Saturday, November 21, 2009

ketakutan

salam sejahtera. bertemu lagi kita di segmen........tingtong sangat!
cis. verangans jadi pengacara tv lah pulak sekejap.
oh. sekarang, sedang upload gambar di facebook. tak lain tak bukan, gambar-gambar percutian dan pekerjaan di sabah tempoh hari. oh. terima kasih kepada Puan Nurakmal Goh kerana memberi peluang kepada kami ke Sabah. i guess, kalau bukan sabah pun, aku dah bersyukur sangat. sebab it seems, the trip has seem to recharged me. sekarang, Alhamdulillah sudah lebih bijak mengatur fokus dan masa (er....though masih kureng, but i know i did improve a lil bit on my work schedule. teeheee.,... :P )
selain mengecas semula ion-ion negatif si farah diana neh, trip ke sabah juga telah mereveal bermacam perkara. skip the part of discovery on others, the trip sebenarnya banyak menyedarkan aku tentang pelbagai ketakutan/kefobiaan aku terhadap pelbagai perkara. sumpah rasa menyampah pulak dengan diri sendiri. ceh ceh. kasihan rakan-rakan sekerja (tu dia...rakan sekerja kau kata!!) terpaksa melayan kerenah ratu drama yang penakut neh. hahaha. terima kasih ye kawan-kawan kerana sudi pasrah dengan kerenah aku neh. kehkehkeh (tak sudi pun buat buat sudi sudah! kalo tak.... haha. berbaur ugutan disitu. jahat betul!)

satu. ketika melalui jambatan gantung di Poring. ok. itu memang aku sedar dah lama. aku memang mempunyai masalah dengan ketinggian.
huh. lucu. seorang yang tinggi, mempunyai masalah gayat. oh tapi tak mengapa, bagi aku, itu bukan masalah. comel lagik (ayo! matila motif memuji diri sendiri??) sangat menakuti ketinggian. kasihan kan? tapi takpe, aku anggap itu kelebihan. hahahaha!
tapi. aku kira tahap ketakutan aku terhadap ketinggian tidaklah ditahap kronik. asalkan ada sense of security, ketinggian is nothing oh kay! (ceh. sempat berlagak tu!)

dua. railing. berkait rapat dengan point satu tadi, kalau aku perlu melintas sesuatu titi, tanpa railing yang meyakinkan, sumpah lutut ketar. huuu.... seperti yang terjadi ketika bersiar-siar dikampung yin. belakang rumah beliau rumah atas air. sangat interesting, akan tetapi, si penakut ni jalan terketar ketar. oh. tapi tolong jangan rasa nyampah ngan aku sebab rasa cuak tu muncul bila kurang rasa selamat. ya lah, berada ditengah2 laut (tak la tengah sangat, farah. saja je lebih kau ni farahhh!) yang agak asing, dengan kemahiran renang yang sekadar kentut bawah tangga, dengan kegelapan malam, dgn tak brapa jelas perjalanan, dengan sandal aku yg not meant for aktiviti lasak.
ceh. sesiapa sudi lempang budak bernama farah diana neh?
katanya berjalan keliling kampung aktiviti lasak???ayoma! *nangis sekejap*

tiga. lagi, tentang height. cis. kenapa ketinggian mesti jadi masalah?? aduhai.
tapi point ini menjurus kepada ajakan mendaki gunung kinabalu. well, i am a fan of beautiful scenery, a fan of waterfall, but untuk MENDAKI, mungkin tidak. aktiviti lasak yang melibatkan faktor vertical, harap maaf wa ta sanggup!
kisah disebaliknya? oh. ok. mengaku, stamina tak cukup mantap untuk mendaki. pengalaman perit mendaki gunung jerai. semacam serik. lagi pula ketika mendaki gunung jerai tu, pancit banyak kali, dan pulak, terdengar 'suara2' puaka bila rombongan mendaki terpaksa berhenti banyak kali disebabkan aku. walaupun macam nak tercabut kaki ketika itu, disebabkan tak selesa dengan keluhan yang aku dengar sayup sayup itu, aku gagahkan jugak sebab sedih dah banyak menyusahkan orang. last-last, aku terpaksa berpecah daripada group besar dan tour guide dua org teman aku mendaki slow slow dengan 4 lagi orang rakan ketika itu. and to those ppl, sampai mati aku takkan lupa jasa korang temankan aku walaupun sampai sebabkan korang sampai ke puncak lambat. tapi i have to admit, aku lagi senang group kecik kita tu sbb lagi banyak tahu macam-macam dari tour guide yang rajin bercerita.
dan sampai sekarang, aku seakan fobia dan tak rasa teruja sangat kalau orang tanya,
"farah! jom panjat gunung kinabalu!"
maaf, walaupun hati sangat ingin merasa sendiri keindahan ciptaan Dia di atas sana, tapi cukup lah sekali aku menyusahkan ramai orang.
tapi, sekiranya jungle trekking, mungkin aku boleh consider. haha. sampai cikgu english yang handle english camp masa matrik , yang juga menyertai pendakian gunung jerai tu dulu pun terkejut tengok aku orang pertama dengan beberapa rakan yang selesai trekking dulu. haha. jangan pandang i sebelah mata ok!

empat. err....sebenarnya...sebab dah peram lama sangat entry ni, aku dah terlupa point-point aku.
kalau rasa macam nak tau lebih lanjut, pergi tanya aisyah. dia penyimpan memori. haha. pasti dia ingat satu persatu kecerewetan aku yang telah reveal ketika kami di sabah!!

ok. dah disergah abah sebab dok celik mata lagi jam 4 pagi ini.
nak buat macam mana, penat, tapi tak mengantuk.
ok. salahkan adian dan shafiz sebab tadi mereka yang sakan berbalas komen di fb buat aku semput-semput gelak mencarut menangis segala dengan komen komen puaka mereka tu.
mereka punya pasal la aku jadi tak mengantuk ni!!

2 comments:

fievelski said...

cis.gayat ko rupenye.dah.bye!

fara-D said...

wow. memang gayat. tatau ka?