salam.
entah apa mimpi tadi malam, seronok betul rasanya memasak. bukan masak apa, bubur je pun. dek geram tengok nasi semalam tak habis, dicampak2 segala apa yang available kedalam hotplate dan dimasak nasi menjadi bubur.
eh. macam peribahasa...nasi dah menjadi bubur...apakan daya....erk?
tapi ni bukan telah menjadi ye, memang sengaja nak menjadikan ia bubur.
BUBUR ok. bukan bobo.
dimasak dengan campakan bahan masakan yang boleh dimakan, bukan dicampak rakan serumah kedalamnya seperti yang dijangka oleh bai roti ini ye terima kasih.
dan wo...sedap pulak bubur itu. nyammm.... konon testing sedikit nak rasa camne bubur campak aku tu. eh? macam comel pulak kasi nama bubur campak.
fuh sedap! (haha. annoying nye perangai memuji masakan diri sendiri. masakan yang simple plak tuh. ceh! pergi kau dari sini farah! pergi! PERGI!)
tapi sungguhla....memasak itu fun. patut pun junior aku sorang neh rajin betul blog pasal aktiviti masak beliau ketika beliau cuti sem.
dan ye, here i would like to quote.....
memasak itu satu nikmat........................................................sekiranya kau reti memasak!
kahkahkah.
eh? perlu ketawakah disitu? ceh.
ye ye...aku ngaku aku tak reti masak tapi aku enjoy memasak.
tapi aku tak suka kiranya perlu masak dengan keadaan serba kekurangan.
ceh.
alasan lagi.
dah sudah merapu disitu.
mari masuk isu serius pulak.
*diiringi kokokan ayam "belaan" iman. ceh!*
semalam berym dengan kakak terchenta nuuuun jauh di petaling jaya (ceh. bila dijarakkan dengan masa perjalanan selama 2jam, ye, JAUH. walaupun hakikatnya jarak sebenarnya hanya sekangkang kingkong. err...kera kecik sangat, semacam tipu pulak kalau disebut sekangkang kera. )
dikhabarkan anak angkat beliau (ok. aku yang melabel anak tu anak angkat because she loves her very much, as much as she loves the adik and arwah abang that little girl. well, nana memang sangat suka budak2 pun. i, too, loves kids. but she loves kids SOOO much more than i do! see how a great mom she could be? *erk. sempat promote kakak sendiri kat sini. mari mari...ada sesapa nak kenal kakak shaye?hehehe...tumpang lalu ye nana....*)
eh. berbalik kepada cerita asal ye cik farah diana. kau sudah melencong ke simpang lain weh.
ok.
beliau mengkhabarkan anak angkat beliau sedang sakit, perlu dioperate ke camne tah. and keluar la cerita tentang time-time akhir arwah si abang itu.
oh. menitik jugak airmata ni (apart from being drama quee, aku MEMANG sangat tersentuh mendengar cerita tentang anak kecil itu.)
sebab anak tu masih kecil, petah berkata kata (menurut cerita nana la...)
manja...
dan sekarang dikhabarkan sakit. sedih oh.
ya Allah, sembuhkan lah anak kecil itu.
sekiranya ia angkara hamba Mu yang khianat sesama manusia, Kau patahkanlah 'buatan' mereka itu kerana sesungguhnya, kuasa yang paling hebat hanyalah kuasa Mu ya Allah. kasihanilah anak kecil itu yang baru sahaja mahu mengenal erti dunia.
berilah peluang pada anak kecil itu melihat susah senang menjadi khalifah Mu di muka bumi ini, ya Allah.
sungguh ya Allah, sembuhkan beliau ya Allah.
jangan lah diruntun hati ayah bonda beliau dengan derita si kecil itu, ya Allah.
disini, ku pohon rakan-rakan sekalian mendoakan kesejahteraan si comel sofea ye.
and to nana, insya Allah, kita sama-sama doa sofea kembali sihat dan ceria ye.
please dont be sad, it really hurts to see my dear sister sedih. no no no. dengan izin DIA. sofea will recover soon. insyaAllah.yang penting, doa dan usaha.
sofea, even auntie farah has never met you, please recover soon. by only listening to auntie nana's stories, i know u're one special kid. be strong dear. we all love u!!
ok. sudah berpinar mata ngadap skrin dalam gelap.
"tangisan itu teramat indah sekiranya ia mengalir tulus kerana DIA. subahanallah."
3 comments:
pilu seketika T___T
ceria kembali. eh kenapakah? ada suspek buatan orang kah?
holla farah..hari tuh pon aku wat bubur gak..yg pelik tp benarnye, bubur plak yg jadi nasi...ada memana peribahase, bubur jd nasi ke??gelak guling2 aku ngan housemate aku kt dapur masa tuh..hahahahaha..puas lah kitorg betulkan balik nasi tuh supaya menjadi bubur balik...
isk..isk..sedih plak cite last tuh, ko suke mcm ni tau, gembire2 tetibe sedih..tetibe teringat kat jaja...jaja!!achu cyang jaja!!!
adian:
wallahua'lam. details later....masih sama2 cerita kaka aku...huhu....
shida:
hahaha! sorry weh....mmg dok melayan blog secara happy, tetiba teringat kakak aku cite mlm tu....
eh eh...haah....tetiba teringat jaja ko...wuuu....si comel mulut petah itu! haha!
Post a Comment