiri. malah, sejak zaman belajar dulu lagi (tudiaaa....macam dah lama grad. )
tapi takpe. sekurang-kurangnya, tidak sekronik dahulu.
kau apa tau? eh eh. tiba tiba lak emo. chill la kakak!

haha. sejak siang tadi, aktiviti selain kerja mengedit,diselang seli dengan melalak lagu lagu sama berulang kali sehingga rakan-rakan yang turut berada di tempat kejadian berdarah telinga dengar suara tak berapa merdu neh. harus lah kurang merdu, kalau merdu sudah pergi audition af atau one in a million. tapi itu bukan isu kita disini. eh. apa yang aku cuba sampaikan dalam perenggan ini? abaikan. nanti ingat kita create para baru.

ok. dikala ini, mata dah sayu kayu layu. tapi sebenarnya berniat nak mencari maklumat tercicir secara dalam talian dahulu. sekiranya tiada sumber dalam talian, next step adalah ke arkib negara dan sekiranya turut tiada disana, bercadang akan ke negeri terbabit untuk melangsaikan 'hutang kerja' dengan bos. dont worry boss! farah will do her best! (walaupun hakikatnya kerja aku labi labi lagi laju bergerak. isk)

bagi (kononnya) menggantikan pil kuda yang sumpah memudaratkan itu, lagu lagu tertentu sahaja yang diizinkan berada dalam playlist. dan daripada list tersebut juga, beberapa sahaja yang diulang suara sampai lebam telinga. lagu lagu yang dimaksudkan termasuklah:

1. Defying Gravity ~gara-gara menonton rancangan Glee yang diperkenalkan oleh adian. addictive lah series neh. selepas spontan. heh
2. Glow ~lagu yang dinyanyikan oleh Melly yang disogok oleh shafiz. dadah apa entah lagu neh.
3. Ya Habibi ~ irama padang pasir. juga diperkenalkan oleh shafiz yang kononnya seronok bergelek lagu neh. ceh.
4. Khatimah Cinta ~ ni plak gara-gara menonton Malaysia Hari Ini kot beberapa hari yang lalu. oh. suka lah!
5. Ketika Cinta Bertasbih ~ ceh. ini pulak sebab baru lepas menonton movie tersebut. sakit hati sebab baru part 1, ada part 2 rupanya. hish. macam study senibina plak ada part part neh!
6. No Air ~ lagi lagi sebab Glee. haish. told ya, Glee is addictive!~
7. Gee ~ lagu comel! suka! walaupun frust sbb takdapat nak sing-a-long sbb lidah melayu ini tak reti adjust into bahasa korea. heh.
8. Tercipta Untukku ~ verangans feeling habis melalak lagu ni. (tapi time malam camni, takleh lalak kuat2. melalak dalam hati je, nanti sedap je makan kasut jiran sebelah)
9. Munajat Cinta ~ no komen. memang faveret.
10. Teruskanlah ~ oh. saya suka agnes monica. mampos semput tarik lagu lagu dia neh. (skali lagi, verangans diva. sumpah annoying!)

tu dia. sudah lah. kata nak buat kerja kannn.....


*ku tak jahat, tapi ku tak baik......(lirik lagu Glow)*

2 comments:

Chika Chika said...

sakit hati kan tgk Ketika Cinta Bertasbih. Tak habis rupanyaaaaaa. Malas btol nak tunggu.

Tapi hero dia manis ah

fara-D said...

sangat setuju dengan anda chika!!!!

tang hero manis, dan tang malas tunggu sambung!hoho